perbezaan antara wahyu dan hatif

23
Madrasah Nurul Iman PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN) F r i d a y , 2 2 J a n u a r y 2 0 1 0 1 4 : 2 8 م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ا له م الس بPERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN) Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al- Majzub. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam

Upload: suhaimi-yusof

Post on 04-Jul-2015

167 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Madrasah Nurul Iman

PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)

Friday, 22 January 2010 14:28

الرحيم الرحمن الله  بسم

PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)

Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga kehari pembalasan.Firman Allah Taala: Di dalam surah Al-Bakarah : Ayat 191:( �ل �ق�ت ال م ن� د� �ش� أ �ة� �ن �ف ت ( و�الErtinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun

Page 2: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كالم). Maknanya ialah Allah berkata-kata.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.�م!ا ) ي �ل �ك ت م�و�س�ى الله� 'م� �ل ( و�كErtinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Khasas : Ayat 7.م�و�س�ى ) �م) أ ل�ى ا �ا �ن ي و�ح�

� ( و�أErtinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahlu: Ayat 68.( 'ح�ل الن ل�ى ا �ك� ب ر� و�ح�ى

� ( و�أErtinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.الله ) ف�م ن� �ة- ن ح�س� م ن� �ك� ص�اب

� أ ( م�اErtinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.

Page 3: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( الله �اق�ة� الله ) dan ( ن �ت� �ي )  di dalam Hadis dan lafaz ( ب الله و�ح� (ر�sebagai gelaran Nabi Isa a.s.Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.�ر ) �ص ي الب �ع� م ي الس' و�ه�و� ي�ء7 ش� ه �ل �م ث ك �س� �ي ( لErtinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana  yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.

Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani radiallah anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.!ا * ) �ن ع�ي ى� و�ق�ر) ي� ب ر� و�ش� �ل ي� ف�ك <ا ي ن ج� !ا ط�ب ر� �ك �ي ع�ل اق ط� �س� ت �ة ل �خ� الن ج ذ�ع ب �ك �ي ل ا ى� .( و�ه�ز)

Page 4: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :

الله فليحمد الله من أنه فليعلم ذالك وجد فمن بالحق وتصديق بالخير فإيعاد الملك لمة .واماالترمذى .رواه

Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan suara هاتف ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana رؤيةyang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab:

التصوف اهل لمذهب , التعرفMuslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.

Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:1. Imam Junaid r.a : Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baka’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baka’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.2. Ibrahim Bin Adham r.a : Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham

Page 5: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya.” Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a : Kisah Rabiatul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku.” Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabiah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan  bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.Kami sudahi dengan pepatah Arab:

شاهد بألف الغبي يكتفى ماال واحد بمثال يكتفى الزكي إنErtinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.

وبركاته الله ورحمة عليكم والسالم والهداية التوفيق وباللهPena,                                                                                                     Tarikh: 21 Januari 2010Nurul Iman

الرحيم الرحمن الله بسم

PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)

Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari pembalasan.

Firman Allah Ta'ala: Di dalam surah Al-Baqarah : Ayat 191:( �ل �ق�ت ال م ن� د� �ش� أ �ة� �ن �ف ت ( و�ال

Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.

Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau

Page 6: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.

Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.

Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.

Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كالم). Maknanya ialah Allah berkata-kata.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.�م!ا ) ي �ل �ك ت م�و�س�ى الله� 'م� �ل ( و�ك

Ertinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.

Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.

Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Qasas : Ayat 7.

م�و�س�ى ) �م) أ ل�ى ا �ا �ن ي و�ح�� ( و�أ

Ertinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.

Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahl: Ayat 68.

( 'ح�ل الن ل�ى ا �ك� ب ر� و�ح�ى� ( و�أ

Ertinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.

Page 7: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.الله ) ف�م ن� �ة- ن ح�س� م ن� �ك� ص�اب

� أ ( م�اErtinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.

Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( الله �اق�ة� الله ) dan ( ن �ت� �ي )  di dalam Hadis dan lafaz ( ب الله و�ح� (ر�sebagai gelaran Nabi Isa a.s.

Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.

Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.

Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.�ر ) �ص ي الب �ع� م ي الس' و�ه�و� ي�ء7 ش� ه �ل �م ث ك �س� �ي ( ل

Ertinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.

Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana  yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.

Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani Radhiallah Anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).

Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).

Page 8: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,

Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.

Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.

Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.

!ا * ) �ن ع�ي ى� و�ق�ر) ي� ب ر� و�ش� �ل ي� ف�ك <ا ي ن ج� !ا ط�ب ر� �ك �ي ع�ل اق ط� �س� ت �ة ل �خ� الن ج ذ�ع ب �ك �ي ل ا ى� .( و�ه�ز)

Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.

Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :

الله فليحمد الله من أنه فليعلم ذالك وجد فمن بالحق وتصديق بالخير فإيعاد الملك لمة .واماالترمذى .رواه

Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.

Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan suara هاتف ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana رؤيةyang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab:  اهل لمذهب التعرف, التصوف

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.

Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf

Page 9: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.

Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:

1. Imam Junaid r.a : Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baqa’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baqa’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.2. Ibrahim Bin Adham r.a : Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “Dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya". Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.

3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a : Kisah Rabi'atul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku". Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabi'ah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.

Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan  bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.

Page 10: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Kami sudahi dengan pepatah Arab:

شاهد بألف الغبي يكتفى ماال واحد بمثال يكتفى الزكي إن

Ertinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.

وبركاته الله ورحمة عليكم والسالم والهداية التوفيق وبالله

Pena, Nurul Iman5 Safar 1431H21 Januari 2010

MUZAKARAH MAIS BERSAMA MADRASAH NURUL IMAN

Wednesday, 20 January 2010 11:26 Muzakarah MAIS Bersama MNIPada 19 Jan 2010Tempat: Ting 8, Pejabat Mufti ,Menara UtaraBangunan MAIS,Shah AlamMasa: 1025h – 1220hPengerusi: Datuk Mohd Tamyes Abdul WahidAhli Panel;Datuk Mohktar ShafieDatuk Murtadza Syeikh Ahmad (Mantan Mufti Negeri 9)Dr Abdul Manam Mohamad (UDM)Dr FakhrulnaimDr Uthman El Muhamady

Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media  dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)

1. Tajuk berita “Tarikat Ismailiyyah kelirukan akidah” Berita Harian ms:6, ruang 1Merujuk kepada tajuk berita ini pihak MNI ingin menafikan secara tegas bahawa MNI tidak mengamalkan dan terikat dengan mana-mana tarikat, sebaliknya MNI mengamal Aurad Ismailiyyah yakni mengasuh ummah supaya beramal dan berzikir mengikut susunan tok guru ismail.Oleh itu, para pengikut aurad ini terdiri dari pelbagai golongan yang mana mereka bebas untuk beramal dan berzikir pada sebarang waktu dan tempat.2. Perenggan 1,” masih boleh mengelirukan akidah umat Islam”Melalui kenyataan ini, MNI ingin menegaskan bahawa unsur akidah yang asas adalah kalimah syahadah, justeru itu pihak MNI tidak pernah mengeluarkan sebarang ajaran untuk mengajar ummah menerima tuhan selain Allah  S.W.T. dan menolak Nabi Muhammad S.A.W.  sebagai Rasulullah .Maka kekeliruan yang dimaksudkan oleh pihak MAIS adalah disanggah dengan sekerasnya..3. Perenggan 4;” berkaitan amalan kebatinan tarikat itu seperti kuasa ghaib”Adalah amat malang sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti kerana kuasa ghaib

