perancangan panitia & m.mesy

21
SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG 75460 DUYONG ,MELAKA. MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE- 3 TAHUN 2013 Tarikh : 29 Oktober 2013 Masa : 1. 45 petang Tempat : Makmal Komputer Pengerusi : Pn. Azizah bt. Samsudin Kehadiran : 6 / 8 AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI ( Cik Nuraliza yang mewakili Pn.Azizah ) 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia Sains bagi kali yang ketiga dan juga yang terakhir bagi sesi 2013. 1.2 Memaklumkan bahawa Pn. Azizah sedang bercuti dan setiausaha telah mengambil tanggungjawab untuk menjalankan mesyuarat ini agar aktiviti panitia dapat terus dijalankan pada tahun hadapan. 1.3 Mesyuarat kali akan membincangkan tentang analisa PKSR 2 , perancangan panitia untuk tahun 2014 dan perkongsian maklumat tentang kursus KSSR Sains Tahun 4 . 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS. 2.1 Dibentangkan oleh Cik Nuraliza Abd.Rahim, setiausaha merangkap pengerusi

Upload: sabrina-sanchez

Post on 25-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG75460 DUYONG ,MELAKA.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE- 3TAHUN 2013

Tarikh: 29 Oktober 2013

Masa: 1. 45 petang

Tempat: Makmal Komputer

Pengerusi : Pn. Azizah bt. Samsudin

Kehadiran: 6 / 8

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI ( Cik Nuraliza yang mewakili Pn.Azizah )1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia Sains bagi kali yang ketiga dan juga yang terakhir bagi sesi 2013. 1.2 Memaklumkan bahawa Pn. Azizah sedang bercuti dan setiausaha telah mengambil tanggungjawab untuk menjalankan mesyuarat ini agar aktiviti panitia dapat terus dijalankan pada tahun hadapan. 1.3 Mesyuarat kali akan membincangkan tentang analisa PKSR 2 , perancangan panitia untuk tahun 2014 dan perkongsian maklumat tentang kursus KSSR Sains Tahun 4 .

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS.2.1 Dibentangkan oleh Cik Nuraliza Abd.Rahim, setiausaha merangkap pengerusi sementara. Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Norain bt. Atan. Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Noorliza Yusup.

3.0 BANGKITAN3.1 Perkara 4.9 Minggu Sains telah selesai dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan. Berharap aktiviti yang lebih mencabar dapat dijalankan untuk menjana idea dan kreativiti murid.

4.0 PERBINCANGAN4.1 Analisa dan Post Mortem Keputusan PKSR 2. Secara keseluruhannya, keputusan PKSR 2 masih berada pada tahap yang memuaskan dan tidak banyak peningkatan yang berlaku. Sedikit peningkatan dicatat oleh Tahun 5 dan 6 manakala Tahun 4 mencatat penurunan yang agak membimbangkan.

Tahun 4 : Peratus lulus keseluruhan adalah sebanyak 34.4%. Terdapat penurunan sebanyak 23.7% daripada PKSR 1. Peratus gagal adalah 65.6% .Hanya seorang murid yang mendapat A , 6 orang mendapat B dan 14 orang memperoleh C. Seramai 40 orang murid yang gagal dengan gred D dan E. Peratusan gagal pada kali ini disumbangkan oleh kedua-dua kelas iaitu Jaya dan Maju.

Tahun 5 : Perarus lulus keseluruhan adalah 53.7% berbanding 51.9% dalam PKSR1. Peningkatan sebanyak 1.8%. Seramai 3 orang murid mendapat A, 8 orang memperoleh B dan 18 orang mendapat C. Peratus gagal adalah sebanyak 46.3%. Peratus lulus 5 Maju masih rendah walaupun mencatat peningkatan dari 15.4% kepada 32.0% .

Tahun 6 : Tahun 6 mencatat peratus kelulusan tertinggi dengan 74.2% .Seramai 11 orang mendapat A, 11 orang lagi B dan 27 orang mendapat C. Seramai 17 orang murid yang gagal dengan peratus sebanyak 25.8% .Kebanyakan murid yang gagal datang dari kelas 6 Usaha.

Tindakan : Guru Tahun 4, 5 dan 6.

4.2 Antara kekuatan yang dikenal pasti:- 4.2.1 Kebanyakan murid telah mula menguasai teknik menjawab soalan Bahagian B di samping mendapat skor yang tinggi untuk soalan objektif. 4.2.1 Murid diberi latih tubi yang berterusan untuk teknik menjawab soalan Bahagian B bermula dari Tahun 4.

