peranan 5 daing bersaudara.docx

13
Pengenalan Daeng lima bersaudara atau juga dikenali sebagai Upu-upu Bugis lima bersaudara merupakan keturunan bugis yang berasal daripada Makasar atau Sulawesi Selatan, Indonesia. Daeng lima bersaudara berasal daripada keturunan raja Bugis iaitu datuk mereka Opu La Maddusilat merupakan seorang raja di negeri Luwuk. Menurut orang Bugis, Opu La Maddusilat mempunyai tiga orang anak. Yang sulung bernama Pajung, yang tengah bernama Opu Tendriburang Daeng Rilaga dan yang bongsunya bernama Opu Daeng Biasa. Ketiga-tiga anak Raja La Maddusilat itu dikatakan baik paras rupa dan sikapnya 1 . Opu Tendriburang Daeng Rilaga merupakan ayahanda Daeng lima bersaudara. Yang sulung bernama Daeng Parani, yang kedua bernama Daeng Menambun, yang tengah bernama Daeng Marewah, yang ke-4 bernama Daeng Cellak, dan yang bongsu bernama Daeng Kemasi. 2 Kelima-lima bersaudara ini sering dibawa ayahandanya belayar ke Barat walaupun pada ketika itu usia mereka masih terlalu muda. Kelima-lima puteranya memiliki paras rupa dan sikap yang baik serta memiliki semangat kepahlawanan. 3 Mereka juga belayar ke negeri To Pammana dan seterusnya ke Boneh dan ke Mengkasar. 1 Raja Ahmad & Raja ali Haji.1982.Tuhfat Al-Nafis.Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd.hlm.48 2 Ibid.hlm. 49 3 Ibid. 1

Upload: syiqah-sapian

Post on 25-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

upu upu bugis..

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Pengenalan

Daeng lima bersaudara atau juga dikenali sebagai Upu-upu Bugis lima bersaudara

merupakan keturunan bugis yang berasal daripada Makasar atau Sulawesi Selatan, Indonesia.

Daeng lima bersaudara berasal daripada keturunan raja Bugis iaitu datuk mereka Opu La

Maddusilat merupakan seorang raja di negeri Luwuk. Menurut orang Bugis, Opu La

Maddusilat mempunyai tiga orang anak. Yang sulung bernama Pajung, yang tengah bernama

Opu Tendriburang Daeng Rilaga dan yang bongsunya bernama Opu Daeng Biasa. Ketiga-tiga

anak Raja La Maddusilat itu dikatakan baik paras rupa dan sikapnya1. Opu Tendriburang

Daeng Rilaga merupakan ayahanda Daeng lima bersaudara. Yang sulung bernama Daeng

Parani, yang kedua bernama Daeng Menambun, yang tengah bernama Daeng Marewah, yang

ke-4 bernama Daeng Cellak, dan yang bongsu bernama Daeng Kemasi.2 Kelima-lima

bersaudara ini sering dibawa ayahandanya belayar ke Barat walaupun pada ketika itu usia

mereka masih terlalu muda. Kelima-lima puteranya memiliki paras rupa dan sikap yang baik

serta memiliki semangat kepahlawanan.3 Mereka juga belayar ke negeri To Pammana dan

seterusnya ke Boneh dan ke Mengkasar.

Lalu mereka mengembara ke Tanah Jawa dan kembali ke Betawi untuk berjumpa

saudara bongsu Opu Tendriburang Daeng Rilaga iaitu Opu Daeng Biasa. Seterusnya mereka

belayar pula ke Siantan. Opu Daeng Parani menggantikan ayahandanya sebagai anak yang

sulung untuk menjaga keempat-empat adindanya yang lain. Setelah Opu Daeng Menampun

mendapat mimpi bahawa anak cucunya akan mentadbir kerajaan Johor-Riau, maka Daeng

Parani mempersiapkan kelengkapan untuk mereka belayar ke Melaka dan Johor.4 Menurut

Buyong Adil pula, kedatangan mereka adalah untuk mendapatkan kuasa politik bagi

memerintah kawasan yang bebas dari kuasa pemerintahan Sulawesi Selatan. 1 Raja Ahmad & Raja ali Haji.1982.Tuhfat Al-Nafis.Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd.hlm.482Ibid.hlm. 493 Ibid.4Ibid.hlm.53

1

Page 2: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Mereka juga meninggalkan tanah air mereka akibat daripada perang saudara yang

berlarutan di sana. Mereka telah mencuba untuk membuka negeri di tempat-tempat seperti

Sunbawa, Lombok, Bali dan juga Jawa, tetapi tidak berhasil. Pertikaian antara mereka dan

pembesar-pembesar tempatan telah memaksa mereka untuk mencari tempat-tempat baru di

kawasan Barat yang agak bebas dari sebarang kekuasaan dipertuan tempatan.5 Oleh hal

sedemikian, orang Bugis telah berhijrah ke Tanah Melayu dan membina petempatan di

sekitar pesisiran.

