peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

30
Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan. Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak- anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan. Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Upload: angela-merici

Post on 01-Jul-2015

8.061 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat

Page 2: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020

Page 3: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Peranan Ibu Bapa Dalam Meningkatkan Potensi Anak-anak

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.

Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : “seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi “. Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya.

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu – bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .

Page 4: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif.

Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.

Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya .

Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja.

Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan – perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran. Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia

Page 5: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain.

Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya. Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum.

Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan.

Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.

Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program – program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.

Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan

Page 6: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.

Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Cara gayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.

Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman – pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.

Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di

Page 7: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman – pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya.

Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat – nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.

Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan – kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah – majalah , buku -buku serta latihan – latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka.

Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Rumusan

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Page 9: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Page 10: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Pelan Tindakan

Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah disiplin di kalangan pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti merokok, gengterism dan buli khususnya adalah masalah nasional yang semakin kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Oleh itu, pelbagai langkah mengatasi sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan wawasan PIPP untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa hadapan akan terlaksana dengan jayanya.

Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu:

1. penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib,2. pelaksanaan proses tatatertib, dan3. mengenakan hukuman tatatertib.

1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh

Page 11: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan “ …. Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara

terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli” ( Pendidik, 2006; 60)

Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala- gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-risalah kandungan rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan lagu-lagu kempen anti buli, anti dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan multimedia seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar. Gootman, M.E bersetuju bahawa disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan. (Abdullah Sani, 2006; 105)

2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari.

Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah dan sebagainya, Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang mempunyai kekuatan jiwa, dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W. Pembentukan akhlak mulia penting kerana

khlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail, di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru- guru agama secara bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

Page 12: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer. ( Lampiran 1)

Strategi Perlaksanaan: 1. Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun. 2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan.

3. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak meminta poin atas kerja amal yang dilakukan.

4. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu

pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru.

5. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru.

6. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti /

kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.

7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD.

8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD. 9. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer. 10. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan )11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing.

Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.

Page 13: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

4. Motivasi

Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah.

Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara.

Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang.

Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test).

“Klinik Berhenti Merokok “ juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui “klinik” ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia.

Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai “Anak Angkat” kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa.

Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu), sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah.

5. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan

Page 14: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan raka

sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

6. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai, Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala- gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai- pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak- anak di luar, khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah. Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin.

7. Pameran Poster dan Papan Tanda

Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya “Kawasan Larangan Merokok”, “Anti Buli”, “Dadah Membunuh” “Merokok Membahayakan Kesihatan”, “Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok” dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan “masalah bersama”.

8. Hukuman dan Dendaan

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang- undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 (

Page 15: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah),

dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail Othman, 2006;83) Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :- 1.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid Menghisap Rokok. 2.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk Jenayah. 3.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah

akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail, di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru- guru agama secara bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

Page 16: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer. ( Lampiran 1)

Strategi Perlaksanaan:

1. Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun.

2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang

sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan.

3. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak meminta poin atas kerja amal yang dilakukan.

4. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu

pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru.

5. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru.

6. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti /

kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan

atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.

7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD.

8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut

kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD.

9. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer.

10. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada

Page 17: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ).

11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya

pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing.

Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.

4. Motivasi

Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah.

Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara.

Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang.

Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test).

“Klinik Berhenti Merokok “ juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui “klinik” ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia.

Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai “Anak Angkat” kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa.

Page 18: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu), sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah.

5. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan

sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

6. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai, Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala- gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai- pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak- anak di luar, khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah. Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin.

7. Pameran Poster dan Papan Tanda

Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya “Kawasan Larangan Merokok”, “Anti Buli”, “Dadah Membunuh” “Merokok Membahayakan Kesihatan”, “Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok” dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan “masalah bersama”.

8. Hukuman dan Dendaan

Page 19: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang- undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 (

Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah),

dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan

senjata atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail Othman, 2006;83)

Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :-

1.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid Menghisap Rokok.

2.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk

Jenayah.

3.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman

terhadap Pelajar-pelajar Sekolah.

4.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di

Sekolah.

5.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997, Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok.

6.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok.

7.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998, Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah.

8.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998, Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil

Tindakan.

9.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani masalah Keselamatan, Dadah dan

Page 20: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Gengster.

9. Sekolah Penyayang

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat Kebangsaan ke-5 diadakan di Melaka, organisasi ini juga mewujudkan program “Sekolah Penyayang”.

Dalam konsep sekolah penyayang, elemen-elemen berunsur memujuk dan kasih sayang diberikan keutamaan. Ini bermakna, dalam segala tindakan yang bakal diambil, hendaklah mengambil kira peranan guru sebagai “ibu bapa kedua” dan peranan pelajar sebagai anak.

Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang melalui hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi dan kemuncaknya dalam Hari Cemerlang Dijulang. Sementara pelajar-pelajar yang bermasalah, khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu program “Pelajarku Anakku”.

10. Aktiviti Kokurikulum

Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, melalui kaedah “Rumah Sekolah”. Semua kegiatan, termasuk kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing-masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor, dalam bentuk poin / markah. Berkaitan dengan sistem merit demerit, setiap kesalahan pelajar diberikan demerit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah akan berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah.

Penutup

Sesungguhnyan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah- sekolah. Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah organisasi yang unik kerana ia bukan sahaja menjadi tempat lahirnya teknokrat-teknokrat yang bakal memacu pembangunan negara di masa depan, malah ia adalah tempat menjana modal insan, yang merupakan aset utama pembangunan negara dihari muka.

Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang mudah. Ia memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja masa kini yang

Page 21: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Namun harapan masih ada, asalkan kita komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara.

Keputusan dasar untuk membangun dan melaksanakan PIPP dalam tempoh lima tahun ini, diharapkan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam organisasi pendidikan, khususnya dari aspek usaha membangunkan modal insan. Walaupun kita sedar organisasi pendidikan masa kini dilanda pelbagai masalah, namun kita yakin PIPP, akan bakal menjadi pemacu arah Dasar Pendidikan Negara yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

BIBLIOGRAFI :

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Disiplin Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Ahmad Iman Arief.(2007), Modal Insan Cemerlang, Sabunai Media, KualaLumpur

Asnarulkhadi Abu Samah, Dr. (2007), Memahami Konsep Modal Insan, BeritaHarian 25 Jun

2007, Dewan Bahasa da Pustaka. (2005), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur

Hasnah Bt. Ghani & Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. (1995),

JenayahRemaja:Permasalahan dan Penyelesaian, Percetakan As Saff, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983),Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru

Besar dan Guru, Kuala Lumpur, 1983.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006), Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (Edisi Pelancaran)

Mohd Ismail Othman.(2006), Undang-undang Untuk Pengetua & Guru Besar, PTS

Publication, Selangor.

Page 22: Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Mohd Nasir.(2005), Akhlak Dan Kaunseling Islam, Utusan Publication Sdn Bhd, Kuala

Lumpur.Othman Puteh, Dr., (Jun 2000). Pelajar Mahu Diberi Perhatian; Dewan Siswa, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ramlan Hamzah.(1995), Tret-tret Personaliti Dan Tingkah Laku Melanggar Disiplin Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah; Jurnal Akademik, Jilid 5, Tahun 5,

Waty M. Noor. (2006), Kempen Antibuli Di Amerika Kurang Berkesan; Pendidik,

November 2006, Widad Publication Sdn Bhd,

HALAMAN WEB :