perbezaan

17
PENGENALAN Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran seorang guru mestilah mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar. Apa dia pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Apakah ciri-ciri Pengajaran? 1. guru dan murid 2. guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, 3. hanya bermakna apabila ada pembelajaran, 4. melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,

Upload: reduan-jamil

Post on 21-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

perbezaan

TRANSCRIPT

Page 1: perbezaan

PENGENALAN

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran seorang guru mestilah mengambil kira

perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang

murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah

murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai

hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada

dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan

muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk

melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,

menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi

memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

1. guru dan murid

2. guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,

3. hanya bermakna apabila ada pembelajaran,

4. melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,

5. melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,

6. ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,

7. boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-

murid serta berpusatkan sumber,

8. meliputi rancangan mengajar

9. proses yang melibatkan interaksi dua hala,

10.ada unsur sains dan seni.

Page 2: perbezaan

Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,

pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang

dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran

dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan

membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan

tindak balas yang baru.

Pembelajaran :

1. Satu proses yang berterusan,

2. Secara formal dan tak formal,

3. Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,

4. Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.

5. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,

6. Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah mengenai pendekatan semasa pengajaran

dan pembelajaran. Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu

pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid.

Page 3: perbezaan

Pendekatan Berpusatkan Guru

Pendekatan berpusatkan guru adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran yang

dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat penting iaitu guru  yang menguasai

dan mengawal semua aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi

penerangan sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan. Kaedah

keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan

sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro

menjadi pertimbangan semasa menggunakan pendekatan berusatkan guru.

Ciri-Ciri Pendekatan Berpusatkan Guru

1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang

sangat penting sementara murid hanya sekadar mendengar dan menonton

sahaja.

2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah sehala kerana

guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang lebih banyak mendengar.

3. Guru memperlihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana guru lebih

banyak bertindak seperti mengawal dan memberi arahan.

4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru.

5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

murni atau perkembangan emosi.

6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan

peperiksaan.

7. Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta seperti

menghafal. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat dan menghafal tetapi

kurang berupaya membuat interpretasi.

8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid adalah kurang.

9. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari

segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.

Page 4: perbezaan

10.Di bawah pendekatan pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan

tidak berinisiatif.

Pendekatan Berpusatkan Murid

Pendekatan berpusatkan murid merujuk kepada pembelajaran berpusatkan

murid di mana guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Ini

bermakna, murid memang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses

pembelajaran. Dalam pembelajaran, murid-murid adalah digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi melancarkan lagi sesi

pembelajaran, guru membimbing murid ketika menjalankan aktiviti pembelajaran secara

individu atau dalam kumpulan. Dari segi pengagihan masa dalam perancangan guru,

kebanyakan masa lebih banyak digunakan oleh murid untuk melaksanakan pelbagai

aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Antara kaedah pembelajaran yang

menggunakan pendekatan berpusatkan murid adalah seperti :

i . Kaedah Koperatif

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar

bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli

kumpulannya (SuhaidaAbdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif

ialah sekumpulan pelajar   bo leh d i kuasa i o leh seorang ah l i saha ja i a i t u

ke tua kumpu lan . Wa laupun  penyelesaian terhadap sesuatu masalah

merupakan pandangan seorang sahaja,semua ah l i da lam kumpu lan akan

beker jasama un tuk menye lesa ikan masa lah tersebut, juga dalam

pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsid i k a l a n g a n p e l a j a r .

G u r u p e r l u p r i h a t i n u n t u k m e m b e r i k a n g a n j a r a n

d a n  pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang

baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru

hendakalah m e m u p u k s i k a p p o s i t i f s e p e r t i b e k e r j a s a m a ,

b e r t o l a k a n s u r d a n t i d a k   mementingkan diri agar objektif kumpulan

tercapai serta guru juga hendaklah me la t ih kemah i ran sos ia l dan

Page 5: perbezaan

memupuk konsep kend i r i un tuk memban tu ah l i kumpulan mencapai objektif

dan mengekalkan hubungan positif.

