2015.docx · web viewkementerian kerja raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan...

22
1 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Upload: vuongthuan

Post on 29-Mar-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

1 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 2: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

ISI KANDUNGLatar Belakang

Visi

Misi

Fungsi Kementerian

Teras Strategik

Pembangunan Modal Insan DiKementerian Kerja

Raya

Objektif Latihan

Dasar Latihan

Pelaksanaan

Strategi Latihan

Penutup

1

1

2

2

3

4

5

5

7

9

19

Page 3: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Kerja Raya telah

dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan pembangunan

infrastruktur awam di negara ini.

Peranan, tanggungjawab dan

sumbangan Kementerian dalam

pembangunan fizikal negara

mempunyai hubung kait dengan

Jabatan Kerja Raya yang telah

ditubuhkan sejak tahun 1872.

Kementerian Kerja Raya telah

ditubuhkan pada tahun 1955 dan

diketuai oleh Y.B. Encik Sardon bin

Haji Jubir sebagai Menteri Kerja Raya

yang pertama. Pada tahun 1956,

nama Kementerian telah diubah

kepada Kementerian Kerja Raya, Pos

dan Telekom yang bertanggungjawab

ke atas tiga jabatan iaitu Jabatan Kerja

Raya, Jabatan Perkhidmatan Pos dan

Jabatan Telekom. Selaras dengan

penyusunan semula Jemaah Menteri

pada tahun 1972, Kementerian telah

diberi nama baru iaitu Kementerian

Kerja Raya dan Tenaga. Pada tahun

1974, nama Kementerian Kerja Raya

dan Pengangkutan digunakan selaras

dengan peranan dan tugas baru yang

melibatkan sistem pengangkutan jalan

raya.

Seterusnya, nama Kementerian Kerja

Raya dan Kemudahan-kemudahan

Awam digunakan pada tahun 1976

selaras dengan perkembangan pesat

sosioekonomi negara. Bermula dari

tahun 1983, nama Kementerian Kerja

Raya digunakan semula bagi

memenuhi pengkhususan

tanggungjawab dalam merancang,

membangun dan menyenggara

infrastruktur Negara.

2.0 VISI KEMENTERIAN

Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara yang

terunggul menjelang 2020.

1 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 4: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

3.0 MISI KEMENTERIAN

a) Pembangunan InfrastrukturMemastikan pembangunan infrastruktur dirancang, di laksana dan di senggara

dengan cekap dan berkualiti tinggi.

b) Industri PembinaanMembangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara dan

perkhidmatan profesional yang berdaya saing di pasaran global.

c) Tenaga KerjaMemastikan pembangunan kapasiti dan keupayaan kontraktor, professional dan

tenaga kerja sektor pembinaan dilaksanakan selaras dengan dasar negara.

4.0 FUNGSI KEMENTERIAN

a) Merancang pembangunan rangkaian jalan Persekutuan di seluruh negara;

b) Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek jalan Persekutuan dan lain-lain

projek di bawah penyeliaan KKR;

c) Mengawal selia kerja penyenggaraan jalan Persekutuan yang diswastakan dan

Bangunan Guna sama Persekutuan seluruh Negara (kecuali Wilayah Tengah

Semenanjung Malaysia);

d) Pembangunan usahawan Bumiputera di dalam sektor pembinaan;

e) Memantau pembinaan, operasi, pengendalian tol dan penyenggaraan lebuh

raya bertol;

f) Merancang dan menyelaras urusan sumber manusia dan kewangan (mengurus

dan pembangunan) KKR dan JKR

g) Memantau jabatan dan agensi di bawah kawalannya;

h) Memantau pelaksanaan projek pembangunan Kementerian Pelanggan yang

dilaksanakan oleh JKR;

i) Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada CIDB di dalam pembangunan

industri pembinaan negara dan tenaga kerja mahir; dan

2 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 5: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

j) Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada LJM, LAM dan LJBM di dalam

program pembangunan tenaga kerja profesional bagi pasaran dalam dan luar

negara.

