perancangan tahunan pj skpg 2014

2
SK Parit Gantong, Panitia PJ Sungai Rambai, Melaka PERANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN JASMANI (PJ) TAHUN 2015 1. Matlamat Melahirkan murid-murid yang cergas melalui proses pengajaran dan embelajaran, aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. 2. Objektif 2.1 Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan. 2.2 Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan yakin. 2.3 Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan dalam suasana yang menyeronokan. 2.4 Mematuhi arahan dan peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan diri, pasangan dan rakan kumpulan. 2.5 Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang menyeronokkan. 3. Kumpulan Sasaran Semua murid Sekolah Kebangsaan Parit Gantong. 4. Strategi

Upload: mimiey-manjer

Post on 04-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Panitiaq PJ

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan Tahunan PJ SKPG 2014

SK Parit Gantong, Panitia PJSungai Rambai, Melaka

PERANCANGAN TAHUNAN

PENDIDIKAN JASMANI (PJ)

TAHUN 2015

1. Matlamat

Melahirkan murid-murid yang cergas melalui proses pengajaran dan embelajaran,

aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

2. Objektif

2.1 Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,

kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan.

2.2 Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif

dengan yakin.

2.3 Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan dalam suasana yang

menyeronokan.

2.4 Mematuhi arahan dan peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan

diri, pasangan dan rakan kumpulan.

2.5 Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

menyeronokkan.

3. Kumpulan Sasaran

Semua murid Sekolah Kebangsaan Parit Gantong.

4. Strategi

4.1 Memperkenalkan konsep Pendidikan Jasmani yang terdiri daripada:

Kecergasan - menitikberatkan keupayaan murid-munid melakukan aktiviti

fizikal secara berterusan tanpa berasa lesu.

Kemahiran - menitikberatkan keupayaan munid-murid melakukan

kemahirani daripada aspek pergerakan otot besar dan otot

halus.

Kesukanan - menitikberatkan pengetahuan dan kefahaman bagi

mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan

Page 2: Perancangan Tahunan PJ SKPG 2014

SK Parit Gantong, Panitia PJSungai Rambai, Melaka

4.2 Memperkenalkan dan mengajar kemahiran asas dalam permainan, olahraga,

gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi mengikut

kebolehan murid.

4.3 Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemahiran

yang diajar.

5. Cadangan Aktiviti

5.1 Melakukan kemahiran yang diajar dengan teknik yang betul dan selamat.

5.2 Senaman beramai-ramai.

5.3 Menghasilkan folio PJ samada bertulis atau berkomputer.

5.4 Pertandingan Pergerakan Asas dan Kemahiran Asas Olahraga, Gimnastik dan

Pergerakan Kreatif.