perbezaan antara syura dan demokrasi

Upload: alinawati-ab-aziz

Post on 08-Jul-2015

502 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi KepartianSebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah: 1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir. 2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya. 3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia. 4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas. 5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua. 6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir. 7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya. 8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya. 9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian. ( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61) Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya Hizbut Tahrir melalui beberapa siri pamphlet yang diedarkan di masjid-masjid. Bila bertebung khilaf (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ijtihad. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ijtihadnya. Namun bila dikatakan ijtihad maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ijtihad dan khilaf.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya. Wallahualam

PERBEZAAN DEMOKRASI DAN SISTEM SYURA.

Syura dari segi bahasa beerti rundingan,bicara atau timbangan permuafakatan.Manakala dari istilah syara'terdapat banyak pengertiannya diantaranya,syura adalah perbincangan yang dilakukan keatas permasaalahan dunia atau agama dan mencari penyelesaian yang terbaik.Amalan sistem syura

ini adalah perintah Allah kepada hambanyauntuk menyelesaikan perselisihan pendapat di antara umat islam Firman Allah di dalam surah As-syura ayat10 yang bermaksud: 'Apa-apa perselisihan antara kamu dalam sesuatu perkara, maka kembalilah hukumnya itu kepada Allah' Juga firman Allah didalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud: 'Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat' Syura adalah salah satu kaedah penyelesaian masaalah di dalam islam yang muafakat kearahnya didasarkan kepada usul syariat Islam.Di zaman Rasullullah baginda sering meminta pandangan sahabatnya mengenai sesuatu perkara yang berkait dengan kehidupan mereka. Matlamat syura ialah menentukan hala tuju ketetapan Am, mengembalikan ummah untuk memikul kesediaan tanggungjawab. Islam sebagai asasbagi ummah, manakala ummah adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem syura.Dalam konteks negara Islam, Ahli Majlis Syura mestilahterlantik di kalangan orang-orang tertentu yang mahir dalam pelbagai bidang dengan di awasi oleh syura ulamak yang dikenali sebagai Majlis Syura Kerajaan.Bermesuarat itu adalah kewajipan yang mesti di tunaikan oleh orang-orang beriman dalam semua perkara dan mencari muslihat dengan dua syarat: 1.Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas yang telah di putuskan melainkan kerana membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut. 2.Syura itu tidak diharus sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak dan terkeluar dari syariat Islamiah. Demokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia yang meletakkan sesuatu hukuman itu berdasarkan logik akal dan mendapat sokongan yang ramai. Sedangkan syura meletakkan hukuman yang paling tinggi adalah Allah, nas -nas syara' daripada Alquran dan Sunnah.Demokrasi meletakkan suara ramai itulah penghukum samaada halal atau haram, samaada menepati syara' atau tidak.Lantaran itu berlakunya segala bentuk kerosakan dan kefasidan yang mengakibatkan perselisihan antara manusia yang tidak di cerna dengan baik.Manusia pula di pengaruhi dengan akal dan nafsu ,jika sekiranya ia tidak dipandu dan di suluh dengan cahaya nescaya musnahlah segala apa tindakan yang dibuat. Sesungguhnya Islam tidak menghalang demokrasi, dengan syarat demokrasi itu mestilah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.Bukan Islam yang mengikut demokrasi.Islam sebagai agama yang memerintah bukan diperintah. MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM. Menurut Al-Mawardi di dalam kitabnya Ahkamul Sultaniah: 'Pemerintahan Islam itu diletakkan untuk melaksanakan kewajipan khalifah selepas kenabian dalam perkara memelihara agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama' Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Al-Iktisad fil Iktiqad menegaskan: 'Agama itu dasarnya dan pemerintah itu pengawasannya'

Menegakkan negara Islam itu adalah wajib.Pemerintahan Islam itu mestilah meletakkan syariatnya menjadi pegangan kerajaan, perlembagaan negara dan segala urusan pemerintahan.Mestilah diambil daripada Aqidah dan syariat Islam. Telah menyebut AlFaqih Ma'ruf Ibnu Hazim AlAndalusi: " para ulama' daripada Ahli Sunnah Waljamaah,AlMurjiah,As syiah,dan Khawarij,bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib,maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan keatas mereka hukum hakam Allah,yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad SWT" Fathi Yakan menggariskan sepuluh ciri yang penting bagi sesebuah pemerintahan Islam yang bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem-sistem dalam kehidupan umat Islam: 1.Sistem pertahanan dalam negeri. 2.Sistem perhubungan antarabangsa. 3.Sistem kehakiman yang amali bersumberkan Alquran dan Sunnah. 4.Sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan rakyat umum dan mempertahankan negara yang telah dibina. 5.Sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan harta kekayaan dan individu, terhindar dari penindasan dan kezaliman. 6.Sistem pelajaran dan kebudayaan yang dapat menghapuskan kejahilan 7.Sistem keluarga dan rumahtangga yang dapat membina putera ,puteri dan golongan dewasa muslim sebagai tunjang masyarakat yang akhirnya membentuk negara yang diredhai Allah. 8.Sistem yang dapat mengatur cara hidup individu yang khusus agar dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 9.Menghidupkan roh dan semangat yang dapat menguasai setiap individu dalam masyarakat baik dari kalangan pemerintah atau rakyat yang bertunjangkan Alquran dan Sunnah 10.Membina individu muslim ,rumahtangga muslim,bangsa muslim dan dan kerajaan Islam.

ebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah: 1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya. 3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia. 4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas. 5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua. 6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir. 7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya. 8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya. 9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian. ( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61) Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya Hizbut Tahrir melalui beberapa siri pamphlet yang diedarkan di masjid-masjid. Bila bertebung khilaf (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ijtihad. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ijtihadnya. Namun bila dikatakan ijtihad maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ijtihad dan khilaf.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Syura bukan demokrasiMonday, 26 April 2010 15:05 System Administrator

SYURA Syura merupakan kaedah pemerintahan yang terpenting dalam Islam. Ia merupakan cara terbaik yang boleh membawa perintahan serta pihak yang bertanggungjawab kearah memperolehi pendapat yang terunggul serta penyelesaian yang terbaik .Tiada jalan pemimpin untuk mengelak daripada syura. Allah s.w.t telah memerintah nabinya, Muhammad s.a.w untuk berbuat demikian. Firmannya yang bermaksud: oleh itu maafkanlah dan pohonkanlah ampun bagi mereka serta bermasyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan dan hal-hal keduniaan). Kemudian apabila engkau telah berazam , maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya. (surah ali imran:159) Sehubungan dengan ini Abu Hurairah telah menceritakan , katanya: tiada seorang pun yang lebih banyak bermesyuarat berbanding dengan Rasulullah. Telah diceritakan bahawa sesungguhnya Allah memerintahkan nabinya, Muhammad s.a.w supaya sentiasa bermesyuarat untuk menjinakkan hati para sahabatnya, agar mereka semua mengambil teladan daripada Baginda Rasulullah selepas ketiadaannya. Ia juga bertujuan untuk membuahkan pendapatpendapat terhadap sesuatu perkara yang tidak diwahyukan, umpamanya perkara yang berkaitan dengan teknik peperangan dan perkara-perkara cabang yang lain. Allah s.w.t telah memuji para mukminin yang mengamalkan syura, firmannya yang bermaksud : dan juga ( lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang kami berikan kepadanya. ( surah al-syura :38 ) Apabila seseorang itu meminta pandangan orang mukmin yang lain dan dikemukakan pendapat kepadanya mengikut perspektif Al-Quran, sunnah atau