Page 11: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

bukanlah satu amalan kebatinan, sebaliknya adalah karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang dipilih olehnya.Oleh itu, apabila dikatakan amalan kebatinan maka sudah tentu ianya adalah satu perbuatan kerja yang dilakukan secara berulang dan tetap, maka disinilah kedengkilan ilmu yang dipamerkan oleh mufti dalam mengistilahkan amalan kebatinan dan karamah anugerah Allah S.W.T..Kita semua sedia maklum, kisah saidina umar al khattab memberi arahan perang kedada tentera Islam yang dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid, sedangkan Khalifah Omar sedang membaca khutbah di Madinah.Apakah peristiwa ini kita nak katakan wahyu/ suara ketuhanan ?4. Perenggan 5; “ adab berbicara juga tidak diberi keutamaan”Dalam kenyataan ini jelas sekali lagi menampak pihak mufti dan ahli panel MAIS berada dalam keadaan yang cukup daif, sesungguhnya adab berbicara yang ditonjolkan oleh tuan guru adalah sikap tegas beliau dalam mendepani para ilmuan Islam  pentadbir agama yang menjadi tukang juak ampu kepada para pemimpin negara yang penuh dengan kemaksiatan akidah dan gejala kesongsangan akhlak generasi hari ini.Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah  S.W.T..Masyarakat harus tahu, siapakah ahli panel ini?Sekali lagi jika kita menyingkap karakter saidina umar al khattab yang mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dikalangan para sahabat, maka apakah kita nak melabelkan khalifah ini kurang adab?Manakala, kisah dan pengalaman sheikh abdul qadir jailani, juga jelas mempamerkan sikap tegasnya dalam berdepan dengan para pendukung pemimpin kerajaan yang menolak keadilan hukum Islam.( kisah bersama 40 orang pemimpin)5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu?Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”Sesungguhnya kenyataan ini amat tragis sekali, kerana tuan guru tidak pernah mendakwa menerima sebarang wahyu.Maka, MNI mencabar pihak mufti dan ahli panel sebutkan atau buktikan ayat atau surah yang diterbitkan, ditambahkan dalam al quran untuk dijadikan sandaran tuduhan ini.Maka kami ingin mendakwa bahawa ini adalah fitnah !! ( tindakan mahkamah boleh dipertimbangkan) minta rakaman muzakarah sebagai bukti bahawaisu wahyu langsung tidak dibincangkan dan disebut.7. “mendakwa pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin negara dan luar negara tanpa disandarkan kepada bukti.”Kebimbangan pihak MAIS dan ahli panel jelas terbukti, apabila kenyataan ini diutarakan, ianya harus di buktikan melalui lantikan watikah bertulis.Maka sukacita MNI ingin memaklumkan bahawa segala nasihat dan pandangan diberikan kepada para pempimpin ini adalah secara mesra ummah dan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran elaun bulanan atau saguhati. Ianya lebih bersifat atas kaedah dakwah iaitu bahawa agama itu adalah nasihat.

Page 12: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Maka, buktinya secara lantikan ini sememangnya tiada diterima dari mana kerajaan pun, namun ianya dapat dilihat  melalui pengiktirafan kunjungan dan sambutan hormat dari para pemimpin negara dan agama dari dalam dan luar negara.Petikan laporan melalui sinar harian.8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”Ini satu lagi kenyataan yang cukup dangkal dan mengelirukan dan mempunyai niat hasad untuk memperlekeh usaha tuan guru, sedarlah bahwa usaha beruzlah yang dilakukan oleh tuan guru adalah untuk melatih diri supaya tidak tunduk dan takut kepada mahkluk ciptaan Allah   S.W.T. dan bukannya seperti dakwaan hidup berkawan dengan binatang ganas dan buas ini. Malahan adalah tidak tepat sama sekali di hutan malaysia ini terdapat singa, kerana habitat singa bukannya di hutan tropika. Secara tabii ular dan harimau pun tak ingin hidupnya diganggu oleh manusia.Inilah pendustaan dalam kenyataan MAIS, latihan ini dilaksanakan secara ulang-alik dan dalam masa  2 ke 3 hari saja dan bukannya untuk sepenuh masa. Adalah dimaklumkan usaha uzlah ini berjalan selama 7 tahun lamanya.RumusanMajlis ini tidak berlangsung dengan secara adil kerana hanya pihak MAIS melalui ahli panel sahaja yang boleh menyoal dan kami di pihak MNI hanya tuan guru sahaja yang boleh menjawab.Pihak MAIS juga gagal untuk bertindak secara bijaksana apabila kami dapat mengesan sanggahannya berhubung cawangan MNI yang berada di dalam dan luar negara. Maka, mereka cuba mengaitkan MNI adalah sesat dan terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa.Maka, adalah didapati bahawa MAIS telah berperanan untuk mengelirukan ummah melalui kenyataan media ini.Sekian.segala kelemahan mohon petunjuk illahi, selawat dan salam  buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..KesimpulanAdalah menjadi tanggungjawab untuk kita terus melakukan usaha dakwah bagi mengajak ummah agar tidak menjadi dunia sebagai matlamat segalanya, sebaliknya menjadikan dunia adalah ladang untuk melakukan tanaman akhirat.Sesungguhnya  benar kata guru bahawa masyarakat kita masih lagi seperti katak dibawah tempurung.Keinsafan yang nyata  adalah bagaimana hebatnya celaan , fitnah dan hasad yang dipamerkan oleh pihak MAIS, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menghadapi lebih hebat dari ini.Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak menghalang usaha kebajikan yang dilakukan oleh orang lain; sekiranya  kita diluar kemampuan untuk melaksanakannyaMuzakarah MAIS Bersama MNIPada 19 Jan 2010Tempat: Ting 8, Pejabat Mufti ,Menara UtaraBangunan MAIS,Shah Alam

