perancangan strategik panitia sejarah

5
SK SULTAN ABU BAKAR 2 MUAR PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH TAHUN 2016 – 2018 BIDANG KURIKULUM Isu Masalah Matlamat Strategi Indikator Pencapaian Aspek pencapaian Tahap Penguasaan (TP) murid dari segi kualiti dan kuantiti 1. Meningkatkan pencapaian Tahap Penguasaan (TP) murid memandangkan subjek Sejarah merupakan subjek baru. 2. Meningkatkan minat dan motivasi serta membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan murid terhadap subjek Sejarah. 1. Meningkatkan peratus kumpulan sasar (Tahun 4-6) dalam subjek Sejarah. 2. Pencerapan murid belajar dipertingkat. 3. Kualiti dan kuantiti pencapaian Tahap Penguasaan. 4. Program Guru Muda. 1. Menghabiskan silibus awal. 2. Pencerapan dilaksanakan secara berkala / berjadual oleh Pentadbir / Guru Kanan / Ketua Panitia. 3. Bengkel menjawab soalan. 4. Mentor 1. DSKP akan dihabiskan pada bulan Oktober. 2. Pencerapan dilaksanakan sekurang- kurangnya 2 kali setahun. Tempoh Februari hingga Oktober. 3. Murid menguasai kemahiran soalan Sejarah. Memantapkan budaya membaca dalam kalangan murid. 4. Kumpulan belajar dibantu oleh mentor di bawah

Upload: hawati-hasan

Post on 19-Feb-2016

705 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

1. Meningkatkan pencapaian Tahap Penguasaan (TP) murid memandangkan subjek Sejarah merupakan subjek baru. 2. Meningkatkan minat dan motivasi serta membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan murid terhadap subjek Sejarah.

TRANSCRIPT

Page 1: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH

SK SULTAN ABU BAKAR 2 MUAR

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH TAHUN 2016 – 2018

BIDANG KURIKULUM

Isu Masalah Matlamat Strategi Indikator Pencapaian

Aspek pencapaian Tahap Penguasaan (TP) murid dari segi kualiti dan kuantiti

1. Meningkatkan pencapaian Tahap Penguasaan (TP) murid memandangkan subjek Sejarah merupakan subjek baru.

2. Meningkatkan minat dan motivasi serta membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan murid terhadap subjek Sejarah.

1. Meningkatkan peratus kumpulan sasar (Tahun 4-6) dalam subjek Sejarah.

2. Pencerapan murid belajar dipertingkat.

3. Kualiti dan kuantiti pencapaian Tahap Penguasaan.

4. Program Guru Muda.

1. Menghabiskan silibus awal.

2. Pencerapan dilaksanakan secara berkala / berjadual oleh Pentadbir / Guru Kanan / Ketua Panitia.

3. Bengkel menjawab soalan.

4. Mentor

1. DSKP akan dihabiskan pada bulan Oktober.

2. Pencerapan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.Tempoh – Februari hingga Oktober.

3. Murid menguasai kemahiran soalan Sejarah. Memantapkan budaya membaca dalam kalangan murid.

4. Kumpulan belajar dibantu oleh mentor di bawah pengawasan guru subjek.

Page 2: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH

5. Pencapaian dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

5. Pemahaman murid akan dinilai dari semasa ke semasa melalui pentaksiran formatif dan sumatif yang akan dilaksanakan.

5. Pentaksiran formatif dilaksanakan sepanjang PdP. Sebanyak 2 kali pentaksiran sumatif dilaksanakan di peringkat sekolah. (setengah dan akhir tahun)

Aspek perkukuh kemahiran belajar, pemahaman Sejarah negara serta penghayatan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan murid melalui penggunaan TMK semasa proses PdP.

1. Penggunaan TMK dalam subjek Sejarah.

1. Menggalakkan murid menguasai TMK bagi menarik minat mereka dalam subjek Sejarah.

2. Pemantapan penggunaan TMK dalam kalangan guru Sejarah.

1. Penggunaan TMK dalam menghasilkan buku skrap.

Pencarian bahan/ maklumat melalui internet.

Proses PdP dilaksanakan di makmal komputer (mengikut keperluan) bagi membolehkan murid melayari internet bagi mencari maklumat tambahan bersesuaian dengan kandungan buku teks.

2. Guru menyediakan alat bantu mengajar berteraskan TMK (mengikut keperluan atau tajuk).

1. Menghasilkan buku skrap dan bahan menggunakan TMK.

Berdasarkan kepada alamat laman web yang terdapat pada buku teks.

2. Penyediaan powerpoint dan sites Sejarah khususnya semasa proses PdP.

Page 3: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH

3. Mempelbagaikan kemudahan Alat Bantu Belajar/Mengajar.

3. Guru Sejarah mempelbagaikan penggunaan alat atau bahan bantu mengajar supaya murid memperoleh pengalaman yang luas dan dapat mengembangkan daya imaginasi serta kreativiti mereka dalam proses pembelajaran Sejarah.

3. Wang peruntukan PCG digunakan untuk membeli buku latihan dan bahan PdP yang berkaitan.

Melengkapkan kemudahan alat bantu mengajar seperti:

Bahan bergambar / grafik seperti carta

Alat pandang dengar seperti slaid, filem dan video

Bahan sumber Sejarah seperti akhbar, majalah, buku dan bahan tinggalan sejarah

Aspek pemantapan kualiti, kecekapan dan pengetahuan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).

1. Semua guru Sejarah berkebolehan, cekap serta berkemampuan sewaktu menjalankan proses PdP di dalam kelas.

1. Pendekatan pengajaran guru.

1. Pendekatan pengajaran guru menjalinkan, mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, nilai-niai murni, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang betul.

1. Guru berkemampuan melaksanakan proses PdP dengan berkesan.

Page 4: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SEJARAH

2. Proses pembelajaran yang kondusif, efektif serta suasana pembelajaran yang ceria.

2. Mengembangkan kemahiran KBAT dalam kalangan murid.

3. Pendekatan dan teknik pengajaran guru.

4. Peranan guru dalam panitia.

2. Guru hendaklah mengembangkan kemahiran belajar dalam sejarah menggunakan KBAT seperti mengelas maklumat, membuat tafsiran, menilai fakta, menganalisis serta mensintesis maklumat.

3. Guru hendaklah melibatkan murid secara aktif dalam proses PdP dengan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik, kreatif dan inovatif.

4. Pengukuhan kerjasama serta peranan semua guru dalam panitia.

2. Guru dalam panitia berkemampuan melakukan proses PdP berdasarkan kepada kemahiran KBAT.

3. Kesemua aktiviti PdP dilaksanakan sepenuhnya berdasarkan penyediaan bahan pengajaran dan rekod mengajar yang sempurna berdasarkan kurikulum semasa.

4. Semangat kerja pasukan yang mantap dalam kalangan ahli panitia.

Disediakan oleh :

…………………......(Hawati Binti Hasan)Ketua Panitia SejarahSK Sultan Abu Bakar 2 Muar