perbezaan khsr & rbt

Upload: nadirahamir

Post on 16-Oct-2015

365 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

perbezaan

TRANSCRIPT

AspekKHSRRBT

PendahuluanKemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan

keusahawanan.Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang memberikan murid menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Matlamat Membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi

keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat-sendiri serta cenderung berusaha niaga dan mereka ciptaMembolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kriyis, kreatif dan inovatif.

Objektif 1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek

2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk

3. Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen

4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul

6. Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari

7. Menghasilkan projek elektrik

8. Penyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya

9. Menghasilkan tanaman hiasan

10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual

11. Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan

12. Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik

13. Mengira harga jualan dan untung

14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.1. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.

2. Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk

3. Mengetahui teknologi dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

4. Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin, dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika.

5. Melakukan kerja buat sendiri (DIY) dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan

6. Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti

7. Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan

8. Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah

Fokus Menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka

cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani

kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai

murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.Berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabungjalin pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilakan produk berkualiti.

Organisasi kandunganTerdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu :

1. Reka Bentuk dan Teknologi

2. Perniagaan dan Keusahawanan

Terdapat enam standard kandungan:

1. Organisasi dan Keselamatan Bengkel

2. Asas teknologi

3. Reka bentuk

4. Penghasilan projek

5. Teknologi pertanian

6. Sains Rumah Tangga

Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan PembelajaranPenekanan : pembelajaran melalui pengalaman

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:

Tunjuk cara

Bercerita

Kajian

Simulasi

Sumbang saran

Main peranan

Permainan

Temu bual

Tinjauan

Lawatan Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.

Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Penilaian1. Pemerhatian

2. Lisan

3. Penulisan 1. Pemerhatian

2. Amali

3. Lisan

4. Penulisan

Pendekatan modularTiada Distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna.