peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

15
1.0 Pengenalan Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik telah lama digunakan dalam sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan selepas merdeka malah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang ramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak melihat atau menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Adalah penting bagi pelajar ini ditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran mereka. Semasa pengajaran, elakkan menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan ayat yang bertulis terlalu panjang, sebaliknya memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna dan corak untuk membantu pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih efektif. 2.0 Definisi Grafik Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek graphikos bererti lukisan. Secara amnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik juga merupakan 1

Upload: nor-haiza

Post on 23-Jun-2015

5.554 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

1.0 Pengenalan

Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan

pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau

paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan

sebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen multimedia yang penting bagi

memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik telah

lama digunakan dalam sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan selepas merdeka

malah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan

formal.

Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang

ramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak melihat atau menggunakan deria

penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Adalah penting bagi pelajar ini

ditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran mereka. Semasa pengajaran,

elakkan menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan ayat yang bertulis terlalu

panjang, sebaliknya memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna dan corak

untuk membantu pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih efektif.

2.0 Definisi Grafik

Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek “graphikos” bererti lukisan. Secara

amnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan

dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik juga

merupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf,

angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media. Ia bertujuan untuk memberi

konsep dan idea yang sukar diterangkan dengan teks dari pengirim kepada sasarannya dalam

proses menyampaikan maklumat.

Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, media elektronik telah digunakan

secara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis grafik. Grafik ini disebut sebagai grafik

multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama

ada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan teknologi grafik multimedia semakin

berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Guru dan pelajar

mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik yang diperlukan didalam tugas masing-

masing.

1

Page 2: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

3.0 Jenis-Jenis Grafik

Grafik boleh diklasifikasikan kepada jenis bergambar dan jenis tidak bergambar serta

dipersembahkan dalam bentuk satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi melalui buku,

poster pengajaran, slaid OHP, carta, penyampaian guru di papan hijau dan sebagainya.

Antara jenis bahan bergambar adalah seperti lukisan, ilustrasi, fotograf, gambar bersiri,

gambar persendirian, poster dinding, carta dinding, kartun, dan iklan. Manakala antara jenis

bahan bukan bergambar ialah graf, diagram, jadual dan carta. Berikut adalah penerangan

mengenai jenis-jenis grafik yang sering digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Fotografi ataupun gambar foto merupakan antara paparan imej yang paling menyamai

keadaan sebenar. Dalam seni rupa, fotografi adalah pembuatan lukisan dengan menggunakan

media cahaya. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat

yang paling berkesan di dalam sesuatu penyampaian maklumat dan komunikasi. Gambar

foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar dari segi warna yang

menyerlah di dalam persembahan dan boleh dijadikan latar belakang bagi teks atau grafik.

Lukisan merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf.

Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi

keadaan sebenar. Lukisan telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi buktinya lukisan-lukisan

yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan terhasil dengan cara

melukis dan menyusun garisan untuk menggambarkan manusia, haiwan, benda dan

sebagainya. Ia boleh menjadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

Kartun adalah sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kini,

animasi kartun banyak disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. Kartun boleh merujuk

kepada unsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya

sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kini, kartun sering digunakan

bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia. Walaubagaimanapun,

penggunaan kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan skop intelektual pelajar.

Graf atau carta merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik,

perangkaan dan taburan. Ia menunjukkan perhubungan kuatitatif dan perbandingan data dan

perhubungan di antara dua atau lebih item. Contoh graf adalah carta pie atau graf sektor, graf

bar berganda, graf bar berkumpulan, dan graf garisan. Jadual pula selalu digunakan dalam

kadaran seperti masa penerbangan, data dan populasi, kadar kematian dan sebagainya. Carta

2

Page 3: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat dibahagikan kepada carta alir, carta masa, dan carta organisasi. Sesuatu maklumat yang

kompleks dapat dimudahkan dengan jelas sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.

Bagi pembelajaran teknikal seperti bidang kejuruteraan, multimedia dan lain-lain

bidang, mereka memerlukan perisian-perisian grafik untuk aktiviti pembelajaran. Misalnya,

sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal misalnya dari hasil imbasan biasanya perlu

diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di

dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama

ada dari sudut, saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan

menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakkan perisian bahasa gubahan.