ijmak maka wajiblah ia mendengar dan mentaatinya, dan tidak boleh lagi dia mendengar yang lain selain daripada itu. Adapun mengenai perkara yang menjadi perselisihan di kalangan orang islam, maka setiap orang hendaklah diminta pandangannya. Mana-mana pendapat yang sejajar dengan Al-Quran dan sunnah hendaklah diterima pakai. Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari telah berkata dalam kitab sahihnya tentang firman Allah s.w.t : bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bermesyuarat dan berunding dengan para sahabatnya pada hari peperangan Uhud samada untuk terus tinggal di situ ataupun keluar dan para sahabat telah memberikan pendapat mereka untuk keluar. Rasulullah s.a.w juga telah berunding dan bermesyuarat dengan Sayidina Ali k.w.h dan juga Usamah r.a, mengenai tuduhan fitnah yang dibuat terhadap Sayidatina Aisyah r.ha. dan baginda telah menerima pandangan mereka berdua. Selepas itu turunlah wahyu mengenai perkara itu dan mereka yang melakukan fitnah itu telah dikenakan hukuman sebat. Rasulullah s.a.w tidak memandang kepada perbalahan mereka, tetapi baginda menghukum dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Para pemimpin selepas Nabi Muhammad s.a.w juga bermesyuarat dan mendapatkan pandangan daripada tokoh ilmuan mengenai perkara-perkara yang di haruskan dengan tujuan untuk mencari dan menerima pakai yang termudah. Sekiranya sesuatu perkara itu telah jelas kedudukannya samada dalam Quran dan hadis maka mereka tidak lagi mencarinya dalam sumber hukum yang lain, berpandukan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Abu Bakar r.a berpendapat bahawa mereka yang enggan menunaikan zakat perlu diperangi. Umar r.a telah berkata kepadanya : kenapakah engkau memerangi mereka, sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda : Aku telah diperintahkan supaya memerangi semua manusia sehiggalah mereka itu mengucapkan lailahaillah apabila mereka mengucapkannya maka terpeliharalah daripadaku darah mereka dan harta benda mereka melainkan dengan adanya hak-hak yang lain dan Allah akan melakukan perhitungan terhadap mereka . Abu Bakar menjawab : Demi Allah, sesungguhnya aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memisahkan apa yang telah dikumpulkan oleh Rasulullah . Ini telah diikuti oleh Umar. Abu Bakar tidak akan bermesyuarat sekiranya hukum mengenai mereka yang memisahkan antara sembahyang dan zakat itu telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. mereka yang berbuat demikian (memisahkan antara sembahyang dan zakat) adalah bertujuan untuk mengubah agama serta hukum-hukumnya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu membunuhnya. Kesemua para penghafaz Al-Quran merupakan ahli mesyuarat tidak kira tua ataupun muda. Mereka itu semua berpegang teguh pada Al-Quran. Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Maimun bin Mahran, katanya : Apabila Abu Bakar menghadapi sesuatu kemusykilan, beliau akan mencari penyelesaiannya dalam Al-Quran. Sekiranya beliau mendapati hukum berkenaan terdapat dalam Al-Quran maka beliau akan menghukum dengannya, apabila beliau mendapatinya dalam hadis beliau akan menghukum dengannya. Apabila beliau tidak mengetahui beliau akan bertanyakan kepada para muslimin tentang hadis yang berkaitan. Jika masih gagal beliau akan mengumpul para ilmuan dan mendapatkan pandangan mereka. Selain daripada cerita-cerita di atas, banyak lagi cerita lain mengenai mesyuarat dan rundingan yang dilakukan oleh Umar r.a. 1.Hukum syura Mengikut pendapat yang terkuat dalam karangan para ulama bahawa hukum syura adalah wajib. Ini berdasarkan kepada kata perintah di dalam ayat wasyawirhumfilamri. Di sini tidak terdapat sebarang tanda atau dalil lain yang boleh menjadikan hukum syura itu sunat. Keseluruhan ulama feqah sependapat bahawa hukum syura adalah wajib. Ibn Khuwariz mindad- daripada mazhab Maliki- berkata : Para pemerintah wajib bermesyuarat dan berunding dengan para ulama mengenai perkaraperkara yang mereka tidak tahu, kemusykilan-kemusykilan agama, aspek-aspek ketenteraan yang berkaitan dengan peperangan, perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai, perkara-perkara yang berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri, buruh-buruh serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepentingan Negara dan juga pembangunannya. Mengenepikan mesyuarat dan rundingan bermakna mendedahkan kepentingan orang islam kepada bahaya dan ketinggalan. 2.Sistem syura. Mengenai system syura di Negara islam, tidak terdapat sebarang dalil samada Al-Quran ataupun hadis yang menetapkan cara tertentu dalam melaksanakannya. Tiada juga peraturan tertentu bagi anggota syura. Keadaannya adalah berbeza mengikut masa dan tempat. Perkara melaksanakan syura itu diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menjalankannya mengikut cara yang bersesuaian dengan kebaikan yang ingin dicapai. Yang penting sekali ialah anggota majlis syura itu hendaklah terdiri daripada orang islam yang adil dan bukanlah daripada kalangan yang sebaliknya. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan, ahli-ahli fikir dan ahli-ahli politik islam. Dengan demikian, tidaklah boleh dikatakan bahawa islam mempunyai kecacatan dari segi kesejajarannya dengan perjalanan masa yang berkaitan dengan bentuk Negara yang bersesuaian, kerana islam telah menetapkan dasar-dasar yang adil dan tidak berbeza antara satu bangsa dengan yang lainnya. Islam

telah memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menetapkan cara masing-masing dalan menjalankan dasar yang telah ditentukan itu, iaitu satu cara yang boleh menjamin dan memelihara kepentingan mereka serta bersesuaian dengan keadaan mereka dan tidak bertentangan dengan nas-nas syariah. 3.Antara syura dan demokrasi Terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan perlaksanaan semasa terhadap sistem syura yang diperkenalkan oleh islam. Kenyataan yang seumpama ini perlu ditolak kerana ia merupakan satu penipuan dan pemalsuan . pada hakikatnya perbezaan antara demokrasi dan syura adalah seperti langit dengan bumi. Antara kedua-dua system ini mempunyai perbezaan yang jauh serta jarak yang luas dan dapat dilihat dalam perkaraperkara yang berikut : 1.Syura terbatas kepada perkara perkara yang tidak ditentukan melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan Al-Quran, hadis serta ijmak serta tidak bercanggah dengan kaedah syariah dan usulnya. Adapun demokrasi bebas melampaui hukum Allah. Suara majority boleh menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah seperti zina, perlakuan-perlakuan sumbang, kahwin sesama lelaki. Disamping itu, ia juga mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh seperti berpoligami, menikmati sesuatu yang baik dan lain-lain lagi. 2.Anggota majlis syura terdiri daripada orang islam yang adil, ilmuan, ahli fikir, pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. Manakala dalam system demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dengan yang jahil, antara yang bijaksana dengan yang bodoh, pelakon dan penari dan sesiapa sahaja yang Berjaya menarik para pengundi dan mengundinya. Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan samada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu. 3.Dalam system syura sesuatu kebenaran itu bukanlah ditentukan oleh suara majority, seperti mana firman Allah yang bermaksud : Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah (surah al-anam: 116) Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil, hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam. Sementara penggunaan suara majority dalam system demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mengambil kira hujah-hujah syariah dan bukti-bukti akal. DENGAR DAN TAAT SERTA PATUH 1. Wajib memenuhi segala peraturan selagi ia tidak bertentangan dengan syariah. Ahli sunnah wal jamaah bersepakat tentang wajibnya taat kepada pemimpin dan pihak berkuasa serta wajib mematuhi segala peraturan dan undangundang selagi ia tidak bertentangan dengan nas-nas syariah. Ini adalah seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. : janganlah kamu taati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah kepada perkara-perkara makruf. Dalil yang paling jelas berhubung dengan ketaatan kepada para pemimpin ialah firman Allah s.w.t yang bermaksud : wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada ulil-amri (orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih dan lebih elok pula kesudahannya. (surah al-nisa : 59) Manakala dalil daripada hadis pula, sabda Rasulullah s.a.w.: wajib keatas setiap orang Islam dengar dan taat samaada dalam perkara-perkara yang disukainya mahupun yang tidak disukainya, melainkan ia diperintah supaya melakukan maksiat. Sekiranya diperintah melakukan maksiat maka janganlah dengar dan janganlah taat. Sehubungan dengan ini juga, Ali r.a telah meriwayatkan sebuah hadis. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :jangan taat kepada manusia dalam melakukan maksiat kepada Allah. Ibn Taimiyah berkata: bahawa ahli sunnah tidak mengharuskan perbuatan mentaati pemimpin dalam segala yang diperintahnya. Mereka juga tidak mewajibkan taat kepada pemimpin melainkan dalam perkara-perkara yang sejajar dengan syariah sahaja. Mereka tidak mengharuskan perbuatan mentaati pemimpin dalam perkara-perkara maksiat, walaupun pemimpin itu seorang yang adil. Sekiranya pemimpin itu memerintah supaya mentaati Allah maka ia wajiblah ditaati. Contohnya perintah supaya mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, bersikap benar, berlaku adil. Menunaikan haji dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya ketaatan dalam perkara-perkara yang sedemikian merupakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Orang kafir dan orang fasik, sekiranya mereka memerintah supaya mentaati Allah maka tidaklah haram mentaati mereka dan kewajipan itu tidak gugur disebabakan oleh perintah itu datangnya daripada orang fasik. Begitu juga halnya sekirnya orang fasik itu bercakap benar maka tidak harus beliau di dustai. Kewajipan mengikuti kebenaran tidaklah gugur kerana sesuatu perkara itu diperkatakan oleh orang fasik. Ini bukanlah bermakna bahawa pemimpin yang memerintah kepada maksiat itu tidak boleh ditaati langsung segala perintahnya, tetapi yang perlu diingkari hanyalah perintahnya kepada maksiat sahaja. Manakala dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah wajiblah ditaati. Wajib taat kepada pemimpinnya, melainkan jika mereka disuruh melakukaan maksiat. Sekiranya mereka disuruh melakukan maksiat maka janganlah mentaatinya. Tidak boleh taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sekiranya mereka itu berselisih pendapat maka kembalilah kepada al-Quran dan hadis. Sekiranya para pemimpin tidak melakukan sedemikian maka taatlah kepada mereka dalam perkara yang berkaitan dengan ketaatan

