kuliah - asas grafik

50
ASAS GRAFIK BBU 10203

Upload: saari-salleh

Post on 16-Jan-2016

56 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Asas grafik

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah - Asas Grafik

ASAS GRAFIKBBU

10203

Page 2: Kuliah - Asas Grafik

Asas Grafik Prinsip Reka bentuk visual Peralatan penghasilan grafik

Page 3: Kuliah - Asas Grafik

PRINSIP ASAS GRAFIKKejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran

lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Page 4: Kuliah - Asas Grafik

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Page 5: Kuliah - Asas Grafik

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

Page 6: Kuliah - Asas Grafik

Reka Bentuk Visual

– Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.

Page 7: Kuliah - Asas Grafik

Konsep dan Fungsi VisualVisual boleh didapati dalam tiga bentuk:– Fotografi– Elektronik– Grafik

Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.

Page 8: Kuliah - Asas Grafik

Definisi Grafik Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan

visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.

Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan.

Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Page 9: Kuliah - Asas Grafik

Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik. Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut:

Mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Page 10: Kuliah - Asas Grafik

Elemen Reka Bentuk Visual• Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan

untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Elemen Grafik terdiri daripada:

i. Ruang ( Space )ii. Garis ( Line )iii. Permukaan ( Surface )iv. Bentuk tiga dimensi ( Form )v. Bentuk dua dimensi ( Shape )

Page 11: Kuliah - Asas Grafik

Ruang (Space)– Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi

sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.

– Ruang terbahagi kepada dua jenis:

Ruang Positif – ruang yang digunakan. Ruang Negatif – ruang yang kosong.

Page 12: Kuliah - Asas Grafik

Ruang negatif

Ruang positif

Page 13: Kuliah - Asas Grafik

• Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.

• Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

Garisan ( Line )

Page 14: Kuliah - Asas Grafik

Fungsi garisan ialah:1. Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran,

seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.

2. Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.

3. Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan.

4. Menunjukkan kekusutan.

Page 15: Kuliah - Asas Grafik

5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain.

6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

Page 16: Kuliah - Asas Grafik

3. Permukaan ( Surface )

• Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.

• Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

• Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

Page 17: Kuliah - Asas Grafik

4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)

• Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.

• Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

Page 18: Kuliah - Asas Grafik

b) Bentuk abstrak

Page 19: Kuliah - Asas Grafik

c) Bentuk gambaran

Page 20: Kuliah - Asas Grafik

5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori:

Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.

Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

Page 21: Kuliah - Asas Grafik

Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

Page 22: Kuliah - Asas Grafik

Prinsip Reka Bentuk Visual

– Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Page 23: Kuliah - Asas Grafik

Enam prinsip grafik

i. Simplisitiii. Dominaniii. Polaiv. Seimbangv. Variasivi. Harmoni

Page 24: Kuliah - Asas Grafik

1. Simplisiti

• Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

Page 25: Kuliah - Asas Grafik

2. Dominan

• Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek

atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

• Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

Page 26: Kuliah - Asas Grafik

a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)

Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati

perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.

41% 20%

25% 14%

Page 27: Kuliah - Asas Grafik

b) Warna dan bentuk yang kontrasc) Saiz yang lebih besard) Menggunakan anak panah yang menunjuk

ke arah item utamae) Menggunakan garis-garis yang menunjuk

ke arah item utamaf) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipasg) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Page 28: Kuliah - Asas Grafik

3. Pola• Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-

item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: Menarik penglihatan mata ke arah item yang

utama. Menggerakkan penglihatan mata kepada

keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan

seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

Page 29: Kuliah - Asas Grafik

4. Seimbang• Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang.

Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

Page 30: Kuliah - Asas Grafik

Terdapat dua jenis seimbang

a) Seimbang formalBermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth:

Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Page 31: Kuliah - Asas Grafik

b) Seimbang tidak formalBermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.

• Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

Page 32: Kuliah - Asas Grafik

5. Variasi

• Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.

• Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat.

• Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Page 33: Kuliah - Asas Grafik

6. Harmoni

• Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.

• Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.

• Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Page 34: Kuliah - Asas Grafik

Proses membina suatupersembahan berwana

Langkah 1 Jelaskan hasil yang anda mahukan

dengan warna

Langkah 4 Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan pengkhususan dalam projek dan citarasa

individu

Langkah 3 Pilih satu skema warna berasaskan pilihan warna utama

Langkah 2 Pilih satu warna utama yang melambangkan

keperluan projek

Page 35: Kuliah - Asas Grafik

HURUF• Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan

gambar dan lukisan.• Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti

perkataan dan ayat disatukan.• Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa

penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

Page 36: Kuliah - Asas Grafik

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan

iaitu:i. Stail hurufii. Bilangan stail hurufiii. Huruf besar dan huruf keciliv. Warna hurufv. Saiz hurufvi. Jarak antara hurufvii. Jarak antara baris

Page 37: Kuliah - Asas Grafik

1. Stail Huruf

• Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu:a) Huruf Roman

A

Page 38: Kuliah - Asas Grafik

b) Huruf Gotik

Ac) Huruf Sambung atau Cursive

A

Page 39: Kuliah - Asas Grafik

d) Huruf Teks

Ae) Huruf Novelti

A

Page 40: Kuliah - Asas Grafik

2. Bilangan Stail Huruf

• Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf.

• Jangan melebihi tiga stail.• Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

Page 41: Kuliah - Asas Grafik

3. Huruf Besar dan Huruf Kecil

• Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda.

• Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk.• Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

Page 42: Kuliah - Asas Grafik

4. Warna Huruf

• Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.

• Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius.• Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna

hijau untuk tajuk, “ Aku Terpenjara” warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

Page 43: Kuliah - Asas Grafik

5. Saiz Huruf• Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan

boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu seperti rajah dibawah:

1’’2”

2 ½”3’’

4”

20 40 50 60 80

Jarak penglihatan dalam kaki

Ketinggian huruf kecil

Page 44: Kuliah - Asas Grafik

6. Jarak Antara Huruf

• Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat.

• Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.

Page 45: Kuliah - Asas Grafik

7. Jarak Antara Baris

• Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama.

• Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

• Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.

Page 46: Kuliah - Asas Grafik

04/21/2023 46

Type of Thinking

Page 47: Kuliah - Asas Grafik

04/21/2023 47

Type of Thinking

Vertical ThinkingDiagonal Thinking Up-Side Down Thinking

Natural Thinking

Creative Thinking

Page 48: Kuliah - Asas Grafik

04/21/2023 48

Page 49: Kuliah - Asas Grafik

04/21/2023 49

1 + 1 = ?

Page 50: Kuliah - Asas Grafik

04/21/2023 50

Many people spend too much time Doing

then Thinking About what they are Doing