perancangan strategik t6 sains 2016-2020

Upload: aminuddin-mohamad

Post on 04-Mar-2016

110 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Perancangan Strategik T6 Sains

TRANSCRIPT

PEMBINAAN PERANCANGAN STRATEGIK MATA PAELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAHIKM 9 LEBUHRAYA KK-GM18000 KUALA KRAI KELANTAN

PERANCANGAN STRATEGIKKURIKULUM PRA UNIVERSITI SMK PAHIBAGI TEMPOH LIMA TAHUN

2016 HINGGA 2020

TAJUK :

PENINGKATAN PNGK SEKOLAH KEPADA 2.75 DAN MENGEKALKAN 100% LULUS STPM

ISI KANDUNGAN

TAJUKMUKA SURAT

BAB 1: PRA PERANCANGAN 3

1. Latar Belakang Organisasi

2. Enrolmen Pelajar

3. Bilangan Guru dan Staf Sokongan

4. Senarai nama Guru Tingkatan Enam (STPM) 2010

5. Analisis Keputusan SPM 2010- 2015

6. Prestasi Disiplin

7. Demografi Waris

8. Kemudahan Fizikal sekolah

9. Kemudahan Fizikal Panitia Tingkatan Enam (STPM)

10.Tahap Kesediaan Organisasi

BAB 2: PENETAPAN HALA TUJU 9

1. Mandat

2. Visi

3. Misi Sekolah

4. Misi Panitia

5. Matlamat

6. Objektif

BAB 3: ANALISIS PERSEKITARAN 12

1. Analisis Persekitaran Dalaman

2. Analisis Persekitaran luaran

3. Analisis SWOT

4. TOWS MATRIK

BAB 4: ISU, MATLAMAT,KPI DAN OBJEKTIF16

1. PELAN STRATEGIK

BAB 5:STRATEGI UTAMA, PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI.18

1. Strategi Utama

2. Pelan Taktikal

3. Pelan Operasi

BAB 6: PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN 24

BAB 7 : PENILAIAN DAN PENUTUP 26

BAB 1 PRA PERANCANGAN

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi Kuala Krai , Kelantan (SMKP) adalah sebuah sekolah dalam kategori luar bandar. Ia terletak 9 kilometer dari Bandar Kuala Krai. SMKP ditubuhkan pada tahun 1983 dengan keluasan tapak 15 ekar merangkumi bangunan sekolah, asrama pelajar, rumah guru, dewan besar, makmal kumputer dan padang permainan.

Bermula dengan jumlah pelajar seramai 210 orang yang mendaftar di SMKP pada 15 Jun 1983, kini SMKP mengorak langkah dengan peningkatan jumlah pelajarnya kepada lebih 800 orang. Pada tahun 1989 , SMKP menerima pelajar tingkatan 4 dan pada 1990, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang pertama dilahirkan. Pada Mac 1990, SMKP dinaiktarafkan kepada sekolah Gred A. Justeru , pada Januari 2005, SMKP telah menyediakan tingkatan enam rendah Aliran Sains, satu- satunya sekolah yang mempunyai Aliran Sains bagi tingkatan enam dalam jajahan Kuala Krai dan Gua Musang.Kelas Tingkatan Enam diri dari 2 kelas Biologi dan 1 Kelas Fizik. Pembahagian ini adalah mengikut keperluan dan kebolehan pelajar yang mendaftar.Dan mata pelajaran yang di tawarkan selain Fizik dan Biologi ialah PA, Sains Sukan (option), Matematik T dan Kimia. Kumpulan pertama yang menduduki peperiksaana STPM sains ialah pada tahun 2006.Seiring dengan kemerosotan akademik pelajar yang mendaftar pihak sekolah mulai tahun 2015 telah menawarkan satu lagi matapelajaran pilihan iaitu Seni Visual dan bilangan pelajar juga telah merosot dengan itu bilangan kelas juga dikurangkan kepada dua kelas sahaja.Penjenamaan semula tingkatan enam menyaksikan perubahan yang ketara dalam dua perkara utama pertama pakaian pelajar dan yang kedua sukatan matapelajaran. Perubahan ini telah bermula pada tahun ambilan 2012.