kepada Allah, kerana ketaatan kepada pemimpin dalam perkara tersebut merupakan ketaatan kepada Allah dan rasul. Dengan demikian tertunailah kewajipan rakyat terhadap pemimpin seperti mana yang diperintahkan oleh Allah. 2. Taat dan patuh kepada pemimpin bukanlah dalam sesuatu perkara atau sesuatu keadaan sahaja. Taat dan patuh kepada pemimpin dan pihak berkuasa bukanlah dalam sesuatu perkara atau sesuatu keadaan sahaja, bahkan ia hendaklah dilakukan secara berterusan samaada dalam kesusahan dan kesenanagan, keadaan reda dan marah, benci atau suka dan lain-lain keadaan lagi. Ibn Taimiyah berkata: para ilmuwan dan ulama tidak boleh memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk mengingkari dan menentang para pemimpin dalam apa jua keadaan. Seperti mana yang diketahui perkara seumpama ini menjadi adat dan amalan oleh ahli sunnah dan juga tokoh-tokoh agama samaada lama ataupun baru. Sehubungan dengan perkara ini, Abu Hurairah telah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: kamu hendaklah patuh dan taat, samaada dalam keadaan senang atau susah dan suka atau benci ataupun ketika mempunya kepentingan peribadi. Alqurtubi dalam menerangkan hadis ini berkata: taat kepada pemerintah adalah wajib dalam semua keadaan, samaada yang diperintahnya itu bersesuaian dengan kehendak manusia ataupun sebaliknya, walaupun para pemimpin berkenaan memetingkan diri mereka dengan membelot harta tanpa memberikannya kepada orang ramai, bahkan walaupun lebih teruk daripada itu. Ini berasaskan sabda Rasulullah kepada Huzaifah: patuh dan taatlah walaupun belakang kamu dipukul dan harta kamu diambil. Anas bin Malik pula telah meriwayatkan sebuah hadis lain bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:patuh dan taatlah walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba habsyi yang kepalanya seperti kismis. 3. Wajib mentaati pemimpin dan pegawai atasan, sekalipun mereka tidak menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap rakyat. Alasannya kerana mereka hanya berdosa kepada Allah s.w.t, sementara Allah pula tidak menjanjikan apa-apa ganjaran atas tanggungjawab mereka dan tidak meletakkan apa-apa syarat di atas pelaksanaan tanggungjawab tersebut kecuali kewajipan melaksanakan perkara makruf mengikut kemampuan yang ada pada mereka. Inilah cara yang terbaik dan mempunyai banyak kemaslahatannya. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: tidak wajar bagi seseorang itu untu berdusta kepada orang yang mendustainya, atau melakukan zina keatas keluarga orang yang berzina dengan keluarganya, malah kalau ia dipaksa untuk melakukan dosa liwat oleh seseorang, ia tidak boleh memaksa pula orang itu untuk melakukan dosa tersebut, kerana perbuatan tersebut haram di sisi Allah. Kalau ada orang nasrani mencaci Nabi Muhammad s.a.w kita pula tidak boleh mencaci Nabi Isa a.s. apabila kumpulan al-Rafidhah telah mengkafirkan saiyidina Abu Bakar dan Umar r.a, maka kita pula tidak boleh mengkafirkan saiyidina Ali r.a. Begitu jugalah keadaan kita dengan pemimpin, sekalipun mereka zalim dan tidak melaksanakan hak kita sebagai rakyat, kita pula tidak boleh meninggalkan ketaatan dan kepatuhan terhadap mereka. Al-Qamah meriwayatkan daripada ayahnya Salamah bin Yazid al-Jufi, yang telah bertanya Rasulullah s.a.w: wahai nabi Allah! Apa pandangan mu sekiranya ada pemimpin kami yang menuntut hak mereka daripada kami, sebaliknya mereka tidak menunaikan hak kami? Rasulullah s.a.w telah berpaling muka daripadanya, kemudian beliau bertanya lagi dengan soalan tadi. Rasulullah s.a.w berpaling muka tadi sehingga 2 atau 3 kali soalan yang sama diajukan, lalu al-asyat bin Qois telah menarik tangan beliau. Kemudian Rasulullah s.a.wpun bersabda :patuhi dan taatilah kamu sekalian, sesungguhnya mereka (pemimpin) mempunyai kewajipan mereka, dan kamu juga mempunyai kewajipan kamu yang tersendiri. Huzaifah bin Al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya: ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah disebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan? jawab baginda Rasulullah s.a.w: ya aku pun bertanya pula: adakah disebalik kesusahan itu pula kebaikan? jawab baginda: ya. Aku bertanya lagi: bagimana? sabda baginda :akan berlaku selepas kupemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjuk ku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dikalangan mereka tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi: bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? baginda bersabda :engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekalipun ia memukul belakang mu dan merampas hartamu, maka patuh dan taatlah. Hadis ini adalah yang paling jelas antara hadis-hadis yang disebut dalam bab ini, kerana bagida s.a.w telah menyebut sifat-sifat pemimpin, bahawa mereka tidak mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w dan melakukan sunnah. Itu adalah kemuncak kemungkaran dan penyelewengan dan kekerasan yang paling nyata dilakukan, dimana mereka tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan ini keluarga dan rakyat jelata- namun demikian, nabi s.a.w telah memerintah agar mereka di taati- yakni bukan dalam perkara maksiat sebagaimana menurut hadis-hadis lain dalam bab batas ketaatan malahan sekalipun mereka menyeksa dan merampas harta kamu, sekalipun begitu keadaannya tidak harus kamu meniggalkan ketaatan dan mengingkari perintah mereka. Sesungguhnya kesalahan mereka adalah tanggungan mereka sendiri, yang akan dihisab dan ditimpa pembalasan pada hari kiamat nanti. Sekiranya terlintas dalam hati kamu untuk mengingkari perintah Islam yang jelas ini, dengan tidak mentaati pemimpin, maka kamu akan bersalah dan berdosa. Perintah Rasulullah s.a.w ini merupakan keadilan yang sempurna sebagaimana yang diajar oleh Islam. Kalau ini dipukul dan itu dipukul kerana sematamata tidak menyempurnakan ketaatan keadaan ini akan menyebabkan beberapa halangan terhadap kemaslahatan dan kepentingan urusan agama dan pembangunan Negara. Keadaan akan menjadi huru hara, kezaliman akan dilakukan terhadap semua atau kebanyakkan rakyat dan dengan itu keadilan tidak lagi dihormati oleh semua pihak dalam Negara. Sedangkan, kalau yang dizalimi itu dapat bersabar dan menahan diri dengan selalu mendoakan pertolongan Allah s.w.t. serta meneruskan ketaatan kepada pemimpin nescaya beberapa kepentingan akan terpelihara. Allah pasti tidak akan mensia-siakan haknya, malah Allah s.w.t. akan menganugerahkan apa yang lebih baik untuknya di dunia ini dan kebaikan juga di akhirat nanti.

Itulah antara keindahan syariat Allah, di mana ia tidak meletakkan syarat ketaatan dengan keadilan pemimpin. Jika begitulah keadaannya (meletak syarat ketaatan dengan keadilan pemimpin), akan kucar kacirlah seluruh dunia ini. Alhamdulillah, bersyukur atas kehalusan budi-Nya terhadap hamba-hambaNya. Antara dalil lain yang menunjukkan perkara ini ialah hadis daripada Auf bin Malek yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, dan seburuk-buruk pemimpin ialah orang yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknati mereka dan mereka juga melaknati kamu. Ada yang bertanya :ya Rasulullah! Apakah kita tidak menentang mereka (pemimpin yang buruk itu) dengan senjata?Sabda Baginda:Tidak, selagi mereka menunaikan sembahyang di kalangan kamu. Apabila kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, bencilah perbuatan mereka dan jangan kamu meninggalkan ketaatan terhadap mereka. 4. Wajib memberi kepatuhan dan ketaatan kepada pemimpin dan pegawai atasan sekalipun mereka fasiq, jahat dan zalim. Adi bin Hatim r.a meriwayatkan dengan katanya: kami pernah bertanyakan Rasulullah s.a.w: kami tidak bertanyakan engkau tentang ketaatan terhadap orang yang bertakwa, akan tetapi tentang ketaatan terhadap orang yang melakukan itu dan ini- yakni keburukan. Lalu Baginda bersabda: Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu dengar dan patuh kepada pemimpin. 5. Wajib mentaati pemimpin Islam dalam perkara yang harus dan ada kepentingan. Sayidina Umar r.a pernah melarang tokoh-tokoh para sahabat keluar dari kota Madinah. Sayidina Uthman r.a juga pernah mengarah Abu Zar r.a agar keluar dari kota Syam dan menetap di Madinah, lalu ia memohon daripada Sayidina Uthman r.a untuk menetab di Rabzah dan ia dibenarkan. Malah kalau pemimpin menyuruh perkara yang harus, maka mematuhi suruhan itu adalah wajib, bahkan kalau ia menyuruh perkara yang wajib tetapi ada pilihan lain, atau mengarah beberapa orang melakukan perkara-perkara fardu kifayah, maka mematuhi suruhan itu adalah kemestian. Ini adalah ketentuan syarak yang wajib dipatuhi. 6. Ketaatan kepada pemimpin dalam perkara makruf serta pelaksanaan rukun-rukun Islam adalah jaminan memasuki syurga. Abu Umamah r.a meriwayatkan, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah padaq Hajj al-Wida dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kelesuan, sabda baginda:wahai manusia! Maka kata seorang lelaki di belakang sana: Apakah yang engkau kata atau mahukan?Sabda baginda:Adakah kamu tidak dengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummah selepas kamu. Ketahuilah! Hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, sembahyanglah lima waktu dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki syurga Tuhan. Para salafus soleh telah merelisasikan prinsip ketaatan ini dalam bentuk praktikal dengan sebaik-baiknya, sebagai contoh: i.Zaid bin Wahab telah berkata: setelah Uthman r.a mengutuskan kepada Ibn Masud perintah supaya datang ke kota Madinah, orang ramai datang mengerumuninya dan berkata, Tuan tinggallah di sini, jangan keluar, kami akan menjaga tuan daripada perkara yang tidak diingini. Ibn Masud r.a berkata: telah menjadi kewajipanku mematuhi arahan Amirul Mukminin, sesungguhnya kalau berlaku perkara buruk dan fitnah, aku tidak mahu menjadi orang pertama yang memulakannya. Orang ramai pun berdebar dan keluarlah Ibn Masud r.a. menemui Sayidina Uthman r.a di Madinah. ii.Hamid bin Hilal meriwayatkan, katanya: Zaid bin Suhan telah menemui Sayidina Uthman r.a. seraya berkata, Wahai Amirul Mukminin, bertolak ansurlah agar hamba rakyat juga bertolak ansur, luruskan pendirianmu nescaya mereka akan lurus.Kata Uthman r.a.: Adakah engkau seorang yang patuh dan taat? Jawabnya : ya. Lalu Uthman r.a. berkata : Sila berpindah ke Syam. Lalu Zaid menceraikan isterinya dan berpindah ke Syam sebagaimana yang diperintahkannya. iii.Abu Wahab al-Zahid(wafat pada 344 H) telah diajak pada suatu malam: Ayuh kita menziarahi si anu. Lalu beliau berkata : Ada kebenaran? Aku harus mematuhi perintahnya. Beliau sebenarnya telah dilarang keluar malam oleh pihak berkuasa. iv.Diceritakan bahawa Ibn Abu Laila. Iaitu seorang kadi tidak menyenangi Abu Hanifah. Ibn Abu Laila ialah pemegang jawatan kadi di Masjid Kufah. Suatu hari, dikatakan bahawa beliau telah keluar dari majlis pengadilannya,lalu beliau terdengar seorang perempuan menghamun secara qazaf seorang leleki dengan kata-kata hai anak para penzina. Beliau segera mengarah agar perempuan itu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilannya. Ketika itu juga, beliau telah mengeluarkan perintah pengadilan agar perempuan tersebut disebat sebanyak 2 kali dalam keadaan dia berdiri. Keadaan tersebut telah sampai ke pengetahuan Abu Hanifah, lalu beliau berkata: Kadi tersebut telah melakukan kesilapan dalam menangani kes tersebut dalam beberapa perkara: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Beliau pulang semula ke majlis pengadilannya setalah selesai mengadili satu kes lain. Melakukan sebatan di masjid, sedangkan Rasulullah s.a.w. melarang perkara tersebut. Menyebat perempuan dalam keadaan berdiri, perempuan sepatutnya disebat dalam keadaan ia duduk. Hukuman dengan 2 kali sebatan, sedangkan seorang yang menghamun secara qazaf kepada satu kumpulan yang ramai pun dihukum satu sebatan Kalaulah 2 kali sebatan sekalipun, ia tidak dilakukan secara berturut-turut. Sepatutnya setelah selesai sebatan pertama, tertuduh hendaklah dibiarkan Hukuman sebat dijatuhkan tanpa sebarang aduan yang dikemukakan terlebih dahulu.

