perbandingan asraf & asmah

33
PePendahuluan Golongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: 1

Upload: shabarina

Post on 30-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PePendahuluan

PePendahuluanGolongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat.Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. Kata nama II. kata kerja III. kata adjektif IV. kata tugas Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka.

Definisi Penggolongan KataMenurut Nik Safiah(2008) kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompok ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu menurut Nik Safiah terbahagi kepada empat, iaitu :i. Kata namaii. Kata kerjaiii. Kata adjektifiv. Kata tugas

Manakala menurut Asraf (2008) kata-kata dala bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas berikut :i. Kata namaii. Kata kerjaiii. Kata adjektifiv. Kata sendiv. Kata keteranganvi. Kata hubungvii. Kata seruviii. Kata sandangDi antara kelas-kelas kata itu, kata nama,kata kerja, dan kata adjektif dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh itu, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru, dan kata sandang boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.

Perbandingan Utama Golongan Kata

Nik Safiah Karim (2008)Asraf Abdul Wahab (2008)

Kata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti namaKata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti namaiv. Kata bilangan

Kata Kerjai. Kata kerja aktif Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitifii. Kata kerja pasifKata Kerjai. Kata kerja tak transitifii. Kata kerja transitifiii. Kata kerja pasif

Kata Adjektifi. Kata adjektif sifat @ keadaanii. Kata adjektif warnaiii. Kata adjektif ukuraniv. Kata adjektif bentukv. Kata adjektif waktuvi. Kata adjektif jarakvii. Kata adjektif caraviii. Kata adjektif perasaanix. Kata adjektif pancainderaKata Adjektifi. Kata penguat

Kata Tugasa) Kata hubungb) Kata seruc) Kata tanyad) Kata perintahe) Kata pangkal ayatf) Kata bantug) Kata penguath) Kata penegasi) Kata nafij) Kata pemerik) Kata sendi namal) Kata pembenarm) Kata arahn) Kata bilangan

Kata Tugasi. Kata sendiii. Kata keteranganiii. Kata hubungiv. Kata seruv. Kata sandang

Golongan Kata NamaNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)

- merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama dipecahkan seperti berikut :i. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti nama

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautan

b. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan)Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapan

Kata Nama Khas

Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu :

a. Kata nama khas hidup ManusiaContohnya : Nina, Hani Bukan manusiaContohnya : Lassie, Putih

b. Kata nama khas tak hidupContohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai, Angkasapuri

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :a. kata ganti nama tunjuk kata ganti nama tunjuk umumcontohnya : ini, itu kata ganti nama tunjuk tempatcontohnya : sini, situ

b. kata ganti nama diri kata ganti nama diri tanyacontohnya : siapa, apa, mana kata ganti nama diri orang

Manakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada a. kata ganti nama diri orang pertamacontohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kami

b. kata ganti nama diri orang keduacontohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, anda

c. kata ganti nama diri orang ketigacontohnya : ia, dia, beliau, mereka-nya

- kata yang menyatakan makna orang, binatang, benda tempat, dan sebagainya yang disertai kata bilangan di depannya atau kata ganti tunjuk ini atau itu dibelakangnya.

Kata nama terbahagi kepada :i. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti namaiv. Kata bilangan

Kata nama am ialah merujuk sesuatu yang bernyawa dan hidup seperti manusia, binatang dan tumbuhan serta yang tidak bernyawa dan tidak hidup seperti benda dan tempat.Dibahagikan kepada dua jenis

a. Konkrit nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dipegang dan dirasakan.Kata nama am konkrit terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.Contohnya : biara biarawan, duta kedutaan, duri durian.

b. Abstrak nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan. Kata nama am abstrak pun boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.Contohnya : agama keagamaan, Kata perkataan, kisah pengisahan.

