kajian kes peranan bahasa melayu dalam pengajaran
TRANSCRIPT
KAJIAN KES PERANAN BAHASA MELAYU DALAMPENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
AB. AZIZ B. MAT
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM PERAK
2006
i
Kertas projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat untuk
memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu di
Universiti Pendidikan Sultan Idris
April 2006
Penulisan kertas projek ini telah diterima dan diluluskan sebagai memenuhi syarat
bagi memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu
Gred:……………
Penyelia
.……………………………
Prof. Dr. Abdullah Hassan
April 2006
ii
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
TARIKH:……………….. ………………………..
AB. AZIZ B. MAT M2004/1000/170
PENGAKUAN
iii
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
kertas projek ini dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Jutaaan terima kasih diucapkan buat Prof. Dr. Abdullah Hassan selaku penyelia kepada
latihan ilmiah ini di atas teguran, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan.
Khusus buat keluarga tersayang, terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih di atas,
segala dorongan dan nasihat yang diberikan selama ini.
Ribuan terima kasih kepada responden-responden dan semua pihak yang membantu
dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.
, terima kasih kerana sudi menjadi sumber inspirasi.
No. 3 RPT Sungai Satan,17700 Ayer Lanas,Kelantan,
SEKALUNG PENGHARGAAN
Buat Zai
Ab. Aziz bin Mat
iv
Teristimewa buat…………
Ibu,Budi dan pengorbanan mu tiada bandinganAyah,Damailah di persemadian mu,Semoga roh mu dicucuri rahmat selalu,Ku genggam kejayaan ini kerana Jasa, semangat dan dorongan kalian.
Untuk mu anak-anak kuNur Anila,Nur Laili,Muhamad Zamil,Muhamad Faris danMuhamad NazimJadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong,Aturkan jejak penuh keyakinanKerana jalan telahpun dirintis.
DEDIKASI
v
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kemampuan guru dan tahap kebolehan pelajar
dalam subjek Sains. Kajian ini juga meninjau peranan bahasa Melayu dalam pengajaran
dan pembelajaran subjek Sains dalam bahasa Inggeris. Kajian ini bertujuan untuk melihat
penggunaan bahasa yang kerap digunakan dalam mengajar Sains. Kajian ini adalah
berdasarkan pemerhatian,transkripsi hasil rakaman ke atas seorang guru yang mengajar
dalam bilik darjah yang mengandungi 28 orang murid di mana mereka dijadikan sampel.
Hasil kajian menunjukkan 4 faktor yang dikenal pasti menjadi punca kelemahan. Pertama
guru tidak mahir berbahasa Inggeris,kedua guru banyak menggunakan bahasa Melayu
untuk memberi fahaman pelajar. Ketiga guru banyak menggunakan dialek Kelantan.
Keempat tatabahasa bahasa Inggeris tidak tepat dan tidak ada latihan susulan kepada
pelajar. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa kelemahan pengajaran Sains dalam
bahasa Inggeris amat ketara.
ABSTRAK
vi
The objective of this study is to find out the ability of teachers as well as students
in the teaching and learning of the Science subject in English. This study also aims to
survey the role played by the Malay Language in the teaching and learning of the subject
in English. It is also to find out the languages which are often used in teaching Science.
This survey is based on observation, transcription from the recording of a teacher
teaching in a classroom, consisting of 28 pupils as a sample. The result of the survey
shows that there are 4 factors why the students are very weak in Science. Firstly, the
teachers have no skill in the English Language. Secondly, the teachers use more Malay
Language in teaching their students. Thirdly, many teachers use Kelantan dialect. The
teachers also use incorrect English grammars and the students are not given enrichment
activities. Those are the reasons why the students are very weak in Science.