4.3 Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah :- 4.3.1 Kebanyakan murid terutama Tahun 4 masih belum menguasai kemahiran menjawab soalan Bahagian B dengan sepenuhnya. 4.3.2 Murid juga didapati lemah dalam menguasai kemahiran menjawab soalan objektif (Bahagian A ) disebabkan terlalu bergantung kepada guru dan kurang membuat ulang kaji di rumah. 4.3.3 Murid juga kurang bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak memahami sesuatu topik yang dipelajari. 4.3.4 Terdapat murid yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan .

4.4 Tindakan / Cadangan mengatasi :- 4.4.1 Memberi lebih banyak latih tubi dan pendedahan tentang teknik menjawab soalan Bahagian B kepada murid yang lemah. 4.4.2 Membekalkan kerja rumah secara lebih kerap terutama untuk soalan Bahagian B dan memberi murid sedikit intensif untuk menggalakkan mereka mencuba. 4.4.3 Memberi latih tubi untuk soalan berbentuk pengetahuan ( objektif ) untuk mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan murid. 4.4.4 Memastikan guru mengikut murid yang diajar dari Tahun 4 untuk mengukuhkan kemahiran murid.

Tindakan : Makluman / Guru Tahun 4, 5 dan 6.

4.5 Perancangan Tahun 2014. 4.5.1 Antara cadangan dan perancangan untuk Tahun 2014 ialah :- 4.5.1.1 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 4.5.1.2 Mengadakan Minggu Sains 4.5.1.3 Mengemaskini Bilik Sains dan melabel semula semua bahan dan radas. 4.5.1.4 Mengemaskini papan kenyataan Panitia Sains dengan maklumat dan info terkini pada setiap minggu. 4.5.1.5 Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau JPM ( mengikut kesesuaian ) 4.5.1.6 Penyeliaan guru oleh pihak pentadbir dan ketua panitia. 4.5.1.7 Mengadakan kelas tambahan dan motivasi untuk murid Tahun 6. 4.5.1.8 Menyelia dan mengemaskini fail-fail KSSR murid Tahun 1- 4. 4.5.1.9 Menjalankan ujian bulanan dan PKSR 1 dan 2 untuk Tahun 5 dan 6.

Tindakan : Makluman

4.6 Perancangan Kewangan 2014. 4.6.1 Baki yang tinggal ialah sebanyak RM 298.94. Antara cadangan perbelanjaan untuk tahun hadapan ialah :- Set Binaan bermanual untuk Tahun 3 Mikroskop

Tindakan : Makluman

4.7 Senarai cadangan guru yang mengajar untuk tahun 2014 telah dibuat dan diserahkan kepada GPK1. Tahun 1J / 1M Pn. Nur Diana Abdullah Tahun 2J / 3J / 1M Cik Kamariah Jusoh Tahun 2M - Pn. Suhaila Daud Tahun 1J / 3M / 4M / 5U - Cik Nuraliza Abd.Rahim Tahun 5J / 5U - Pn. NorAin Atan Tahun 4J / 5M - Pn.Faridah Jantan Tahun 6J - En.Masrizal Rahmat Tahun 6M - En. Ibrahim Talib (GB) Tindakan : Makluman

4.8 Pemilihan buku kerja dan buku tulis juga telah dibuat dan diserahkan kepada GPK1 untuk tindakan.

Tindakan : Makluman

4.9 Bilik Sains. 4.9.1 En. Masrizal memberitahu tentang kehilangan beberapa alatan yang terdapat di dalam Bilik Sains akibat diambil tanpa kebenaran oleh beberapa orang murid Tahun 6 Usaha. Terdapat juga beberapa alatan dirosakkan termasuk kabinet menyimpan semua alatan dan bahan. Tindakan : Makluman/ Semua Guru Sains

4.9.2 Beberapa cadangan dibuat untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Antaranya ialah :- Menyimpan alatan dan bahan Sains di tempat yang lebih selamat . Mengunci Bilik Sains setelah digunakan. Menempatkan murid dari kelas Jaya di Bilik Sains. Tindakan : Makluman/ Pihak pentadbir

4.9.3 Keadaan Bilik Sains yang agak tidak terurus memerlukan ia dikemaskini dengan kadar segera. En. Masrizal mencadangkan agar guru mendapatkan bantuan murid dengan dipantau oleh beberapa orang guru Sains . Pn. Nur Diana mencadangkan kerja-kerja mengemaskini dilakukan pada tahun hadapan memandangkan semua guru mempunyai kekangan masa di samping penggal persekolahan yang akan berakhir untuk sesi 2013.