sahaja. sehingga sembuh daripada kesakitannya terlebih dahulu. Setelah mendengar Abu Hanifah r.h. mempertikai prosiding pengadilannya itu, Muhammad Ibn Abu Laila telah mengadu kepada Gabenor Kufah, katanya: Di sini ada seorang yang bernama Abu Hanifah telah menentang prosiding pengadilan saya dan dia telah menuduh saya melakukan kesilapan. Saya harap tuan dapat memberi amaran kepadanya agar tidak lagi berbuat demikian. Dengan itu, Gabenor telah menghantar surat amaran, melarang Abu Hanifah r.h. mengeluarkan sebarang fatwa selepas itu.

Mengikut cerita, suatu hari di rumah Abu Hanifah r.h., ketika beliau sedang bersama isteri, anak lelakinya, Hammad dan anak perempuannya, tiba-tiba anak perempuannya mengadu: Saya berpuasa, darah telah keluar daripada gigi saya, saya meludah sehingga air liur saya bertukar menjadi putih, tidak lagi ada kesan darah padanya, adakah boleh saya meneruskan puasa saya jika saya sekarang menelan air liur? Jawab Abu Hanifah r.h. : Tanyalah abangmu Hammad. Amir (Gabenor Kufah) telah melarang saya memberi fatwa. CARA-CARA PERLANTIKAN PEMIMPIN Kepimpinan terbahagi kepada 2 : Pemilihan dan paksaan. Pemilihan pemimpin melalui cara pemilihan biasa berlaku melalui 2 cara, manakala melalui cara paksaan melalui satu cara sahaja. Inilah ketiga-tiga cara pemilihan pemimpin. Cara yang pertama dalam kepimpinan yang dipilih adalah dengan pembaiahan ahl al-hil wa al-aqd. Melalui cara ini pemilihan dilakukan oleh 2 kumpulan umat islam : Kumpulan pertama: Anggota pemilihan Mereka merupakan ahl al-hil wa al-aqd daripada golongan pemerintah, ulama serta pemimpin orang ramai. Terdapat 3 ciri yang disyaratkan bagi golongan ini, iaitu: 1. 2. 3. Keadilan Mempunyai ilmu yang dapat menjadikan mereka mengenal pasti calon yang layak memegang jawatan pemimpin berdasarkan syarat yang telah di Pandangan yang luas serta kebijaksanaan yang membolehkan mereka memilih orang yang paling layak bagi memegang jawatan khalifah dan

tetapkan. menguruskan kepentingan masyarakat. kumpulan kedua: Anggota kepimpinan, yang telah dijelaskan syaratnya sebelum ini. Apabila berkumpul anggota ahl al-hil wa al-aqd untuk membuat pemilihan, mereka mestilah memeriksa keadaan anggota kepimpinan, yang mencukupi syarat-syaratnya. Pada ketika itu, hendaklah mereka mendahulukan orang yang paling layak dan sempurna syarat-syaratnya. Mereka yang paling cepat dibaiahkan oleh orang ramai serta mereka tidak teragak-agak untuk memberi baiah kepadanya di samping melihat perkembangan persekitaran dan waktu tersebut. Pada zaman kemunculan perkara-perkara bidaah dan kekurangan ilmu dalam masyarakat serta wujud keamanan dalam masyarakat, hendaklah mereka memilih orang yang paling berilmu. Adapun apabila berlaku serangan musuh serta kemunculan yang melakukan kerosakan dan pemberontakkan, pada ketika itu hendaklah mereka memilih orang yang paling berani. Jika terdapat dalam kalangan calon yang dipilih, dan ada yang ijtihad menunjukkan ia patut didahulukan,maka tawaran tersebut hendaklah diberikan kepadanya. Jika ia setuju, maka hendaklah mereka memberi baiaah kepadanya. Pada ketika itu, sahlah baiaah mereka kepadanya. Dan seluruh umat wajib memberi baiaah serta mentaati perintahnya. Dengan cara inilah berlakunya baiaah ketua sahabat Nabi s.a.w. Abu Bakar al-Siddiq r.a, apabila beliau diberi baiaah oleh para sahabat yang besar di Saqifah Bani Saidah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Kata Umar: Hulurkan tanganmu wahai Abu Bakar. Maka Abu Bakar pun menghulurkan tangannya, lalu Umar memberi baiaah kepadanya. Seterusnya diikuti oleh kaum Muhajirin dan Ansar. Baiaah ini berlaku sebelum pengebumian Nabi s.a.w. Para sahabat tidak mahu bermalam, tanpa seorang imam dan tidak berada dalam jemaah. Pada keesokkan harinya Umar mengumpulkan orang ramai di masjid untuk pembaiaahan beramai-ramai dengan berkata : Sesungguhnya Abu Bakar seorang sahabat Nabi s.a.w. satu-satunya sahabat yang bersama nabi apabila Baginda keseorangan. Maka beliaulah orang islam yang paling layak menguruskan urusan kamu, maka bangunlah kamu dan berikanlah baiah kepadanya. Cara kedua dalam baiaah secara pilihan(perlantikan khalifah) Perlantikan yang dibuat oleh pemerintah yang sedia ada terhadap orang selepasnya. Ijmak yang dibuat mengharuskannya dan para ulama bersepakat di atas kesahihannya. Abu Bakar telah mewasiatkan perlantikan Umar sebagai penggantinya, manakala Umar pula mewasiatkan perlantikan penggantinya kepada anggota syura, dan hal ini tidak dibantah oleh para sahabat. Apabila seseorang imam ingin mewasiatkan penggantinya, maka hendaklah ia memerah fikirannya untuk menentukan siapakah yang paling layak serta memenuhi syarat-syaratnya. KESIMPULAN Sebagai mana yang disebut oleh al-imam al-Nawawi bahawa seluruh umat islam telah bersepakat bahawa apabila seseorang khalifah telah didatangi dengan tanda-tanda kematian, dan sebelum daripada itu, harus baginya melantik penggantinya ataupun sebaliknya. Jika dia meniggalkannya maka sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah Nabi s.a.w, dan sebaliknya jika dia berwasiat, maka dia telah menuruti tindak tanduk Abu Bakar. Seluruh umat islam telah bersepakat bahawa sesuatu khilafah itu sah samada dengan cara perlantikkan khalifah ataupun melalui cara pemilihan yang dibuat oleh anggota ahl al-hil wa al-aqd terhadap seseorang jika khalifah tidak melantik penggantinya. Ibn Hazm berpendapat bahawa ini adalah sebaik-baik cara dalam perlantikkan khalifah. Dia berkata: perlantikkan imam sah melalui beberapa cara: yang pertama, iaitu yang paling baik dan tepat, adalah dengan cara khalifah yang hampir meninggal melantik seseorang menjadi khalifah selepas beliau meninggal. Perlantikkan tersebut boleh terjadi semasa dia masih sihat, ataupun ketika dia sakit mahupun ketika dia hampir meninggal dunia. Ini kerana tidak terdapatnya satu dalil dan ijmak yang menghalang berlakunya salah satu cara daripada perlantikkan tersebut. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. terhadap Abu Bakar, dan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar terhadap Umar, begitu juga sebagaimana yang dilakukan oleh Sulaiman bin Abdul Malik terhadap Umar bin Abdul Aziz. inilah cara yang kita pilih dan kita tidak memilih cara selain daripadanya kerana melalui cara inilah berlakunya kesinambungan antara pemerintahan, teraturnya urusan islam dan umatnya serta dapat menghindari sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku seperti perpecahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kepada kacau bilau, penyebaran fitnah, keresahan jiwa dan timbulnya perasaan tamak haloba. Adapun baiah yang diingkari oleh sebahagian