2. ENROLMEN PELAJAR TINGKATAN ENAM TAHUN 2015.

TINGKATANBILANGAN PELAJAR JUMLAHCATATAN

LELAKIPEREMPUAN

6A1044

6A2112

6R101111

6R24711

JUMLAH52328

3. BILANGAN GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN 2015.

KUMPULAN

LelakiPerempuanJumlah

Guru344983

Staf Sokongan61319

Staf Swasta459

4. SENARAI NAMA GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2015

BILNAMA GURUMatapelajaran

1En. Mohd Basri MohammedMatematik T

2Pn.Hanita Isa PA

3En. Mohd Daud Mohd Zain Sains Sukan

4Tn. Hj. Ali MohamadPA

5Pn. Noraini Abu Bakar Biologi

6En. Aminuddin Mohamad Fizik

7En. SivabalanMatematik T

8Pn. Wan RosemasKimia

9Pn. Fareeda HayatiBiologi

10Pn. Hjh SyazlinaMUET

11Pn. Haznira Sabrosita Kimia

12Pn. Fareeda HayatiBiologi

13En. MohamatiSeni Visual

5. ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN STPM (TAHUN 2013- 2014)

ANALISIS KEPUTUSAN STPM (2011-2015)

201320142015

JUMLAH CALON35136

JUMLAH HADIR35136

LULUSPENUHBiI3513

%100%100%

LULUSSEBAHAGIANBil

%

GAGALBil

%

ANALISA MENGIKUT BILANGAN PRINSIPAL

5P4P3P2P1P

PNGKBil%Bil%Bil%Bil.%Bil.%

20131.9525.55822.202569.4012.85

20142.19430.77323.08646.15

2015

6. PRESTASI DISIPLIN.

Prestasi disiplin pelajar SMKP adalah terkawal kerana semua guru berganding bahu bertindak sebagai guru disiplin. Pada keseluruhannya, purata kesalahan yang dilakukan oleh pelajar hanya melibatkan kesalahan- kesalahan kecil seperti berpakaian tidak kemas serta tidak menghantar tugasan yang diberi oleh guru. Tiada kes-kes disiplin yang serius direkodkan oleh pihak berkuasa ataupun pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan Pelajaran Negeri.

7. DEMOGRASI WARIS.

Lokasi sekolah ini terletak di luar bandar dengan kegiatan utama ekonomi penduduk sekitar ialah mengusahakan ladang getah dan kelapa sawit. Justeru, majoriti ibubapa yang mewakili waris kepada pelajar, iaitu 70% daripadanya adalah penoreh getah dan buruh ladang kelapa sawit . Pendapatan mereka hanyalah sekitar RM 500.00 sebulan. Manakala seramai 25% daripada pelajar pula di bawah jagaan ibu tunggal. Selebihnya, iaitu 5% lagi adalah pelajar yang tinggal bersama dengan nenek, datuk atau saudara mara yang mungkin disebabkan perceraian atau kematian.

8. KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH.

Kemudahan fizikal yang terdapat di SMKP adalah seperti berikut:

1. Blok bangunan bilik darjah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.2. Blok bangunan pejabat dan bilik mesyuarat.3. Blok bangunan asrama lelaki dan perempuan4. Dewan makan asrama dan kantin sekolah5. Bengkel mata pelajaran vokasional ( Rekaan Jahitan Pakaian & Seni Reka Tanda )6. Blok bangunan mata pelajaran kemahiran hidup7. Bangunan Makmal Komputer8. Bilik kegiatan Ko kurikulum9. Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Sumber Asrama10. Bilik Kesihatan 11. Bilik Darjah Pendidikan Khas12. Bilik Kaunseling13. Bilik Operasi Disiplin14. Bilik Operasi Buku Teks15. Bilik Peperiksaan16. Bilik Guru Lelaki dan Perempuan17. Koperasi Sekolah.

9. KEMUDAHAN FIZIKAL TINGKATAN ENAM

1 . Kabinet untuk simpanan bahan 2. Buku aktiviti 3. CD untuk pengajaran dan pembelajaran 4. Bank soalan 5. Bahan bantu mengajar. 6. Makmal sains

10. TAHAP KESEDIAAN SEKOLAH.

Penjelasan tentang tujuan dan faedah program ini telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan pentadbiran SMKP melalui satu mesyuarat bersama semua para guru. Semua panitia diminta menyediakan Perancangan Strategik mata pelajaran mengikut panitia masing- masing. Satu taklimat di kalangan guru- guru tingkatan enam diadakan bagi tujuan menyediakan perancangan ini. Penolong Kanan Tingkatan Enam akan berhubung dengan jawatan kuasa peringkat sekolah dalam memastikan tahap kesediaan guru- guru untuk menjayakan program ini. Jawatan kuasa ini juga akan mengenal pasti mandat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan proses pembinaan visi dan misi sekolah.

