kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

6
KESUKARAN DALAM AKTIVITI PENTERJEMAHAN Nur Adibah Bt Alias A139313 Terjemahan Arab-Melayu-Arab II PPPJ2443 Jab. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM

Upload: adibah-alias

Post on 02-Aug-2015

102 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

KESUKARAN DALAM AKTIVITI PENTERJEMAHAN

Nur Adibah Bt AliasA139313Terjemahan Arab-Melayu-Arab IIPPPJ2443Jab. Peng. Arab dan Tamadun IslamUKM

Page 2: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

• Kesukaran yang dihadapi oleh penterjemah dalam kerja-kerja penterjemahan adalah disebabkan kurang keupayaan untuk mematuhi prinsip-prinsip dan proses penterjemahan.

• Penterjemah yang menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik tidak semestinya boleh menterjemah dengan baik. Penterjemah bukan hanya sekadar mengalihbahasakan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi juga wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkan. Jika yang diterjemahkan itu karya seni, penterjemah perlulah mempunyai rasa seni juga.

• Selain memindahkan gagasan atau makna, penterjemah juga perlu memindahkan bentuk. Contohnya, prosa menjadi prosa dan puisi tetap menjadi puisi. Penterjemah yang tidak berpengetahuan tentang puisi akan menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan karya-karya yang berbentuk puisi.

Page 3: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

• Antara faktor yang menyebabkan berlaku kesukaran dalam menterjemah ialah :

penterjemah kurang menguasai bahasa sumber dengan baik dan kurang memahami konteks dan latar belakang budayanya.

• Kadang kala penterjemah menguasai bahasa asalnya, tetapi konteks zaman atau peristiwa sejarahnya kurang dikuasai. Akibatnya, penterjemahan yang dibuat tidak tepat kerana tidak menguasai konteks zaman dan keadaan sosialnya.

penterjemah kurang menguasai bahasa sasaran.

• Penguasaan bahasa sasaran sebenarnya lebih penting daripada penguasaan bahasa sumber. Kalau penterjemah tidak tahu bahasa sumber, dia boleh merujuk kamus, bertanya kawan atau merujuk internet. Tetapi, kalau penguasaan pentenjemah itu terbatas dalam bahasa sasaran dan pengetahuannya tentang nahu dan susunan ayat juga terbatas, maka dengan sendirinya hasilnya juga kurang memuaskan. Penterjemah seharusnya lebih menguasai bahasa sasaran di samping menguasai bahasa sumber dengan baik. Jika penterjemah tidak menguasai bahasa sumber dengan baik, tetap menjadi masalah.

Page 4: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

penterjemah perlu menentukan teks terjemahan berdasarkan kesannya terhadap pembaca.

Ada terjemahan bahan-bahan yang ringan, yang tidak begitu mementingkan ketepatan makna, contohnya iklan. Dalam iklan, kesan promosi adalah lebih dipentingkan daripada ketepatan maknanya dalam teks asal. Bagi terjemahan bahan-bahan yang berat seperti dokumen undang-undang, teks agama dan buku-buku ilmiah pula adalah dituntut supaya mempunyai makna yang betul-betul sama dengan teks sumber.

Penterjemahan yang dilakukan dalam masa yang terhad

• Penterjemahan yang dilakukan dalam masa yang singkat seperti menterjemahkan bahan untuk berita, juga boleh menyebabkan terjemahan tidak begitu tepat. Kemampuan untuk menterjemah dengan cepat adalah perlu bagi penterjemah berita-berita

Page 5: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

Terjemahan yang kurang tepat • bukan hanya berlaku dalam terjemahan dari Bahasa Melayu ke Bahasa

Inggeris atau sebaliknya sahaja, tetapi ia juga berlaku dalam terjemahan bahasa-bahasa lain seperti Arab dan Perancis.

• Masalah penterjemahan di kalangan penterjemah-penterjemah Arab pernah dibincangkan oleh Imad Ali Almaghary dalam artikelnya bertajuk ”Translation Problems Amongst Arab Translators.” Menurut beliau kebanyakan masalah yang dihadapi oleh penterjemah Arab ialah masalah semantik, seperti menterjemahkan ”The United States Secretary of States” ke dalam Bahasa Arab dengan maksud yang berlainan, iaitu “Prime Minister” atau “Perdana Manteri.” Sesetengah terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan Jerman juga dikatakan ada kalanya tidak begitu tepat. Ini berlaku dalam terjemahan tape video pengakuan Osama bin Laden yang disiarkan dalam media berbahasa Inggeris dan Jerman, seperti mana yang dijelaskan oleh Robert Lederman dalam artikelnya bertajuk “German Media: bin Laden ‘Smoke Gun’ Tape translation Inaccurate.”

•Pemberita-pemberita asing telah tidak sependapat dalam menterjemahkan ucapan .Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada bulan Oktober 2005. Peribahasa (idiom) Parsi , “bayad az safheh-ye ruzgar mahv shaved,” telah menimbulkan pelnagai pandangan terhadap maksudnya. Peribahasa tersebut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, that Israel “should be wiped off the map.” Ada yang menterjemahkan maksudnya hanya sebagai rujukan sejarah sahaja dan ada pula yang menganggapnya sebagai deklarasi perperangan. Penyiaran berita terjemahan yang tidak jelas maksudnya boleh mengelirukan pembaca.

Page 6: Kesukaran dalam aktiviti penterjemahan

• Tidak kurang juga rumitnya untuk menterjemahkan bahasa Spanish kepada bahasa Inggeris kerana bahasa Spanish mempunyai warisan yang kaya dengan peribahasa dan pelbagai ungkapan yang sukar diterjemahkan.

• Contohnya, ungkapan “Hay moros en la costa” secara literalnya diterjemahkan kepada ”there are Mooors on the cost” dalam bahasa Inggeris, tetapi terjemahan yang lebih tepat pula ialah “watch out”. Begitu juga dengan ungkapan “poner la inglesia en las manos de Lutero” yang diterjemahkan secara literal, “to put the Church in the hand of Luther”. Tetapi terjemahan yang paling sesuai dalam bahasa Inggeris pula ialah “to let the fox guard the chicken.” Namun, terjemahan ini telah menghilangkan rujukan agama dan budaya.