penyelewengan ajaran millah abraham@ibrahim

20
Jabatan Agama Islam Selangor Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM MUQADDIMAH: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 3/2014 yang bersidang pada 20 Ogos 2014 memutuskan bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan menyeleweng pada 31 Mac 2011. Kumpulan ini berasal dari Bogor, Indonesia yang diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut. Golongan Millah Abraham @ Ibrahim mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah akibat serangan puak Monggol ke atas Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Abraham akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul baru (Ahmad Musadeq). Golongan ini mendakwa bahawa Millah Abraham @ Ibrahim adalah deen besar yang membawa ke jalan yang lurus lagi benar. Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W. untuk berkata bahawa jalan yang lurus adalah jalan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Ini bermakna Nabi Muhammad S.A.W. telah menegakkan satu sistem kehidupan iaitu sistem Millah Abraham. Setelah kejatuhan Islam pada 1324 Hijrah, mereka mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama’ telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendak lah bertaubat dengan memilih kembali deen Millah Abraham @ Ibrahim.

Upload: donhu

Post on 15-Jan-2017

395 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

MUQADDIMAH:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 3/2014 yang bersidang pada

20 Ogos 2014 memutuskan bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim

adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mempunyai persamaan dengan kumpulan

Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa

dan diwartakan menyeleweng pada 31 Mac 2011. Kumpulan ini berasal dari Bogor,

Indonesia yang diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat

Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering

hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut.

Golongan Millah Abraham @ Ibrahim mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh

Nabi Muhammad S.A.W. telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan

Kerajaan Bani Abbasiah akibat serangan puak Monggol ke atas Baghdad yang telah

membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang

ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Abraham akan naik semula dan akan

dibawa oleh rasul baru (Ahmad Musadeq).

Golongan ini mendakwa bahawa Millah Abraham @ Ibrahim adalah deen besar

yang membawa ke jalan yang lurus lagi benar. Allah telah memerintahkan Nabi

Muhammad S.A.W. untuk berkata bahawa jalan yang lurus adalah jalan yang

dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Ini bermakna Nabi Muhammad S.A.W. telah

menegakkan satu sistem kehidupan iaitu sistem Millah Abraham. Setelah kejatuhan

Islam pada 1324 Hijrah, mereka mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk

para ulama’ telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah bertaubat

dengan memilih kembali deen Millah Abraham @ Ibrahim.

Page 2: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Ini berdasarkan dalil-dalil yang mereka ketengahkan seperti surah al-An’am ayat

161 iaitu:

yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu)

agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk

orang-orang yang musyrik".

AJARAN DAN AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN AKIDAH DAN

SYARIAH ISLAM

Kumpulan ini telah membawa ajaran dan amalan yang bercanggah dengan aqidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan syariat Islam antaranya seperti berikut :

i. Membawa Ajaran Dan Kerajaan Baru (Millah Abraham@Ibrahim)

ii. Mendakwa Ada Rasul Selepas Nabi Muhammad S.A.W.

iii. Mensyirikkan Golongan yang Tidak Mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim

iv. Menggabungkan tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

v. Menyalah Ertikan Maksud Kiamat.

vi. Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri.

vii. Meninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat.

viii. Taksub Dan Memutuskan Hubungan Keluarga Dan Suami Isteri.

ix. Perjanjian (Bai’ah) Oleh Anggota Millah Abraham.

i. Membawa Ajaran Dan Kerajaan Baru

Golongan Millah Abraham @ Ibrahim mengatakan bahawa Kerajaan Islam yang di

bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’raf ayat 34 yang bermaksud:

Page 3: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang

tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat

pula mereka didahulukan”.

Ini bermakna ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah tamat dan

Islam yang dibawa selepas itu adalah palsu. Justeru, akan muncul umat dan rasul

baru atas nama Kerajaan Millah Abraham @ Ibrahim pada tahun 2024 yang akan

menegakkan deen. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al- An’aam

ayat 161.

”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk

hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh,

iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Semua nabi yang diutus membawa Agama Islam. Semua Nabi membawa aqidah

yang satu iaitu mentauhidkan/mengesakan Allah. Hanya syariat antara para nabi

berbeza antara satu sama yang lain, ini adalah kerana berbeza tempat dan masa.

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad kekal hingga hari kiamat.

Kejatuhan kerajaan Islam bukan bererti tamatnya ajaran Islam.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’raf ayat 34:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang

tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat

pula mereka didahulukan”.

Ayat di atas adalah merujuk kepada setiap umat mempunyai had umur yang

berbeza antara satu sama lain. Seperti umur Nabi Adam yang dikatakan sehingga

930 tahun, Nabi Nuh 1000 tahun. Dan umur umat Nabi Muhammad kebanyakannya

antara 60-70 tahun.

