rekabentuk grafik

21
PENGENALAN KEPADA REKABENTUK GRAFIK “Elemen Rekabentuk”

Upload: kean-hagen

Post on 14-Jun-2015

2.150 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rekabentuk grafik

PENGENALAN KEPADAREKABENTUK GRAFIK

“Elemen Rekabentuk”

Page 2: Rekabentuk grafik

ASAS GRAFIK

KOMPOSISI

ELEMEN REKA SENI

VISUAL

PRINSIP REKAAN

SENI VISUAL

Page 3: Rekabentuk grafik

ASAS GRAFIK

PENDAHULUAN

SUMBANGAN GRAFIK DALAM KEHIDUPAN

Page 4: Rekabentuk grafik

PENDAHULUAN Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media

utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Grafik mungkin memberi maksud seperti berikut ?1. Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan

idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar.

2. Gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Page 5: Rekabentuk grafik

SUMBANGAN GRAFIK DALAM KEHIDUPAN

1. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek

2. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.

3. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.

4. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.

5. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

6. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Page 6: Rekabentuk grafik

KOMPOSISI

PRINSIP KOMPOSISI

KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK

Page 7: Rekabentuk grafik

Komposisi

1. Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik.

2. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual.

3. Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Page 8: Rekabentuk grafik

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukanrupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. Ruang grafik mungkin dalam bulatan empat segi,dan diorientasikan secara menegak atau melintang.

Page 9: Rekabentuk grafik

PRINSIP KOMPOSISI.

Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan. Elakkan membuat titik tumpuan ditengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.

Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan kesetiap penjuru ruang paparan kerja

Page 10: Rekabentuk grafik

Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secarabertentangan dan meninggalkan ruang kososng di tengah-tengahnya.

Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan “levity’ dan weightlessness’.

Page 11: Rekabentuk grafik

Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik.

Page 12: Rekabentuk grafik

ELEMEN REKA SENI VISUAL

Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu:

Page 13: Rekabentuk grafik

1. GARISAN

(Latihan kepada pelajar melukis elemen-elemen tersebut dalam ruangan yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan)

Page 14: Rekabentuk grafik

2. RUPA POSITIF DAN RUPA NEGATIF

Page 15: Rekabentuk grafik

3. BENTUK

Olahan garisan, tekstur dan warna menimbulkan bentuk

Page 16: Rekabentuk grafik

4. WARNA

Warna pigmentLengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan.

Page 17: Rekabentuk grafik

5. RUANG

Apakah peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik?

i) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian.ii) Memberi imbangan pada reka letak/ grafik.iii) Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu reka letak.iv) Menimbulkan kesan perspektif.

Page 18: Rekabentuk grafik

MENGENAL CIRI-CIRI PRINSIP REKAAN SENI VISUAL

1.1 Keseimbangan -Formal -Tidak Formal

1.2 Harmoni -Bentuk -Susunan -Warna -Saiz -Irama

Page 19: Rekabentuk grafik

1.3 Kontra -Bentuk -Susunan -Warna -Saiz -Irama

1.4 Penegasan -Untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan

Page 20: Rekabentuk grafik

1.5 Kesatuan -Elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

1.6 Pergerakan -Elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan.

Page 21: Rekabentuk grafik

SEKIAN TERIMA KASIH….