5.0 TERAS STRATEGIK KEMENTERIAN

Strategi dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah dikenal pasti adalah

berdasarkan kepada 6 tugas teras KKR iaitu:

a) Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pengurusan Penswastaan Lebuh rayaMenyediakan rangkaian jalan raya yang efisien dan selamat dan berkualiti untuk

kemudahan rakyat dan keselesaan rakyat.

b) Pemantapan Industri Pembinaan & Kejuruteraan Memastikan industri binaan dan kejuruteraan negara diperkukuh melalui aplikasi

teknologi terkini dan inovasi yang dapat meningkatkan nilai tambah.

c) Pengurusan Penyenggaraan Infrastruktur Jalan & Bangunan

Memastikan aset jalan dan bangunan yang ada di negara ini di selenggara

dengan cekap, berkesan supaya dapat digunakan secara optimum.

d) Peningkatan Keupayaan & Kapasiti Penggiat Industri PembinaanMemastikan pengetahuan, kemahiran dan kompeten penggiat industri

pembinaan merangkumi kontraktor, tenaga kerja dan profesional di tingkat

selaras dengan prospek industri pembinaan yang semakin mencabar.

e) Peningkatan Daya Saing Penggiat Industri Pembinaan di Peringkat AntarabangsaPenyertaan dalam pelbagai program dan inisiatif melalui promosi misi

perdagangan dan juga perjanjian persefahaman. Program dan inisiatif ini akan

menyediakan peluang, bantuan dan rundingan kepada penggiat-penggiat

industri binaan negara untuk mengeksport perkhidmatan ke luar negara.

3 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 6: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

f) Pemantapan Pembangunan dan Pengurusan OrganisasiMemantapkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan, sumber

manusia, perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta tadbir

urus organisasi bagi menjamin kelancaran perkhidmatan sokongan.

6.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kementerian Kerja Raya menerusi

Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia sentiasa menggandakan

usaha dalam mencetuskan revolusi

idea untuk memberi penekanan

terhadap usaha membangunkan

Modal Insan sebagai satu landasan

kecemerlangan Kementerian untuk

terus kekal relevan dengan kehendak

semasa.

Bagi merealisasikan matlamat

tersebut, Kementerian sentiasa

berusaha menyediakan tenaga kerja

berwibawa dengan memberi

penekanan kepada setiap elemen

yang berkaitan iaitu kemahiran,

pengetahuan, nilai, peranan sosial,

pembangunan imej diri dan tingkah

laku seseorang. Justeru, bagi

memenuhi impian ini, Kementerian

saban tahun telah menyediakan

platform latihan yang berterusan untuk

mempersiapkan warga KKR dalam

memberikan perkhidmatan terbaik

kepada stakeholders berdasarkan

model berikut:

Gambar rajah 1: Kitaran Latihan

4 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

MERANCANG LATIHAN

PENYAMPAIAN LATIHAN

PENILAIAN LATIHAN

MENGENAL PASTI

KEPERLUAN LATIHAN

Page 7: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

7.0 OBJEKTIF LATIHAN

Program latihan Kementerian Kerja Raya dibangunkan bertujuan untuk mencapai

objektif-objektif berikut:

a) PEMBENTUKAN SIKAP - melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai-nilai

murni dan sikap-sikap positif dalam melaksanakan tugas;

b) PENINGKATAN PENGETAHUAN - menyediakan anggota yang berkelayakan

dan mempunyai pengetahuan yang diperlukan dalam menjalankan tugas bagi

mencapai objektif organisasi;

c) PENINGKATAN KEMAHIRAN - melahirkan pekerja yang berkebolehan,

berkemahiran dalam mencapai hasil kerja yang bermutu, berkualiti tinggi bagi

meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi;

d) MEWUJUDKAN NILAI CIPTA (value creation) dan NILAI TAMBAH (value

added); dan

e) Menyediakan HALA TUJU KEMAJUAN KERJAYA.

8.0 DASAR LATIHAN

8.1. Skop LatihanSkop latihan dalam konteks ini

bermaksud kursus jangka pendek

yang tempohnya tiga (3) bulan atau

kurang. Ia merangkumi segala aktiviti

yang dirancang dan diuruskan untuk

warga Kementerian oleh Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia dan

Bahagian-bahagian. Skop latihan juga

meliputi kursus yang dianjurkan oleh

agensi luar (awam dan swasta yang

dihadiri oleh kakitangan awam sama

ada dibiayai oleh Kementerian atau

pihak penganjur).