ABSTRACT
KANDUNGAN
HALAM AN
BAB 1: PENDAH ULUAN
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Tujuan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Soalan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 8
2.1 Pengenalan 9
2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketidakfahaman
Sains dalam bahasa Inggeris 9
2.3 Bukti-bukti yang Menunjukkan bahasa Melayu Mampu
Menjadi bahasa Ilmu 10
3.1 Pendahuluan 20
3.2 Reka bentuk Kajian 20
3.3 Persampelan 21
3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Alat Perakam 21
3.6 Masa Rakaman 22
4.0 Pendahuluan 23
4.1 Penggunaan bahasa Melayu dalam Mengajar Sains 32
4.2 Penggunaan Unsur-unsur Tatabahasa Melayu 36
4.3 Penggunaan bahasa Inggeris Guru Tidak Lengkap 37
4.4 Penggunaan Istilah bahasa Melayu dalam Pengajaran
Sains 39
4.5 Bilakah bahasa Melayu digunakan? 43
5.1 Pendahuluan 47
5.2 Analisis 49
5.3 Penutup 65
BAB 3: METO DO LO GI KAJIAN
BAB 4: DAPATAN K AJIAN
BAB 5: KESIMPULAN DAN PENUTUP
1
Kita kerap mendengar orang berkata bahawa dalam dunia globalisasi hari ini,
bangsa yang tidak menguasai bahasa Inggeris akan ketinggalan zaman, akan tenggelam,
akan mundur, tidak mempunyai daya saing. Ini saya anggap sebagai pandangan yang
salah sama sekali. Proses globalisasi tidak ada kena mengena dengan soal bahasa.
Cabaran yang harus dihadapi dan ditentang ialah proses penjajahan (penjajahan ekonomi,
penjajahan budaya, penjajahan ilmu dan penjajahan teknologi) di sebalik proses
globalisasi ini – dan inilah yang ditentang oleh pelbagai pertubuhan masyarakat dan
bukan kerajaan (NGO) di serata dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Yang penting ialah bangsa Malaysia harus menjadi bangsa yang maju dan kuat,
bangsa pencipta dan bangsa kreatif, bukan bangsa peniru dan pengimport di dalam
negaranya sendiri dahulu, sebelum mereka cuba hendak menjadi pelaku yang aktif di
arena global. Ini bererti bangsa Malaysia harus pandai berfikir, menuntut ilmu dan
teknologi dalam bahasa mereka sendiri berdasarkan acuan dan nilai bangsa sendiri.
BAB 1
PENDAH ULUAN
1.1 Pengenalan
2
Demikianlah bangsa-bangsa lain dari dunia bukan berbahasa Inggeris seperti
Jepun, Korea, China, dan negara-negara Eropah (Jerman, Perancis, dan lain-lain) maju
tanpa menjadi mangsa kepada penjajahan bahasa Inggeris.
Walhasil, jikalau krisis yang sedang berlaku pada bahasa Melayu ketika ini
hendak diselesaikan, tidak ada cara lain melainkan kerajaan kembali melaksanakan dasar
bahasa yang asal, dasar yang memang sudah terbukti kebaikannya terhadap kemajuan
bangsa Melayu dan terhadap kepentingan semua kaum di negara ini. Bangsa Melayu
mesti maju di negaranya sendiri dahulu, dan untuk ini mereka mesti diberikan peluang
untuk maju dalam bahasanya sendiri. Jikalau dasar itu yang asal itu dilaksanakan dengan
baik, tegas dan cekap tidak timbul masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar kita, tidak timbul soal orang Melayu tidak akan maju dalam bahasa
Melayu, dan tidak akan timbul kacau-bilau dalam mutu penggunaan bahasa Melayu yang
kita lihat dalam masyarakat, di TV, di jabatan kerajaan, di IPTA dan di sekolah.
Umum mengetahui bahawa kebanyakan pelajar kita masih tidak fasih berbahasa
Inggeris walaupun mereka telah diajari bahasa ini selama 11 tahun di sekolah (dari darjah
satu hingga ke Tingkatan V). Siapa dan di mana salahnya? Pelajar atau kaedah pengajaran
bahasa itu yang salah? Masalah inilah yang harus ditangani secara profesional dan
bijaksana oleh pihak kerajaan, bukan menimbulkan masalah baharu.
Dasar Bahasa Kebangsaan sudah cukup baik bagi negara ini, dan beratus ribu
pelajar dari semua kaum telah berjaya memperoleh ijazah dalam pelbagai bidang ilmu,
3
termasuk Sains dan Matematik, dalam bahasa Melayu. Dasar bahasa ini juga telah berjaya
menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita ini. Dalam usaha kita menggalakkan
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, jangan sampai kita meremehkan
kemampuan bahasa kita.