sahabat dan tabii seperti baiah kepada Yazid bin Muawiyah, al-Walid dan Sulaiman adalah di sebabkan mereka semua tidak mempersetujui perlantikan khalifah tadi bukan di sebabkan khalifah yang sebelumnya telah melantik mereka semasa masih hidup. Hal yang disebut oleh Abu Muhammad ibn Hazm ini telah diisyaratkan sebelumnya oleh sahabat Nabi s.a.w. yang ulung iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. apabila beliau mewasiatkan supaya melantik Umar sebagai khalifah selepasnya dengan berkata: ya Allah, aku hanya mengharapkan kebaikan kaum muslimin dan bimbang akan fitnah yang bakal menimpa mereka. Hal ini juga disebut oleh Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar r.a, apabila ia berkata : aku telah masuk ke rumah Habsah, maka ia bertanya: tahukah kamu bahawa bapa kamu belum lagi melantik seseorang bagi menggantikan tempatnya? Aku menjawab: dia sepatutnya tidak melakukan begitu. Kata Habsah: bahkan ia telah berbuat demikian. Lalu aku berkata: aku bersumpah akan berbincang dengannya tentang hal tersebut. Lalu aku berdiam diri sehinggalah aku pulang ke rumah, tetapi aku belum berbicara dengan bapaku(Umar). Keadaanku sewaktu itu umpama aku memikul sebuah gunung sehinggalah aku kembali ke rumah dan seterusnya berbicara dengannya. Ia pun bertanya kepadaku tentang keadaan rakyat jelata, lalu aku memberitahunya. Kemudian aku berkata kepadanya: sesungguhnya aku mendengar orang berkata sesuatu, dan aku ingin memberitahunya kepadamu: mereka mendakwa bahawa kamu tidak melantik pengganti khalifah. Katakan ada seorang pengembala unta atau kambing, kemudian ia datang kepadamu dan meninggalkan haiwan gembalaannya, tidakkah kamu melihat bahawa dia telah mengabaikan tanggungjawabnya? Maka pemeliharaan manusia lebih dasyat lagi. Lalu beliau bersetuju dengan pandanganku tadi. Dia lantas menundukkan kepalanya seketika dan kemudiannya mendongakkannya kembali, seraya berkata: Allah azza wa jalla akan memelihara agama-Nya. Sesungguhnya, jika aku tidak melantik khalifah selepasnya, maka Rasulullah s.a.w. sendiri tidak melantik penggantinya. Jika aku melantik pengganti, maka Abu Bakar sebelumku telah pun melantik penggantinya. Demi Allah ! dia hanya menyebut Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar. Pada ketika itu aku menyedari bahawa beliau (Umar) tidak akan mengikut seseorang selain daripada Rasulullah s.a.w. dan tidak melantik penggantinya. Mengenai hal ini, berkata al-allamah siddiq Hasan Khan: dalam hal ini, seseorang pemerintah tidak patut dipersalahkan, walaupun dia melantik bapa ataupun anaknya sebagai pengganti, kerana dia telah diberi jaminan semasa hidupnya untuk memerhatikan perbuatan mereka. Seelok-eloknya dia tidak dianggap sebagai ingin meninggalkan pengaruh selepas kematiannya, berbeza dengan pendapat yang menuduh mereka yang melantik anak atau bapanya sebagai pengganti mahupun mereka yang menganggap pelantikan anak sahaja sebagai satu kesalahan, bukan bapa. Semua ini jauh sama sekali daripada sangkaan yang baik, terutamanya jika terdapat factor yang boleh membawa kepada perkara tersebut seperti mengutamakan kepentingan umum ataupun mengjangkakan akan berlaku sesuatu kemusnahan, pada ketika itu tertolaklah segala sangkaan sebagaimana yang berlaku pada peristiwa perlantikan Yazid oleh bapanya Muawiyah, walaupun tindakan Muawiyah tersebut yang dipersetujui oleh orang ramai merupakan dalil yang nyata dalam hal ini. Tindakan Muawiyah melantik anaknya sebagai khalifah, bukannya orang lain, bertujuan memelihara kepentingan manusia supaya mereka bersatu pandangan dengan pendapat ahl al-hil wa al-aqd pada ketika itu yang terdiri daripada kaum bani Umayyah. Bani Umayyah tidak akan redha dengan perlantikan orang lain selain mereka. Ini di sebabkan mereka merupakan tonggak kepada Quraisy, dan merupakan pendukung agama serta kaum majority. Oleh itu, Muawiyah mengutamakannya daripada orang lain yang dianggap lebih layak dan mengetepikan calon yang lebih layak demi untuk menjaga permuafakatan dan persefahaman antara orang ramai yang di anggapnya lebih utama di sisi syarak. Dan dengan itu, tidak sepatutnya Muawiyah dianggap selain daripada itu. Keadilan serta kedudukan sebagai sahabat sudah cukup menghalangnya melakukan selain daripada perkara tersebut. Ditambah lagi dengan kehadiran para sahabat dalam peristiwa tersebut dan sikap berdiam diri mereka merupakan bukti kepada terhapusnya keraguan pada tindakan Muawiyah tadi. Mereka bukanlah daripada golongan yang menganggap urusan kebenaran sebagai hal yang remeh temeh, dan Muawiyah pula bukanlah daripada golongan yang angkuh untuk menerima kebenaran. Semua mereka amat jauh untuk bersifat demikian dan keadilan mereka menghalang mereka melakukan perkara tersebut. Kemudian pula, selepas zaman Muawiyah, terdapat beberapa orang khalifah yang bertindak seumpamanya seperti Abdul Malik dan Sulaiman daripada Bani Umayyah, serta al-Saffah, al-Mansur, al-Mahdi, dan al-Rashid daripada Bani Abas dan golongan seperti mereka yang di kenal keadilan mereka, pandangan mereka yang baik untuk umat islam. Tidak menjadi keaiban kepada mereka untuk mengutamakan anak-anak ataupun adik beradik mereka atau menyebabkan keluar daripada jalan para khulafa al-Rasyidin berempat dalam hal tersebut. Keadaan mereka pula tidak sama dengan situasi yang dialami oleh para khulafa al-Rasyidin tadi. Pada zaman itu,belum berlaku perebutan kuasa dan orang ramai kuat beragama. Setiap orang mempunyai kekuatan beragama di dalam dirinya, pada ketika mereka hanya melantik mereka yang diredhai dari segi pegangan agamanya sahaja dan mengutamakannya daripada orang lain. Mereka hanya mengenali mereka yang sampai ke tahap yang berikutnya berdasarkan kepada pegangan agamanya. Adapun keadaan golongan selepas mereka bermula dari zaman Muawiyah, perasaan tahsub telah menular untuk mencapai matlamatnya mencari kuasa, sedangkan pegangan agama semakin lemah, dan orang ramai mengharapkan kepada pegangan kesultanan dan ketaksuban. Jika dilantik seseorang yang tidak diredhai oleh golongan yang taksub, maka sudah tentu perlantikan itu akan ditolak, dan pemerintahannya akan berakhir dengan segera. Pada ketika itu umat akan berpecah belah. Sebagai contohnya peristiwa perlantikan Ali bin Musa bin Jaafar al-Sadiq oleh al makmun yang menggelarkannya dengan gelaran al-ridha. Bagaimanapun, kaum abbasiyyah mengingkari perlantikan tersebut dan melucutkan baiah padanya. Sebaliknya mereka memberi baiah kepada bapa saudaranya iaitu Ibrahim bin al-Mahdi. Pada ketika itu berlaku keadaan kucar-kacir dan porak-peranda, kecurian, kemunculan pelbagai kumpulan pemberontak dan puak khawarij. Keadaan kembali reda apabila al-makmun pulang ke Baghdad dari Khurasan, dan mengembalikan urusan mereka kepada orang yang dilantiknya. Semua ini perlu diperhatikan apabila berlaku sesuatu perlantikan. Zaman saling berubah di sebabkan perubahan peristiwa,kabilah yang berpengaruh dan perasaan asabiyyah. Yang ada ia juga turut berubah mengikut kepentingan. Setiap perkara mempunyai hukumnya yang tersendiri, sebagai satu rahmat daripada Allah buat hamba-Nya. Apabila sesebuah pemerintahan telah stabil bagi pemegang jawatan tersebut samada melalui cara pemilihan ataupun perlantikan, maka wajib bagi seluruh umat mengetahui bahawa pemerintahan tersebut telah berpindah kepada orang yang berhak. Oleh itu mereka wajib menyerahkan segala urusan mereka

kepadanya tanpa monopoli, supaya mereka yang baru dilantik dapat menjalankan tugas mereka yang melibatkan pelbagai kepentingan dan pengurusan kerja. Yang diambil kira ialah baiah yang diberikan oleh ahl al-hil wa al-aqd terhadap seseorang pemerintah. Baiah inilah yang mewajibkan seseorang pemerintah itu ditaati, sabit pemerintahan untuknya, serta segala arahannya haram dilanggari. Semua ini berdasarkan dalil-dalil yang kuat, dan hujah yang kukuh.Last Updated ( Thursday, 03 June 2010 11:0

KAJIAN FEQH SYURA MENURUT PERSPEKTIF SYARA Disediakan oleh: Fakhrurazi Ghazali Fakulti Syariah Wal Qanun (Syariah Islamiah)

Abstrak: Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat Islam. Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di dalam menghadapi sesuatu cabaran dan tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT.

1.0 KONSEP SYURA DALAM ISLAM

Syura adalah merupakan suatu konsep perbincangan yang diletakkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya sistem syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perselisihan pendapat, pandangan mahupun emosi dalam rangka untuk menentukan titik persefahaman dan permuafakatan di antara semua pihak dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai nas secara qatie yang melibatkan umat Islam . Firman Allah SWT :

()64

Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar.

Keadilan di dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap

yang melibatkan keseluruhan masyarakat dalam meraikan

maslahah serta meletakkan dasar persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk berietikad dan melaksanakan amal ibadat.

Ruang lingkup syura adalah berlegar di bawah wilayah Khalifah. Ianya adalah disifatkan sebagai suatu bentuk dzoman (jaminan) tehadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam yang memerintah. Dasar ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga maslahah ummah. Dua dasar inilah yang dijamin melalui perlaksanaan sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah.1

Di sana perlulah kita membezakan di antara sistem syura di dalam Islam dengan sistem-sistem lain ciptaan manusia. Perlulah ditegaskan bahawa Islam meletakkan kuasa perundangan tertinggi pertubuhan atau individu-individu tertentu. kepada syara' dan bukanlah kepada mana-mana

Firman Allah SWT : ()56

Tidak, demi tuhanmu mereka tidak juga beriman kepada engkau sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan antara mereka, kemudian mereka tidak memperolehi keberatan dalam hatinya menerima perutusan engkau dan mereka terima sebenar-benarnya.