Tindakan : Semua Guru Sains

4.10 Maklumat KSSR Tahun 4 4.10.1 Peruntukan waktu untuk Tahun 4 telah dikurangkan dari 5 waktu kepada 4 waktu seminggu. 4.10.2 Cuma ada satu dokumen berbanding dua dokumen sebelum ini iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 4.10.3 Sedikit penambahbaikan dibuat untuk standard prestasi di mana tiada lagi penyataan Band digunakan untuk mentaksir murid sebaliknya ia diganti dengan Tahap Penguasaan ( TP 1 6 ) . 4.10.4 Pentaksiran dilakukan secara off line dan bukan lagi on line. Borang pentaksiran telah dimasukkan dalam CD yang dibekalkan. 4.10.5 Terdapat beberapa tajuk baru dimasukkan dalam DSKP anataranya 12 KPS, Kemahiran Manipulatif Sains, Fotosintesis, peraturan Bilik Sains dan Pewarisan manusia. Tetapi terdapat juga beberapa tajuk yang digugurkan. 4.10.6 Penilaian PEKA masih berterusan sehingga diberitahu kelak. PEKA perlu dinilai pada murid bermula dari Tahun 4. Setiap murid perlu ada fail PEKA untuk dibawa sehingga ke Tahun 6. 4.10.7 Murid juga perlu didedahkan dengan soalan aras tinggi iaitu soalan (HOTS) 4.10.8 PdP untuk 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) boleh dilakukan secara stesen untuk menjimatkan masa. Guru perlu meneliti pernyataan untuk setiap KPS agar konsep yang betul diajar kepada murid.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL HAL LAIN.5.1 En.Masrizal akan mengadakan kelas tambahan untuk Tahun 6 dalam masa cuti sekolah ini memandangkan beliau akan kerap tidak ada di sekolah sekitar bulan Jun dan Julai tahun hadapan. 5.2 Pn.Noorliza dari kelas Pendidikan Khas melaporkan tentang analisa peperiksaan untuk murid Pendidikan Khas. Seramai 8 orang murid menduduki peperiksaan. Keputusannya : - A - 5 orang B - 1 orang C- 1orang D- 1 orang E- 1 orang ( tidak hadir )

5.3 Kebanyakan murid Pendidikan Khas mengalami masalah keciciran (kerap ponteng).5.4 Waktu PdP Sains adalah 5 waktu. Sukatan pelajaran lebih kepada Sains Sosial dan tidak sama dengan sukatan pelajaran kelas perdana.5.5 Tiada calon UPSR untuk tahun hadapan.

Tindakan : Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN.6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama sepanjang tahun 2013 ini untuk menjayakan semua aktiviti yang dirancang. 6.2 Berharap semua guru akan meneruskan komitmen masing-masing dalam menjalankan tugas untuk memastikan kecemerlangan murid akan berterusan. 6.3 Semua guru diharap dapat terus memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti yang dirancang untuk tahun hadapan. 6.4 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Nuraliza bt. Abd. Rahim.Setiausaha Panitia Sains 2013 SK. Duyong , Melaka.

Tarikh disediakan : 03 . 11 .2013

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG , MELAKA.PERANCANGAN PANITIA SAINSTAHAP 2 / 2014

1.0 Latar belakang

Analisa PKSR 2 (2013)

Tahun

PKSR

Bil.muridABCLulusDEGagal

Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

5

2013

5435.6814.81833.32953.71425.91120.42546.3

Target 20146158.21016.42032.83557.42642.600.02642.6

6

2013

661116.71116.72740.94974.21522.723.01725.8

Target 2014551527.32545.51221.85294.535.500.035.5

Secara keseluruhannya, prestasi murid-murid pada tahun 2013 berada pada tahap yangmemuaskan. Pencapaian yang dilihat sebagai kurang memberangsangkan ini adalah disebabkan murid-murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menjawab soalan struktur( Bahagian B ) yang melibatkan kemahiran proses Sains (KPS). Kelemahan dilihat pada kebanyakan murid Tahun 4 dan sebahagian lagi pada murid Tahun 5.

2.0 Matlamat

2.1 Melahirkan murid yang minat dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Sains dalam kehidupan seharian.

2.2 Menanam sifat ingin tahu di kalangan murid berkaitan bidang Sains dan Teknologi . 2.3 Melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif , berinovasi dan berdaya saing dalam. bidang Sains dan Teknologi.

2.4 Meningkatkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir secara kteatif dan kritis di kalangan murid.

3.0 Objektif.

3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran saintifik melalui kaedah inkuiri penemuan.