8.2. Definisi Latihan

5 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 8: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

Definisi latihan KKR ialah mengambil

pakai Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 6 Tahun 2005, yang

ditakrifkan seperti berikut:

“Proses pemindahan ilmu

pengetahuan secara kemas dan

berdisiplin, bertujuan menambah

pengetahuan dan kemahiran untuk

memenuhi keperluan dan tuntutan

semasa dalam organisasi. Ini dicapai

melalui sebarang bentuk pembelajaran

seperti kursus, latihan semasa bekerja

dan program mentoring coaching atau

yang seumpama dengannya yang

menyumbang kepada pembangunan

individu dan kecemerlangan

organisasi.”

KKR juga mengambil definisi latihan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

menerusi surat edaran agensi

berkenaan rujukan JPA(L)s.1751411-

KIt 8(26) bertarikh 23 Julai 2009:

pendekatan latihan dipelbagaikan

bukan hanya melibatkan konvensional

face to face sahaja tetapi

penyampaian latihan dilaksanakan

menggunakan pendekatan blended

approach seperti program mentor

mentee, coaching (TOT), book review,

sesi perkongsian ilmu dan sebagainya.

Dengan mengambil kira dua sumber di

atas, maksud latihan di Kementerian

Kerja Raya adalah ditakrifkan seperti

Jadual 1 berikut:

JADUAL 01 Takrif Latihan Kementerian

Bil. Program Latihan Jenis Aktiviti

1. LATIHAN

Definisi:Aktiviti pemindahan ilmu yang dijalankan selama 6 jam secara berterusan dan bersemuka sama ada menerusi anjuran Kementerian, Bahagian/ Unit atau Agensi luar di dalam dan luar Negara.

  1. Kursus;2. Seminar;3. Konvensyen;4. Bengkel/ makmal/ LAB;5. Forum;6. Simposium;7. Retreat; dan8. Lawatan rasmi/ korporat/ sambil belajar

Bil. Program Latihan Jenis Aktiviti

2. SESI PEMBELAJARAN 1. Sesi pembelajaran di peringkat Unit/Bahagian/ Sektor;

6 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 9: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

Definisi:Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam anjuran Kementerian atau Agensi luar.

2. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Unit/ Bahagian/ Sektor/ Kementerian;

3. Program Executive Talk anjuraN4. Kementerian, INTAN, Agensi luar daN5. program yang seumpamanya;6. Perhimpunan Bulanan Kementerian/

Bahagian/ Unit;7. Program penerapan nilai-nilai murni dan

ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan;

8. Program sambutan hari-hari kebesaran Islam/ perayaan yang mengandungi ucapan/ ceramah/ forum;

9. Sesi pertemuan mentor mentee dan coaching (TOT);

10. Menyampaikan ceramah/ membuat pembentangan di dalam kursus/ bengkel;

11. Sesi pembelajaran ICT seperti HRMIS dan GIS.

3. PEMBELAJARAN KENDIRI

Definisi:Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran secara bersemuka atau tidak.

1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) anjuran INTAN atau e-Pembelajaran lain yang diiktiraf oleh KKR;

2. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS); dan

3. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris termasuk e-book (book review hendaklah disediakan)

8.3. Pelaksanaana) Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan mesti dirancang mengikut garis

panduan struktur latihan dan memberi keutamaan keperluan latihan

semasa Kementerian;

b) Setiap pegawai dan kakitangan mestilah melalui pusingan latihan yang

lengkap bagi mempertingkatkan kualiti individu tersebut;

c) Dalam setahun, setiap pegawai dan kakitangan awam Kementerian

dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu latihan (sama ada

7 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 10: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

dalam bentuk kursus, seminar atau bengkel) dan tidak kurang dari 7 hari berkursus setahun;

d) Latihan hendaklah diberikan kepada semua kategori/ peringkat

perkhidmatan sama ada pengurusan dan professional mahupun

kumpulan sokongan;

e) Bagi pegawai atau kakitangan yang melaporkan diri untuk lantikan baru,

mestilah menjalani Program Transformasi Minda (PTM);