i i . P e n d e k a t a n K u m p u l a n

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara

kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran

secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik,

tanggung  jawab guru un tuk mengena l pas t i t a juk yang sesua i un tuk

ke r ja kumpu lan ,  penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja

kumpulan yang berkesanakan wujud jika individu diberi tanggungjawab,

Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan

pengajaran secara kumpulan ialah membo lehkan pe la ja r , mengena lpas t i ,

mengana l i s i s dan menye lesa ikan masalah secara koperatif 

iii. Tekn ik Perb incangan

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar

berinteraksi s e s a m a m e r e k a d a n m e m b i n c a n g k a n s e s u a t u i s u

a t a u m a s a l a h . C i r i - c i r i p entingnya, pelajar berpeluang mengemukakan

isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama

pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan

memberi reaksi atau tindakbalas tentangtop ik a tau masa lah dan

pe rb incangan d i l aksanakan d ibawah kawa lan gu ru ,  pe rb incangan

dapa t d i l aksanakan da lam semua mata pe la ja ran dan sebarang

s i tuas i b i l i k da r jah dan tu juan u tama perb incangan ia lah un tuk

mengga lakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam

mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela

Abdullah, 2009).

Page 6: perbezaan

iv. Penye lesa ian Masa lah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang

itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-

langkah te r ten tu un tuk menga tas i kekurangan dan se te rusnya

menye lesa ikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan

daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,

menghasilkan sesuatu yang diingini dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek

penting yang perlu diketahui ialah tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan

pelajar berfikir secara rasional, logic dan objektif apabila menghadapi masalah,

mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya

adalah memujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan

mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

v . K a e d a h S i m u l a s i

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang

memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri

Pentingnya, ia merupakan sa tu pembe la ja ran me la lu i penga laman.

peser ta be la ja r da r ipada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri

dalam situasi yang berikutnya d a l a m s i m u l a s i p e r a n a n p e s e r t a a g a k

l u a s k e r a n a p e s e r t a b u k a n s a h a j a dikehendaki memegang peranan

sebagaimana yang di tentukan tetapi mereka perlu be rb incang dan member i

sumbangan kepada perse r ta -pe rse r ta bag i membua t keputusan,

peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem

yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi,

tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih

berfungsi dan member pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan

Page 7: perbezaan

berkesan. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir

secara kreatif, analisis dan kritis.

vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang

membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-

pengajaran ialah manipulative, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulative

termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congkak. Permainan fizikal

dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal di gunakan dalam pergerakan, kordinasi,

kecekapan dan kemahiran fizikal,  permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-

pembelajaran bahasa mengandungi unsur be rma in dengan menggunakan

bahan-bahan dan daya k rea t i v i t i pe la ja r  u n t u k m e w u j u d k a n

s u a s a n a b e l a j a r y a n g m e n y e r o n o k k a n d a n b e r m a k n a , keba ikan

tekn ik i n i i a lah merangsangkan mot i vas i be la ja r kesan da r ipada

keseronokkan be rma in dan ia j uga mengembangkan daya imag inas i

un tuk  membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

vii. Kaedah Projek 

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu

eksperimenatau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan

sesuatu (Ee. A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh

pelajar didalam atau diluar  bilik darjah dan mereka belajar melalui proses

menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri pentingnya, tujuan kaedah projek ialah

memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar

semasa menjalankan projek, ia membantu pelajar bekerjasama dan

menanamkan sifat positif dalam menghasilkan projek, memperkembangkan

pembelajaran melalui pengalaman me laksanakan ak t i v i t i , p ro jek yang

hendak d ibua t hendak lah bermakna dan membawa manfaat kepada

Page 8: perbezaan

pelajar, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah mudah

diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif    pe la ja ran , ke leb ihan

kaedah p ro jek ia lah pe la ja r mempero leh ke jayaan dan  perasaan dan

kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan

berkesan.

viii. Kaedah Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati

apa y a n g m e r e k a t e l a h b e l a j a r d a l a m s i t u a s i s e b e n a r . P e l a j a r

d a p a t m e n g u m p u l maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar

sesuatu yang tidak boleh d i b a w a m a s u k k e d a l a m b i l i k d a r j a h ,

t u j u a n l a w a t a n i a l a h m e n i n g k a t k a n pemahaman sesuatu konsep

kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pe lbaga i

de r ia dan in i membawa kesan kepada pembe la ja ran , memberi peluang

kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses

yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk  menga i t kan

penga laman d i l ua r b i l i k da r jah dengan pembe la ja ran kandungan di

sekolah.