Page 4: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Justeru, dakwaan akan muncul umat dan rasul baru atas nama Kerajaan Millah

Abraham @ Ibrahim pada tahun 2024 yang akan menegakkan deen adalah palsu.

ii. Mendakwa Ada Rasul Selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka mendakwa bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan satu

umat baru akan dipertanggungjawabkan untuk menegakkan deen dan ketika itu

Allah akan menghantar rasul atau mesiah (bahasa ibrani) seperti sunnatullah yang

terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus, ayat 47 yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya)

setelah datang Rasul masing- masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan)

maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, dan mereka tetap tidak

dianiaya.”

Mereka menafsirkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan rasul dari kalangan kaum

mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar kaum

untuk keluar daripada kesesatan. Maka, Rasul Millah Abraham@Ibrahim diutuskan

dari kalangan bangsa Melayu nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar

kaum Melayu nusantara ini mengenai agama yang benar. Rasul yang dimaksudkan

oleh kumpulan ini ialah Ahmad Musadeq.

Kumpulan ini juga mendakwa bahawa di dalam al-Quran surah as- Shaff ayat 6

yang menyebut nama “Ahmad” mengikut tafsiran adalah Nabi Muhammad S.A.W.,

tetapi maksud sebenar ayat tersebut adalah seseorang yang bernama Ahmad.

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani

Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran

Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira

dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku -

bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-

keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

Page 5: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Selain itu, mereka menafsirkan ayat al-Quran surah al-Ahzab ayat 40 yang

dimaksudkan Khataman Nabiyyin adalah kesempurnaan deen pada zaman Nabi

Muhammad, bukan Nabi Muhammad S.A.W. nabi terakhir.

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa

yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah

dan kesudahan segala Nabi-Nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui

akan tiap-tiap sesuatu.”

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Dakwaan mereka bahawa Allah akan menghantar rasul atau mesiah (bahasa ibrani)

seperti sunnatullah yang terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri adalah satu

fahaman yang jauh menyimpang.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus, ayat 47 :

“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya)

setelah datang Rasul masing- masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan)

maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, dan mereka tetap tidak

dianiaya.”

Maka, Dakwaan bahawa Rasul Millah Abraham@Ibrahim diutuskan dari kalangan

bangsa Melayu nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu

nusantara ini mengenai agama yang benar dan Rasul yang dimaksudkan oleh

kumpulan ini ialah Ahmad Musadeq adalah satu pembohongan kerana Nabi

Muhammad adalah penutup segala Nabi.

Perkataan “Ahmad” di dalam al-Quran surah as- Shaff ayat 6 adalah Nabi

Muhammad S.A.W., bukanlah seseorang yang bernama Ahmad seperti yang

mereka dakwa dan terdapat banyak nama-nama lain bagi nabi Muhammad.

Page 6: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani

Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran

Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira

dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku -

bernama: Ahmad (Muhammad). Maka ketika ia datang kepada mereka membawa

keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas

nyata!"

Kalimah Khataman Nabiyyin dalam surah al-Ahzab ayat 40 bermaksud Nabi

Muhammad S.A.W. nabi terakhir, bukan bermaksud kesempurnaan deen seperti

yang mereka dakwa. Sememangnya nabi Muhammad dan para nabi-nabi yang yang

lain yang telah diutus sebelumnya telah menyampaikan ajaran Islam dengan

sempurna.

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa

yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah

dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui

akan tiap-tiap sesuatu.”

iii. Mensyirikkan Golongan yang tidak Mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim

Kumpulan ini telah mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @

Ibrahim termasuk para ulama’ yang dahulu selepas kejatuhan Islam pada tahun

1324 Hijrah sehingga kini kerana Islam yang dibawa adalah palsu dan telah

memecahbelahkan agama serta orang Islam itu sendiri. Justeru, taubat boleh

Page 7: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

disempurnakan dengan memilih kembali deen Millah Abraham @ Ibrahim. Ini

berdasarkan dalil di dalam surah an-Nahl, ayat 123 yang bermaksud:

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau

menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan

tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”

Mereka yang tidak mengikut diminta bertaubat dengan kembali kepada deen Millah

Abraham berdasarkan dalil di dalam surah ali-Imran ayat 83 yang bermaksud:

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain

dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di

langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah

mereka dikembalikan”.

Mereka juga mengatakan bahawa sesiapa yang menuduh Millah Abraham @

Ibrahim ini sebagai sesat, maka sebenarnya mereka yang menuduh itu telah

memperbodohkan diri sendiri. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- Baqaroh ayat

130 yang bermaksud:

” Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang

membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim

(menjadi Nabi) di dunia ini dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari

orang-orang yang salih (yang tertinggi martabatnya).”