f) Latihan yang diadakan hendaklah memberi keutamaan kepada usaha

untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran diri, memenuhi tahap

keperluan organisasi dan berkaitan dengan bidang tugas;

g) Program kursus jangka pendek (kurang dari 3 bulan) luar negara perlu

mengambil kira perkara berikut:

i) Pegawai yang telah mengikuti kursus jangka pendek/ panjang di luar

Negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus- kursus jangka

pendek lain atau siri kursus jangka pendek seterusnya di luar Negara

selepas genap satu tahun tamat mengikuti kursus tersebut;

ii) Setiap pegawai dicalonkan untuk mengahadiri kursus jangka pendek

luar negara hendaklah terdiri daripada mereka yang mendapat

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang–kurangnya 85% dan ke atas serta bebas daripada tindakan tatatertib;

iii) Seminar atau kursus ke luar Negara hendaklah mempunyai kaitan dengan bidang tugas pegawai;

iv) Semua pencalonan untuk menghadiri kursus jangka pendek luar

negara anjuran JPA atau lain-lain penganjur perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu sebelum

8 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 11: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

dikemukakan kepada pihak berkenaan; dan

v) Tempoh kursus jangka pendek luar Negara (kecuali seminar/

persidangan) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian hendaklah

dijalankan sekurang-kurangnya selama 5 hari dan maksimum 14 hari. Penyertaan dalam kursus di luar Negara yang tempohnya terlalu

pendek iaitu dua (2) hari ke bawah tidak dibenarkan kecuali pegawai

membentangkan kertas kerja atau seminar yang diadakan di negara

ASEAN.

9.0 STRATEGI LATIHAN

9.1. Jadual Latihan Tahunan (JLT)

Bagi mencapai dasar dan objektif yang

ditetapkan, program latihan yang akan

dianjurkan adalah meliputi kursus-

kursus generik dan fungsian yang

bersesuaian dengan kompetensi serta

berbentuk softskill dan humanity.

Pelaksanaan latihan fungsian

menjurus kepada core business KKR

serta bahagian-bahagian manakala

pelaksanaan kursus generik menjurus

kepada program-program bagi tujuan

pembangunan nilai-nilai murni,

semangat kerja berpasukan, semangat

motivasi dan program-program yang

dapat membantu job enrichment, job-

enhancement serta multi tasking.

Antara kaedah penyampaian latihan

adalah seperti berikut:

JADUAL 02 Kaedah Penyampaian Latihan

Bil Jenis Latihan Kaedah Latihan

1. Latihan peningkatan pengetahuan Kuliah, ceramah, seminar, symposium, audio-

9 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 12: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

visual, persidangan

2. Latihan peningkatan kemahiran On Job Training, work attachment, role play, tunjuk cara

3. Latihan pembentukan sikap Sensitivity training, team building, management games

Program-program yang akan dilaksanakan di bawah JLT 2015 adalah seperti

berikut:

A PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1. Program Pembangunan Kepimpinani) Leadership At The Peak (PEAK) (Gred 52 dan ke atas)

ii) Leadership Essential Programme (LEAP) (Gred 48)

iii) Program Elit Bakat Kepimpinan Muda (Gred 41 dan 44)

2. Program Pembangunan Professionali) Program Pengurusan

ii) Pembangunan Sahsiah Diri

iii) Pembangunan Soft Skill

B PROGRAM PEMBANGUNAN BIDANG KEPAKARAN/BIDANG KEMAHIRAN

1. Program Pembangunan Kader

C PEMBANGUNAN ORGANISASI (BPSM)

1. Program Pembudayaan Ilmu (Executive Talk, Sesi Perkongsian Ilmu) sebagai usaha menjadikan KKR sebagai organisasi

pembelajaran.

10 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 13: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

2. Program Kesejahteraan Pekerja (Sosial, Kesihatan, Interaksi) bagi

tujuan keseimbangan kerjaya dan kebajikan pekerja.

3. Program Pentadbiran Pejabat bagi mengujudkan persekitaran kerja

yang ceria, teratur, diurus dengan baik serta menggembirakan

pekerja.

