peranan akal_2.docx

9
PROGRAM PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT 58) _____________________________________________________________________ ______ PEMIKIRAN ISLAM SEMASA ( HIA 3033 ) ____________________________________________________________________________ ______ TAJUK : SEJAUHMANA PERANAN AKAL MAMPU MEMBAWA MASYARAKATNYA KE ARAH MASYARAKAT YANG BERILMU, BERFIKIRAN TERBUKA, BERAKHLAK MULIA DAN BERTAMADUN NAMA : NOR YUHANIS BT MOHD SALAM NO MATRIK : D 20111049002 SEMESTER : SEMESTER 1 SESI 2013 / 2014 KUMPULAN : D PENSYARAH : HJ MOHAMAD KHAIRUL AZMAN BIN HJ AJUHARY 0

Upload: nor-yuhanis-mohd-salam

Post on 01-Oct-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT 58)___________________________________________________________________________

PEMIKIRAN ISLAM SEMASA( HIA 3033 )__________________________________________________________________________________

TAJUK :SEJAUHMANA PERANAN AKAL MAMPU MEMBAWA MASYARAKATNYA KE ARAH MASYARAKAT YANG BERILMU, BERFIKIRAN TERBUKA, BERAKHLAK MULIA DAN BERTAMADUN

NAMA: NOR YUHANIS BT MOHD SALAMNO MATRIK: D 20111049002SEMESTER: SEMESTER 1 SESI 2013 / 2014KUMPULAN : DPENSYARAH: HJ MOHAMAD KHAIRUL AZMAN BIN HJ AJUHARY

1.0 PENGENALANAkal merupakan fungsi roh. Akal adalah hasil perkaitan antara otak dan kalbu. Otak diguanakan sebagai alat untuk berfikir dan kalbu digunakan sebagai alat untuk menghayati. Seseorang manusia dinilai dan dipandang berdasarkan tingkat kefahaman dan kualiti akal yang mereka ada. Akal merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang ada pada manusia berbanding makhluk lain yang mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Akal merupakan asas penting kepada manusia dan dengan adanya akal ia dapat membezakan darjat dan kedudukan seseorang manusia dengan makhluk lain. Akal merupakan semua proses berfikir dan ia dikaitkan dengan tahap kecerdasan yang ada pada seseorang manusia. Menurut pandangan Ibn al-Manzur di dalam bukunya Lisan al-Arab menyatakan bahawa akal adalah kepintaran. Menurut al-Muhasabi, akal ialah al-Gharizah yang membawa maksud sebagai sifat semulajadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu perkara. Namun, terdapat perbezaan dalam mendefinisikan akal. Menurut pendapat Imam al-Ghazali, akal adalah sesuatu yang dapat membezakan seseorang manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Dengan adanya akal, manusia dapat menerima pelbagai ilmu sama ada yang berbentuk teori atau nazariyah serta ia dapat menjana idea-idea. Akal juga sangat berkait rapat dengan fikiran manusia. Selain itu, akal juga dikatakan sebagai ilmu dan pengertahuan yang diperolehi oleh seseorang melalui pengalaman-pengalaman yang pernah dialami seseorang. Seseorang yang mempunyai pengalaman itu dikatakan sebagai seorang yang berakal, manakala mereka yang tidak berpengalaman dianggap sebagai jahil. Selain itu, menurut pendapat al-Harith Ibn Asad al-Muhasibi mentakrifkan akal sebagai naluri, tabiat dan hakikat semulajadi yang ada pada manusia. Oleh itu, dengan adanya akal manusia mampu dan bersedia untuk memahami dan menerima segala ilmu pengetahuan yang diajar.

2.0 PERANAN AKAL

Akal mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia khususnya dalam mencari bukti dan hujah tentang kewujudan tuhan. Walaubagaimanapun, peranan akal amat terbatas dalam menyelesaikan dan menjawab semua persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, akal merupakan alat yang berfungsi untuk memperoleh maklumat dan ilmu sama ada ilmu berkaitan duniawi dan ukhrawi. Akal berfungsi untuk memahami kebenaran sama ada yang fisik atau metafisik. Menurut Ahmad Shabery Cheek, manusia adalah sama dengan haiwan lain dalam sifat kehaiwanannya yang terdiri daripada panca indera, gerak, makanan, ruang hidup dan sebagainya. Namun, manusia mempunyai kelebihan berbanding haiwan kerana adanya kemampuan berfikir yang menjadi penduan kearah memperoleh kehidupan yang lebih bertamadun. Dengan adanya akal, manusia menjadi tidak terikat dengan sesuatu perkara kerana manusia bebas berbuat baik dan mereka juga bebas berbuat jahat. Peranan akal dapat dilihat dari pelbagai sudut sumber termasuklah sudut kemanusiaan dan sudut ketuhanan. Peranan akal dari sudut kemanusiaan termasuklah yang meliputi alam benda dan sifat lahir. Manakala peranan akal juga dilihat dari sudut ketuhanan yang merangkumi tentang alam ghaib yang mana ia berada di luar kemampuan akal. Oleh itu, sumber dan peranan akal manusia merupakan sesuatu yang bersifat terhad dan terbatas. Peranan akal dapat dibahagikan sama ada menurut Al-Quran dan Al-Sunnah dan peranan akal mengikut pemikir Islam.