BAB 2 PENETAPAN HALA TUJU

1. MANDAT.

Berdasarkan pembentangan bajet Rancangan Malaysia Ke Sembilan(RMK-9), sebanyak RM23. 198 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.1 bilion daripada keseluruhan peruntukan ini akan dibelanjakan untuk pembestarian sekolah ke arah meningkatkan mutu pendidikan di semua 9,658 sekolah dalam negara.

2. VISI PRA U SMK PAHI.

MENJADI SEBUAH PUSAT PENDIDIKAN SAINS PRA U YANG BERKUALITI MENJELANG TAHUN 2020.

3. MISI PRA U SMK PAHI.

Seluruh warga SMKP akan berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh secara pemuafakatan bagi mempastikan kejayaan dalam aspek- aspek berikut:

1. Sekolah berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik sehingga berkualiti dengan memberi penekanan kepada proses P&P yang berkesan.

2. Sekolah berusaha untuk meningkatkan sehingga berkualiti pencapaian SAINS TULEN di peringkat STPM.

3. Sekolah berusaha untuk mengadakan program- program penggunaan teknologi maklumat yang terancang secara menyeluruh kepada semua pelajar.

4. Sekolah berusaha untuk mempertingkatkan tahap pencapaian ko kurikulum sehinga berkualiti melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko kurikulum secara berkesan untuk melahirkan pelajar yang sihat, cergas, cerdas dan berketerampilan.

5. Sekolah berusaha untuk meningkatkan tahap sahsiah dan disiplin pelajar sehingga berkualiti melalui pelaksanaan aktiviti kerohanian dan keilmuan.

3. MISI JAWATANKUASA KURIKULUM.

Jawatankuasa Kurikulum akan berusaha bersungguh- sungguh bagi memastikan:

1. Keseimbangan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar bagi melahirkan pelajar yang berilmu, bertakwa dan berakhlak mulia.

2. Kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar adalah berteraskan Nilai-Nilai Murni

4. MATLAMAT.

Matlamat akan merealisasikan misi dan visi di antaranya ialah:

1. Pelajar yang mencapai gred C dalam mana-mana mata pelajaran dalam STPM untuk mengekalkan lulus 100%.2. Mencapai PNGK 2.75

5. OBJEKTIF.

1. Perancangan ini diharapkan dapat mengekalkan peratus lulus secara keseluruhannya sehingga 100% dalam STPM tahun 2016.

6. KETETAPAN PENGURUSAN PRA U SMK PAHI

1.0 AsasPengurusanKurikulumTING 6

1.1 Guru-guru Pra U hendaklah membaca, memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai-nilai Teras Sekolah Menengah, Falsafah PPSMI danFalsafah MBMMBI.1.2 Membaca, memahami dan berusaha mematuhi semua ketetapan dalam Ketetapan Am sekolah.1.3 Bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai Visi dan Misi Kurikulum Sekolah.

2.0 PengurusanPengurusFail TING 6

2.1 Semua ketetapan yang disenaraikan dalam senarai tugas Jawatankuasa Pengurus Fail Panitia Ting 6 mestilah dipatuhi.

3.0 Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Guru Ganti

3.1 Ketetapan 12: Jadual Waktu Mengajardalam Ketetapan Am hendaklah sentiasa di patuhi.3.2 Semua ketetapan yang disenaraikan dalam senarai tugas Jawatan kuasa Jadual Waktu danJawatan kuasa Guru Ganti mestilah dipatuhi.

4.0 Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Guru Pra U mestilah mempunyai 4 Folio iaitu Folio P&P , Folio Penyelidikan , Folio ko- kurikulumdan Folio Pentaksiran. Keempat Folio mestilah lengkap dan Ketetapan Am hendaklah sentiasa dipatuhi.4.2 Rancangan Pengajaran guru hendaklah Selaras dengan Kurikulum Ting 64.3 Folio Pengajaran dan Pembelajaran juga mesti dilengkapi dengan Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Rancangan Tahunan, Jadual Waktu, Takwim dan Senarai Nama Murid kelas-kelas yang diajar.4.4 SP, HSP dan Rancangan Tahunan boleh dimasukkan kedalam fail berasingan dan disertakan bersamaa pabila diminta menghantar/Folio Pengajaran dan Pembelajaran kepada pihak pentadbir/Nazir/Pegawai PPD/JPN/KPM atau mana-mana pihak yang berkenaan.4.5 Semua guru hendaklah merekod penggunaan Bilik-bilik Khas dalam Buku Rekod Penggunaan Bilik Khas yang disediakan.4.6 Semua guru hendaklah merekod semua pengambilan dan pemulangan alatan di Bilik Khas dalam Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan.4.7 Buku Rekod Kehadiran Pelajar hendaklah sentiasa lengkap dan dikemaskini.4.8 Buku laporan kehadiran dan Buku Kawalan Ponteng juga mesti sentiasa dikemaskini.4.9 Pengetua/PKT6/Pentadbir hendaklah menyemak dan merekod semakan keempat-empat folio guru Ting 6 dalam borang yang disediakan.4.10 Semua ketetapan yang disenaraikan dalam senarai tugas Jawatankuasa Pengurusan Fail Panitia Matapelajaran mestilah dipatuhi.