D PEMBANGUNAN NILAI, ETIKA DAN JATI DIRI

1. Program Psikologi dan Kaunseling

2. Program Pembangunan Nilai Positif dan Jati Diri.

E PROGRAM WAJIB, PEMBANGUNAN PEGAWAI BARU DAN PERALIHAN KERJAYA (BPSM)

1. Program yang diperlukan sebagai salah satu syarat perkhidmatan

(contoh: pengesahan jawatan).

2. Program Pendedahan kepada Pegawai Baru (pengenalan kepada

pegawai baru mengenai organisasi, aspek perkhidmatan dan

kemajuan kerjaya).

3. Program Persaraan.

F PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI

1. Generik (BPSM)i) Bahasa

ii) Penyeliaan

iii) ‘Soft Skill’

11 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 14: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

iv) Hari Latihan

v) Kursus Kemahiran Asas komputer

vi) Program umum untuk gred jawatan tertentu

2. Fungsian (Bahagian-Bahagian)i) Program Pembangunan Industri Pembinaan dan Pembangunan

TeknikaL

ii) Program Kewangan & Akaun

iii) Program Pembangunan ICT

iv) Program Integriti

v) Program Pengkhususan Lain mengikut Bahagian

G PROGRAM LUAR (TIDAK BERBAYAR/ BERBAYAR)

1. Kursus Agensi Luar (Awam dan Swasta)

2. Latihan Luar Negara

9.2. Pengenalpastian Peserta dan Penceramah ProgramPenganjur program perlu mengenal pasti penceramah dan peserta bagi

tujuan latihan berkenaan. Dokumen tuntutan bayaran penceramah (sekiranya

melibatkan bayaran penceramah) perlu dikemukakan kepada BPSM sebelum

8 haribulan setiap bulan.

9.3. Pelantikan Penceramah Swasta/ Bebas Pelantikan penceramah Swasta/ Bebas perlu dikemukakan kepada BPSM

dengan menyertakan dokumen lengkap sekurang-kurangnya 5 hari sebelum

program bermula bagi tujuan permohonan Pesanan Tempatan ke Bahagian

Kewangan.

9.4. Pelantikan Pakej Latihan

12 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 15: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

Permohonan kelulusan pelantikan penyedia pakej latihan (hotel) perlu

dikemukakan kepada Jawatankuasa Pakej Latihan di Bahagian Kewangan

sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum latihan dilaksanakan dan

minit kelulusan berserta dokumen lengkap hendaklah dikemukakan ke BPSM

untuk tujuan pengeluaran Pesanan Tempatan dalam tempoh sekurang-

kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh kursus.

9.5. Mekanisme Pemantauan Pelan Operasi LatihanPemantauan pelaksanaan program latihan dilaksanakan menerusi kaedah

seperti berikut:

a) Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)PPSM merupakan jawatankuasa tertinggi peringkat Kementerian

dalam pemantauan dan pelaksanaan program latihan Kementerian.

Panel ini akan bersidang pada bulan Januari setiap tahun bagi

meluluskan perancangan program latihan tahun semasa dan

memantau keberkesanan program latihan Kementerian.

b) Mesyuarat Sektor PengurusanPemantauan latihan juga dibuat melalui Mesyuarat Sektor Operasi.

c) Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Perlaksanaan KursusCawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI), BPSM juga turut

menjalankan pemantauan ke atas prestasi perbelanjaan dan

pelaksanaan kursus Jabatan/ Bahagian. Laporan tersebut perlu

dikemukakan kepada CPMI sebelum 25 hari bulan setiap bulan bagi

tujuan pemantauan perbelanjaan dan prestasi latihan mengikut jadual

yang telah diluluskan dalam PPSM.

13 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 16: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

d) Mesyuarat Jawatankuasa LatihanMesyuarat Jawatankuasa Latihan juga akan diadakan sekurang-

kurangnya tiga (3) kali setahun bagi memantau prestasi pelaksanaan

dasar latihan KKR.

e) Mesyuarat BPSM bersama Pegawai Latihan BahagianMesyuarat BPSM bersama pegawai latihan Bahagian juga akan

diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun bagi memantau

prestasi latihan 7 hari warga KKR dan prestasi pelaksanaan program

latihan KKR.