Antara peranan akal mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah adalah untuk mengkaji dan mendalami serta mempelajari sesuatu ilmu. Akal yang dikurniakan kepada manusia hendaklah digunakan sewajarnya untuk memperolehi ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Oleh itu, Al-Quran merupkan salah satu ruang yang baik bagi seseorang manusia menggunakan akal mereka untuk mencari ilmu sama ada ilmu yang berkaitan keduniaan dan ilmu akhirat dan keagamaan. Akal manusia sememangnya amat terbatas dan seseorang perlu mengkaji dan berfikir untuk menghasilkan sesuatu mengikut kemampuan akal mereka. Walaupun akal manusia itu terbatas dan terhad, seseorang yang dianugerahkan akal mampu untuk meneliti, memerhati dan mengkaji perkara yang dapat ditaakul oleh akal mereka beserta dengan gabungan pancaindera yang ada. Oleh itu, Al-Quran telah menyarankan setiap manusia untuk menggunakan akal mereka untuk meneliti dan mengkaji perkara yang berkaitan dengan pelbagai aspek demi kehidupan yang lebih sempurna. Dengan adanya akal, manusia dapat memperolehi sesuatu ilmu dan pengetahuan yang akhirnya mampu melahirkan seseorang masyarakat yang berilmu dan berfikiran terbuka. Oleh itu, manusia dapat melaksanakan tugas-tugas Allah dengan baik sehingga akhirnya manusia dapat memperoleh kejayaan dan membina kesempurnaan sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.

Dengan adanya akal, manusia dapat mengkaji dan meneliti sebab dan akibat bagaimana sesuatu perkara dan peristiwa di alam semesta ini boleh berlaku. Allah menciptakan dan menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan ini tidak dapat dinafikan bahawa manusia tidak dapat belajar dan berfikir sekiranya tidak mempunyai akal yang sihat. Namun demikian, sekiranya seseorang telah menggunakan akal melampaui kemampuannya, maka individu tersebut telah melakukan kezaliman terhadap akal mereka. Seseorang manusia tidak dapat menjalankan ibadah dengan sempurna jika apa yang difikirkan oleh akalnya telah melamapaui apa yang diperintahkan oleh Allah swt. Sebagai contoh, seseorang manusia yang mendalami ilmu Al-Quran di luar kemampuan akalnya dan berusaha untuk mengetahui zat Allah adalah sesuatu yang mustahil untuk dipelajari dan difikirkan oleh akal seseorang manusia. Akal yang ada pada seseorang manusia membantu manusia untuk mengenal zat Allah, memperluas dan melaksanakan perintah Allah serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu bagi memajukan diri masyarakat.

Selain itu, peranan akal juga adalah untuk mempelajari dan memahami wahyu Allah. Akal membantu seseorang itu berilmu dan menangkat seseorang supaya lebih berakhlak mulia dan bertamadun. Akal juga merupakan sumber dan memainkan peranan untuk mengenal Allah sama ada melalui sifat-Nya atau bukti kekuasaan-Nya. Setiap manusia perlu berfikir berlandaskan kebenaran dan hakikat Al-Quran bagi mengelakkan seseorang manusia itu terhindar dari bisikan syaitan yang sentiasa cuba untuk menjauhkan hati manusia dari beriman kepada Allah. Kepentingan akal jelas dinyatakan di dalam Al-Quran, firman Allah dalam Surah Ar-Ra`d ayat 19 :