5.0 Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran

5.1 Semua guru Ting 6 akan dicerap oleh Pengetua/PKP/Guru-guru yang dilantik oleh pihak pentadbir mengikut Jadual Pencerapan yang telah disediakan.5.2 Semua maklumat hendaklah di isi dalam Borang Pencerapan.5.3 Guru Data hendaklah memasukkan maklumat Rekod Pencerapan itu dan membuat pelaporan (analisis) dalam e-Cakna.5.4 Pihak yang mencerap hendaklah membincangkan tindakan kearah penambahbaikan P&P dengan guru yang dicerap dan hasil perbincangan itu mesti direkodkan direkodkan.

6.0 Pengurusan Peperiksaan

6.1 Takwim peperiksaan disediakan dan dipatuhi.6.2 Setiausaha peperiksaan yang berkenaan mesti menyedikan Jadual Peperiksaan dan jadual pengawasan peperiksaan bagi setiap tahap.6.3 Semua guru mesti mengisi dan menandatangani Buku Rekod Pengambilan Soalan dan Penyerahan Skrip Jawapan yang disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan yang berkenaan. 6.4 Semua peraturan peperiksaan mesti sentiasa dipatuhi oleh guru-guru.6.5 Setiausaha-setiausaha peperiksaan berkenaan dengan kerjasama guru-guru hendaklah menyediakan analisis pencapaian pelajar dan pelaporan pencapaian pelajar untuk diserahkan kepada penjaga.6.6 Guru-guru adalahbertanggungjawabmembantusetiausaha-setiausahapeperiksaanberkenaandanPengurus FailPanitiamelengkapkan bank soalanbagimatapelajaranmasing-masing.6.7 SemuaketetapandalamsenaraitugasJawatankuasaPenilaiandanPentaksiranmestilahdipatuhi.

7.0 PengurusanSemakanHasilKerjaPelajarTING6(SHKP)

7.1 Pihakpentadbirhendaklahmenyediakansuratpemakluman SHKP kepadasemua guru danpelajarTing 67.2 Pihaksekolahdikehendakimenyediakantakwimdanjadual SHKP yang mestidipatuhiolehsemua guru.7.3 PihakpentadbirperlumenggunakanBorangPengesanan SHKP untukmerekod SHKP di manasatusalinanuntuksimpanansekolahdansatulagidiserahkankepada guru berkenaan.7.4 Guru yang dipertanggungjawabkanperlumenyediakanLaporanPerbincangan SHKPsetelahtamattempohsesuatu SHKM untukrujukandantindakan.

8.0 Arahan, PekelilingdanKeputusanMesyuarat

8.1SemuaArahan, Pekelilingdankeputusanmesyuaratadalahketetapan yangmestidipatuhipadasetiapmasa.

BAB 3 ANALISIS PERSEKITARAN

1. ANALISIS PERSEKITARAN STRATEGIK DALAMAN

Guru- guru Tingkatan Enam di sekolah ini telah dibekalkan dengan latihan dan kursus kursus yang bersesuaian dan dibekalkan dengan maklumat- maklumat terkini tentang mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM). Buku- buku rujukan dan buku kerja untuk pelajar dibekalkan secara percuma oleh panitia Tingkatan Enam (STPM) memandangkan status sosio ekonomi pelajar yang kebanyakannya kurang berkemampuan.

Di samping itu, para pelajar juga dibenarkan mengakses maklumat daripada internet kerana terdapat kemudahan makmal komputer di sekolah ini. Guru- guru juga dibenarkan mengakses internet kerana terdapat kemudahan rangkaian LAN dan WAN yang dibangunkan oleh pihak sekolah.

Kemudahan Bilik Alat Pandang Dengar yang disediakan oleh pihak sekolah juga membolehkan guru- guru Tingkatan Enam (STPM) tidak ketinggalan menggunakannya demi mempelbagaikan kaedah P&P.