Masa: 1025h – 1220hPengerusi: Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid

Ahli Panel;Datuk Mohktar ShafieDatuk Murtadza Syeikh Ahmad (Mantan Mufti Negeri 9)

Page 13: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Dr Abdul Manam Mohamad (UDM)Dr FakhrulnaimDr Uthman El Muhamady

Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media  dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)

1. Tajuk berita “Tarikat Ismailiyyah kelirukan akidah” Berita Harian ms:6, ruang 1Merujuk kepada tajuk berita ini pihak MNI ingin menafikan secara tegas bahawa MNI tidak mengamalkan dan terikat dengan mana-mana tarikat, sebaliknya MNI mengamal Aurad Ismailiyyah yakni mengasuh ummah supaya beramal dan berzikir mengikut susunan tok guru ismail.

Oleh itu, para pengikut aurad ini terdiri dari pelbagai golongan yang mana mereka bebas untuk beramal dan berzikir pada sebarang waktu dan tempat.2. Perenggan 1,” masih boleh mengelirukan akidah umat Islam”Melalui kenyataan ini, MNI ingin menegaskan bahawa unsur akidah yang asas adalah kalimah syahadah, justeru itu pihak MNI tidak pernah mengeluarkan sebarang ajaran untuk mengajar ummah menerima tuhan selain Allah  S.W.T. dan menolak Nabi Muhammad S.A.W.  sebagai Rasulullah . Maka kekeliruan yang dimaksudkan oleh pihak MAIS adalah disanggah dengan sekerasnya..

3. Perenggan 4;” berkaitan amalan kebatinan tarikat itu seperti kuasa ghaib”Adalah amat malang sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti kerana kuasa ghaib bukanlah satu amalan kebatinan, sebaliknya adalah karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang dipilih olehnya.

Oleh itu, apabila dikatakan amalan kebatinan maka sudah tentu ianya adalah satu perbuatan kerja yang dilakukan secara berulang dan tetap, maka disinilah kedengkilan ilmu yang dipamerkan oleh mufti dalam mengistilahkan amalan kebatinan dan karamah anugerah Allah S.W.T..Kita semua sedia maklum, kisah saidina Umar al Khattab memberi arahan perang kedada tentera Islam yang dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid, sedangkan Khalifah Umar sedang membaca khutbah di Madinah. Apakah peristiwa ini kita nak katakan wahyu/ suara ketuhanan ?

4. Perenggan 5; “ adab berbicara juga tidak diberi keutamaan”Dalam kenyataan ini jelas sekali lagi menampak pihak mufti dan ahli panel MAIS berada dalam keadaan yang cukup daif, sesungguhnya adab berbicara yang ditonjolkan oleh tuan guru adalah sikap tegas beliau dalam mendepani para ilmuan Islam  pentadbir agama yang menjadi tukang juak ampu kepada para pemimpin negara yang penuh dengan kemaksiatan akidah dan gejala kesongsangan akhlak generasi hari ini.Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.

Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah  S.W.T.. Masyarakat harus tahu, siapakah ahli panel ini?

Page 14: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Sekali lagi jika kita menyingkap karakter saidina umar al khattab yang mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dikalangan para sahabat, maka apakah kita nak melabelkan khalifah ini kurang adab?

