peranan guru dalam pendidikan moral

9
2.0 PERANAN GURU Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika. WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner), jurucakap dan penghubung terhadap masyarakat setempat, pekerja pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan. Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita akan melihat dengan lebih jelas lagi perincian peranan dan tugas guru dalam melaksanakan dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah bercerita dan kaedah pameran. 2.1 Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga adalah satu 2

Upload: wan-nor-faezah

Post on 14-Jun-2015

11.221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: peranan guru dalam pendidikan moral

2.0 PERANAN GURU

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga

tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas

kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan, maka

tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas kedua

dan ketiga berkaitan dengan etika.

WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu

pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner),

jurucakap dan penghubung terhadap masyarakat setempat, pekerja

pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan.

Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja

sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan

kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan

objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita akan melihat

dengan lebih jelas lagi perincian peranan dan tugas guru dalam

melaksanakan dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah

bercerita dan kaedah pameran.

2.1 Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia

juga adalah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai

objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek.  Ianya juga adalah

sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-

langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Edward M. Anthony

(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang

dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan

kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Kaedah bercerita pula ialah salah satu pendekatan yang sesuai

digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita

2

Page 2: peranan guru dalam pendidikan moral

merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Bercerita juga boleh mempromosikan minat dalam mana-mana

bahagian kurikulum melalui latihan pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa yang disampaikan.

Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu

diberi perhatian oleh guru yang ingin menggunakan kaedah bercerita

dalam Pendidikan Moral. Pertamanya, guru harus bijak memilih cerita

yang sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid. Dalam

Teori Kecerdasan Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentang

kepelbagaian minat dan cara belajar murid-murid di dalam sesebuah

kelas. Oleh itu, guru harus memilih cerita yang berkaitan dengan

perkara yang diminati murid. Guru boleh mempelbagaikan watak di

dalam cerita yang disampaikan supaya semua murid yang mempunyai

pelbagai minat tersebut dapat memberi perhatian yang sewajarnya

semasa guru bercerita. Selain itu, murid-murid juga lebih senang

mengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaran

mereka.

Perkara kedua ialah guru harus menyesuaikan cerita dengan isi

pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaran

guru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat menyatakan

perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga.

Jadi, guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang

dibalas oleh anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yang

masyhur. Selain itu, guru juga boleh mengubah jalan cerita untuk

menjadikannya lebih menarik.

Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru boleh

menggunakan objek-objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan-

bahan media seperti audio dan visual untuk memberikan kesan yang

lebih menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-murid

mudah hilang fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanya

menggunakan lisan sebagai medium penceritaan. Aspek kawalan

kelas juga dapat ditingkatkan kerana guru lebih mudah mendapatkan

3

Page 3: peranan guru dalam pendidikan moral

perhatian yang sewajarnya daripada murid-murid dengan adanya alat

bantu mengajar (ABM) atau bahan bantu mengajar (BBM). Kad-kad

frasa juga boleh disediakan oleh guru supaya pengintegrasian subjek

lain ke dalam subjek Pendidikan Moral dapat dilaksanakan. Sebagai

contoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormat-menghormati.

Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa dan

membina ayat yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telah

disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, murid-murid bukan sahaja

dapat memupuk nilai murni dalam diri malahan kemahiran bahasa

merka juga dapat ditingkatkan melalui kaedah bercerita.

Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat

tiga fasa yang harus diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga-

tiganya menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru

supaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. Fasa

pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan

tempat yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita

adalah bersesuaian. Keselesaan menjadi keutamaan. Adalah

disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang

bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan

banyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walau

bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulah

memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat

terus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang

menghalang murid daripada melihat guru yang bercerita.

Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan

memberikan perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak

mahu sebarang soalan atau gangguan ketika bercerita, guru haruslah

memaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masa

yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberi

peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal

sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih

mendalam.

4

Page 4: peranan guru dalam pendidikan moral

Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita

menggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus

disesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara tinggi-rendah,

perlahan-kuat atau kasar-nyaring. Ekspresi muka juga perlu

dipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalam

sesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid.

Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatat

nota sebagai persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi

pembelajaran seterusnya. Namun, hal ini bukanlah alasan bagi murid

untuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru boleh

menyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambung

cerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga-

jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau ‘eye contact’

haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-

murid akan menjadi lebih berkesan.

Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta

murid untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan

guru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta contohnya dalam

kehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untuk

menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam

kaedah bercerita. Hal ini kerana, terdapat banyak aspek yang harus

dititikberatkan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai,

murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang lebih

menyeronokkan dan menguji kemampuan guru dalam melaksanakan

kaedah ini.

5

Page 5: peranan guru dalam pendidikan moral

2.2 Peranan Guru dalam Kaedah Pameran

Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar

dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang

dipamerkan. Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa

perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan

kelancaran pengajarannya.

Perkara pertama ialah guru harus menentukan objek

pengajaran berdasarkan kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini

bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai sesuai dengan

kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap

kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk

mengukuhkan lagi kecekapan yang sedia ada ataupun

mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki.

Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih

oleh guru untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis

pameran bermaksud pelbagai jenis bahan yang dipamerkan yang

merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video serta

permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai

fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini.

Guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama-

sama menyediakan bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai

kaitan dengan pameran. Langkah ini penting untuk menjimatkan

sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan perlatan

digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat

dengan pameran haruslah diselenggara terlebih dahulu supaya

pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan

daripada guru juga penting untuk memperbetul kekurangan yang

terdapat pada bahan pameran ketika proses pembuatannya lagi.

Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap

terutamanya sekali mengenai pembahagian tugas dan menerangkan

dengan jelas tentang peranan setiap murid dalam pameran. Apabila

6

Page 6: peranan guru dalam pendidikan moral

semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing, kepincangan

dalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan.

Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan

salah faham mengenai tugas dapat dielakkan.

Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan

dirinya sendiri dalam kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalu

bergantung kepada guru keran tugas-tugas telah diagihkan. Hal ini

bererti, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindak

sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika

perlu sahaja. Ini membolehkan murid-murid lebih berdikari dan

membuat tugasan dengan lebih cermat.

Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa

dengan para muridnya untuk memastikan kejayaan pameran yang

dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa dengan guru

untuk meminta pendapat tentang tugasan yang diberikan. Hal ini

kerana, guru memang tidak terlibat secara langsung dalam kaedah

pameran. Muridlah yang banyak memainkan peranan kerana

penglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah pengajaran

membolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang

diajari. Tambahan pula, kanak-kanak akan lebih mudah mengingati

ilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera mereka.

Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk

memberi bimbingan kepada murid apabila kaedah pameran dipilih

sebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ia memberi peluang

kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan

melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Oleh itu, murid perlulah

memahami dengan jelas tugas mereka seperti yang telah diberikan

oleh guru sebelum melakukan apa jua tindakan.

7