seni grafik

12
SENI GRAFIK Pengenalan Seni grafik ialah seni komunikasi visual. Seni ini menggunakan gambaran dekorasi, tipografi, ilustrasi dan fotografi. Dengan lain perkataan seni grafik ialah seni komersil. Bidang-bidang seni grafik seperti reka bentuk korporat, reka bentuk penerbitan, reka bentuk pembungkusan, rekabentuk pengiklanan, reka bentuk multimedia dan laman web. Pereka Grafik Seorang pereka grafik perlu mempunyai kriteria berikut: 1. Berkemahiran dalam mencipta, merancang, mengembang dan membuat sesuatu rekaan. 2. Berpengetahuan tinggi dalam ilmu senireka dan berdisiplin tertentu. 3. Kemahiran melukis, mentafsir, memilih warna, huruf dan reka letak. 4. Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia. Reka bentuk Identiti Korporat Identiti Korporat berkait rapat dengan membina imej seragam untuk sesebuah organisasi, pertubuhan dan syarikat perniagaan. Ia bermula dari mereka bentuk logo, pemilihan warna yang sesuai dengan latar belakang organisasi, kepala surat, sampul surat, kad perniagaan, pakaian seragam, kenderaan dan semua yang berkenaan dengan organisasi tersebut perlu ada imej yang seragam. Keseragaman ini akan melahirkan imej pegun kepada syarikat atau oranisasi tersebut. Tujuh perkara dalam reka bentuk korporat perlu diberi perhatian: 1. Logo 2. Tipografi 3. Warna 4. Jenama 5. Kualiti 6. Komuniti

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 01-Oct-2015

291 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

fsdgfsvrhsehhhhhhhbfgvdr

TRANSCRIPT

SENI GRAFIKPengenalanSeni grafik ialah seni komunikasi visual. Seni ini menggunakan gambaran dekorasi, tipografi, ilustrasi dan fotografi. Dengan lain perkataan seni grafik ialah seni komersil. Bidang-bidang seni grafik seperti reka bentuk korporat, reka bentuk penerbitan, reka bentuk pembungkusan, rekabentuk pengiklanan, reka bentuk multimedia dan laman web.

Pereka GrafikSeorang pereka grafik perlu mempunyai kriteria berikut:1. Berkemahiran dalam mencipta, merancang, mengembang dan membuat sesuatu rekaan.2. Berpengetahuan tinggi dalam ilmu senireka dan berdisiplin tertentu.3. Kemahiran melukis, mentafsir, memilih warna, huruf dan reka letak.4. Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia.

Reka bentuk Identiti KorporatIdentiti Korporat berkait rapat dengan membina imej seragam untuk sesebuah organisasi, pertubuhan dan syarikat perniagaan. Ia bermula dari mereka bentuk logo, pemilihan warna yang sesuai dengan latar belakang organisasi, kepala surat, sampul surat, kad perniagaan, pakaian seragam, kenderaan dan semua yang berkenaan dengan organisasi tersebut perlu ada imej yang seragam. Keseragaman ini akan melahirkan imej pegun kepada syarikat atau oranisasi tersebut.

Tujuh perkara dalam reka bentuk korporat perlu diberi perhatian:1. Logo2. Tipografi3. Warna4. Jenama5. Kualiti6. Komuniti7. Budaya

Reka bentuk PenerbitanMelibatkan rekaan seperti reka letak buku, majalah, suratkhabar, buletin, kad ucapan dan seumpamanya

Reka Bentuk PembungkusanReka bentuk pembungkusan pelbagai produk komersil contohnya produk makanan, alatan, kosmetik, ubat-ubatan, bahan kima dan pelbagai lagi. Pembungkusan pelbagai produk ini perlu disesuaikan dengan jenis barangan samada barangan cecair, pepejal, kimia, barang elektrik dll.

Pembungkusan bahan cecair

Pembungkusan barangan farmasi

Pembungkusan bahan kimia.

Pembungukusan bahan kosmetik

Pelbagai jenis reka bentuk pembungkusan.

Reka Bentuk Laman WebReka bentuk laman web merupakan cabang seni grafik. Seorang pereka grafik perlu mahir dalam penggunaan komputer untuk membina laman web yang benar-benar berfungsi dengan baik dan efektif.

Reka bentuk Iklan dan Papan TandaIklan-iklan pada billboard, reka bentuk papan tanda jalan atau arah, papantanda perniagaan dll.

Papan tanda pintu masuk utama

Billboard

Papan tanda elektronik

Papan tanda jalan

Papan tanda kedai