isl teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran...

15
ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria PISMP 4.06 Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan Konsep Teknologi : Berasal daripada bahasa Yunani ‘techne’ yang bermaksud kemahiran. Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden dalam memajukan pendidikan. Saettler (1968), ‘texera’ beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak semestinya berkaitan dengan mesin. Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan mereka. Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain. Pendidikan : Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang melibatkan satu proses berterusan. Teknologi Pendidikan : Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,

Upload: hoangnhu

Post on 01-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria

PISMP 4.06

Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan

Konsep

Teknologi :

Berasal daripada bahasa Yunani ‘techne’ yang bermaksud kemahiran.

Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden

dalam memajukan pendidikan.

Saettler (1968), ‘texera’ beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak

semestinya berkaitan dengan mesin.

Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan

baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan

mereka.

Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan

mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses.

Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif

sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain.

Pendidikan :

Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan

sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang

melibatkan satu proses berterusan.

Teknologi Pendidikan :

Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang

pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga

merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,

Page 2: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

melibatkan proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan

menilai aktiviti-aktitivi pembelajaran, serta penggunaan prinsip-prinsip saintifik

untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran.

Teknologi pengajaran ialah penekanan kepada keperluan dan proses pengajaran

yang berkesan.

Teknologi pembelajaran pula merupakan pengetahuan dan kemahiran sistematik

seseorang murid yang menggunakan ilmu itu untuk mengeksploitasi apa-apa

sahaja bentuk perkakasan, perisian, sumber pembelajaran untuk tujuan

peningkatan dan pengembangan pengetahuan, kemahiran, intelek dan afektif

mereka.

Domain-domain Teknologi Pendidikan

a) Domain Reka Bentuk

Reka bentuk merupakan satu proses yang sistematik untuk merancang dan

menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Domain reka bentuk menekankan pemahaman terhadap suasana

sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar

Pembangunan Reka Bentuk

Domain-domain

Teknologi Pendidikan

Penggunaan

Pengurusan Penilaian

Page 3: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses

pengajaran.

1) Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Menganalisis Membina Melaksana Menilai

Proses

menentukan

perkara atau

topik yang

akan

dipelajari.

Proses

menghasilkan

papan cerita

dan bahan

pengajaran

dan

pembelajaran.

Proses

melaksanakan

pengajaran

dengan

menggunakan

bahan dan

kaedah

pengajaran

yang

bersesuaian.

Proses menilai

keberkesanan

pengajaran supaya

seseorang pendidik

dapat membuat

refleksi dan

penambahbaikan

terhadap sistem

pengajaran mereka.

Do

mai

n R

eka

Ben

tuk

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka Bentuk Mesej

Strategi Pengajaran

Ciri-ciri Murid

Page 4: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

2) Reka Bentuk Mesej

Penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui

mesej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Proses mengenal pasti dan merancang cara yang paling berkesan untuk

menyampaikan mesej kepada murid. Perhatian, pengamatan dan ingatan murid

dikira sebagai keperluan penting.

3) Reka Bentuk Strategi Pengajaran

Perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Seels & Richey (1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi

untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu

unit pelajaran. Dick & Carey (1991), strategi pengajaran merangkumi komponen

suatu set bahan pengajaran dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran.

4) Ciri-ciri Murid

Guru perlu mengambil tahu mengenai kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia

ada dan sikap murid supaya dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang

disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem

pengajaran yang dirancang. Pengalaman murid seperti pengetahuan sedia ada

dan kemahiran amat mempengaruhi keberkesanan proses (P&P).

b) Domain Pembangunan

Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk. Empat

kategori bahan dalam pembinaan bahan pengajaran adalah :-

Page 5: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

Teknologi cetak : cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual static

seperti cetakan mekanikal dan fotografi.

Teknologi bahan pandang dengar : televisyen, pembinaan slaid, filem,

transparensi dan video.

Teknologi berasaskan computer : pembinaan perisian computer menggunakan

bahan berasaskan mikro pemproses, iaitu maklumat disimpan dalam bentuk

digital, bukan bentuk cetak.

Teknologi bersepadu : bahan pengajaran seperti bahan persembahan

multimedia, hiperteks atau hypermedia yang menggabungkan semua media

seperti teks, visual, audio dan animasi.

c) Domain Penggunaan

Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber pengajaran dan

pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Terdapat empat kategori dalam

domain penggunaan iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi,

pelaksanaan dan institusionalisasi.

Domain Pembangunan

Teknologi Cetak

Teknologi Bahan

Pandang Dengar

Teknologi Bersepadu

Teknologi Berasaskan Komputer

Page 6: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

Penggunaan media : proses menggunakan bahan dan sumber pengajaran

secara sistematik dan bermakna.

Penerimaan inovasi : proses yang dilakukan untuk menerima sesuatu perubahan

dan pembaharuan yang dibuat dalam sistem supaya masyarakat dapat

menerima perubahan dengan baik dan bersama-sama menggunakan inovasi

serta menggerakkan perubahan tersebut.

Pelaksanaan : proses menggunakan bahan pengajaran dalam proses P&P.

Institusionalisasi : proses untuk menerima dan mengekalkan penggunaan bahan

pengajaran yang dibina berdasarkan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh

masyarakat.

Domain ini melibatkan hubungan antara 3 aspek dalam P&P iaitu murid, sistem

pendidikan dan sumber pembelajaran.

d) Domain Pengurusan

Domain yang bertanggungjawab membuat peranangan, penyusunan,

penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan

Domain Penggunaan

Penggunaan Media dan

Proses

Penerimaan Inovasi

Pelaksanaan

Intitusionalisasi

Page 7: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di

bawah domain ini.

Domain Pengurusan

Pengurusan

Projek

Pengurusan

Sumber Pengurusan Maklumat

Pengurusan

Sistem

Penyampaian

Melibatkan

perancangan,

pemantauan

dan pengawalan

projek reka

bentuk dan

pembinaan

bahan

pengajaran.

Melibatkan

perancangan,

pemantauan dan

pengawalan

perkhidmatan

bantuan sumber

dan

perkhidmatan

media yang lain.

Melibatkan

perancangan,

pemantauan dan

pengawalan

pengumpulan,

pemindahan dan

pemprosesan maklumat

kepada pelajar. cth : My

SchoolNet

Melibatkan

perancangan,

pemantauan dan

pengawalan

kaedah pemilihan

media yang

digunakan dalam

sistem pengajaran

dan pembelajaran.

e) Domain Penilaian

Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program

pendidikan yang dilaksanakan.

Domain Penilaian

Analisis Masalah Ukuran Rujukan

Kriteria

Penilaian Formatif

dan Sumatif Kajian

Proses

mengumpulkan

data dan

maklumat

tentang masalah

yang dikaji.

Cara atau kaedah

yang dipilih untuk

menguji penguasaan

pelajar atau peserta

terhadap satu unit

pelajaran atau

program yang

Dijalankan untuk

melihat hasil

sebenar kerana

kedua-dua

penilaian dibuat

untuk menguji

pelajar atau

Penyelidikan yang

dijalankan untuk

mengatasi

permasalahan

kelemahan yang

wujud berdasarkan

data dan maklumat

Page 8: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

dijalankan. peserta terhadap

pengajaran atau

program yang

berjalan. Penilaian

formatif : semasa.

Ujian sumatif :

selepas.

yang telah

dikumpul dan

diproses supaya

penambahbaikan

dapat dilakukan.

Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses P&P

i. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Teknologi Pendidikan merupakan bahan dalam pengajaran dan bukannya

pengganti pengajaran.

Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya

objektif pembelajaran dapat dicapai.

Guru masih lagi medium utama di dalam kelas.

ii. Pengajaran dan Pembelajaran

TP digunakan oleh guru dan murid.

Digunakan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan

belajar.

Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran dan pembelajaran dan

bukannya untuk hiburan dan membuang masa.

iii. Perancangan

Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat :-

a. Sebelum Penggunaan

Guru perlu merancang masa, aktiviti dan TP yang sesuai dengan topic

pengajaran.

Page 9: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

b. Semasa Penggunaan

Guru dapat memberikan komentar terhadap aktiviti yang dijalankan dan

memberikan penekanan kepada aspek yang penting. Murid dapat

berinteraksi dan terlibat dengan aktif.

c. Selepas Penggunaan

Guru dapat merancang aktiviti lanjutan, membuat peneguhan dan

pengukuhan terhadap kefahaman murid.

iv. Kegunaan

Memilih TP berdasarkan kesesuaian kegunaan agar penggunaan TP dapat

dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan murid.

v. Objektif Pembelajaran

Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan

digunakan mengikut peringkat perkembangan proses pengajaran dan

pembelajaran.

vi. Masa

Digunakan pada masa yang sesuai.

vii. Rujukan

TP digunakan sebagai rujukan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

viii. Selepas Penggunaan

Page 10: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

Selepas penggunaan, TP perlu ditanggalkan, diubah atau ditutup supaya fokus

para pelajar tidak terganggu.

ix. Pameran

TP dipamerkan pada tempat yang bersesuaian seperti di dalam kelas atau

papan kenyataan.

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Antara peranan TP ialah :-

I. Memartabat profesion keguruan

Guru akan lebih dihormati kerana mengaplikasikan penggunaan TP yang

canggih di dalam pengajaran.

II. Penjana pembaharuan dan inovasi kurikulum

Kurikulum dalam bidang pendidikan perlu diselaraskan dengan kemajuan

teknologi supaya sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat.

III. Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran

Kemajuan teknologi mempengaruhi pembinaan reka bentuk dan sistem

pengajaran supaya ianya seiring dengan pergerakan arus teknologi.

IV. Sumber penghasilan bahan bantu mengajar

Guru boleh menghasilkan bahan bantu mengajar daripada kemajuan teknologi.

V. Penyelesai masalah

TP dapat membantu menyelesaikan masalah guru dari segi penjimatan masa,

tenaga dan kos dalam proses P&P.

VI. Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sistematik, efisien dan kerja

dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Page 11: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

Kepentingan Teknologi Pendidikan

Guru

1. Guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memperluas kaedah dan

penggunaan bahan bantu mengajar.

2. Membantu guru memperjelaskan maklumat kepada murid serta menjadikan

proses P&P licin dan berjalan lancar.

3. Membantu guru menjimatkan masa dan tenaga semasa proses P&P.

4. Membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi guru di sekolah seperti

ketiadaan guru, jumlah murid yang ramai atau kekurangan sumber.

Murid

1. Memberikan keseronokan serta motivasi kepada murid ketika belajar.

2. Membantu murid memahami dengan jelas konsep yang disampaikan guru.

3. Menggalakkan murid menggunakan semua deria di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

4. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topik secara

maksimum dalam masa yang minimum.

5. TP membantu murid memperoleh ilmu dan pengalaman.

Tajuk 2 : Reka Bentuk Pengajaran

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk

perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Kategori RP :

RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)

RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)

RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

Page 12: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:

i. Reka bentuk sistem pengajaran

ii. Reka bentuk strategi

iii. Reka bentuk mesej

iv. Ciri-ciri pelajar

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :

i. Menentukan keperluan pelajar

ii. Menentukan matlamat dan objektif

iii. Membina prosedur penilaian

iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

v. Mencuba sistem pengajaran

vi. Menilai keseluruhan sistem

2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :

i. Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)

ii. Produk

iii. Sistem

MODEL ADDIE

Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan,

menjadi asas kepada semua model RP.

A (Analysis) - Analisis

D (Design) - Bentuk

D (Development) - Perkembangan

Page 13: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

I (Implementation) - Pelaksanaan

E (Evaluation) - Penilaian

MODEL ASSURE

Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.

Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.

A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang

sosioekonomi (2) kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail

Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik

S- State Objective (nyatakan objektif)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid

daripada P&P (2) fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk

dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,

demonstrasi, latih tubi. Media; kriteria- (1)sepadan dengan kuri (2) maklumat

tepat/terkini (3) bahasa jelas (4) menarik minat/cetus motivasi (5)menggalakkan

penglibatan pelajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) terdapat panduan

kegunaan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran

teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa

U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)melihat bahan (2)

sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sediakan pengalaman

pembelajaran.

R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek

E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran

yang terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

Page 14: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)

Tentukan matlamat pengajaran

Laksanakan analisis pengajaran

Kenal pasti ciri-ciri pelajar

Bentuk objektif pengajaran pembelajaran

Pilih kaedah pengajaran

Sediakan bahan pengajaran

Rancang dan laksanakan penilaian formatif

Rancang dan laksanakan penilaian sumatif

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Meningkatkan pencapaian pelajar.

2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur

3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.

4. Membantu dalam proses membuat keputusan.

5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yangg pelbagai.

6. Menjimatkan masa dan peruntukan yangg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

REKA BENTUK MESEJ

1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yang membantu proses komunikasi.

2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yang

memungkinkan mesej disampaikan.

3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :

Mesej – isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.

Page 15: ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/isl_teknologi... · Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran

Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yang sebenar,

dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.

Saluran mesej – alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej, dalam bentuk

elektrikal, mekanikal dan digital.

4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :

Perkataan / struktur bahasa

Bentuk bunyi bukan bahasa

Perkataan bercetak

Gambar statik

Gambar bergerak

Sampel sebenar