3.2 Melahirkan murid yang berani mencuba dan mampu mengeluarkan idea yang kreatif dan kritis..

3.3 Memastikan murid dapat menguasai kemahiran proses sains yang mudah dan teknik menjawab soalan Bahagian B dengan betul. 3.4 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

4.0 Strategi

4.1 Menjalankan mesyuarat panitia. 4.2 Mengadakan kelas tambahan dan bimbingan 4.3 Mengadakan program motivasi. 4.4 Menjalankan ujian bulanan dan PKSR 1 dan 2. 4.5 Mengadakan pertandingan 4.6 Projek khas

5.0 Aktiviti

5.1 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 5.2 Menyediakan rancangan tahunan mengikut takwim sekolah. 5.3 Menjalankan ujian bulanan dan PKSR 1 dan 2. 5.4 Mengadakan perkembangan staff oleh guru yang mengikuti kursus. 5.5 Mengadakan kelas tambahan untuk Tahun 5 dan 6. 5.6 Mengadakan program motivasi dan teknik menjawab soalan UPSR.

5.7 Memasuki pertandingan anjuran jabatan ( mengikut kesesuaian.) 5.8 Mengemaskini Bilik Sains. 5.9 Minggu Sains 5.10 Menyediakan dan mengemaskini sudut panitia setiap minggu.

6.0 Penilaian 6.1 Latihan dan amali 6.2 Melalui pertandingan yang disertai. 6.3 Ujian bulanan dan PKSR.

7.0 Penyeliaan

7.1 Jawatan kuasa kurikulum sekolah. 7.2 Guru mata pelajaran. 7.3 Guru kelas 7.4 Ketua panitia 7.5 Guru sumber sains.

8.0 Kumpulan Sasaran.

8.1 Guru Sains 8.2 Semua murid Tahap 1 dan 2.

9.0 Sumber Kewangan 9.1 Pihak pentadbir 9.2 Hasil jualan majalah S

10.0. Target kejayaan. 10.1 57.4 % untuk Tahun 5 dan 94.5 % untuk Tahun 6.SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG, MELAKA.PERANCANGAN PANITIA SAINSTAHAP 1 & TAHUN 4 / 2014

1.0 Latar belakang.

Target PBSTahunBil.muridBand 1Band 2

Band 3Band 4Band 5Band 6

1310

0224--

2450

03276-

3540

038106-

4630

0381510-

Untuk pencapaian PBS, murid perlu sekurang-kurangnya menguasai Band 3 atau Band 4.Bermula Tahun 2014, PBS akan dijalankan untuk semua murid Tahun 4.

2.0 Matlamat.

2.1 Menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sains. 2.2 Melahirkan murid yang menguasai kemahiran ICT dan reka cipta. 2.3 Melahirkan murid yang menguasai KPS dan KMS dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. 2.4 Meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kreatif dan kritis. 2.5 Memastikan murid-murid mencapai sekurang-kurangnya Band 3 dalam PBS.

3.0 Objektif

3.1 Menarik minat murid dalam bidang Sains dan Teknologi.

3.2 Melahirkan murid yang mahir dalam bidang ICT serta dapat mengaplikasikannya

3.3 Mendidik murid agar menghargai sumbangan Sains dan Teknologi terhadap kesejahteraan manusia sejagat.

4.0 Strategi.

4.1 Mesyuarat panitia / PBS

4.2 Mengadakan pertandingan

4.3 Menjalankan penilaian di akhir setiap PdP.

4.4 Menyelia dan mengemaskini fail perkembangan murid setiap bulan.

5/0 Aktiviti.

5.1 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

5.2 Menyediakan DSK dan DSKP mengikut takwim sekolah.

5.3 Menyediakan lembaran penilaian untuk murid mengikut evidens.

5.4 Mengadakan perkembangan staff.

5.5 Menyediakan sudut Sains dan KSSR di dalam kelas dan papan kenyataan panitia.

5.6 Minggu Sains.

5.7 Mesyuarat PBS.

6.0 Penilaian

6.1 Mengikut format penilaian PBS dalam KSSR. 6.2 Pemerhatian dan pemantauan semasa PdP.

6.3 Melalui pertandingan yang disertai.

6.4 Melalui penilaian secara formatif atau sumatif.

7.0 Penyeliaan 7.1 Jawatankuasa kurikulum sekolah 7.2 Ketua panitia

7.3 Guru mata pelajaran / Guru kelas8.0 Kumpulan Sasaran

8.1 Guru Sains

8.2 Semua murid tahap 1 dan Tahun 4.

9.0 Sumber kewangan

9.1 Pihak pentadbir.

9.3 Hasil jualan majalah

10.0 Target kejayaan

10.1 Tahap 1 menguasai sekurang-kurangnya 70 % Band 3

10.2 Tahun 4 menguasai sekurang-kurangnya 60 % Band 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG, MELAKA.

PANITIA SAINS

LAPORAN PRESTASI MURIDANALISA KEPUTUSAN DAN POST MORTEM PKSR 2 (2013)

TAHUN 4.

