kelas kenali islam bapa bapa

24
Kampung Lucan 09/01/2013 Kelas Kenali Islam Bapa Bapa

Upload: umay

Post on 23-Feb-2016

118 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kelas Kenali Islam Bapa Bapa. Kampung Lucan 09 /01/2013. 10 C ara Meningkatkan Keyakinan Diri. Erti Y akin Diri. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Kampung Lucan09/01/2013

Kelas Kenali Islam Bapa Bapa

Page 2: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

10 CaraMeningkatkan Keyakinan Diri

Page 3: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Erti Yakin DiriAdalah satu jati diri yang seharusnya ada

dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat.

Page 4: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

1.Mulakan harian dengan positif

Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda.

Page 5: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

2.Simpan matlamat harian

Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.

Page 6: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

3.“Hadiahkan”diri

Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

Page 7: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

4.Tekankan kepada penampilananda

Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

Page 8: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

5.Pilih sahabat yang positifRakan dan sahabat memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

Page 9: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

6.Bergaul dengan masyarakat

Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.

Page 10: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

7.Dapatkan hobi atau pelajari skill baru

Mempunyai hobi ataupun mempelajari skill tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.

Page 11: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

8.Bersenam dan mengamalkan hidup

Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.

Page 12: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

9.Membaca dan menuntut Ilmu

Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.

Page 13: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

10.Sentiasa melihat ke belakang

Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.

Page 14: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Rahsia Mengenali Perangai Anak!

Page 15: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Tahukah kita bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.

Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Page 16: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak Sulung-

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Page 17: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak SulongCiri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.* sering berjaya dalam hidup.* lebih pandai mengambil hati orang tua.* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Page 18: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak TengahBiasanya anak tengah lebih pelik sedikit

dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Page 19: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak TengahCiri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.* sering merasakan diri mereka terpinggir.* terlalu mengalah

Page 20: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak BongsuMendengar ungkapan anak bongsu saja

cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Page 21: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak BongsuCiri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.* manja.* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.* sukar membuat keputusan sendiri.

Page 22: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak TunggalDalam banyak kategori, ramai ingin

menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Page 23: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

Anak TunggalCiri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.* lebih bijak bergaul.* lebih cepat matang.* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Page 24: Kelas Kenali  Islam  Bapa Bapa

PenutupPengantungan diri dengan Allah sepanjang

masa & keadaanPeringatan: Membaca Suratul Mulk ( 30

Ayat ) sebelum tidurSurah yang sangat pawerfullPeringatan & amaran Allah kepada manusiaInsyallah.....boleh menyelamatkan manusia

dari seksa kubur