Pada Konvensyen Bahasa dan Pendidikan Nasional 2006 dengan tajuk
Penghayatan dan Peningkatan Ilmu Melalui Bahasa Kebangsaan yang berlangsung pada 4
Februari 2006 anjuran Dewan Bahasa Pustaka W ilayah Selatan dan Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia telah membuat beberapa resolusi yang antara lain
“Pengajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan” perlu dikembalikan semula
kedalam bahasa pengantar; bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsan.
‘Bahasa’ dengan ‘Sains’ adalah dua perkara yang berbeza. Bahasa adalah alat
tetapi Sains adalah ilmu. Kalau mahir mengguna alat barulah mahir menguasai ilmu.
Kalau alat tiada susah. Seperti kita pergi ke suatu tempat mesti ada alat misalnya basikal
atau kereta. Kini, alat atau bahasa itu tiada. Yang ada ialah bahasa ibunda.
Memang kita tahu bahasa Inggeris pelajar kita lemah. Namun kita kena tanya diri
sendiri. Dalam pengajaran Sains kita dapati ianya kurang berkesan. Pengajaran kurang
berkesan ini ada berpunca dari beberapa faktor iaitu;
1.2 Latar Belakang Masalah
4
i) Kefahaman terhadap konsep Sains itu sendiri dalam mana pelajar
tidak faham apakah konsep pelajaran Sains.
ii) Ia tidak selaras dengan pandangan saintifik sekarang.
iii) Bahasa guru tidak sempurna, daif dan kabur.
Dalam hal ini pelajar perlu dibimbing untuk memperkembangkan konsep mereka bermula
dari konsep asal yang dimiliki kepada konsep baru yang dipelajari terutama di bilik darjah
dan di luar bilik darjah.
Pelajar-pelajar yang datang ke alam persekolahan mempunyai idea-idea yang
tersendiri terutama tentang alam sekelilingnya. Dalam usia yang muda lagi mereka telah
cuba memahami dan membentuk pengetahuan sendiri mengenali alam sekeliling
berdasarkan pengalaman mereka.
Sains adalah benda proses. Misalnya pelajar akan melihat sekelilingnya dan
mereka cuba memahaminya. Contohnya pokok yang kita letak di luar rumah sesuai
dengan cahaya, air dan bajanya maka ianya dapat hidup dengan subur. Jika sebaliknya,
pokok akan mati. Kalau guru subjek Sains bertanya kenapa pokok itu mati? Maka sebab
dan akibat pokok itu mati mesti dapat dijelaskan dengan mudah. Penerangan begini
1.3 Pernyataan Masalah
5
memerlukan penerangan dalam bahasa mereka. Pokok perlukan air, cahaya, baja, udara
dan lain-lain untuk hidup. Tetapi, cuba kita ajar dalam bahasa Inggeris “Plant needs
water, sunlight, food……” mungkin banyak pelajar yang tidak tahu “sunlight” itu apa?
“food” itu apa? Untuk itu sebagai jalan terakhir guru terpaksa terjemahkan dalam bahasa
Melayu untuk memudahkan pelajar faham. Sekarang apa sudah jadi dengan subjek Sains
yang diajar dalam bahasa Inggeris.
Satu hal lagi kalau kita kata bahasa Melayu sebagai penghalang kemajuan, kita
lihat dalam senarai IPT terbaik baru-baru ini. Ada IPT yang menggunakan bahasa ibunda
seperti Jepun, Korea, China, Jerman yang menduduki tangga ke seratus terbaik. Jadi
jelaslah bahawa bahasa ibunda bukan sebagai penghalang kemajuan ilmu.