9.6. Peranan dan Tanggungjawab

a) Peranan Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI), Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia dalam POL Tahunan CPMI, BPSM

bertanggungjawab ke atas POL Tahunan dalam perkara berikut:

i) Memastikan peruntukan untuk tujuan latihan tahunan KKR

disediakan sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan

emolumen Kementerian;

ii) Merancang dan melaksanakan kursus wajib perkhidmatan seperti

Program Transformasi Minda dan program-program lain seperti

dinyatakan di para 9.1;

iii) Melaksanakan Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis -

TNA) bagi mengenal pasti keperluan latihan warga KKR sebelum

Jadual Latihan Tahunan (JLT) disediakan;

iv) Menyelaras dan menguruskan permohonan/ pencalonan pegawai

dan kakitangan Kementerian untuk mengikuti latihan anjuran institusi

latihan awam lain/ Badan Berkanun/ Swasta;

14 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 17: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

v) Menyelaras dan menguruskan kelulusan semua permohonan/

pencalonan pegawai bagi mengikuti kursus luar negara;

vi) Memastikan semua kursus-kursus yang telah dirancang di bawah

POL Kementerian dilaksanakan sepenuhnya mengikut Pekeliling/

Surat Pekeliling Perkhidmatan dan lain-lain Pekeliling yang berkaitan;

vii) Menyelaras dan menguruskan permohonan/ pencalonan pegawai

dan kakitangan Kementerian untuk mengikuti kursus jangka pendek/

jangka sederhana/ jangka panjang samada di dalam atau di luar

negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);

viii) Memastikan semua warga KKR mengikuti sekurang-kurangnya 7

hari latihan;

ix) Membuat penilaian Keberkesanan Kursus bagi program-program

anjurannya;

x) Memastikan Agensi-agensi/ Jabatan di bawah Kementerian

menyediakan POL masing-masing; dan

xi) Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Dasar Latihan KKR dan

Agensi di bawahnya kepada JPA satu (1) kali setahun iaitu sebelum

31 Januari setiap tahun berikutnya untuk perlaksanaan Januari

hingga Disember.

b) Peranan Ketua-ketua Jabatan/ BahagianKetua-ketua Bahagian adalah bertanggungjawab ke atas POL dalam

perkara-perkara berikut:

15 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 18: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

i) Merancang kursus-kursus fungsian yang bersesuaian yang memberi

penekanan bagi meningkatkan Kompetensi Khusus yang berkaitan

dengan Bahagian masing-masing;

ii) Mengurus dan melaksanakan program-program fungsian yang telah

dirancang;

iii) Memastikan segala perancangan program latihan Bahagian masing-

masing dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan ditetapkan di

dalam JLT;

iv) Memastikan PPKL Bahagian masing-masing melaksanakan penilaian

ke atas keberkesanan program latihan Bahagian bagi menentukan

kursus yang diikuti oleh pegawai boleh membantu mencapai

matlamat Jabatan dan Bahagian;

v) Memastikan pegawai dan kakitangan di Bahagian masing-masing

mengikuti sekurang – kurangnya 7 hari berkursus setahun

berdasarkan takrif latihan; dan

vi) Memastikan PPKL Bahagian menyediakan dan mengemukakan

Laporan Pelaksanaan Kursus kepada Cawangan Pembangunan

Modal Insan (CPMI) bagi tujuan rekod dan penyediaan Laporan

Prestasi Latihan Tahunan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA).

c) Tanggungjawab IndividuSetiap kakitangan awam adalah bertanggungjawab ke atas POL Tahunan

dalam perkara-perkara berikut:

16 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 19: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

i) Mengikuti dan menghadiri kursus yang diluluskan atau ditetapkan

dengan penuh komitmen dan jayanya. Peserta yang telah dicalonkan

tetapi gagal menghadiri kursus dikehendaki memberikan surat tunjuk

sebab dan mendapatkan calon pengganti;

ii) Menghadiri kursus sekurang – kurangnya 7 hari dalam setahun.