Kini perkembangan teknologi semakin pesat dan memudahkan manusia untuk

menghasilkan apa sahaja bentuk persembahan yang dimahukan hanya di hujung jari melalui

aplikasi multimedia. Hasilnya lebih menarik dan berkesan berbanding cara tradisional.

Namun adakalanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja

grafik yang berkualiti tinggi. Jadi kecekapan menggunakan perisian, perkakasan dan aksesori

multimedia sangat diperlukan. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah

Microsoft Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Corel Draw,

Painter 3D, Macromedia Freehand, Micrograft Designer dan Autocad.

4.0 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan dengan

pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu baru menjadi lebih

mudah jika disampaikan melalui grafik. Terutamanya kanak-kanak prasekolah tidak

berpotensi untuk memahami pengajaran yang berbentuk abstrak. Oleh itu dengan

penggunaan grafik, pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit. Bagaimana kanak-

kanak tersebut didedahkan pula adalah dengan memperkenalkan dengan imej atau objek

terlebih dahulu sebelum mengenali huruf. Seterusnya, kombinasi huruf dan objek tadi

diseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna.

Manakala bagi peringkat sekolah menengah, pra universiti mahupun universiti,

penggunaan grafik begitu meluas sekali digunakan oleh para guru dan pelajar terutama ketika

aktiviti perbentangan hasil tugasan dan kuliah. Oleh itu, bentuk pengurusan grafik yang

berstruktur mengikut aturan tertentu dapat memaparkan proses demi proses seterusnya

mendorong pelajar untuk berfikir, membuat analisis, konsep dan idea yang mana sukar

3

Page 4: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

diterangkan melalui teks dan ucapan. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung

pelajar yang suka membuat analisis dapat berfikir dan memproses secara aktif. Maka aktiviti

pengajaran dan juga pembelajaran berkesan kerana adanya penglibatan pelajar secara aktif.

Menurut Dywer mendapati bahawa manusia berupaya mengingat sebanyak :

Pasif

  50% daripada apa yang dilihat dan didengar

  30% daripada apa yang dilihat

  20% daripada apa yang didengar

  10% daripada apa yang dibaca

   

Aktif  80% daripada apa yang disebut sambil lakukan

  70% daripada apa yang disebut dalam percakapan

Mengikut lagi satu kajian Dwyer, sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila

manusia belajar melalui deria penglihatan. Beliau juga mendapati bahawa dengan

menggunakan alat bantuan visual contohnya grafik ia dapat memberi kesan yang lebih efektif

lagi kepada audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang.

Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar

memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme, rangsangan

yang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat

kepada pelajar dengan lebih berkesan.

Penggunaan grafik juga turut memainkan peranan yang penting terhadap pengajaran

yang disampaikan oleh seseorang guru. Ia memberi kesan yang efektif terhadap ucapan guru

tersebut dimana guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan

lebih mudah dan jelas berdasarkan visual. Misalnya, memperkenalkan topik baru,

menjelaskan, menginterprestasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip, merumuskan

dan mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta menilai pengajaran

dan pembelajaran. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan mengurangkan tekanan ke

atas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan visual.

Penggunaan grafik dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan pengekalan

maklumat dalam ingatan seseorang. Mengikut Paivio kelebihan maklumat berbentuk imej

atau grafik, grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam

4

Page 5: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

memori ialah: (a) maklumat grafik lebih mudah untuk dingat kembali daripada maklumat

perkataan, (b) kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan

kemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari memori tetapi satu

lagi kod masih ada; (c) ingatan meningkat apabila grafik dipersembahkan dan digabungkan

dengan teks; dan (d) maklumat dapat disimpan lebih lama dalam bentuk imej atau grafik

daripada maklumat berbentuk perkataan.

Selain itu, ia meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Grafik dapat membantu

dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali grafik digunakan sebagai agen pemujuk

dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam

mengajar pelajar mengenai pengambilan makanan berkolesterol tinggi. Bagi pelajar yang

baru mengetahui apa yang dikatakan kolesterol dapat mengenalpasti contoh-contoh makanan

yang mengandungi kolesterol tinggi. Seterusnya contoh yang menunjukkan kesan daripada

mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak kolesterol dapat membantu pelajar

mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi.