1.0

PENGERTIAN SYURA

Dr. Muhammad Abdullah Khatib menjelaskan di dalam suatu risalahnya berhubung dengan definisi syura. Beliau menjelaskan ianya adalah :

Suatu bentuk kerjasama dalam bertukar fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT. 2

Perbincangan (syura) adalah berkisar mengenai perkara-perkara mubah yang berkaitan dengan hal ehwal muslimin di mana berlakunya perbahasan serta munaqasyah dari pelbagai pandangan yang di wakili oleh pelbagai pihak.

2.0 PANDANGAN ULAMAK MENGENAI SYURA

Firman Allah SWT : )951 (

Al-Nasafi masalah.

:

Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan

Hassan Basri:

Inilah akhlak mulia baginda SAW dan inilah jua caraku dan begitu jualah kepada seluruh kepimpinan umat Islam.

Syed Qutb

:

Ayat adalah menunjukkan kaedah asas yang diletakkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan. Adapun

bentuk syura mahupun perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian umat, zaman mahupun perubahan semasa. Namun apa yang pentingnya adalah perlaksanaan kepada sistem syura tersebut kerana ia merupakan salah satu juzuk daripada pemerintahan Islam yang dituntut syara.

3.0 SIGNIFIKASI SYURA DALAM ISLAM

Perlaksanaan syura adalah merupakan suatu anugerah Allah SWT terhadap akal manusia. Dr Abdul Halim Mahmud pernah menjelaskan berhubung dengan masalah akal dan Al Quran, bagaimana seringkali disebutkan perintah berhubung dengan tuntutan al tafkir dan al tadabbur sebagaimana Firmannya, (( 2

Firmannya lagi ,

)73 (

. Begitu juga ayat-ayat

yang diakhiri dengan

menjelaskan lagi penegasan syara' berhubung dengan pemikiran sebagai suatu medium yang

perlu diguna pakai dan ditafsirkan mengikut perintah syara.3

Badan syura terbentuk sebagai suatu badan yang khusus dalam menentukan sesuatu dasar. Di atas dasar inilah maka sewajibnya wujud suatu badan muraqabah (pengawasan) dalam mengawasi perjalanan majlis syura supaya tidak berlakunya kecacatan terhadap ketidakseimbangan institusi ini. Beberapa masalah perlulah dikawal selia seumpama dalam masalah perlucutan jawatan khalifah sekiranya berlaku pengabaian terhadap tugas khalifah.

Hukuman hanyalah boleh dijatuhkan kepada khalifah setelah berlakunya kesan terhadap ummah melalui masalah yang ditimbulkan oleh khalifah. Justeru, wujudnya badan muraqabah ini adalah untuk menghentikan penyelewengan dalam pentadbiran khalifah sebagai menolak kemafsadatan terhadap ummah.4

Kajian terhadap sirah Khulafa al Rasyidin mendapati bagaimana asas ini diletakkan dalam pentadbiran khalifah.

1.Ucapan Saidina Abu Bakar RA ketika mana beliau dilantik menjadi khalifah:

2.Ucapan Saidina Umar RA : .. ....

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli halli wal aqdie (para sahabat) dan merekalah sebagai sebuah badan muraqabah (pengawasan)

terhadap khalifah disamping orang yang melantik dan menjadi ahli syura bersama khalifah, bahkan kadang-kadang hak muraqabah ini menjadi kewajipan setiap individu untuk mengawasi perjalanan pentadbiran khalifah. Namun di sana tiadalah kaedah yang ditetapkan secara khusus daripada sirah Khulafa al Rasyidin berhubung dengan perlaksanaan badan ini dari aspek gerak kerja dan perjalanan dalam mengawasi khalifah.

Walaupun dari segi tarikhnya tidaklah dijelaskan secara terperinci tetapi ulamak menetapkan perlaksanaan terhadap wujudnya badan ini perlulah dilihat dari aspek usul syara', kemudian kepada kaedah-kaedah umum dalam perundangan masakini yang tidak bercanggah dengan asas-asas syara'.

Dalam sistem parlimen, perlaksanaan terhadap dasar dan kuasa ketua negara adalah dilaksanakan melalui majlis eksekutif yang menjadi perantara terhadap perlaksanaan dasar yang dibincangkan di parlimen. Majlis inilah secara langsungnya yang menjalankan tugas muraqabah terhadap dasar-dasar yang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

Sesetengah individu ada kalanya tersilap dalam memberikan tafsiran dengan mengatakan bahawa syura adalah terkesan daripada perundangan ciptaan manusia dalam beberapa perkara. Di sini perlulah dijelaskan kembali beberapa perbezaan di antara syura daripada sistem selainnya.

1.Syura adalah istilah yang diguna pakai dalam Islam seumpama kalimah solat, iman zakat dan sebagainya. Allah SWT telah menjelaskan di dalam suatu surah mengenai kefardhuan syura : (( 83

Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada tuhannya dan mendirikan sembahyang sedang urusan mereka dengan bermesyuarat sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka.

Istilah ini tidak sah untuk ditafsirkan selain daripada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran mengenai tafsiran kalimah syura dan sebagaimana yang dijelaskan oleh sunnah Baginda SAW.

2. Kaedah Syura bukanlah bersifat tetap

. Sebaliknya ia ditinggalkan untuk perlaksanaan berdasarkan kesesuaian masa dan

tempat. Ianya adalah merupakan beberapa juzuk penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran Islam.

3. Ahli syura adalah terdiri di kalangan mereka yang mendekatkan diri kepada Allah dan bersifat adil. Mereka melaksanakannya sebagai suatu ibadat dengan tujuan menolak kemafsadatan dan mengambil kemaslahatan seterusnya meletakkan keazaman kepada Allah SWT terhadap keputusan yang diambil dalam usaha mengelakkan perpecahan . ()951

4. Matlamat dan tujuan syura hanyalah untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah SWT serta mengelakkan diri daripada tuntutan hawa nafsu, taasub pandangan mahu pun mempertahankan kepentingan diri sendiri dan jamaah tertentu . 3.0 DEMOKRASI BARAT

Asas perundangan demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi ( ) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran

terhadap rakyat secara umumnya.5

Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya. Firman Allah SWT: ( ) 45

Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan

( ) 04

Hukum itu tidak lain hanya bagi Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus.

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.

4.0 PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI

Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah Firman Allah SWT : )27 (

Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6 Firman Allah SWT:

( )63

Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan

) ) yang

tertinggi. Maka kewajipan mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan berdasarkan perubahan zaman sebagaimana juga syura.

2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ietikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan sedangkan maqasid ialah matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi.7

3.0 DEMOKRASI BARAT

Asas perundangan demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi ( ) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran terhadap rakyat secara umumnya.5

Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya. Firman Allah SWT: ( ) 45

Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan

( ) 04

Hukum itu tidak lain hanya bagi Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus.

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.

4.0 PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI

Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah Firman Allah SWT : )27 (

Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6 Firman Allah SWT: ( )63

Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan

) ) yang

tertinggi. Maka kewajipan mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan

berdasarkan perubahan zaman sebagaimana juga syura.

2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ietikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan sedangkan maqasid ialah matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi.7 5.0 HUKUM MELAKSANAKAN SYURA

Terdapat berbagai-bagai bidang yang dilaksanakan melalui sistem musyawarah ini. Ianya termasuklah :8

1. Dalam aspek kehidupan seharian seperti urusan munakahat, baie, ijarah, wakalah dan dzoman di mana berlakunya proses syura .

2. Syura juga dilaksanakan di dalam majlis kehakiman sebagaimana berlakunya syura di antara qadhi bersama para ilmuan dan fuqaha' terhadap sesuatu qadhiah sebelum sesuatu ketetapan diambil terhadap hukuman yang bakal diputuskan.

3. Majlis mufti juga melaksanakan konsep syura bersama para alim ulamak di zamannya sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan untuk tatapan umum.

4. Hakim (pemerintah) juga melaksanakan tuntutan syura bersama ahli halli wal aqdi dalam menentukan sesuatu dasar yang berhubung dengan maslahah ummah dalam pentadbiran negara.

Di dalam ketiga-tiga keadaan yang pertama sebagaimana yang dijelaskan, tuntutan syura adalah bersifat mustahab (sunat). Adapun dalam keadaan yang terakhir ulamak bercanggah pandapat dalam menentukan hukum melaksanakan syura bagi seseorang pemerintah negara.9

Pandangan pertama : Syura adalah wajib bagi seseorang pemerintah dalam memutuskan ketetapan berhubung dengan pentadbirannya.

Pandangan kedua : Tuntutan syura hanyalah disunatkan dan ianya tidaklah dianggap sebagai sesuatu kewajipan bagi seseorang pemerintah.

Huraian pandangan I Pendapat ini dipegang oleh sebahagian ulamak dan juga fuqaha' yang menyatakan syura adalah sesuatu kewajipan bagi pemerintah. Sekiranya ia meninggalkan tuntutan syura dalam pentadbirannya ataupun bersendirian dalam menentukan hukum maka ianya dianggap sebagai suatu dosa.Ummah juga dianggap berdosa sekiranya mereka berdiam diri kerana ia merupakan suatu kemungkaran

yang perlu dicegah. Ini ditegaskan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya melalui riwayat Abu Said Al Khudri, Sabda Nabi SAW: 10

Ibn Atiah di dalam tafsirnya menyatakan Syura merupakan salah satu daripada kaedah syara dalam menentukan sesuatu hukum. Mana-mana pemerintah yang tidak melaksanakan musyawarah bersama-sama ahli ilmi dan ulamak maka wajib memecatnya daripada tampuk pemerintahan yang sememangnya tiada lagi khilaf padanya.11

Berikut adalah pandangan yang diambil secara ringkas daripada kebanyakan fuqaha' yang mengatakan bahawa syura adalah merupakan suatu kewajipan terhadap pemerintah dalam sesebuah negara.

