tanggungjawab guru pendidikan moral

26
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH BY: YASOTHA VIJAYABALAN LOGESWARY RAJAH FELICIA ONG THIRITHA MUTHIAH

Upload: yasotha-vijayabalan

Post on 08-Dec-2015

141 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Moral

TRANSCRIPT

ELM 3103PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN

MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

BY:YASOTHA VIJAYABALAN

LOGESWARY RAJAHFELICIA ONG

THIRITHA MUTHIAH

TUGASAN• Tanggungjawab dan Peranan Guru Pendidikan

Moral dalam merealisasikan Aspirasi Negara• Kod Etika Perguruan• Intipati KEK• Peranan dan tanggungjawab GPM

Mereka ingin kaujadikan manusiaMereka ingin menjadi diri sendiri

Jangan kaubiarkan mereka bersifat perkauman Jangan kaubiarkan masa depan dihitamkan Jangan kaujadikan mereka anak-anak yang

tidak bermoralJadikan mereka yang harus percaya kepada

Tuhan Jadikan mereka yang sentiasa taat dan setia

kepada raja dan negara

Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Wawasan 2020

• Bagi merealisasikan cabaran Pertama, guru P. Moral boleh memupuk nilai seperti nilai hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara dengan memperkenalkan tokoh-tokoh negara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

11. Negara Malaysia Bersatu

• Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, guru haruslah menguruskan kelas secara demokratik.

• Guru juga berperanan dalam memperkenalkan kepelbagaian kaum, agama, kepercayaan dan budaya dalam proses P&P untuk memupuk persefahaman antara pelajar seterusnya mewujudkan keharmonian .

• Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru Pendidikan Moral harus mengintegrasikan pelbagai teknologi dan teknik pengajaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mewujudkan masyarakat yang saintifik.

• Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang menggalakan perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk daya perubahan tinggi dalam diri setiap pelajar.

• Dalam merealisasikan cabaran Ketujuh, guru perlu melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan

• Guru juga harus mewujudkan budaya sayang menyayangi dan berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan.

• Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru boleh memupuk nilai semangat bermasyarakat melalui aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya menggalakkan persefahaman dan nilai kerjasama.

Cikgu! Cikgu! semua berlari,

sambil menjerit api.

Semua diam, duduk di tempat masing-masing. Berani untuk tipu saya ye. Saya cikgu ke atau

kamu?

Cikgu asap, tak boleh

bernafas ni..

Alamak! Apa ini ! Betul ke ini berlaku

kebakaran? Pelajar-pelajar semua bersedia

utuk lari pecut! Lari! Lari!

Cikgu lari kat mana ini?

Aduhai! Lari saje mana-mana

Kod Etika Perguruan

Guru yang dimaksudkan dalam konteks kod etika ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,

organisasi dan penyeliaan pendidikan.

• Kod etika perguruan - satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru.

• Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan.

• Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian.

Kod Etika Perguruan Malaysia• Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan

pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program dan sekolah dengan Selamat) muka surat 245

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS) 8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

• Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa

terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan utamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

• Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

• Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru dan memberi kerjasama penuh.

Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Kod Etika Perguruan

• Mematuhi kod etika perguruan yang telah dinyatakan.