Kata nama yang ditulis dengan huruf besar dipangkalnya termasuk dalam kelas kata nama khas. Merupakan kata yang khasnya merujuk kepada :

a. manusia, contohnya : Ali, Abu Chuab. binatang, contohnya : Comel, Hitam, Tomic. bangunan, contohnya : Wisma Putra, Dayabumid. bandar, contohnya : Kuantan, Dubaie. negeri, contohnya : Kedah, Perlis, Perakf. judul buku,contohnya : Hujan Pagi, Cintag. makhluk lain seperti malaikat.Contohnya : Jibrail, Mikail

Kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Terbahagi kepada a. kata ganti dirib. kata ganti tanyac. kata ganti tempatd. kata ganti tunjuke. kata ganti tak tentu

a) Kata ganti diri ialah untuk mengganti kata nama orang. Kata ini terbahagi kepada tiga iaitu :1. kata ganti diri pertamacontohnya : aku, beta, daku, hamba2. kata ganti diri keduacontohnya : dikau, kalian, kamu, tuanku, anda3. kata ganti diri ketiga contohnya : baginda, ,mereka, dia

b) Kata ganti diri singkat dapat disingkatkan seperti yang berikut : aku menjadi ku engkau menjadi kau kamu menjadi mu dia atau ia menjadi nya

c) Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.Contohnya : apa, mana, dan siapa

d) Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama tempat. Ada tiga sahaja kata ganti tempat iaitu : sana sini situ

e) Kata ganti tunjuk ialah kata yang menunjukkan sesuatu atau seseorang.Kata ganti tunjuk ada dua sahaja iaitu: ini itu

f) Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Antara contoh kata ganti tak tentu ialah :a. apa-apa (mengganti nama benda atau hal tidak tentu).contoh ayat : Dia tidak berkata apa-apa.b. mana-mana (mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu).contoh ayat : Mana-mana pun berguna bagiku.c. siapa-siapa atau sesiapa (mengganti orang yang tidak tentu).contoh ayat : Kami tidak menyebelahi siapa-siapa.

Kata Bilangan-merupakan kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.-boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. -kata bilangan terbahagi kepada 7 jenis :

a) kata bilangan tentucontohnya: satu, dua, tiga, seratus

b) kata bilangan tak tentucontohnya: beberapa,semua,para

c) kata bilangan tanyacontohnya: berapa

d) kata bilangan pecahancontohnya: setengah,suku, dua pertiga

e) kata bilangan pisahancontohnya: setiap, tiap-tiap, masing-masing

f) kata bilangan perhimpunancontohnya: ribuan, pelbagai,puluhan,berabad-abad

g) kata bilangan tingkatcontonya: pertama, kedua, ketiga

Penjodoh bilangan-merupakan kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.-ada kalanya penjodoh bilangan biasanya tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Misalnya:

a) sekalian peserta (betul) sekalian orang peserta (salah)

b) seluruh negeri (betul) seluruh buah negeri (salah)

-penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.-misalnya, beberapa cara, dua abad, ketiga-tiga sifat, dan sebagainya.-beberapa contoh penjodoh bilangan : batang bentuk bidang biji bilah buah butir carik, dll.

Golongan Kata KerjaNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)

-kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :a) kata kerja aktif kata kerja aktif tak transitif kata kerja aktif transitifb) kata kerja pasif

Kata kerja aktif tak transitif-kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.-dibahagi kepada subgolongan, iaitu:

a) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.Contohnya: Semua orang pulang.

b) kata kerja aktif tak transitif berpelengkap kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.

Kata kerja aktif transitif-kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. contohnya: Saya telah menjawab surat itu.Kami membaiki kereta itu.

Kata kerja pasif-kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contonya:Surat itu telah saya jawab.Kereta itu telah kami baiki.-kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.-umumnya kata kerja ditandai dengan imbuhan-imbuhan seperti ber-, beran,berkan,me-kan, mekan, mei, memper-..,memperkan, dan memperi-kata kerja terbahagi kepada tiga,iaitu:a) Kata kerja tak transitifb) Kata kerja transitifc) Kata kerja pasif

Kata kerja tak transitif-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu: AsalMerupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan.Contohnya: balik, bangkit, bersin,

Berawalan ber-..Dikenali sebagai kata kerja bentuk terbitan.Contohnya: berasal,beroda,belajar

Berapitan berkanContohnya: beralaskan, berdasarkan

Berapitan ber...anContohnya: bercucuran, berdekatan Berawalan me-Contohnya: menyala,mendarat

Berawalan ter-Contohnya: termenung, tertawa

Kata kerja terikat-ada juga kata kerja tidak berimbuhan tetapi bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat yakni tidak bebas.-contohnya: adu, ampun, angkat,beli, beri,bina,bawa, cabut, capai, dadak, dll.