Di samping itu, penggunaan grafik boleh meningkatkan kebolehpercayaan guru dan

pelajar. Objektif dan hasil pembelajaran akan tercapai apabila guru dan pelajar dapat

menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan grafik tanpa

perasaan prejudis. Bagi kebanyakan pelajar, mereka akan percaya dan memahami dengan

lebih baik tentang sesuatu perkara melalui deria penglihatan berbanding deria pendengaran.

Tetapi, bahan yang digunakan mestilah sesuai mengikut perkembangan teknologi pendidikan

serta penghasilan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu peka dari aspek kebolehan

pelajar yang pelbagai.

Seterusnya, proses pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dan guru mudah

mengawal proses pembelajaran. Dengan penggunaan grafik ianya dapat menggalakkan

penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu

dapat ditimbulkan. Misalnya aktiviti pembelajaran sains dimana pelajar dikehendaki untuk

membuat hipotesis, analisis, manipulasi dan sebagainya sehingga menimbulkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya

menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara maksimum dalam pembelajaran.

Grafik yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat

menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan

aktiviti pembelajaran. Penggunaan media seperti grafik dapat menunjukkan secara konkrit

5

Page 6: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Secara tidak langsung,

ia sebenarnya membantu sistem pendidikan negara untuk merancang kaedah yang berkesan

bagi menyelesaikan masalah-masalah pelajar keciciran, lemah, buta huruf mahupun kepada

kanak-kanak yang baru mempelajari sesuatu.

Tambahan pula, gaya pembelajaran visual seperti grafik adalah sesuai bagi pelajar

yang sukar untuk mengingati nama, tetapi mungkin dapat mengingati ciri-ciri rupa seseorang

itu dengan baik berdasarkan gambaran. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik jika ada

alat-alat bantu mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Misalnya, mereka

lebih suka membaca buku cerita sendiri berbanding orang lain membacakan untuk mereka

kerana gambaran menarik minat mereka ke arah melakukan sendiri. Malah kecenderungan

untuk menulis nota atau membuat nota tangan sendiri semasa proses pembelajaran di dalam

kelas.

Justeru itu, peranan grafik juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan

antara salah satu jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan ruang visual yang diasaskan oleh

Howard Gardner. Kebolehan pelajar memahami secara mendalam hubungan antara objek

dan ruang dapat mencipta imaginasi yang tinggi sehingga dapat mencipta sesuatu yang kreatif

serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mampu mencipta gambaran mental

dan berupaya mengamati dunia visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objek-

objek dalam ruang. Sehubungan itu, mereka peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan

ruang dalam persekitaran mereka.

5.0 Ciri-Ciri Grafik Yang Berkesan

Ciri-ciri grafik yang berkesan ialah memilih grafik yang bersesuaian dengan

kumpulan sasaran supaya sesuai mengikut tahap dari segi usia terutama pelajar.misalnya

kanak-kanak prasekolah perlu ditunjukkan visual yang ada di sekeliling mereka dan

bukannya di luar batasan fikiran mereka. Kedua, memilih grafik yang tidak menyentuh

sensitiviti kaum atau agama. Hal ini kerana untuk mengelakkan sebarang kontroversi antara

kaum yang mana boleh mendatangkan kekecohan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga, memilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas, contohnya perlu sesuai

dengan topik yang perlu di bincangkan.

Keempat, guru perlu memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan

aplikasi supaya ada tarikan yang memadai, mudah dan jelas dibaca dan difahami. Kelima,

6

Page 7: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

guru perlu menggunakan jenis grafik yang boleh digunakan tanpa masalah semasa aktiviti

penyampaian disampaikan agar maklumat dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.

Keenam, penggunaan grafik mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud

yang terdapat dalam visual seterusnya membantu memfokuskan perhatian kepada maksud

yang terdapat dalam visual.