Pengaruh daeng lima bersaudara dan orang bugis di Tanah Melayu jelas kelihatan

pada abad ke 18. Hal ini mereka mendapat undangan atau jemputan daripada pemerintah dan

pembesar Tanah Melayu untuk membantu dalam perang saudara yang telah lama berlanjutan.

Bermula detik itu pengaruh orang bugis terutamanya daeng lima bersaudara menjadi lebih

kukuh dan mereka mula meluaskan penguasaannya di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan

bahawa daeng lima bersaudara ini banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Tanah

Melayu pada abad ke 18. Terdapat beberapa peranan yang dilaksanakan oleh lima daeng

bersaudara tersebut sehingga banyak berjasa kepada perkembangan Tanah Melayu.

Sumbangan Daeng Lima Bersaudara di Tanah Melayu

1.0 POLITIK

Daeng lima bersaudara banyak memberikan sumbangan dalam politik iaitu dalam

pemerintahan dan pentadbiran Tanah Melayu khususnya kerajaan Johor. Penglibatan Bugis di

Johor bermula apabila Bendahara Tun Abdullah (Sultan Abdul Jalil) memerlukan kekuatan

ketenteraan yang kuat untuk menawan semula Johor daripada Raja Kechil. Hal ini demikian

kerana pada tahun 1718, munculnya Raja Kechil yang mendakwa dirinya sebagai putera

5 Andaya B.W & Andaya L.Y.1983. Sejarah Malaysia.Petaling Jaya : Macmillan Pub (M) Sdn. Bhd.hlm.91.

2

Page 3: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Sultan Mahmud Shah II. Raja Kechil mendakwa dirinya berhak di atas takhta kerajaan Johor.

Keadaan ini telah mendorong Bendahara Tun Abdullah menawan semula Johor. Oleh itu,

beliau telah meminta bantuan kuasa luar untuk memperkuatkan lagi ketenteraannya. Putera

Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV iaitu Raja sulaiman juga dikenali sebahai Bendahara

Paduka Raja telah meminta pertolongan upu-upu bugis lima bersaudara (daeng lima

bersaudara).

Disamping itu juga, perkara lain yang menyebabkan Raja Sulaiman meminta bantuan

Opu Bugis apabila ayahandanya telah dibunuh oleh orang suruhan Raja Kecil bernama

Raden Emas. Hal ini menambahkan lagi kemarahan dan benci Raja Sulaiman terhadap Raja

Kecil. Pembunuhan Sultan Abdul Jalil IV ini berlaku rentetan daripada peristiwa Tengku

Tengah telah membawa adindanya Tengku Kamariah pulang ke rumah mereka. Hal ini

kerana Tengku Kamariah marah dan merasa benci terhadap Raja Kecil kerana timbulnya

fitnah dalam kalangan rakyat Johor yang mengatakan bahawa Raja Kecil itu bukan anakanda

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Oleh itu, Raja Kecil telah marah kerana Tengku Tengah membawa balik isterinya

malah enggan menyerahkan kembali Tengku Kamariah dan akhirnya baginda telah

menyerang Johor. Dalam serangan tersebut, Sultan Abdul Jalil telah melarikan diri ke Kuala

Pahang dan sewaktu berada di Kuala Pahang sekali lagi baginda di serang oleh angkatan Raja

Kecil yang diketuai oleh Laksamana Nakhoda Sekam. Serangan ini berlaku kerana Sultan

Abdul Jalil IV enggan mengikut Laksamana Nakhoda Sekam ke Riau. Setelah Sultan Abdul

Jalil IV alah, baginda pun menurut hendak ke Riau bertemu dengan Raja Kecil, namun

sewaktu baginda menunaikan solat subuh, baginda telah dibunuh oleh orang suruhan Raja

Kecil iaitu orang Minangkabau.6 Akibat daripada peristiwa pembunuhan inilah Raja

6 Hooker, Virginia Matheson.1982.Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 64 – 66.

3

Page 4: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Sulaiman juga terdorong untuk meminta bantuan Opu Bugis dan telah menghantar surat

kepada Opu Bugis yang ketika itu berada di Kalimantan. Dalam surat berkenaan Raja

Sulaiman telah menceritakan perihal pembunuhan ayahandanya Sultan Abdul Jalil IV yang

telah mangkat di Kuala Pahang serta penderitaan adik beradiknya.7

Dengan cara memujuk dan barangkali dengan cara menjanjikan hadiah yang tidak

dinyatakan apa bentuknya, beliau telah berjaya mendapatkan taat setia daripada pemimpin