Ciri-Ciri Pendekatan Berpusatkan Murid

1. Melibatkan penglibatan secara aktif murid di dalam pembelajaran di mana guru

hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti.

2. Wujudnya komunikasi dan interaksi antara guru dan murid secara dua hala.

Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu murid berfikir secara kritis

ketika memberikan jawapan.

3. Amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan member pandangan ketika

melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

4. Wujudnya perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,

rohani, sosial dan jasmani.

Page 9: perbezaan

5. Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pencapaian hasil

pembelajaran.

6. Penilaian formatif selalu digunakan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam

sesuatu tajuk.

7. Murid berpeluang berinteraksi dengan banyak sesama murid bertujuan

menyemai semangat kawan supaya pandai bekerjasama, tolong-menolong dan

bertolak ansur.

8. Sifat kreatif dan ada inisiatif semasa melakukan aktiviti.

9. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya

murid-murid dapat memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka

berupaya membuat kesimpulan.

Page 10: perbezaan

Perbezaan antara Pendekatan Guru dan Pelajar

Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan

objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber

pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid,

pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan

hala tuju proses pembelajaran.

Perbezaan Peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Berpusatkan guru Berpusatkan Murid

Guru sebagai penyebar

ilmu.Murid kurang peranan

dalam proses pembelajaran

Gaya Penyampaian Guru sebagai fasilitator.

Murid terlibat dalam proses

pengajaran dan

pembelajaran

Guru aktif

Murid pasif

Penyertaan Murid aktif

Guru sebagai fasilitator

Ujian dan penilaian formal

secara berkala

Penilaian Pemantauan tidak formal

secara berterusan

Terhad dalam bilik darjah Tempat Tidak terhad

Pemikiran lebih tertumpu

pada bahan pengajaran

dan pembelajaran

Kadar Reflektif Pengamal reflektif yang

peka terhadap situasi bilik

darjah

Page 11: perbezaan

Contoh : Senario A dan B yang menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru

dan berpusatkan pelajar

SENARIO A

Cikgu Ahmad sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan

pelajar tahun lima. Beliau menulistajuk karangan “Pencemaran udara di negara kita” di

papan tulis. Cikgu Ahmad menulis rangka dan isi-isi utama karangan di papan tulis dan

setiap kumpulan diminta berbincang tentang isu-isu yang telah diberi oleh guru.

Sesudah itu, pelajar diminta menulis karangan dalam buku karangan masing-masing.

SENARIO B

Cikgu Budin sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan

pelajar tahun lima. Tema karangan yang diberi ialah berkaitan dengan pencemaran.

Pelajar diarahkan membentuk 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibenarkan memilih

tajuk sendiri berkaitan dengan tema yang diberi. Dengan menggunakan pelbagai

sumber maklumat, pelajar membina rangka karangan. Pelajar kemudiannya

mencatatkan isi-isi karangan di kertas sebak dan wakil kumpulan membentangkan isi-isi

karangan masing-masing. Bagi setiap pembentangan perbincangan bersama diadakan

untuk meningkatkan mutu rangka karangan.

Page 12: perbezaan

Berpusatkan Guru Perbezaan Berpusatkan Murid

Senario A Senario B

Guru menentukan tajuk Cara Penentuan Tajuk Murid berbincang dan

menentukan tajuk sendiri

Guru menulis rangka Cara membina rangka karangan

Murid berbincang dan

menulis rangka

Guru menulis isi-isi

karangan di hadapan

papan tulis

Cara Pengumpulan bahan-bahan

Murid membina rangka

selepas perbincangan

Rendah / Sedikit Tahap Penyertaan Murid Tinggi

Tidak dilakukan Penilaian kendiri Dilakukan sendiri oleh

murid

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang di perolehi guru, guru harus

menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kemampuan

muridnya sendiri. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan

kehendak pelajar secara individu. Guru harus memberi peluang dan membuka ruang

kepada murid di dalam merialisasikan impian dalam kehidupan seharian mereka. Di

samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain

supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi

Page 13: perbezaan

Bibliografi

Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1992). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan

guru. Bahagian II : Kompetensi fungsi/khusus (Pengurusan pengajaran dan

pembelajaran), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah

& strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. KualaLumpur:

Heinemann, ctk. 4.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti.