peranan penyelidik ( kaedah kualitatif).doc

3
NAMA: GEETA A/P KANNASAN NO MATRIK: M20141000451 ( SESI 1/2014) KURSUS: KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN. Tajuk: Strategik / teknik pengumpulan data, penganalisisan dan kualitatif ( Peranan Penyelidik ) 1. Penyelidik mengenal pasti proses mengumpul data sebenarnya adalah berjalan serentak dengan proses menganalisis data. 2. Ini adalah untuk mengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalah kehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patut ditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data. 3. Dalam kajian kualitatif mengumpul dan proses analisis berlaku serentak dengan pengumpulan data. 4. Penyelidik menyelidik, memerhati dan meneliti proses dan bentuk-bentuk amalan penyeliaan yang berlaku dalam persekitaran sebenar contohnya, di dalam bilik bimbingan dan kaunseling, di dalam bilik darjah semasa guru pelatih menjalankan sesi kaunseling ataupun di dewan tempat guru pelatih menjalankan program – program khas . 5. Penyelidik dapat mengumpul data yang diperlukan bagi tujuan penganalisisan. 6. Penyelidik akan berkomunikasi dengan partisipan kajian melalui e-mel ataupun telefon sekiranya memerlukan maklumat lanjut atau penjelasan lanjutan berkaitan dengan data yang diperoleh.

Upload: mohdkhafiz

Post on 25-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NAMA: GEETA A/P KANNASAN

NO MATRIK: M20141000451 ( SESI 1/2014)

KURSUS: KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN.

Tajuk: Strategik / teknik pengumpulan data, penganalisisan dan kualitatif

( Peranan Penyelidik )

1. Penyelidik mengenal pasti proses mengumpul data sebenarnya adalah berjalan serentak dengan proses menganalisis data.

2. Ini adalah untuk mengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalah kehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patut ditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data.

3. Dalam kajian kualitatif mengumpul dan proses analisis berlaku serentak dengan pengumpulan data.

4. Penyelidik menyelidik, memerhati dan meneliti proses dan bentuk-bentuk amalan penyeliaan yang berlaku dalam persekitaran sebenar contohnya, di dalam bilik bimbingan dan kaunseling, di dalam bilik darjah semasa guru pelatih menjalankan sesi kaunseling ataupun di dewan tempat guru pelatih menjalankan program program khas .

5. Penyelidik dapat mengumpul data yang diperlukan bagi tujuan penganalisisan.

6. Penyelidik akan berkomunikasi dengan partisipan kajian melalui e-mel ataupun telefon sekiranya memerlukan maklumat lanjut atau penjelasan lanjutan berkaitan dengan data yang diperoleh.

7. Oleh itu proses pengumpulan data tidak berakhir di lokasi kajian sahaja sebaliknya berterusan walaupun selepas meninggalkan lokasi kajian.

8. Ini bagi memastikan penyelidik mendapat sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian.

9. Menyusunkan data-data ini secara sistematik.

10. Pengkaji perlu membuat keputusan terhadap sistem kategori data yang digunakan yang membolehkan data-data yang memberikan maklumat yang sama jenis dikategorikan dalam kumpulan yang sama.

11. Pengkaji akan melihat perhubungan tingkah laku/situasi dengan maksud yang diberikan dari data yang diperolehi.

12. Melalui penerangan data-data yang diperolehi, pengkaji akan dapat maklumat mengenai apakah yang dijangkakan, tidak dijangkakan, cabaran dalam permasalahan kajian yang dilakukan.

13. Pengkaji seterusnya boleh memikirkan bagaimana data yang diperolehi dapat memberikan impak terhadap praktis sedia ada yang dilakukan olehnya.