Para pelajar aliran sains juga di berikan bantuan Biasiswa, yang dapat mengurangkan bebanan pelajar.Para pelajar juga di sediakan dengan kemudahan asrama.

2. ANALISIS PERSEKITARAN STRATEGIK LUARAN.

Para pelajar SMKP kebanyakannya berasal dari kampung , pedalaman, estet dan rancangan pemulihan tanah. Kemudahan telefon walaupun ada tetapi kebanyakan ibu bapa tidak mampu melanggan kerana hidup dalam kedhaifan. Keadaan ini lebih ketara bagi pelajar yang tinggal di kawasan estet. Pendapatan keluarga yang kurang dari RM500.00 sebulan menjadikan anak- anak lebih cenderung menamatkan persekolahan lebih awal bagi membantu ibu bapa bekerja seperti megutip buah kelapa sawit atau pun menoreh getah. Taraf kesedaran ibu bapa terhadap pelajaran adalah rendah. Lebih malang lagi ada di antara ibu bapa yang lebih suka anak- anak mereka bekerja daripada bersekolah.

Kedapatan juga sesetengah ibu bapa yang lepas tangan dan menyerahkan urusan persekolahan anak- anak sepenuhnya kepada pihak sekolah. Mereka inginkan pencapaian yang cemerlang bagi anak- anak mereka tetapi kurang memberikan kerjasama. Sesetengah ibu bapa gagal menghadiri program- program anjuran pihak sekolah dengan alasan sibuk dan tidak penting.

3. ANALISIS SWOT

Semasa membuat analisis persekitaran dalaman dan luaran, dapat disimpulkan beberapa kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman. Ia dirumus di dalam jadual SWOT di bawah:

Kekuatan

1. Guru Tingkatan Enam (STPM) yang mencukupi2. Semua guru Tingkatan Enam (STPM) di SMKP berpengalaman lebih dari lima tahun.3. Terdapat guru pemeriksa kertas peperiksaan STPM.4. Kemudahan komputer dan rangkaian WAN dan LAN untuk guru dan pelajar.5. 70% daripada pelajar sekolah ini celik 3M.

Kelemahan

1. Pelajar kurang berminat dengan mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM)2. 30% pelajar SMKP lemah asas Matematik Tambahan.3. 70% guru bukan anak tempatan dan sering bertukar4. Pencapaian A di dalam mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM) adalah rendah.5. Tanggapan pelajar bahawa mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM) terlalu sukar

Peluang

1. Program pembestarian sekolah2. Sokongan daripada PIBG sekolah3. Perpustakaan sekolah yang menyediakan buku rujukan4. Sokongan daripada KESEDAR5. Bacaan tambahan yang disediakanoleh Panitia

Ancaman

1. Kurang minat ke sekolah di kalangan pelajar2. Tahap pencapaian akademik yang lemah dan sederhana3. Tidak minat membaca dan membuat latihan4. Ibu bapa berpendapatan rendah. 5. Kurang motivasi di kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri.

4. TOWS MATRIK.

Kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang diperolehi daripada KLAP telah dianalisis mengikut kepentingan masing- masing dan disatukan ke dalam jadual matriks untuk mempastikan strategi yang bakal dilaksanakan sesuai dan mengikut kepentingan.

Keterangan daripada matriks KLAP menunjukkan:Strategi KA- Menggunakan Kekuatan mengelakkan Ancaman.Strategi LA- Mengatasi Kelemahan mengelakkan AncamanStrategi KP- Menggunakan Kekuatan merebut PeluangStrategi LP- Mengatasi Kelemahan mengguna Peluang

PERSEKITARAN DALAMAN

PERSEKITARAN LUARAN

KEKUATAN

K1 : Guru Tingkatan Enam (STPM) mencukupi dan terlatihK2: Semua Guru Tingkatan Enam berpengalaman mengajar lebih lima tahunK3: Terdapat Guru Tingkatan Enam pemeriksa kertas Matematik.K4: Kemudahan WAN dan LAN untuk guruK5: 70% pelajar celik 3MKELEMAHAN

L1: Pelajar kurang minat PML2: 30% pelajar tidak pandai membacaL3: 70% guru bukan anak tempatan dan sering bertukarL4: Pencapaian A dalam STPM rendahL5: Tanggapan pelajar matapelajaran STPM terlalu sukar