Kalau kita katakan dasar ini menyebabkan kita lebih maju, maka orang England,
Australia, New Zealand dan lain-lain akan mengungguli dunia kerana mereka pandai
bahasa Inggeris. Mereka tentulah pandai dan bijak Sains dan Matematik. Tapi tidak
begitu, yang unggul ialah Jerman, Jepun, Korea yang menggunakan bahasa ibunda. Jadi
di sini bukan alasan bahasa.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah kerangka konsep dan
alternatif pelajar bagi mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelajaran Sains dalam bahasa
1.4 Tujuan Kajian
6
Inggeris yang diajar di sekolah rendah sekaligus untuk melihat apakah penggunaan
bahasa Inggeris mampu dikuasai dalam subjek ini atau bahasa Melayu juga yang menjadi
pilihan pelajar untuk memahami secara lebih jelas setiap konsep, dalam subjek tersebut.
Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk mengetahui sejauh mana
tahap pemahaman murid dalam subjek Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris. Selain
dari itu, untuk mengesan pemahaman murid, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
guru mengajar Sains dalam bahasa Inggeris.
Di samping itu, mengesan dan mencari punca-punca kelemahan dan seterusnya
membuat analisis dan cadangan yang berkaitan untuk mengatasinya.
Kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang antara lain;
1.6.1 Adakah bahasa Melayu digunakan dalam mengajar Sains?
1.6.2 Bilakah bahasa Melayu digunakan?
1.6.3 Adakah unsur-unsur tatabahasa Melayu ketara dalam bahasa Inggeris
guru?
1.6.4 Adakah ayat-ayat Inggeris digunakan dengan lengkap?
1.5 Objektif Kajian
1.6 Soalan Kajian
7
1.6.5 Adakah istilah-istilah bahasa Melayu digunakan?
Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri dari 28 orang murid Tahun 4 sebuah
sekolah di Daerah Jeli iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal. Guru yang dipilih adalah
guru mata pelajaran Sains Tahun 4 yang mempunyai sijil ETEMS (English for the
Teaching of Education Mathematics and Science), ianya bukan opsyen bahasa Inggeris
tetapi merupakan JU (Jurulatih Utama) dalam Zon Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.
Di antara perkara yang dijadikan batasan kajian pengkaji adalah seperti berikut:-
i) Pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap pemahaman pelajar dalam
pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.
ii) Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) guru di dalam bilik
darjah.
iii) Kajian tertumpu kepada penggunaan bahasa guru semasa mengajar.
iv) Pengkaji memilih murid Tahun 4 sekolah rendah dengan diajar oleh guru
ETEMS.
1.7 Batasan Kajian
8
Aspek P & P Sains dalam bahasa Inggeris adalah amat penting dalam proses
pembelajaran pelajar.
Harapan pengkaji dalam kajian ini adalah:-
i) Dapatan jawapan dari murid mendedahkan mereka kepada senang dan
susahnya Sains dalam bahasa Inggeris.
ii) Dapat melihat kemampuan guru mengajar Sains dalam bahasa Inggeris
dan sejauh manakah pemahaman murid terhadap pengajaran guru.
iii) Penggunaan bahasa guru itu mampu atau tidak memberi pemahaman
kepada pelajar.
1.8 Kepentingan Kajian
9
Bab ini menyenaraikan maklumat-maklumat dari penyelidikan tentang pengajaran
Sains dalam bahasa Inggeris yang pernah dijalankan oleh penyelidikan tempatan dan luar
negara sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kebanyakan pelajar menemui kebuntuan dalam memahami bahasa dan istilah
dalam subjek Sains kerana kaedah dan pendekatan yang salah.
Ini adalah selari dengan kajian yang dibuat oleh Yusof dan Aziz (1997). Kajian
menyatakan bahawa dalam menyampaikan dan memberi pemahaman terdapat langkah-
langkah yang perlu diikuti oleh pelajar. Kegagalan pelajar memilih langkah dan
kegagalan memahami penyampaian guru khususnya melalui bahasa yang betul
menyebabkan kemampuan pelajar untuk memahaminya tidak jelas dan kabur; seterusnya
pelajar menjadi keliru dan akhirnya objektif pengajaran tersebut tidak tercapai. Atas
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Ketidakfahaman Sains Dalam Bahasa
Inggeris.
10
alasan itu murid mesti memahami bahasa Inggeris dengan baik dan dapat menangkap
segala makna yang disampaikan oleh guru.