1.0 Bilangan calon adalah seramai 61 orang. Hanya seorang muird sahaja yang memperoleh Aiaitu murid daripada kelas 4 Jaya dengan peratusan hanya 1.6%.2.0 Seramai 6 orang murid mendapat B dan 14 orang mendapat C. Peratus lulus keseluruhanadalah sebanyak 34.4% sahaja. 3.0 Seramai 40 orang murid gagal dengan peratusan sebanyak 65.6%. Kebanyakan murid yanggagal pada kali ini datangnya dari murid kedua-dua kelas iaitu 4 Jaya seramai 15 orangdan 4 Maju 25 orang.4.0 Secara keseluruhannya peratus lulus menurun sebanyak 23.7% .

TAHUN 5.

1.0 Bilangan calon yang menduduki peperiksaan adalah seramai 54 orang. Terdapat 3 orang murid berjaya mendapat A , 8 orang mendapat B dan 18 orang lagi mendapat C.2.0 Peratus lulus keseluruhan adalah sebanyak 53.7% meningkat sebanyak 1.8 % daripadaPKSR 1.3.0 Seramai 14 orang mendapat D dan 11 orang mendapat E dengan peratus gagal adalahsebanyak 46.3 % ( 25 orang ).4.0 Secara keseluruhannya peratus lulus dalam PKSR 2 meningkat sedikit berbanding PKSR 1.

TAHUN 6.

1.0 Bilangan calon adalah seramai 66 orang. 11 orang murid berjaya mendapat A, 11 orang lagimendapat B dan 27 orang mendapat C. Bilangan murid yang mendapat A meningkat sebanyak 3 orang berbanding PKSR 1.2.0 Seramai 49 orang murid lulus dengan peratusan sebanyak 74.2 %. Peratus gagal pula adalahsebanyak 25.8 % iaitu seramai 17 seorang.3.0 Terdapat peningkatan lulus pada murid 6 Maju manakala murid Tahun 6 Usaha masihmenjadi penyumbang terbesar untuk peratus gagal keseluruhan.4.0 Keseluruhannya peratus lulus keseluruhan dalam PKSR 2 meningkat sebanyak 12.7 %.

1.0 KEKUATAN.

1.1 Soalan dibuat mengikut aras kesukaran iaitu mengikut Jadual Spesifikasi Item (JSI). 1.2 Kebanyakan murid telah mula menguasai teknik menjawab soalan Bahagian B iaitu soalan struktur di samping menguasai KPS mudah. 1.3 Murid diberi latih tubi berterusan untuk teknik menjawab soalan Bahagian B bermula dari Tahun 4. 1.4 Bimbingan dan kelas tambahan yang diadakan terutama untuk Tahun 6 banyak membantu murid menguasai kemahiran menjawab soalan objektif dan soalan struktur.

2.0 KELEMAHAN.

2.1 Kebanyakan murid terutama Tahun 4 masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menjawab soalan Bahagian B. 2.2 Murid juga didapati lemah dalam menjawab soalan objektif disebabkan terlalu ber- gantung pada guru dan kurang membuat ulang kaji di rumah. 2.3 Terdapat murid yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan. 2.4 Terdapat juga murid yang lemah membaca dan tidak memahami soalan yang diberi. 2.5 Murid kurang bertanya dan kurang keyakinan untuk cuba menjawab soalan yang diberi sebagai kerja rumah.

3.0 TINDAKAN / STRATEGI PENINGKATAN.

3.1 Memberi lebih banyak latih tubi dan pendedahan tentang teknik menjawab soalan Bahagian B kepada murid yang lemah terutama murid kelas Maju dan Usaha.3.2 Membekalkan kerja rumah dengan lebih kerap untuk soalan objektif dan struktur.3.3 Mengadakan kelas tambahan dan bimbingan awal untuk Tahun 5 serta kelas tambahan dan motivasi untuk murid Tahun 6 .3.4 Memastikan guru mengikut murid yang diajar dari Tahun 4 untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran murid.3.5 Membina soalan mengikut aras kesukaran.3.6 Memberi intensif kepada murid agar mereka lebih berani mencuba dan berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberi sama ada semasa peperiksan atau latihan di dalam kelas.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

Cik Nuraliza bt. Abd.Rahim , Setiausaha Panitia Sains 2013,SK.Duyong , Melaka.