ANCAMAN

A1: Minat ke sekolah yang kurangA2: Tahap akademik yang sederhana dan lemahA3: Tidak minat subjek yang membaca tetapi minat subjek praktikalA4: Ibu bapa berpendapatan rendahA5: Kurang motivasi dari pelajar dan ibu bapaSTRATEGI KA

K1 + K2 + A2 +A3-Kelas tambahan untuk pelajar

K3 + K4 + A3 +A5-Penggunaan ICT dalam pembelajaran

STRATEGI LA

L2 + A1-Kelas pemulihan

L4 + L5 + A3-Program latih tubi soalan struktur dan esei ( STPM)-Klinik Tingkatan Enam (STPM)

PELUANG

P1: Program Pembestarian SekolahP2: Sokongan PIBGP3: Pusat Sumber SekolahP4: Sokongan KESEDAR

STRATEGI KP

K1 + K3 + P1 + P4- Bengkel Tingkatan Enam (STPM) STRATEGI LP

L3 + L4 + L5 + P2 + P4- Guna khidmat guru luar kelas cemerlang dengan pembiayaan KESEDAR

BAB 4 ISU, MATLAMAT, KPI DAN OBJEKTIF

1. PELAN STRATEGIK

(a) Isu Strategik, Matlamat Strategik, Strategi dan KPI (Indikator Pencapaian)

PELAN STRATEGIK2016 - 2020MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM (STPM)

ISUMASALAHMATLAMATSTRATEGIINDIKATOR PENCAPAIAN

Pencapaian mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM) 100% lulus penuh dengan PNGK 2.75

1. Peratus lulus penuh mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM) 2015 ialah 100%.

2. Peratus pelajar yang mendapat gred C (Prinsipal) bagi peringkat STPM ialah sebanyak 100%

3. Peningkatan PNGK sekolah kepada 2.75

1. Mengekalkan peratus lulus mata pelajaran Tingkatan Enam (STPM) SPM kepada 100% menjelang tahun 2015.

2. Meningkatkan peratus kualiti GRED C+ dalam STPM kepada 100% menjelang tahun 2020 .

3. Meningkatkan keupayaan pelajar menguasai Nilai-nilai Murni, Kata Kunci dan Huraian mengikut standard STPM sehingga mencapai 100% pada tahun 2020.

1. Meningkatkan kualiti pengajaran guru dengan kepelbagaian kaedah.

2. Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar seperti membuat kajian di pusat sumber,belajar secara berkumpulan dan latih tubi.

3. Menganjurkan bengkel dan latihan pada tahap STPM1. Peratus lulus mata pelajaran peringkat STPM semakin meningkat.

2. Peningkatan kualiti gred C+ dalam STPM

3. Bilangan pelajar memasuki IPTA

BAB 5 :STRATEGI, PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI

BAB 5STRATEGI UTAMA, PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI

1. STRATEGI UTAMA

Isu StrategikPelaksanaan StrategikHalangan Pelaksanaan StrategikPendorong Untuk Memilih Strategi

1. Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan peratus lulus dalam STPM

1.Menekankan subjek utama boleh capai prinsipal iaitu: a. PAb. Sains Sukan(optinal)2. Latih Tubi intensif dan Bengkel menjawab soalan3. Ujian topikal dan latihan mengikut aras kesukaran soalan dan pelajar.4. Ujian intensif 1. Pelajar tidak menyimpan dengan sempurna soalan yang diedarkan.2. Masalah kewang an(fotostat dan fail) untuk pelajar1. Tingkatkan aras kefahaman pelajar2. Penjelasan teknik menjawab soalan berkesan3. Kerjasama eratantara ahli panitia mata pelajaran

2. Meningkatkan pencapaian gred C dalam matapelajaran1. Latih tubi menjawab soalan struktur soalan esei bagi STPM 1. Kekangan masa

1. Buku soalan tahun-tahun lepas disediakan oleh panitia matapelajaran

3. Menarik minat pelajar terhadap matapelajaran sains melalui pameran1. Penggunaan ICT dalam P&P2. Ceramah motivasi kepentingan PM1.Bahan tidak cukup dengan bilangan pelajar2. Guru kurang mahir ICT1.Kursus Pembestarian oleh JPN. 2. Latihan dalamanoleh guru mahir ICT

2. PELAN TAKTIKAL

(a) program, objektif, Tanggungjawab, tempoh, kos ,sumber, TOV, ETR, KPI

PELAN TAKTIKAL MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM (STPM)

BILPROGRAMOBJEKTIFT/JAWABTEMPOHKOS/SUMBERTOVETRINDIKATOR PENCAPAIAN

1Cambah Minda STPM Meningkatkan kemahiran dalam menguasai soalan dengan menulis jawapan secara terfokus / terhalaKetua Panitia

Guru MatapelajaranJun - OktRM1500Panitia30% pelajar lemah dapat menjawab soalan tepat dengan kehendak soalan90% pelajar lemah dan sederhana dapat menjawab soalan tepat dengan kehendak soalan Peratus lulus dalam STPM meningkat.