Fuqaha' Hanafiah Abu Bakar al Jashas: Firman Allah SWT menunjukkan ketinggian darjat syura di sisi Allah yang disertakan dengan perintah iman dan solat.

Ibn Asyur menjelaskan apa yang dinyatakan oleh Ibn Arabi adalah menerangkan mengenai apa yang disepakati oleh mazhab Hanafi mengenai kewajipan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura

Fuqaha Malikiah Ibn Atiah al Andalusi: Pandangan beliau adalah sebagaimana yang dijelaskan di mana pemerintah yang mengenepikan tuntutan syura hendaklah dilucutkan daripada jawatannya. Antara lain beliau mendakwa apa yang dipegangnya adalah merupakan suatu keputusan ijma.

Ibn Juwaiz: Pemerintah berkewajipan untuk mengadakan musyawarah bersama ulamak di dalam urusan yang tidak diketahuinya mahupun urusan yang berkaitan dengan soal agama, peperangan ataupun soal dalam menentukan maslahah yang berkaitan dengan kementerian dan urusan pentadbiran negara.12

Ibn Arabi: Musyawarah adalah merupakan salah satu daripada usul agama dan juga sunnah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Ianya adalah suatu kewajipan ke atas seluruh ummah semenjak zaman Nabi SAW dan seterusnya.13

Fuqaha' Syafieah Kebanyakan pandangan dalam mazhab Syafie menyatakan syura adalah wajib ke atas pemerintah dan juga ke atas Nabi SAW.14

Imam Al Nawawi menyatakan bahawa ianya adalah wajib sebagaimana pandangan jumhur ulamak dan usuliyyin bahawa ayat adalah menunjukkan perintah suruhan yang berbentuk wajib. Ianya adalah nas yang terang dan tiada lagi kesamaran padanya.15

Fuqaha Hanabilah Syeikh Islam Ibn Taimiah menjelaskan bahawa tidak dapat tidak bagi seseorang pemerintah berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan syura sebagaimana Firman Allah : ) 951 (

Pandangan Muhaddisin/ muasirin Jumhur muhaddisin menyatakan syura adalah suatu kewajipan terhadap pemerintah sebagaimana pandangan yang dinyatakan oleh Syeikh Tohir Ibn Asyur.16

Di antara tokoh-tokoh ulamak lain yang menyokong mengenai kewajipan melaksanakan syura bagi pemerintah termasuklah tokoh gerakan Islam, Imam Hassan al Banna17, Ustaz al Maududi18, Syeikh Mahmud Syaltut19, Syeikh Muhammad Abi Zahrah20, Syeikh Abd Wahab Khalaf21, Dr. Abd Kadir Audah22, Dr. Abd Razak al Sanhuri23 dan Dr. Abd Karim Zaidan.

Dalil Pendapat I 1. Firman Allah SWT: )951 (

"Maka dengan rahmat Allah menjadi lunaklah hati engkau (Muhammad) terhadap mereka. Sekiranya engkau berbudi jahat dan berhati kasar nescaya bercerai berailah mereka manjauhi engkau".

Dilalah ayat : Kata Imam Fakh alRazi: Zohir ayat menunjukkan perintah amar adalah wajib. Justeru, perintah melaksanakan syura adalah suatu perintah yang wajib.

Kata Abu Hayyan al Andalusi: Dalil (ayat) menunjukkan perintah musyawarah merupakan suatu tuntutan syara.

Kata Syeikh Muhammad Rashid Redha: Dalil manunjukkan perintah umum dalam mentadbir negara dan ummah Ianya adalah meliputi segala urusan termasuklah peperangan, keamanan serta perkara-perkara yang melibatkan maslahah duniawi.

2. Firman Allah SWT: 3. Firman Allah SWT: ()401 ()83

..

4. Firman Allah SWT:

5. Sabda Nabi SAW, daripada Saidina Ali R.A. . :

Huraian pendapat II

Sebahagian daripada fuqaha' menyatakan bahawa perintah syura bukanlah merupakan suatu tuntutan yang wajib ke atas pemerintah. Ianya hanyalah merupakan suatu perkara yang disunatkan dan tidaklah menjadi suatu kesalahan apabila meninggalkannya. Walaubagaimanapun mereka menyokong bahawa adalah terlebih baik untuk dilaksanakan syura bersama para ilmuan, fuqaha' dan ahli ilmi.

Pendapat ini disandarkan kepada Muhammad b. Idris Al Syafie24, Qotadah, Al Rabie, Ibn Ishak25, Imam Ghazali, Ibn Hazm, Ibn

Qayyim Al Jauzi, Al Mawardi dan kebanyakan golongan salaf.

Dalil pendapat II 1. Firman Allah SWT.

Dilalah ayat: Perintah amar menunjukkan kepada suruhan yang berbentuk sunat. Ini dijelaskan sebagaimana berlakunya musyawarah di antara nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail dalam Firman Allah SWT : )201 (

Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau maka perhatikanlah bagaimana fikiran engkau?

2.Sekiranya perintah syura adalah wajib maka Nabi SAW akan bersungguh-sungguh untuk menjalankannya. Namun sebaliknya Nabi SAW ada kalanya tidak melaksanakan musyawarah dalam kebanyakan urusannya bersama para sahabat.

Ini dapat dilihat sebagaimana keputusan Nabi dalam perjanjian Sulhu Hudaibiyah walaupun disanggah oleh para sahabat. Begitu juga dalam peperangan Tabuk, tiada pun di kalangan tentera sekira-kira 300 orang yang turut serta dalam musyawarah bersama Nabi.

3.Musyawarah yang dilakukan oleh Nabi SAW hanyalah suatu petunjuk untuk menenangkan hati para sahabat. Justeru, ianya hanyalah merupakan perkara yang dianggap sunat sahaja.

4.Asalan dalam hukum Islam adalah mubah , sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan sama ada keharusan ataupun kewajipan. Namun di sana tiada dalil yang menerangkan bahawa ianya adalah merupakan suatu kewajipan.

Pendapat Terpilih Dr. Abd Kadir Abu Faris di dalam kitabnya menyatakan bahawa pendapat yang sesuai untuk diterima adalah pendapat yang menyatakan bahawa syura adalah wajib untuk dilaksanakan oleh setiap pemerintah. Ini berdasarkan kekuatan dalil yang dibawa oleh golongan ini. Seandainya syura di anggap sebagai suatu perkara yang sunat sematamata, maka ianya telah menolak beberapa faedah yang besar terhadap ummah. Di antaranya ialah:

1.Pemerintah akan bersendirian dalam menentukan hukum dan dasar.( (

2.Dasar akan diputuskan oleh suatu golongan sahaja. Ini akan membawa kepada hilangnya keyakinan rakyat terhadap pemerintah seterusnya membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat.

3.Ianya seolah-olah menolak dasar persamaan dan kebebasan berfikir dalam menyuarakan pandangan.

4.Pemerintah seolah-olah hanya mengikut kehendak dirinya semata-mata. Sekiranya dasar syura diamalkan, secara tidak langsung pemerintah sebenarnya telah melaksanakan salah satu daripada tuntutan syara yang di anggap sebagai ibadah. Seandainya tuntutan ini ditinggalkan maka hilanglah salah satu daripada cabang ibadah yang mendekatkan seorang hamba kepada tuhannya. Maka hilanglah

di sana suatu kebaikan yang besar dan tinggallah kerugian yang menimpa.26

Tegasnya benarlah apa yang dikatakan oleh As Syahid Syed Qutb di dalam Zilalnya Seandainya wujud segolongan qiadah yang diberi petunjuk dan mampu mentadbir ummah maka tidak perlulah lagi disibukkan dengan urusan syura. Sedangkan wujudnya baginda SAW yang dipandu oleh wahyu Allah SWT memadai untuk menyatakan tidak wajibnya syura terhadap urusan ummah. Tetapi lahirnya baginda SAW berserta wahyu Ilahi tidaklah menolak tuntutan ini kerana tuntutan ini adalah begitu penting untuk kesinambungan umat.27

6.0

BIDANG SYURA

Bukanlah semua individu berkelayakan untuk menjadi ahli syura. Mereka semestinya di kalangan ulil amri dan orang yang berkelayakan untuk menyuarakan pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Firman Allah SWT ()38 Apabila mereka ditimpa sesuatu hal, keamanan atau ketakutan mereka siarkan kepada musuh. Kalau mereka serahkan hal itu kepada rasul atau orang yang mempunyai urusan di antara mereka nescaya orang-orang yang meneliti di antara mereka mengetahui hal itu.

Mereka adalah dikalangan orang-orang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang keagamaan. Selain itu mereka jualah yang melantik wakil untuk dicalonkan sebagai khalifah serta melakukan baiah lalu dibentangkan kepada masyarakat umum untuk diterima secara total.

Ahli syura memiliki kekuasaan untuk mengoreksi dan memuhasabah ketua negara serta menterinya. Ini berlaku dalam konteks amar ma'ruf nahi mungkar. Sekiranya ketua negara melanggari batasan syara ataupun melakukan kezaliman terhadap masyarakat maka adalah menjadi kewajipan ahli syura untuk membuat perubahan dan memperbetulkan kesalahan tersebut.

Mereka juga memiliki kekuasaan untuk memecat ketua negara sekiranya beliau memang perlu untuk dipecat seperti meninggalkan kewajipan yang ditaklifkan kepadanya ataupun bila mana kezaliman berleluasa tanpa sebarang cegahan dan tindakan. 7.0 PERBINCANGAN DI MAJLIS SYURA

Perbincangan di antara ahli-ahli syura dalam beberapa perkara tertentu adalah untuk mencari titik permuafakatan dalam menentukan perkara-perkara yang dapat memberikan maslahah kepada ummah.