maka adalah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyala orang-orang yang berakal sempurna.Al-Quran telah mendorong manusia untuk berfikir berkaitan sesuatu perkara secara lebih mendalam termasuklah perkara berkaitan kewujudan dan kekuasaan Allah. Berdasarkan akal fikiran yang dimiliki, seseorang masyarakat dapat berfikir bagi melihat dan memikirkan alam ciptaan Allah yang akhirnya dapat membentuk masyarakat yang hidup berlandaskan kepada hukum dan syariat yang telah ditetapkan. Akal juga merupakan salah satu syarat manusia ditaklifkan dan akal yang tidak diarahkan dengan betul menurut syarak atau akal yang lalai daripada menunaikan tanggungjawab Allah yang boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan azab. Akal juga berperanan dalam membantu seseorang untuk menilai antara kebaikan dan keburukan. Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu perlulah mengarahkan akalnya supaya berusaha dan bertanya kepada orang yang lebih berpengetahuan. Pandangan ini adalah sejajar dengan pendapat Ibn Sina dan Imam al-Ghazali yang mengatakan bahawa akal berperanan sebagau sumber ilmu yang penting dalam mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Selain itu, Ibn Sina dan Imam al-Ghazali juga berpendapat bahawa akal berperanan untuk menaikkan taraf manusia ke tahap dan darjat yang lebih baik dan terpuji. Hal ini kerana jika seseorang individu itu mempunyai ilmu dan akal fikiran yang baik, maka individu tersebut akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dan dihormati masyarakat. Dengan adanya akal, seseorang itu mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Akal mempunyai daya bagi mendorong hati manusia untuk mencapai keimanan sekaligus dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Akal adalah pembimbing manusia ke arah kebenaran dan hakikat Al-Quran. Ini kerana akal merupakan penggerak utama anggota badan. Kekuatan akal yang ada pada diri manusia akan mendorong seseorang kepada hakikat sebenar kejadian dan menjauhkan diri dari segala batil untuk patuh kepada hukum Allah. Dengan adanya akal juga, amar maaruf dan nahi mungkar iaitu menyeru kepada perkara yang wajib dan meninggalkan segala perkara yang dilarang dapat diterapkan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu masayarakat dapat mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang ditetapkan oleh Islam dan membentuk masyarakat yang berilmu, berfikiran terbuka, berakhlak mulia dan bertamadun. Ini kerana tingkat akal akan menentukan kedudukan seseorang. Apabila fikiran diisi dengan ilmu pengetahuan, seseorang akan menjadi intelek. Namun, seseorang yang mempunyai pendidikan belum tentu akan menjadi individu yang berakhlak sekiranya hatinya tidak diisi dengan penghayatan moral. Akal yang dikurniakan adalah bertujuan untuk membantu manusia berfikir sama ada sesuatu perkara yang akan dilakukan itu baik atau buruk. Mereka perlu menilai sesuatu perkara itu dengan menggunakan akal yang rasioanal sebelum melakukan sebarang tindakan. Sebagai seorang masyarakat yang bertamadun, kita tidak boleh menerima dan mengikut sahaja tanpa mengetahui kesan dan akibatnya sama ada baik atau buruk kecuali kita adalah seorang yang jahil dan tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan. Individu yang berilmu dan berakhlak mulia seharusnya tahu untuk menilai sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah dan kesannya kepada kehidupan diri sendiri dan masyarakat secara amnya. Akal adalah alat untuk berfikir serta menentukan perkara yang baik dan buruk sekaligus menambil iktibar daripada sesutau yang berlaku. Allah s.w.t meletakkan akal di kedudukan yang paling mulia dan ia hanya dikurniakan kepada manusia kerana akal yang akan membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain dan antara seseorang manusia dengan makhluk lain seperti haiwan. Seseorang masyarakat yang berakhlak mulia dan berkepribadian tinggi perlu menggunakan akal dengan sebaiknya sebagai salah satu cara untuk mendapatkan petunjuk, iman dan panduan hidup. Ini kerana pengamatan yang mendalam dalam diri seseorang dan alam juga boleh mendekatkan seseorang kepada Allah. Akal dilihat mampu menyempurnakan peribadi seseorang manusia kerana akal itu sendiri bersifat sempurna. oleh itu, akal dapat mengawal keseluruhan tubuh badan manusia termsuklah dari aspek dalaman dan luaran. Akal juga menjadi alat untuk menilai sama ada jika melakukan perkara yang baik akan mendapat pahala atau melakukan perkara yang jahat sehingga boleh membinasakan diri dan orang lain.

3.0 KESIMPULAN

Allah s.w.t sengaja menimbulkan perkara yang tiada di dalam nas dalil supaya minda dan akal dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan sebahagian daripada urusan manusia. Akal yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia menjadikan manusia makhluk yang paling baik dan teristimewa jika dibandingkan dengan makhluk lain. Akal mempunyai peranan yang besar kepada kehidupan manusia terutamanya dalam menggalakkan manusia mencari bukti dan hujah berkaitan kewujudan Tuhan. Akal yang dikurniakan Allah adalah tingi nilainya dan tidak diberikan kepada makhluk lain. Manusia adalah hamba Allah yang amat kompleks dan sebaik-baik kejadian makhluk yang diciptakan. Martabat manusia diletakkan di tahap yang paling tinggi kerana akal fikiran yang ada dalam diri manusia. Apabila manusia tidak dianugerahkan dengan akal, mereka boleh dikatakan sama sahaja dengan makhluk lain yang ada di muka bumi ini. Secara kesimpulannya, dengan adanya akal manusia boleh menjadi mulia setaraf malaikat dan dengan akal juga manusia dapat jatuh setaraf dengan syaitan. Oleh itu, untuk menjadi masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bertamadun, seseorang itu perlu bertindak mengikut kewarasan akal dan menggunakan anugerah akal dengan sebaik-baiknya.

4.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Shabery Cheek (1992). Khazanah Intelektual Islam. Kuala Lumpur : Vinlin Press Sdn Bhd.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (2007). Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Chia Chee Fen & Leornard M.S Yong (1994). Pemikiran Kreatif. Kuala Lumpur : Arena Buku Sdn Bhd.

Daud Rasyid (1998). Islam Dalam Pelbagai Dimensi. Jakarta : Gema Insani Press Sdn Bhd.

Haron Din, Hassan Salleh, Mohd Sulaiman Hj Yasin & Sidi Ghazalba (1990). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Baba (2008). Pemikiran HAMKA. Kuala Lumpur : Dewan Bahsa dan Pustaka.

Za`ba (1982). Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri: Pendeta Za`ba. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7