Manakala, kisah dan pengalaman sheikh abdul qadir jailani, juga jelas mempamerkan sikap tegasnya dalam berdepan dengan para pendukung pemimpin kerajaan yang menolak keadilan hukum Islam.( kisah bersama 40 orang pemimpin)

5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”

Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu? Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.

6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”

Sesungguhnya kenyataan ini amat tragis sekali, kerana tuan guru tidak pernah mendakwa menerima sebarang wahyu.

Maka, MNI mencabar pihak mufti dan ahli panel sebutkan atau buktikan ayat atau surah yang diterbitkan, ditambahkan dalam al quran untuk dijadikan sandaran tuduhan ini.Maka kami ingin mendakwa bahawa ini adalah fitnah !! ( tindakan mahkamah boleh dipertimbangkan) minta rakaman muzakarah sebagai bukti bahawaisu wahyu langsung tidak dibincangkan dan disebut.

7. “mendakwa pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin negara dan luar negara tanpa disandarkan kepada bukti.”Kebimbangan pihak MAIS dan ahli panel jelas terbukti, apabila kenyataan ini diutarakan, ianya harus di buktikan melalui lantikan watikah bertulis.

Maka sukacita MNI ingin memaklumkan bahawa segala nasihat dan pandangan diberikan kepada para pempimpin ini adalah secara mesra ummah dan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran elaun bulanan atau saguhati. Ianya lebih bersifat atas kaedah dakwah iaitu bahawa agama itu adalah nasihat.

Maka, buktinya secara lantikan ini sememangnya tiada diterima dari mana kerajaan pun, namun ianya dapat dilihat  melalui pengiktirafan kunjungan dan sambutan hormat dari para pemimpin negara dan agama dari dalam dan luar negara.Petikan laporan melalui sinar harian.

8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”.

Ini satu lagi kenyataan yang cukup dangkal dan mengelirukan dan mempunyai niat hasad untuk memperlekeh usaha tuan guru, sedarlah bahwa usaha beruzlah yang dilakukan oleh tuan guru adalah untuk melatih diri supaya tidak tunduk dan takut kepada mahkluk ciptaan

Page 15: Perbezaan Antara Wahyu Dan Hatif

Allah   S.W.T. dan bukannya seperti dakwaan hidup berkawan dengan binatang ganas dan buas ini. Malahan adalah tidak tepat sama sekali di hutan malaysia ini terdapat singa, kerana habitat singa bukannya di hutan tropika. Secara tabii ular dan harimau pun tak ingin hidupnya diganggu oleh manusia.

Inilah pendustaan dalam kenyataan MAIS, latihan ini dilaksanakan secara ulang-alik dan dalam masa  2 ke 3 hari saja dan bukannya untuk sepenuh masa. Adalah dimaklumkan usaha uzlah ini berjalan selama 7 tahun lamanya.

RumusanMajlis ini tidak berlangsung dengan secara adil kerana hanya pihak MAIS melalui ahli panel sahaja yang boleh menyoal dan kami di pihak MNI hanya tuan guru sahaja yang boleh menjawab.

Pihak MAIS juga gagal untuk bertindak secara bijaksana apabila kami dapat mengesan sanggahannya berhubung cawangan MNI yang berada di dalam dan luar negara. Maka, mereka cuba mengaitkan MNI adalah sesat dan terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa.

Maka, adalah didapati bahawa MAIS telah berperanan untuk mengelirukan ummah melalui kenyataan media ini.Sekian.segala kelemahan mohon petunjuk illahi, selawat dan salam  buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..KesimpulanAdalah menjadi tanggungjawab untuk kita terus melakukan usaha dakwah bagi mengajak ummah agar tidak menjadi dunia sebagai matlamat segalanya, sebaliknya menjadikan dunia adalah ladang untuk melakukan tanaman akhirat.Sesungguhnya  benar kata guru bahawa masyarakat kita masih lagi seperti katak dibawah tempurung.

Keinsafan yang nyata  adalah bagaimana hebatnya celaan , fitnah dan hasad yang dipamerkan oleh pihak MAIS, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menghadapi lebih hebat dari ini.

Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak menghalang usaha kebajikan yang dilakukan oleh orang lain; sekiranya  kita diluar kemampuan untuk melaksanakannya