Di sana perbincangan syura adalah menyentuh mengenai perkara-perkara mubah, pensyariatan yang berhubung urusan muslimin sama ada individu ataupun kumpulan-kumpulan tertentu, hal ehwal kekeluargaan, masalah awam atau pun perkara yang melibatkan jentera pentadbiran kerajaan dan sebagainya.

Di antara perkara-perkara yang dikecualikan dalam perbincangan syura adalah perkara yang melibatkan nas thabit di dalam al Quran dan sunnah serta beberapa perkara yang menyentuh mengenai akidah umat Islam.

Dr. Abd Karim Zaidan di dalam majma buhus feqhiyyah menjelaskan permesyuaratan yang melibatkan ummah adalah berlegar di sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syara yang memerlukan kepada ijtihad terhadap dalil-dalil yang bersifat dzonni ataupun yang tiada nas padanya.

Al Jashas pula di dalam tafsirnya menyatakan: Permesyuaratan adalah menyentuh perkara-perkara keduniaan dan keagamaan yang tidak diturunkan wahyu padanya. Ianya adalah seumpama masalah yang melibatkan siasah daulah, ketenteraan, pengisytiharan perang, akad perjanjian dan sebagainya.

Oleh itu perkara-perkara yang tidak memerlukan hajat, tidak mendatangkan manfaat dan juga tidak diterima akal adalah merupakan perkara-perkara yang tidak memerlukan syura untuk dibahaskan.

8.0 PERLAKSANAAN SISTEM SYURA

Sirah Nabi SAW menunjukkan bagaimanakah teladan dalam melaksanakan syura yang perlu diambil oleh seorang kepimpinan negara. Persoalannya, adakah permesyuaratan yang akan dilaksanakan melibatkan keseluruhan masyarakat ataupun sebahagian kecil sahaja dikalangan mereka.

Justeru, sirah Nabi SAW menentukan bagaimanakah bentuk syura yang pernah dilaksanakan di antara Nabi dan para sahabat28

1.Musyawarah memerangi Musyrikin Ketika mana kaum Musyrikin merancang untuk menyerang orang-orang Islam dalam peperangan Badar, Nabi SAW bermusyawarah

bersama para sahabat. Di antaranya Abu Bakar, Umar, Miqdad, Saad b Abi Waqas, Muaz b. Jabal dan para sahabat yang lain di mana mereka mengambil keputusan untuk mempertahankan Madinah daripada diserang. Lalu Nabi SAW pun bersabda : ... 92

2.Musyawarah dalam peperangan Uhud. Musyawarah ini berlaku di mana Nabi SAW menyatakan persetujuan untuk bertahan di Madinah sedangkan sebahagian sahabat menyatakan persediaan untuk keluar daripada Madinah untuk berhadapan dengan musuh.

3.Musyawarah dalam menentukan ghanimah golongan Hawazin Musyawarah ini berlaku di antara Nabi dan para sahabat di mana Baginda meminta pandangan daripada keseluruhan mereka yang terlibat dalam peperangan itu.

4.Musyawarah dalam menentukan hukuman terhadap tawanan Badar Musyawarah ini berlaku di antara Nabi dan para sahabat. Di antaranya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Kesimpulannya pandangan dalam menentukan siapa dan apa yang akan dibincangkan adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan. Ini adalah disebabkan beberapa faktor. Antara lain:

Nabi SAW bermusyawarah dengan sebahagian sahaja daripada sahabat disebabkan beberapa faktor di antaranya: iMasalah ini tidak perlu untuk dibentangkan kepada keseluruhan kaum muslimin.

ii- Masalah ini tidak perlu untuk dibentangkan kepada keseluruhan mereka yang terlibat dalam peperangan.(tawanan Badar) iii- Syura hanyalah berlaku dengan mereka yang mempunyai kepentingan dan keutamaan disisi masyarakat sahaja.

2. Ahli syura dalam masalah untuk keluar berperang (Uhud) di ambil daripada kebanyakan kaum muslimin.

3. Ahli syura dalam masalah ghanimah golongan hawazin diambil daripada kesemua yang terlibat dalam peperangan tersebut.

8.0

PERLAKSANAAN KEPUTUSAN SYURA

Keputusan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura adalah suatu perkara yang pasti dan tidak lagi diragui lagi kewajipannya. Namun terdapat beberapa perkara yang menjadi perselisihan di kalangan ulamak berhubung dengan keputusan syura. Ianya berlaku sekiranya musyawarah dilaksanakan tetapi tidak mencapai permuafakatan dalam mengeluarkan keputusan di mana keputusan majoriti ahli syura berbeza daripada keputusan yang hendak diputuskan oleh pemerintah (ketua negara) .

Justeru, bagaimanakah keputusan yang bakal diputuskan?. Penjelasan daripada kitab-kitab yang dicatatkan ulamak menjelaskan ianya adalah bergantung kepada dua keadaan:

1.Diputuskan mengikut keputusan yang dibuat oleh majority ahli syura dan menolak keputusan yang dibuat oleh pemerintah secara bersendirian.

2.Diputuskan mengikut kehendak pemerintah walaupun pendapatnya berbeza daripada kebanyakan pendapat ahli syura yang lain

Pendirian Fuqaha' dan Ulamak

Golongan I Sebahagian daripada ulamak menyatakan keputusan syura adalah ditentukan atas dasar () dan menjadi hak

pemerintah untuk menentukan pilihannya dalam sesuatu musyawarah walaupun keputusan itu bertentangan dengan keputusan jumhur ahli syura.

Golongan II Sebahagian Ulamak menyatakan bahawa keputusan syura adalah bersifat .) ) Pandangan ini disandarkan kepada jumhur fuqaha' dan kebanyakan ulamak muasirah. Pemerintah wajib mengikut keputusan dan suara majoriti ahli syura walaupun pandangan pemerintah yang diyakini akan kebenarannya menyanggahi jumhur ahli syura yang lain. Jawab #9 on: 15 September, 2007, 11:32:04 AM

Huraian Pandangan I

Fuqaha' dan ulamak terdahulu Di kalangan ulamak yang menyatakan demikian adalah Al Jashas30 (Ahnaf), Ibn Atiah31 (Malikiah), Ibn Taimiah32 (Hanabilah) dan

Imam Al Qurtubi.

Fuqaha' Muasirah Di kalangan mereka termasuklah Imam Hassan Al Banna33, Ibn Asyur34, Ustaz Hassan Al-Huwaidi, Dr Abd. Karim Zaidan, Ustaz Ahmad Muhammad Syakir dan Ustaz Dr. Said Ramadhan Al Bouti35.

Dalil Pendapat I 1.Firman Allah SWT : Dilalah ayat: Ayat dengan jelas menunjukkan khitab ke atas Nabi SAW supaya memberi keampunan kepada ahli-ahli Uhud yang melanggari perintah Baginda. Justeru, tiadalah pula menjadi kewajipan ke atas Baginda untuk menerima pakai apa-apa pandangan di kalangan mereka yang berhajat untuk meminta keampunan di sisi Nabi. Ini disebabkan kedudukan Nabi sendiri adalah lebih tinggi daripada mereka yang berhajat kepada keampunannya. ( )451

Ayat seterusnya

disandarkan hanya kepada Nabi dalam meletakkan keazaman serta menentukan keputusan )adalah ditujukan

yang dibuat tanpa mengaitkannya dengan keputusan yang diambil oleh ahli syura. Begitu juga perintah ( kepada Rasulullah dan bukannya keputusan terbanyak yang dibuat oleh ahli syura.

2. Al-Sunnah Sabda Nabi SAW kepada sahabatnya Abu Bakar dan Umar Radhiyallahuanhuma ,, /,,, 63

Dilalah hadis: Sekiranya kedua-dua sahabat Nabi SAW (Abu Bakar dan Umar) bersetuju dalam sesuatu musyawarah maka tiadalah sesiapa pun yang akan menyanggahi mereka. Justeru, pandangan mereka akan diterima pakai walaupun di kalangan jumhur sahabat lain berselisih dengan mereka.

Ini menunjukkan mereka ini menjadi rujukan kepada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan pemikiran dan hala tuju dalam menangani sesuatu masalah. Mereka jualah yang dianggap sebagai wazir kepada Nabi SAW sebagaimana yang di riwayatkan di dalam Sunan al Tirmizi daripada Abu Said al Khudri, Sabda Nabi SAW:

3.Sunnah Fieliah (al Sulhu Hudaibiyah) Nabi SAW telah memeterai perjanjian Hudaibiyah tanpa mengadakan musyawarah bersama para sahabat yang lain. Baginda menetapkan perjanjian tanpa mengadakan perbincangan bersama para muslimin bahkan di kalangan mereka ada yang membantah:

1. Kata mereka Demi Allah kami tidak akan menulisnya kecuali dengan lafaz dengan lafaz

. Tetapi Nabi menegaskan tulislah

2. Kata mereka Subhanallah, bagaimanakah pula mereka harus dikembalikan ke tangan Musyrikin sedangkan mereka datang untuk menganuti Islam bersama kita. Ini adalah pendapat mereka berhubung keputusan Nabi SAW. Akan tetapi Nabi tetap meneruskan

keputusan yang dibuatnya.

3. Nabi memerintahkan mereka supaya mereka bercukur dan melakukan penyembelihan tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Golongan II

Pandangan yang menyatakan bahawa keputusan syura adalah bersifat mulzimah disandarkan kepada jumhur fuqaha' dan ulamak muasirah. Pemerintah wajib mengikut keputusan dan suara majoriti ahli syura walaupun suara terbanyak ini menyanggahi pandangan pemerintah