Bugis, Daeng Marewah8. Ganjaran yang dijanjikan oleh Raja Sulaiman itu adalah seorang

daripada daeng lima bersaudara mendapat gelaran Yang di Pertuan Muda dan diwarisi secara

turun temurun. Daeng Marewah pula adalah seorang daripada daeng lima bersaudara bersama

pengikutnya telah membuktikan bahawa mereka tidak dapat di kalahkan oleh kekuatan

tentera Johor itu sendiri. Dengan bantuan kekuatan oleh enam puluh buah kapal Bugis,

Bendahara, melalui Melaka dengan angkatan perangnya dan menawan lapan buah kapal

Minangkabau dalam perjalanan ke Johor.9 Selepas beberapa hari, peperangan ini jelas

berpihak kepada Bendahara Tun Abdullah kerana Raja Kechil meminta supaya beliau

dibenarkan pulang ke Lingga. Akhirnya pihak bugis telah berjaya mengalahkan dan mengusir

Raja Kechil. Keadaan ini juga telah memudahkan Daeng Marewah mendapatkan semula

isteri dan anak-anak Sultan Johor dan seluruh rombongannya.

Dengan perlantikan Raja Sulaiman menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan

Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722, Bugis akhirnya terlibat secara langsung di

dalam politik Johor. Demi membalas jasa Bugis-Bugis berkenaan dan mengotakan janji. Raja

Sulaiman juga telah membuat perjanjian dengan Opu Bugis iaitu jika mereka ini berjaya

mengusir Raja Kecil dari Negeri Johor salah seorang daripada mereka akan dilantik menjadi

7 Buyong Adil.1971. Sejarah Johor.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.99

8Andaya,L.Y.1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.3739 Ibid

4

Page 5: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Yang Dipertuan Muda atau Raja Muda turun temurun.10 Sultan Sulaiman telah bermuafakat

dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Abas untuk melantik Daeng Merewah (Upu Kelana

Jaya Putera) memegang jawatan Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Yamtuan Muda Riau

I dan Daeng Perani pula dikahwinkan dengan adinda Sultan Sulaiman iaitu Tengku Tengah

(mendapat Daeng Kemboja yang menjadi Yamtuan Muda Riau III). Daeng Chelak pula

dikahwinkan dengan Tengku Mandak juga adinda Sultan Sulaiman.

Di samping itu, kesetiaan Bugis turut di perlihatkan dengan mempertahankan

kedudukan Sultan Sulaiman di atas takhta Johor. Orang Bugis begitu sibuk kerana

mempertahankan Sultan Sulaiman di atas takhta Kerajaan Johor dan dalam usaha

menghalang orang Minangkabau daripada menakluki Riau sehinggakan mereka membiarkan

sahaja kawasan-kawasan yang jauh saperti Muar dan Padang yang terletak di sebelah barat

Semenanjung Tanah Melayu itu jatuh ke tangan Raja Kechil.

Keadaan ini telah mendorong Raja Kechil melakukan serangan yang berulang-ulang

ke atas Riau. Serangan oleh Raja Kechil ke atas Riau ini akan dihentikan jika pihak Bugis

bersetuju dengan syarat yang di kenakan oleh Raja Kechil iaitu di pulangkan kembali isteri

beliau, Tengku Kamariah dan menyerahkan keluarga di raja Johor. Hanya setelah orang

Bugis bersetuju dengan syarat-syarat ini barulah Raja Kechil pulang ke Siak dan

membenarkan Sultan Sulaiman dan Bugis mengekalkan pemerintahan baginda di Riau11.

Pihak Bugis bersetuju untuk menyerahkan kerabat di raja Johor dan Tengku Kamariah bagi

mengekalkan kedudukan Sultan Sulaiman.

10 AF Yassin Zam Ismail.2002.Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Johor-Riau. Johor Baharu: Yayasan Warisan Johor. hlm.11.

11 Andaya,L.Y.1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.. 409

5

Page 6: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Daeng lima bersaudara atau upu-upu bugis lima bersaudara turut memberi jasa dalam

bidang politik di negeri Kedah. Upu- upu Bugis telah membantu Raja Kedah yang tua

mengalahkan saudaranya yang muda yang juga merupakan Yang Dipertuan Kedah dalam

perang Kedah yang pertama. Upu-upu bugis menolong Raja Kedah Tua sehingga berjaya

menjadi Yang Dipertuan Kedah menggantikan saudaranya yang muda. Dalam buku Tuhfat

Al-Nafis menyatakan “maka opu-opu itupun mengumpulkan segala Bugis-Bugis yang sedia

ada memang di dalam Kedah lalu diperiksanya”.12

Selain itu,dalam perang Kedah yang kedua,Opu Dahing Bersaudara turut membantu

Kedah menentang pasukan Raja Kecil sehingga salah seorang daripada opu-opu tersebut mati

iaitu Opu Daeng Parani. “Maka dengan takdir Allah taala serta dengan sudah sampai

janjinya,maka Opu dahing Parani pun kenalah peluru meriam tentang dadanya.”13 Peristiwa

ini jelas menunjukka betapa besar jasa upu-upu bugis di Tanah Melayu pada abad ke 18.