Tindakan penalti akan dikenakan ke atas peserta yang gagal melengkapkan 7 hari latihan setahun iaitu pemotongan markah prestasi tahunan sebanyak 5 % dan peserta juga tidak akan dipertimbangkan untuk pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun berkenaan;

iii) Mengemas kini Buku Log Latihan masing-masing dan

mengemukakan kepada Urus setia Latihan / Unit Pentadbiran di

Jabatan / Bahagian masing-masing bagi tujuan menyediakan

Laporan Kursus kepada Cawangan Pembangunan Modal Insan,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;

iv) Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran dengan mencari peluang – peluang latihan yang

disediakan oleh Institusi Latihan Awam seperti INTAN/ Agensi

Kerajaan Lain dan sebagainya; dan

v) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh

melalui kursus ke dalam tugas harian dan berkongsi ilmu

pengetahuan yang diperoleh bersama rakan sekerja.

9.7. Penilaian Program LatihanPenilaian akan dilaksanakan ke atas semua Program Latihan sama ada

anjuran CPMI, Bahagian ataupun kursus-kursus anjuran agensi luar yang

dihadiri oleh peserta bagi tujuan penambahbaikan Program Latihan dan

melihat keberkesanan program tersebut. Laporan tersebut hendaklah

direkodkan dan disimpan bagi tujuan pengauditan JPA dan MAMPU

khususnya untuk penarafan bintang dalam System Star Rating (SSR). Urus

17 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 20: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

setia bagi semua kursus-kursus yang disenaraikan dalam JLT sama ada di peringkat BPSM atau Bahagian hendaklah mengemukakan laporan penilaian kursus seperti berikut:

a) Borang KKR – B08: Laporan Penilaian Peserta Kursus

Menggunakan format KKR-B-08 (LAMPIRAN A) sebaik sahaja tamat

kursus dan laporan penilaian kursus tersebut hendaklah dikemukakan

kepada CPMI selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kursus.

b) Borang KKR - B09: Penilaian Keberkesanan KursusMenggunakan format KKR-B-09 (LAMPIRAN B) selepas enam puluh (60) hari kursus bagi tujuan menilai impak kursus kepada peserta.

Penilaian akan dilaksanakan oleh peserta dan juga penyelia.

9.8. Pelantikan Pegawai Pembangunan Kompetensi Dan Latihan (PPKL)PPKL akan dilantik di setiap Bahagian yang akan bertanggungjawab dalam

pelaksanaan program latihan bahagian, mengemukakan maklum balas dan

mengemas kini rekod serta laporan pelaksanaan kursus termasuk kehadiran

berkursus 7 hari di Bahagian/ Unit masing-masing. Senarai PPKL 2015

adalah seperti di LAMPIRAN C.

9.9. Perancangan LatihanJadual Latihan Tahunan (JLT) 2015 akan merangkumi program-program

seperti dinyatakan di para 9.1. Jadual latihan terperinci ialah seperti di

LAMPIRAN D.

9.10. Peruntukan LatihanBagi tahun 2015, peruntukan emolumen Kementerian ialah sebanyak

RM53,977,000.00. Sebanyak RM3,000,000.00 telah diperuntukkan bagi

tujuan latihan iaitu bersamaan dengan 5.56%.

10.0 PENUTUP

18 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015

Page 21: 2015.docx · Web viewKementerian Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur awam di negara ini. Peranan, tanggungjawab dan sumbangan Kementerian

Pelan Operasi Latihan (POL) 2015 ini

telah disediakan bagi memberikan

panduan serta penerangan secara

menyeluruh dan tersusun mengenai

program latihan yang telah dirancang

pada tahun 2015. Ia juga telah

mengambil kira keperluan latihan bagi

semua warga Kementerian dalam

memenuhi teras strategik ke-6 KKR

iaitu Pemantapan Pembangunan dan

Pengurusan Organisasi. Menerusi

POL ini, diharap ia dapat dijadikan

panduan pelaksanaan program latihan

di Kementerian Kerja Raya di samping

memberi manfaat kepada semua

warga Kerja Raya bagi mencapai

objektif dalam menambah kemahiran

dan pengetahuan ketika mana

menghasilkan produk dan

perkhidmatan yang berkualiti.

Outcome POL ini juga diharap dapat

melahirkan pekerja yang mahir dan

terlatih dalam berbagai bidang di

samping meningkatkan kecekapan

prestasi dan produktiviti organisasi.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Kerja Raya

Januari 2015

19 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015