perbezaan jurnal.docx

3
Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum (Bhg. 4) Tumpuan Guru Isu keempat adalah berkaitan dengan aspek tumpuan guru. Isu ini memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbeza-beza dalam menerima dan melaksanakan inovasi kurikulum. Dalam konteks ini, teori-teori yang berkaitan dengannya mengandaikan seseorang guru mempunyai tahap perkembangan diri yang berlainan dan perbezaan tersebut memberikan implikasi kepada kesediaan mereka melaksanakan inovasi itu sendiri (Fuller, 1975; Hall & Loucks, 1978). Fuller (1975) yang dianggap sebagai “pelopor” da1am teori tahap perkembangan guru te1ah mengklasifikasikan urutan tumpuan kepada tiga peringkat iaitu: (a) Tahap Tumpuan Peribadi (b) Tahap Tumpuan Tugas dan (c) Tahap Tumpuan Kesan. Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu; · Tumpuan Berkaitan Peribadi · Tumpuan Berkaitan Tugas · Tumpuan Berkaitan Kesan. Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut; · Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. · Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. · Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. · Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

Upload: joshua-peterson

Post on 16-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum (Bhg.4)Tumpuan GuruIsu keempat adalah berkaitan dengan aspek tumpuan guru. Isu ini memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbeza-beza dalam menerima dan melaksanakan inovasi kurikulum. Dalam konteks ini, teori-teori yang berkaitan dengannya mengandaikan seseorang guru mempunyai tahap perkembangan diri yang berlainan dan perbezaan tersebut memberikan implikasi kepada kesediaan mereka melaksanakan inovasi itu sendiri (Fuller, 1975; Hall & Loucks, 1978). Fuller (1975) yang dianggap sebagai pelopor da1am teori tahap perkembangan guru te1ah mengklasifikasikan urutan tumpuan kepada tiga peringkat iaitu: (a) Tahap Tumpuan Peribadi (b) Tahap Tumpuan Tugas dan (c) Tahap Tumpuan Kesan.

Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikantingkah laku gurukepada tiga tahap iaitu;Tumpuan Berkaitan PeribadiTumpuan Berkaitan TugasTumpuan Berkaitan Kesan.

Hall dan Loucks (1978)pula dalam kajian lanjutnya telahmemurnikanklasifikasi tumpuantersebut kepada tahap berikut;Tumpuan Tiada Berkaitan:Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah.Tumpuan Berkaitan Peribadi:Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.Tumpuan Berkaitan Tugas:Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.Tumpuan Berkaitan Kesan:Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

Empat Perubahan Teras Dalam Melaksanakan Sesebuah Kurikulum Baharu (Fullan et al., 1989)Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada murid. Sekolah merupakan salah satu agen penting dalam memartabatkan sistem pendidikan berkualiti kepada warga pelajar dan sekaligus dapat menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. Pada umumnya konsep sekolah dewasa kini diperkenalkan untuk membolehkan murid menjadi lebih bermaklumat(informed),mempunyai ilmu pengetahuan(knowledge)yang mantap dan kukuh, lebih berfikir(thoughtful)untuk menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dan lebih aktif mencari dan menguji ilmu serta menjalankan penyelidikan. Kurikulum yang mantap dan bersepadu mampu membawa perubahan positif dalam sistem pendidikan di negara ini.

Dalam hal ini, kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan negara. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Pernyataan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-pelajar di dalam dan luar bilik darjah.

Sejajar dengan pendapat Fullanet al.(1989) yang mengatakan bahawa sesebuah kurikulum baharu perlulah bersifat anovasi. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa perubahan dalam sesebuah kurikulum perlu disandarkan kepada peranan guru di sekolah. Perubahan ke arah inovasi dan pencapaian standard yang tinggi adalah perlu seiiringan dengan kemajuan dunia hari ini. Dalam melengkapkan usaha ini guru harus memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Komitmen guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi di dalam dan luar bilik darjah banyak membantu dalam usaha melaksanakan sesebuah kurikulum baharu.