Teori pembangunan sesuatu bangsa melalui bahasa ibunda sudah lama terbukti
seperti dikecapi Jepun dan Korea, berbanding dengan Filipina, India serta Pakistan yang
tidak maju tanpa menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pembangunan mereka;
malah tahap penyebaran ilmu dan juga daya pengkaryaan di negara berkenaan juga amat
rendah.
Setiap tamadun besar yang lalu juga membina ketamadunan menerusi bahasa
sendiri walaupun mereka dicengkam oleh bahasa ilmu lain pada ketika itu. Tamadun
Islam dibina melalui bahasa Arab sekalipun semua ilmu bertaraf dunia pada waktu itu
bukan dalam bahasa berkenaan.
Sejak 1980 an ramai sarjana Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat mula
prihatin serta bergerak cergas dalam aktiviti penyelidikan dan penyedaran kepentingan
bahasa serta budaya ibunda dalam pembelajaran Sains dan Matematik.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu bermaksud peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan
moden, iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-
2.3 Bukti-bukti Menunjukkan Bahasa Melayu Mampu Menjadi Bahasa Ilmu
11
undang di samping sastera dan agama. Dengan perkataan lain, bahasa Melayu harus boleh
berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu, misalnya dalam
kejuruteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk
menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik,
kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. Begitu juga dalam bidang-bidang lain.
Satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua
ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa, dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan
bahasa bermaksud bahasa itu harus mempunyai keupayaan untuk menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan
kerumitan fikiran.
Selain keintelektualan, kesempurnaan bahasa merujuki sifat-sifat yang menjadikan
satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks
penggunaanya. Bahasa yang sempurna itu ialah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat
kestabilan, keanjalan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan. Kestabilan dapat
dilihat dari segi sebutan. Keanjalan bererti boleh menyesuaikan dan disesuaikan dengan
alam sekitar dengan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat.
Maksudnya, untuk menjadi bahasa yang sempurna, bahasa itu harus berupaya dan boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan masa dan selera penuturnya tanpa mengorbankan
sifat-sifat aslinya. Misalannya, dalam bidang ejaan dan sebutan. Bahasa Melayu dalam
usahanya menjadi bahasa yang sempurna perlulah lentur dan boleh menerima serta
12
menyesuaikan diri dengan sistem ejaan dan sebutan yang baru pada kata-kata pinjaman
seperti yang ditetapkan dalam peraturan ejaan baru bahasa Melayu. Contohnya, perkataan
Universiti dan dialek bagi perkataan Inggeris ‘ ’ dan ‘ ’.
Abdullah Hassan (1997) menyatakan bahawa istilah bahasa ilmu didefinisikan
sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan konsep,
proses ilmu. Dalam hal bahasa Melayu, bahasa ilmu bertumpu pada penggunaan bahasa
Melayu untuk mengungkapkan ilmu dan pemikiran budaya Melayu itu sendiri. Ini akan
dapat dilihat dari sejarah penggunaan bahasa Melayu itu, dan perkembangan menjadi
bahasa pengucapan budaya masyarakat moden sekarang yang lebih berasaskan sains dan
teknologi.
Menurut Abdullah Hassan (1997) lagi, kita dapat melihat perkembangan yang
positif dalam penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang ilmiah. Kita memang sudah
mula mengenal hakikat adanya bahasa ilmu di dalam sains sosial dan kemanusiaan itu.
Sebenarnya, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang profesional lama wujud.
Namun, akhir-akhir ini, rancangan kerajaan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan disifatkan oleh para ahli akademik
sebagai tindakan memandang sepi terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dikatakan perlu dilakukan
kerana bahasa Inggeris ialah bahasa sains dan teknologi. Jika ini benar, maka bahasa
Melayu ialah bahasa yang bersifat atau bertaraf rendah. Untuk menyangkal dakwaan itu,
tugasan ini akan mengungkapkan beberapa bidang profesion, termasuk sains dan
University dialect
13
teknologi yang turut mampu diungkapkan dengan baik apabila disampaikan dalam bahasa
Melayu.