Kata kerja Transitif-kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat.-objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:

Berawalan me-..Contohnya: melukis, membeli

Berapitan mekanContohnya: mengajarkan, membelikan

Berapitan meiContohnya: membasahi,mendekati

Berawalan rangkap memper-Contohnya: memperalat, memperoleh

Berapitan memperkanContohnya: memperhatikan, mempersatukan

Berapitan memperi

Kata kerja Pasif-kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-.-kata kerja pasif boleh berawalan per- serta berakhiran i dan berakhiran kan.-kata kerja pasif berawalan ber-,ter-, berapitan ke..an.

- contohnya: ambil, atasi, berikan, percepat, peringati, perhatikan, berasah,bertulis, terbunuh,tercapai, kehujanan, kecurian dan dll.

-satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena.

-contohnya: kena curi, kena pukul,

Golongan Kata AdjektifNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)

-dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.-kata adjektif dibahagia kepada 9 jenis iaitu:a) Kata adjektif sifatan @ keadaan-memberi pengertian sifatan atau keadaan.Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat, pandai, berani, takut.

b) Kata adjektif warna-membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.Contohnya : merah, biru, putih

c) Kata adjektif ukuran-membawa pengertian ukuran.Contohnya: panjang, pendek, besar, kecik, tebal, nipis

d) Kata adjektif bentuk-membawa pengertian rupa bentuk.Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk, bujur, bengkok.

e) Kata adjektif waktu-membawa pengertian konsep masa.Contohnya: baharu, lama, awal

f) Kata adjektif jarak-membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang k.namaContohnya: jauh, rapat, hampir,

g) Kata adjektif cara-membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam.Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah, jelas.

h) Kata adjektif perasaan-membawa pengertian konsep perasaan.Contohnya: rindu, benci, cinta

i) Kata adjektif pancaindera-membawa maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera.i. Deria rasaContohnya: sedap,masinii. Deria pandangContohnya:cantik,segakiii. Deria dengarContohnya: lunak,garauiv. Deria bauContohnya:harum,busukv. Deria sentuhContohnya:kasar,licin-kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.-kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.-Contoh kata adjektif : Adil, aman, beku, cemas, , cerdas, dahaga, damai, elok, enak, fasih, gagah, , hina, hebat, indah, jahat, gila, kagum, lambat, mahal, dan dll.

-ada juga kata adjektif yang berawalan ter-. Misalnya : terdekat, tertinggi, dll-kata adjektif disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan bertugas sebagai kata penguat.

Kata penguat-sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) Penguat depanContohnya: agak,begitu,lebih, paling

b) Penguat belakangContohnya: benar, betul, nian, dan sekali.

c) Penguat bebasContohnya: amat, sangat, sungguh

Golongan Kata tugasNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)

-kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif.-kata tugas dapat dikelompokkan kepada empat kelompok yang berikut :

1. Kata penyambung ayat-ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

a) Kata hubung-kata hubung gabunganJenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu, serta, sambil, atau, malahan

-kata hubung pancanganJenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Kata hubung pancangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:- keteranganBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contohnya: kerana, agar,semasa, ketika, untuk, apabila, kalau dll.

- komplemenBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap apda klausa utama.Contohnya ada dua iaitu: bahawa dan untuk.

- relatifBerfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Contohnya: yang

2. Kata praklausa-sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada :

a) Kata seruBentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contohnya: aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.

b) Kata tanyaPerkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa, bila, apa, siapa, mana.

c) Kata perintahBertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.

d) Kata pembenarPerkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contohnya: ya, benar, dan betul.

e) Kata pangkal ayatPerkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula, alkisah

3. Kata prafrasa dan pascafrasa-sejumlah perkataan yanghadir sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.

a) Kata bantu (sebelum frasa)Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.Kata bantu di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:

Kata bantu aspekMenimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan.Contohnya: telah, sudah, baru, pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.

Kata bantu ragamBentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.

b) Kata penguatPerkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Ada 3 jenis kata penguat iaitu:

Kata penguat hadapanPerkataan yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif.Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.

Kata penguat belakangPerkataan yang terletak di belakang frasa atau kata adjektif.Contohnya: sekali, benar, betul, nian.