6.0 Bahan Grafik Yang Berkesan

Robert Gagne dianggap penyumbang utama kepada pendekatan sistem rekabentuk

pengajaran dan latihan. Salah satu sumbangan terpenting beliau adalah teori “events of

instruction” yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan satu persembahan slaid pengajaran

yang berkesan dengan cara seperti berikut :

Mendapatkan perhatian (gaining attention) iaitu sebelum sesuatu pembelajaran

berlaku, guru,pensyarah atau fasilitator perlu menarik perhatian pelajar melalui dengan

menggunakan perubahan rangsangan seperti visual. Selain itu, tarik perhatian dengan

mempersembahkan sesuatu yang baru atau yang mengejutkan, menanyakan soalan atau

mempersembahkan fakta-fakta yang menarik. Kajian menunjukkan tumpuan seseorang

dewasa akan menurun selepas 10 minit pertama mereka terdedah kepada rangsangan.

Kedua, memaklumkan objektif (inform learner of the objectives) iaitu menyatakan

tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya (expectancy) dan nyatakan apa

yang mereka boleh lakukan selepas aktiviti pembelajaran tersebut. Ketiga, menggalakkan

ingat kembali (stimulate recall of prior learning) iaitu mengaitkan maklumat baru dengan

maklumat yang telah dipelajari dan mengingat kembali konsep, isi dan pengetahuan yang

telah dipelajari sebelum ini.

Keempat, menyampaikan stimuli atau maklumat (presenting the stimulus) iaitu

memecahkan maklumat kepada isi-isi penting dan mempersembahkan isi menerusi isi-isi

penting menerusi grafik, animasi ataupun urutan teks yang sesuai. Kelima, memberi bantuan

pembelajaran (providing learner guidance) dengan mencadangkan organisasi isi yang

bermakna, seperti pemberian contoh dan bukan contoh dan proses enkod semantik.

Keenam, beri latihan (eliciting performance) dengan meminta pelajar memberikan

tindakbalas dan meminta pelajar membuat latihan. Akhirnya, beri maklumbalas (providing

feedback) dengan membuat aktiviti pengukuhan, nyatakan maklum balas, nilai perlakuan dan

7

Page 8: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

meningkatkan ingatan dan pemindahan maklumat. (Rujuk rajah contoh-contoh bahan grafik

yang berkesan dalam lampiran).

7.0 Panduan Penghasilan Grafik

(a) Perancangan

Sebagai guru atau fasilitator perlu teliti sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan. Ini

adalah kerana perancangan yang teliti perlu dirancang untuk mencapai sasaran objektif.

Kebiasaannya, sesuatu idea untuk menghasilkan visual tersebut akan dimulakan dengan

lakaran kasar. Penghasilan ini juga berdasarkan beberapa prinsip-prinsip reka bentuk iaitu

menggunakan bahan yang telah sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis.

Ianya bagi menentukan objektif visual dan jumlah penerima maklumat bagi menentukan

kesesuaian, mengelakkan pembaziran dan perlu tahu bentuk visual untuk dipersembahkan.

(b) Prinsip reka bentuk

Pertama, prinsip mudah iaitu menghadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan

kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Untuk mendapatkan

konsep yang mudah difahami oleh guru dan pelajar lukisan perlulah jelas dan terang. Garisan

luar hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Kedua, prinsip penyatuan merujuk kepada

perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi

sebagai satu keseluruhan. Elemen ini perlulah saling lengkap-melengkapi. Pernyatuan dapat

diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna

dan sebagainya.

Ketiga, prinsip penegasan di mana satu elemen atau satu idea yang boleh menjadi

pusat minat dan perhatian ditegaskan. Untuk penghasilan tersebut perlu gunakan warna,

huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea. Keempat, prinsip seimbang yang mana

kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah.

Perimbangan merupakan susunan elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan

elok dipandang. Terbahagi kepada dua iaitu perimbangan formal dan perimbangan tidak

formal.

(c) Elemen visual untuk memenuhi prinsip reka bentuk

Elemen visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk ialah garisan, bentuk, ruang dan

warna. Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan

8

Page 9: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan yang tertentu. Bentuk

pula merujuk pada tiap persembahan visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan

sama ada bentuk nyata atau tidak. Visual akan kelihatan menarik dan istimewa apabila ada

arahan dari satu elemen kepada satu elemen yang lain.

Seterusnya, ruang bertujuan untuk menimbulkan rasa selesa atau lapang di antara

elemen-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.

Ruang diperlukan disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan

sesak di kalangan pelajar mahupun pemerhati. Akhir sekali warna, penggunaan warna adalah

untuk memudahkan dan meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan minat tertentu.

