peranan teknologi dalam pengajaran

7
Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Apakah benar bahawa teknologi masa kini akan merevolusikan cara guru mengajar ,cara murid belajar dan cara pendidikan dikendalikan Teknologi masa telah dapat merevolusikan cara guru mengajar , beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru.Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan. Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method). Selain dari teknologi masa kini juga dapat merevolusikan cara murid belajar contohya bagi murid-murid yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Murid yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang- ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan murid yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer Dalam bidang pendidikan Penggunaan teknologi maklumat masa kini telah dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar dari masa ke semasa . Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka yang kurang berada.

Upload: zaini-nie

Post on 18-Jul-2015

66 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan teknologi dalam pengajaran

Peranan Teknologi Dalam Pengajaran

Apakah benar bahawa teknologi masa kini akan merevolusikan cara guru mengajar ,cara

murid belajar dan cara pendidikan dikendalikan

Teknologi masa telah dapat merevolusikan cara guru mengajar , beberapa penyelidikan lepas

telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran

guru.Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk

memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum

pendidikan. Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar

ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di

dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati

pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang

menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method).

Selain dari teknologi masa kini juga dapat merevolusikan cara murid belajar contohya bagi

murid-murid yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin

mengikut tahap pemahaman mereka. Murid yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar

dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan murid yang lemah

untuk meningkatkan prestasi mereka. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik

rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka

seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini

terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer

Dalam bidang pendidikan Penggunaan teknologi maklumat masa kini telah dikatakan dapat

menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih

mencabar dari masa ke semasa . Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat

untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan ,

dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan

membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang antara

mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka

yang kurang berada.

Page 2: Peranan teknologi dalam pengajaran

Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT, melayari Internet untuk mengakses

maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri dengan mendaftar dalam myspace,

friendster, blogspot,

facebook

dan sebagainya. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah.

Minat dan kegemaran pelajar menggunakan ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa

dengan membimbing pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul.

Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk

memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidi kan.

ICT (Information and Communication Technology) meliputi semua teknologi yang membantu

penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet

Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran

dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui

penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran

akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti

powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat

di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan

gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan

mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana

tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan

adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hany

bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti

pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan

Page 3: Peranan teknologi dalam pengajaran

alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai

sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat

terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini denga

lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di

gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan

lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat

beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit

berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding

dengan murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi

murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent” adalah mudah tetapi bagi

murid yang belajar sevara konkrit atau tergolong dalam “fielddependent” mereka akan mudah

faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan

ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan

multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif

dibangunkan dengan

menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi

kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang

begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru

dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman yang

lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya

menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh

berulang kali mencubanya. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room

dan sebagainya guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan murid

dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar Negara akan lebih

digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.

Selain itu juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya

mempunyai perkembangan Resos iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan

kebolehan dalam ICT dan resos ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan

Page 4: Peranan teknologi dalam pengajaran

ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi kurikulum

dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan resos dan kebolehan

ICT secara serentak.

Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih

memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu

masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT

menjadi sangat berguna keada murid Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk

pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif

pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia

adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan

pembelajara

Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi

abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan

pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku

disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping

kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion

keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru

dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan.

Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang

pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan

paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan

membangunkan masyarakat dan negara.

Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan pendidikan dan

hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi

sistem pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman

permodenan. Lantaran itu, pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan

tanggungjawab yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para

guru terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan sehingga wujudnya

bebanan yang keterlaluan.

Pendidikan pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan

Page 5: Peranan teknologi dalam pengajaran

datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani perkembangan dalam ICT yang

berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul

Memandangkan guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi

mereka,maka seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi

membantu mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama bagi

memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.

Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid dans emua pihak

sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru

perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk diterapkan didalam proses pengajaran dan

Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,pelan

pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras

utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagaii satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran.

Selain itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam melaksana

pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran

masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus kea

rah penyalahgunaan kemudaham ICT.

Rujukan

1) Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran &

pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

2) http://eprints.utm.my/10133/1/[email protected]

3) http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-besei-d20102043877

4) Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: Peranan teknologi dalam pengajaran

Posted by norafiszaa mohamed at 20:33 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

About

sharing is caring..:)

November (4)

December (3)

About Me

norafiszaa mohamed

View my complete profile

Followers

Subscribe

To

Posts

Comments

Blog Archive

▼ 2012 (7)

o ▼ December (3) VIDEO KUMPULAN. ESEI KUMPULAN

BAHAN BANTUAN MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

o ► November (4)

Travel template. Template images by ULTRA_GENERIC. Powered by Blogger.

Related Searches

norafiszaa.blogspot.com

Page 7: Peranan teknologi dalam pengajaran