2Bengkel Cakna STPM SainsMeningkatkan kemahiran menguasai kemahiran asas matematik mengikut standard STPMKetua Panitia

Guru MatapelajaranJulaiRM 1000Panitia50% daripada pelajar galus dapat menjawab soalan dengan betul100% pelajar galus STPM dapat menjawab bahagian struktur dengan betulPeratus Kualiti gred C+ meningkat

3Klinik Bestari STPM

Meningkatkan penguasaan pelajar untuk memperolehi kelulusan minimumPengetua

PKT6

Ketua Panitia

Guru Matapelajaran

April - OktRM100Panitia10 % pelajar galus dapat menguasai bab babpenting dengan baik 90 % pelajar galus dapat menguasai bab babpenting dengan baikKategori pelajar galus mencapai kelulusan dalam STPM

3. PELAN OPERASI

PELAN OPERASIPENINGKATAN PERATUS LULUS DAN PENCAPAIAN 2.75 PNGK TINGKATAN ENAM (STPM)SMK PAHI

Nama Projek:Cambah Minda STPM

ObjektifMeningkatkan kemahiran dalam menguasai soalan dengan menulis jawapan secara terfokus

TempohFeb - Oktober

Kumpulan Sasar Pelajar Tingkatan 6

Guru TerlibatPenolong Kanan Tingkatan 6

Proses Kerja1. Mengumpul semua guru matapelajaran tingkatan 6Ucapan PengetuaKenal pasti matapelajaranSusun atur jadual.( Tajuk, tarikh), untuk :a.Kelas Tambahan (SU Kecemerlangan Akademik)b.Kelas Malam Asrama (warden)c.Kelas Ceria Pagi (SU Kurikulum)2. Urusan semakanSetiap guru diagihkan tugas untuk membuat skema jawapan.Setiap guru mata pelajaran menyemak jawapan mengikut tingkatan yang diajar.3. PersiapanMemastikan kertas edaran soalan terfokus dicetak secukupnya untuk pelajar4. PelaksanaanProgram dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkanPemantauan kelancaran program.

Kekangan Memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar terutama kehadiran mesti 100%. Pelajar perlu membuat persediaan awal untuk setiap tajuk yang dibincangkan bagi setiap soalan terfokus.

Pemantauan Pemantauan dijalankan oleh PKT6 bagi memastikan program berjalan lancar - Mengumpul dan mengaudit kedatangan semasa kelas

Penilaian Penilaian dijalankan berdasarkan markah pelajar

PenambahbaikanBerdasarkan penilaian, tindakan susulan segera diambil agar pelajar lemah diberi pemulihan.

PELAN OPERASIPENINGKATAN PERATUS LULUS DAN PENCAPAIAN 2.75 PNGKTINGKATAN ENAM (STPM)SMK PAHI

Nama Projek:Bengkel Cakna STPM Sains

ObjektifMeningkatkan kemahiran menguasai kemahiran proses sains mengikut standard STPM.

Tempoh Julai

Kumpulan Sasar Pelajar Tingkatan 6

Guru TerlibatPengetua, Penolong Kanan T6

Proses Kerja1 Guru Kanan Sains Soasial (GKSS) mengumpul semua guru T6. a. Ucapan Pengetua b. Kenal pasti program yang dilaksanakan c. Susun atur jadual.( Tajuk, tarikh)

2. Urusan Bengkela. Menghubungi penceramah dan tentukan tarikh

3. Persiapana. Memastikan kertas edaran soalan dicetak secukupnya untuk pelajarb. Memastikan setiap pelajar menyediakan buku khusus Untuk bengkelc. Menyediakan alatan seperti Note Book dan LCD

4. Pelaksanaana. Program dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkanb. Pemantauan kelancaran program.c. Memastikan kehadiran pelajar 100%

Kekangan Memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar terutama kehadiran mesti 100%. Pelajar perlu menanam minat yang mendalam untuk mengusai nilai-nilai murni.