Kata penguat bebasPerkataan yang terletak di hadapan atau pun di belakang frasa atau kata adjektif.Contohnya: amat, sangat, dan sungguh.

c) Kata penegasSejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Terdapat dua jenis kata penegas iaitu :

Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.Contohnya, -kah, -tah, -lah

Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek atau predikat.Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

d) Kata nafiPerkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.Contohnya : bukan dan tidak.

e) Kata pemeriUnsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat dua cara iaitu,

Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah.

Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.

f) Kata sendi namaPerkataan yang terletaknya di hadapan frasa nama.Contohnya: di, bagi, laksana, antara, untuk, dalam, sampai, pada, kepada, dari, daripada, ke, bagai, akan, oleh, dll.

g) Kata arahSejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.Contohnya: atas, bawah, tepi, belakang, hadapan, tengah, sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.

h) Kata bilanganSejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis kata bilangan ialah : Jumlah yang tentu. Contohnya, dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh, dll Bilangan tak tentu. Contohnya, semua, para, beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll. Himpunan. Contohnya, beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll. Pisahan. Contohnya masing-masing, setiap, tiap-tiap. Pecahan. Contohnya setengah, dua pertiga, dll.i) Kata adverbaPerkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.Contohnya, selalu, sentiasa, esok, dan sering kali.

4. Kata pascakata-satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

a) Kata penekanBentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Contohnya: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

b) Kata pembendaBentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.Contohnya: Lajunya ialah 100km sejam.

-kata tugas dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:a) Kata sendi-bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.-kata sendi dari, di, dan ke, adalah kata sendi utama.-Contoh kata sendi nama yang lain ialah: akan, bagi, daripada, dengan, hingga, kepada,oleh, pada, sebagai, sejak, seperti, dan tentang.

b) Kata keterangan-adalah kata yang menerangkan kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan yang lain.-kata keterangan terbahagi kepada: Kata keterangan cara seperti begini, begitu, demikian,dll.

Kata keterangan masa seperti akan, belum, masih, pernah, sedang, sudah, telah, dll

Kata keterangan tanya iaitu bagaimana, bila dan mengapa.

Kata keterangan darjah seperti agak, amat, nian, paling, sangat, dll.

Kata keterangan tak tentu seperti agaknya, barangkali, entah-entah, dll.

Kata keterangan nafi seperti bukan,tak, dan tidak.

-ada beberapa lagi kata keterangan yang tidak dapat dijelaskan lagi. Misalnya : hanya,jua, juga, saja, dll.

c) Kata hubung-kata yang digunakan untuk menghubungkan unit-unit tatabahasa dalam ayat gabungan dan ayat pancangan.-kata hubung terbahagi kepada :

Kata hubung gabungan-iaitu kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan sepatah kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dengan satu klausa dalam bentuk ayat majmuk gabungan.Contohnya: atau, dan, lalu, maka, serta dan tetapi.

Kata hubung pancangan-iaitu kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa yang lain untuk membentuk ayat pancangan.Contohnya: agar, andaikata, apabila, bahawa, hingga, supaya, tatkala, dll

Kata hubung berpasangan-iaitu kata yang digunakan secara berpasangan dalam bentuk ayat majmuk gabungan juga.Contohnya: baikmahupun, baikbaik, bukan saja tetapi juga, kiankian, sedangkantambahan pula, dll

d) Kata seru-ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti geram, hairan, marah, sakit, takut, dll.-digunakan untuk membentuk ayat-ayat yang dikenal sebagai ayat seruan.Contoh kata seru ialah aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.

e) Kata sandang-dikenali sebagai kata penyerta merupakan partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri sendiri.-mempunyai tugas yang penting untuk menentukan makna dalam ayat.Contoh kata sandang ialah nya sang si yang

BibliografiBagi menyiapkan tugasan ini, rujukan utama saya adalah seperti di bawah. Hal ini disebabkan soalan tugasan berkehendakan perbandingan antara dua buku ini sahaja. Bagi rujukan internet pula, saya hanya merujuk untuk pendahuluan sahaja.

1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internethttp://www.tutor.com.my/stpm/golongan%20kata/golongan_kata.htm www.geocities.com/wr200x/Golongan_Kata.htm 1