Sebenarnya, bahasa Melayu dahulu dan kini telah terbukti mampu
mengungkapkan bidang undang-undang. Aspek yang membezakannya ialah bentuk dan
cara pengungkapan. Menurut Abdul Rashid Daing Melebek (2002), dua aspek penting
bahasa Melayu, ialah aspek pengungkap atau pengguna bahasa yang mengungkapkan
bidang undang-undang dan aspek alat untuk pengungkapan, iaitu bahasa. Aspek pertama
merujuki orang yang mengungkapkan bidang undang-undang, iaitu orang itu perlu
mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik dan berkesan sebelum orang itu
menggunakannya dalam laras undang-undang. Aspek alat atau bahasa pula merujuki
perbendaharaan kata khususnya peristilahan, dan struktur ayat bahasa yang digunakan
untuk mengungkapkan bidang undang-undang.
Abdul Rashid Daing Melebek (2002) mencadangkan beberapa langkah untuk
mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu dalam bidang undang-undang. Antaranya
ialah proses pembinaan perbendaharaan istilah undang-undang perlu disegerakan melalui
usaha-usaha seperti menghidupkan semula Jawatankuasa Istilah. Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia oleh DBP hendaklah ditetapkan dan dipatuhi untuk
mengatasi masalah ketidaseragaman istilah. Mereka turut mencadangkan bahan rujukan
utama dalam bahasa Melayu hendaklah diadakan. Selain itu, laporan undang-undang
dalam bahasa Melayu juga perlu diterbitkan. Contoh Penggunaan bahasa Melayu dalam
bidang undang-undang.
14
Didapati bahawa lebih 80 peratus hakim atau majistret yang menggunakan bahasa
Melayu dalam perbicaraan mahkamah. Sementara itu, 90.2% pegawai pendakwa
menggunakan bahasa Melayu. Bagi peguambela dan peguamcara, hanya 53.1 hingga 60.1
peratus yang mengemukakan hujah dalam bahasa Melayu lancar.
Secara keseluruhannya, bahasa Melayu memang digunakan oleh golongan
pendakwa dan peguambela di Mahkamah Rendah. Walaupun bahasa Inggeris turut
digunakan, namun, penggunaan bahasa Melayu dikatakan setaraf dengan bahasa Inggeris.
Menurut Ahmad Shahrizat (2001), istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi
maklumat masih lagi pada peringkat pembinaan dan pengumpulan. DBP telah
mengeluarkan daftar istilah dalam bidang berkenaan dan kamus komputer yang dapat
dijadikan sumber rujukan. Namun, perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang sains
dan teknologi sering kali mencetuskan konsep dan istilah baru yang perlu dipadankan
dengan istilah dalam bahasa Melayu.
Selain itu, kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
ketinggalan berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Siber. Penubuhan
a) Penggunaan Bahasa Melayu di Mahkamah
b) Bidang Teknologi Maklumat
15
Sekolah Bestari merupakan langkah awal ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa Siber pada zaman teknologi maklumat.
Pelaksanaan pengguna bahasa Melayu dalam bidang sains tulen merupakan satu
pengiktirafan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasa ilmu. Sains tulen di sini bermaksud sains fizik, kimia, dan bioligi.
Bahasa Melayu dalam bidang Sains jelas terbukti apabila pelbagai buku
peristilahan dan glosari dalam bahasa Melayu diterbitkan sama ada oleh DBP atau sektor
swasta yang lain. Akta Bahasa Kebangsaan (pindaan 1983) telah menetapkan pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai pengantar semua bidang akademik. Bahasa Melayu yang kaya
dengan laras-laras bahasa, perbendaharaan kata, istilah untuk memperkatakan pelbagai
hal ini telah membolehkan bahasa Melayu memainkan peranan dan fungsinya dengan
baik dan berkesan. Ciri keintelektualan dan kesempurnaan bahasa Melayu membolehkan
bahasa Melayu mengungkapkan bidang Sains dengan baik sehingga mencapai taraf
bahasa ilmu yang lengkap (Abdul Rashid Daing Melebek, 2002).
Istilah dan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu digunakan dengan
meluasnya dalam bidang sains seperti fizik, kimia, dan biologi. Istilah ini digunakan
dalam ayat-ayat yang mudah difahami. Contoh:
c) Bidang Sains Tulen