Pemantauan Pemantauan dijalankan oleh PK T6 bagi memastikan program berjalan lancar

Penilaian Penilaian dijalankan berdasarkan markah pelajar

PenambahbaikanBerdasarkan penilaian, tindakan susulan perlu diambil agar pelajar yang kurang mengusai diberi pengayaan

PELAN OPERASIPENINGKATAN PERATUS LULUS TINGKATAN ENAM (STPM)SMK PAHI

Nama Projek:Klinik Bestari STPM

ObjektifMeningkatkan penguasaan pelajar dalam bab penting untuk memperolehi kelulusan minimum.

Tempoh April Oktober

Kumpulan Sasar Pelajar galus Tingkatan 6

Guru TerlibatPengetua, Penolong Kanan T6

Proses Kerja1 PK T6 mengumpul semua guru T6 a. Ucapan Pengetua b. Kenal pasti program yang akan dilaksanakan c. Susun atur jadual.( Tajuk, tarikh

2. Persiapana. Memastikan setiap pelajar memiliki fail khusus untuk program ini

3. Pelaksanaan a. Jadual diedarkan kepada semua guru mata pelajaran berkenaana. Program dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkanb. Pemantauan kelancaran program.c. Pastikan kehadiran pelajar 100%.

Kekangan Memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar terutama kehadiran mesti 100%.

Pemantauan Pemantauan dijalankan oleh PK T6 bagi memastikan program berjalan lancar

Penilaian Penilaian dijalankan berdasarkan markah pelajar

PenambahbaikanBerdasarkan penilaian, tindakan susulan segera diambil agar pelajar yang kurang menguasai bab diberi pemulihan terus.

BAB 6 :PELAKSANAAN & PEMANTAUAN

1. PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN

Matlamat strategik yang telah dikenalpasti dan objektif khusus yang telah ditentukan diteruskan melalui Perancangan Strategik dan dilaksanakan melalui Pelan Tindakan yang dirancang secara operasi.

Pelan Tindakan yang dilaksana hendaklah dipantau untuk memastikan objektif khusus tercapai. Pemantauan perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan serta membuat penambahbaikan. Jika objektif khusus tidak tercpai, penambahbaikan perlu dilakukan dengan mencontohi kejayaan organisasi lain yang lebih baik dari organisasi kita.

Jika objektif khusus tercapai, pembudayaan perlu dijadikan amalan setiap warga sekolah. Usaha ini perlu berterusan dan progresif demi meningkatkan keupayaan pelajar bagi mempertingkatkan peratus lulus penuh dan pencapaian gred (C+) dalam Tingkatan Enam (STPM)..

Para guru perlu didedahkan dengan kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Pemerhatian secara berkala ke atas pelaksanaan perlu dilakukan oleh pihak pentadbir supaya organisasi ini dapat dipastikan berada pada landasan yang betul dan menepati objektif yang ditentukan. Proses pemantauan boleh dilakukan secara pemerhatian, laporan lisan atau bertulis semasa aktiviti dilaksanakan.

BAB 7 :PENILAIAN & PENUTUP

1. PENILAIAN

Penilaian keberkesanan perancangan boleh ditentukan semasa pemantauan. Kajian semula perlu dilakukan ke atas komponen- komponen yang penting dalam perancangan strategik seperti matlamat strategik, pemilihan strategi, pembentukan objektif khusus, pelan tindakan dan ketetapan petunjuk kejayaan jika sekiranya kejayaan tidak memuaskan.

Penilaian boleh dibuat pada setiap tiga bulan dan penambahbaikan boleh dilakukan pada Pelan Strategik. Kajian semula juga perlu dibuat untuk mendapatkan prestasi sebenar organisasi. Semasa penilaian juga , kita dapat menentukan punca kegagalan atau kurang keberkesanan strategi yang dijalankan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Justeru itu, mesyuarat Kajian Semula Pelan Strategik perlu diadakan untuk mengenalpasti punca masalah utama dan sampingan supaya organisasi dapat dibaikpulih.

2. PENUTUP

Perancangan Strategik amat penting dalam sesebuah sekolah kerana kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan keupayaan mengurus dan merancang secara menyeluruh dan sistematik dalam setiap unit di bawah seliannya.

Justeru itu semua guru Tingkatan Enam (STPM) SMKP akan berganding bahu dan berusaha dengan punuh iltizam untuk mencapai visi dan misi yang dipersetujui bersama melalui pelbagai aktiviti dan berlandaskan Pelan Tindakan yang dibincangkan. Kami berharap dengan terlaksananya objektif khusus yang ditentukan akan menjurus ke arah pencapaian matlamat strategik dan seterusnya meralisasikan visi dan misi sekolah ini.

1