Walaubagaimanapun, penggunaan warna tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.

(d) Penggunaan warna

Warna digunakan untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan.

Warna yang berharmoni seperti warna monokoromik iaitu warna yang muda membawa

kepada warna tua contohnya ungu-tua, warna berhampiran iaitu berdekatan dalam carta

warna atau warna penggenap iaitu warna yang bertentangan dalam carta warna. Warna

digunakan supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahamidan perlu perancangan untuk

melahirkan kesan tertentu. Sekiranya warna putih digunakan sebagai warna latar maka

permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas kemudian diikuti dengan warna-warna yang lain.

(e) Penghurufan

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan

lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf

dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras dengan warna

latar, jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf yang digunakan pula mestilah

cukup besar mengikut tahap supaya dapat dibaca dengan baik contohnya jika jarak dari visual

adalah 20.0 cm maka saiz minima huruf kecil adalah 5.2 cm.

Begitu juga jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah

sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan

mudah. Contohnya, jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O saiz

kecil. Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah

atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif

9

Page 10: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

sesuai untuk huruf-huruf blok, serif iaitu times new roman dan dokoratif sesuai digunakan

untuk huruf-huruf berbunga seperti dalam kad raya, kad hari jadi, kad ucapan dan sebagainya.

(f) Cara menulis huruf atau angka

Cara menulis huruf dan angka biasanya akan di bahagikan kepada empat iaitu huruf

dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas cepatnya menggunakan berus dan dakwat atau

cat warna. Cara ini sesuai untuk grafik yang besar seperti carta dan poster. Kedua, huruf

yang dipotong merujuk hasil huruf dan perkataan yang dipotong dari bahan-bahan akhbar,

kertas berwarna atau kain kemudian dilekatkan pada bahan grafik. Ketiga, huruf pindah

kering iaitu boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol dan angka dalam pelbagai saiz, bentuk

dan warna. Keempat, huruf stensil boleh digunakan untuk tulisan yang kurang dari satu inci.

(g) Persembahan

Grafik yang telah siap sedia dihasilkan boleh digunakan secara terus untuk pengajaran

dan pembelajaran. Persembahan secara visual dan dinamik mampu memudahkan proses

penerangan konsep ataupun demontrasi sesuatu kemahiran. Walaubagaimanapun, bahan

grafik yang telah digunakan semasa aktiviti penagajaran dan pembelajaran boleh disimpan

untuk kegunaan pada lain-lain masa ataupun berkongsi dengan guru-guru lain. Kelemahan

bahan grafik adalah cepat kotor, mudah terkoyak dan visual-visualnya mudah tertanggal.

Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini, guru boleh mengambil mengatasinya dengan

menggunakan alas lapik, alas tepi dan laminasi.

8.0 Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan grafik amat sesuai digunakan dalam

sistem pendidikan negara bagi mencapai keberkesanan secara menyeluruh. Penggunaan

grafik secara tradisional mahupun berteknologi mampu mencapai pelbagai objektif

pembelajaran asalkan maklumat yang disampaikan akan meningkatkan kefahaman pelajar.

Pelajar juga berkemahiran untuk melihat jadual, graf, dan sebagainya dalam segala bentuk

konsep abstrak, prinsip dan proses sesuatu aliran dapat dipermudahkan dan difahami pelajar.

Elemen-elemen penting dalam penghasilan grafik juga memberi rangsangan untuk menarik

perhatian pelajar. Keseluruhannya, peranan grafik memang mendatangkan kemanfaatan

kepada sistem pendidikan negara.

10

Page 11: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

9.0 Lampiran

Rajah menunjukkan contoh-contoh bahan grafik yang berkesan.

11

Page 12: peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

Rujukan

Aminordin bin Che Lah. Grafik Dalam Pembelajaran. www.sahc.kedah.edu.my. 16/07/2010.

Modul 3C Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

www.umplib.ump.edu.my. 25/07/2010.

Mohd. Lazim Hamid (2010). Nota Kuliah ETD 1253-Teknologi Pendidikan. (Edisi Ke-4).

Universiti Industri Selangor.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin

Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd.Shukor, Ramlah Janta,

Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan Perkembangan

Pelajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

12