2.0 Ekonomi

Daeng Cellak telah membuka ladang gambir di Riau dan ini telah membantu

perkembangan ekonomi di Johor. Semenjak Daeng Chellak menjadi Yam Tuan Muda di

Riau pada tahun 1729. Kawasan tersebut menjadi makmur dan perniagaan berkembang pesat.

Pada masa itu-lah, dengan anjoran Yam Tuan Muda itu, mula di-buka ladang gambir di

Riau.14 Ini membuktikan bahawa daeng lima bersaudara turut memberi sumbangan dalam

ekonomi terhadap negeri Johor.

Daeng lima bersaudara itu juga telah mengukuhkan Riau dari aspek perdagangan dan

peralatan perang. Hal ini disebut dalam buku Tuhfat al-Nafis yang menyatakan “Maka

apabila sampailah baginda bertiga bersaudara itu ke Riau,maka tetaplah ia di dalam Riau

12 Raja Ahmad &Raja Ali Haji,1982. Tuhfat Al-Nafis. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 88.13 Ibid. hlm. 92.14 Buyong Adil.1971.Sejarah Johor.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.105.

6

Page 7: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

bicara meramaikan negeri Riau dengan perdagangan serta mengukuhkan negeri dengan

berbuat kubu-kubu serta menyediakan beberapa kelengkapan penjajab perang,serta

disediakan dengan orang-orangnya dan ubat pelurunya,demikianlah halnya”.15

3.0 Sosial

Lima daeng bersaudara juga turut memberi sumbangan dalam sosial iaitu sewaktu majlis

pertabalan Sultan Sulaiman. Namun begitu, majlis pertabalan Sultan Sulaiman tergendala

kerana ketiadaan alat kebesaran Johor. Alat Kebesaran Johor berada di tangan Raja Kecil

yang dilarikan bersamanya ke Siak. Alat kebesaran merupakan elemen penting dalam

pertabalan dan tanpanya raja tidak boleh ditabal. Suatu angkatan perang dari Riau di-

kepalakan oleh Daeng Marewah yang juga di-kenali dengan gelara Kelana Jaya Putera, telah

pergi menyerang Raja Kechik Siak, kerana hendak mengambil perkakas-perkakas kerajaan

besar Johor-Riau yang ada di-tangan Raja Kechik.16 Perkakas kebesaran kerajaan Johor telah

di-ambil raja-raja Bugis itu lalu di-bawa balek ka-Riau dan diserahkan kepada Raja

Sulaiman.17 Akhirya Raja Sulaiman ditabalkan menjadi Sultan Johor pada tahun 1722.

Daeng lima bersaudara juga telah membawa masuk imigran cina ke dalam kerajaan Johor

untuk mengusahakan ladang gambir. Ini juga telah merubah keadaan sosial di Johor- Riau di

mana terdapatnya orang cina yang bekerja ladang gambir.

Kesimpulan

Daeng lima bersaudara yang merupakan keturunan orang bugis telah banyak

memberikan sumbangan terhadap perkembangan Tanah Melayu Pada abad ke 18. Secara

keseluruhannya, daeng lima bersaudara ini banyak berjasa kepada kerajaan Johor

terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Johor mencapai zaman kegemilangannya

15 Ibid. hlm. 93.16 Ibid.hlm.100-101.17 Ibid.

7

Page 8: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

dengan adanya bantuan upu- upu bugis lima bersaudara ini yang membantu memerintah

sehingga Johor menjadi maju dalam perdagangan. Daeng lima bersaudara turut memberikan

sumbangan kepada negeri negeri di Tanah Melayu seperti Kedah, Selangor dan sebagainya.

Namun begitu, ia tidaklah setara dengan sumbangan mereka di Johor.

Bibliografi

Af Yassin Zam Ismail.2002.Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Johor-Riau. Johor Baharu:

Yayasan Warisan Johor. hlm.11

8

Page 9: PERANAN 5 DAING BERSAUDARA.docx

Andaya, B.W. & Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia.Macmillan Publisher(M) Sdn.Bhd

Andaya,L.Y.1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil.1971.Sejarah Johor.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hooker, Virgina Matheson. 1991. Tuhfat al- Nafis : Sejarah Melayu- Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Yusoff Hashim.(pnyt).1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Raja Ahmad & Raja ali Haji.1982. Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

9