perbezaan konstruk n behavior
DESCRIPTION
eseiTRANSCRIPT
2.7 Perbezaan antara Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviourisme
Setelah membuat kajian yang menyeluruh, kami dapati terdapat beberapa
perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua teori ini. Antaranya ialah
perbezaan daripada segi aspek, ciri, implikasi, dan prinsip. Perbezaan antara Teori
Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme daripada segi aspek ialah menurut Teori
Behaviorisme, murid menerima pengetahuan daripada guru manakala menurut Teori
Konstruktivisme pula murid perlu mengkaji untuk mendapatkan pengetahuan dan
murid juga adalah sebagai pembina pengetahuan bukannya penerima pengetahuan.
Selain itu juga melihat perbezaan dari segi ciri, dalam Teori Behaviorisme peluang
berfikir dan mengemukakan pendapat tidak diberi kepada murid. Berbeza pula
dengan Teori Konstruktivisme yang memberi peluang kepada murid untuk
mengemukakan pendapat dan meneroka untuk mendapatkan maklumat. Disamping
itu juga, menurut Teori Behaviourisme pembelajaran berlaku melalui pengulangan
dan latih tubi, tetapi menurut Teori Konstruktivisme pembelajaran berlaku melalui
interaksi dengan orang lain.
Seterusnya perbezaan dari segi implikasi, Teori Behaviourisme lebih memberi
penekanan kepada tingkah laku murid berbanding dengan Teori Konstruktivisme
yang memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada. Disamping itu Teori
Behaviouris juga menyatakan pembelajaran bermula dengan mengaitkan
pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Berbeza pula dengan
Konstruktivisme yang menyatakan pembelajaran bermula dengan pengetahuan
sedia ada hingga tercapai pemahaman baru. Kemudian perbezaan daripada segi
prinsip, menurut Teori Behaviourisme guru perlu membuat banyak pengulangan dan
latih tubi kepada murid. Berbeza pula dengan pembelajaran menurut Teori
Konstruktivisme yang menyarankan guru menyediakan banyak contoh dan bahan
yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baru.
Akhir sekali perbezaan daripada segi prinsip menurut Behaviourisme, kanak-kanak
mudah faham apabila adanya peneguhan positif daripada guru. Hal ini berbeza
dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah
faham apabila adanya perbincangan dan rakan sebaya yang membimbing.
Bil Perbezaan Teori Behaviourisme Teori Konstruktivisme
1.0 Aspek 1.1 Murid menerima pengetahuan
daripada guru.
Murid perlu mengkaji untuk
mendapatkan pengetahuan.
2.0 Ciri 2.1 Tidak memberi peluang kepada
murid untuk berfikir dan
mengemukakan pendapat.
Memberi peluang kepada murid
mengemukakan pendapat dan
meneroka untuk mencari
maklumat.
2.2 Pembelajaran berlaku melalui
pengulangan dan latih tubi.
Pembelajaran berlaku melalui
interaksi dengan orang lain.
3.0
Implikasi 3.1 Teori ini memberi penekanan
kepada tingkah laku.
Teori ini memberi penekanan
kepada pengetahuan sedia ada.
3.2 Pembelajaran bermula dengan
mengaitkan pembelajaran baru
dengan pengetahuan sedia ada.
Pembelajaran bermula dengan
pengetahuan sedia ada hingga
tercapai pemahaman.
4.0 Prinsip 4.1 Guru perlu membuat banyak
pengulangan dan latih tubi
kepada murid.
Guru perlu menyediakan banyak
contoh dan bahan yang boleh
membantu murid membuat
perkaitan dan pemahaman baru.
4.2 Kanak-kanak mudah faham
apabila adanya peneguhan
positif daripada guru.
Kanak-kanak lebih mudah faham
apabila adanya perbincangan dan
rakan sebaya yang membimbing.