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Golongan yang membawa ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim ini sebenarnya

telah terpesong kerana telah menterjemahkan Millah Abraham@ Ibrahim itu satu

ajaran baru selepas kenabian Muhammad. Sebenarnya kalimah ”Millata Ibrahim” itu

merujuk kepada agama Islam itu sendiri kerana semua para nabi membawa agama

Islam. Para ulama’ adalah pewaris kepada nabi bagi meneruskan dakwah Islam.

Page 8: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Surah an-Nahl, ayat 123:

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau

menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan

tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”

Semua nabi membawa aqidah yang satu iaitu mentauhidkan/ mengesakan Allah,

hanya syariat berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun syariat yang

dibawa oleh nabi Muhammad sebahagian besar adalah kesinambungan syariat yang

telah juga dibawa oleh nabi Ibrahim seperti dalam ibadah haji.

Kalimah Deenullah di dalam surah ali-Imran ayat 83 bermaksud Deenul Islam

(Agama Islam), bukanlah deen Millah Abraham@Ibrahim seperti yang mereka

dakwa:

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain

dari Deenullah (Agama Islam)? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk

yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan

kepadaNyalah mereka dikembalikan”.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- Baqarah ayat 130:

Page 9: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

” Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang

membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim

(menjadi Nabi) di dunia ini dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari

orang-orang yang salih (yang tertinggi martabatnya).”

Kalimah ”agama Nabi Ibrahim” adalah bermaksud agama Islam yang dibawa oleh

nabi Ibrahim telah dibenci oleh kaumnya. Begitu jugalah agama Islam yang dibawa

oleh nabi Muhammad juga tetap ada pembencinya sepanjang zaman. Mereka yang

ingin menegakkan Millah Abraham@Ibrahim dizaman ini juga termasuk golongan

membenci agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad.

iv. Menggabungkan tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Selain terjemahan al-Quran mereka juga menggunakan kitab Taurat dan Injil di

dalam pengajian mereka kerana di dalam al-Quran telah membenarkan kitab Taurat

dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan yang

menerangi. Sepertimana yang disebut di dalam surah al-Maidah ayat 46 yang

bermaksud:

”Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi

Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan

Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan

cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di

hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi

orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

Mereka mendakwa ayat ini selaras dengan Injil Metius (perjanjian baru) 5/17. Selain

itu mereka juga mendakwa bahawa Taurat, Injil dan Quran akan ditegakkan semula

dalam kerajaan baru. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah ayat 68 yang

bermaksud:

”Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama

sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu

percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari

Page 10: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan

kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan

dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita

terhadap kaum yang kafir itu.”

Oleh itu, selain al-Quran mereka mendakwa bahawa kedua-dua kitab tersebut tidak

boleh ditolak untuk dijadikan panduan bagi menegakkan deen.

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Di dalam rukun Islam yang enam, beriman kepada Kitab iaitu kitab al-Quran juga

kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi seperti Kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Apabila al-Quran telah diturunkan, maka semua kitab-kitab tersebut telah terbatal.

Al-Quran telah membenarkan kitab Taurat dan juga menerangkan bahawa kitab

Taurat dan Injil sebagai panduan yang menerangi pada zamannya, tetapi apabila

Allah telah menurunkan Al-quran, maka Al-quran menjadi panduan sehingga hari

kiamat.

Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 46:

”Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi

Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan

Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan

cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di

hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi

orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

Page 11: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Dakwaan mereka bahawa Taurat, Injil dan Quran akan ditegakkan semula dalam

kerajaan baru adalah merupakan kesesatan yang nyata.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah ayat 68:

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama

sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu

percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari

Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan

kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan

dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita

terhadap kaum yang kafir itu.

Di dalam ayat ini, Allah menyeru kepada Ahli Kitab supaya menegakkan agama

berpandukan kitab Taurat dan Injil. Di dalam kitab-kitab tersebut juga telah

menerangkan dengan jelas akan kelahiran Nabi akhir zaman iaitu nabi Muhammad.

Dan Allah juga telah memerintahkan mereka agar menerima al-Quran. Dan Allah

juga telah menyatakan bahawa janganlah nabi berdukacita apabila ramai diantara

umatnya yang akan mendustakan ajaran yang dibawanya.

v. Menyalah Ertikan Maksud Kiamat

Merujuk kepada surah al-An’aam ayat 161, kumpulan ini mengatakan bahawa

Kiamat adalah daripada perkataan Arab iaitu qiam iaitu berdiri atau mendirikan.

Perkataan kiamat di dalam al-Quran merujuk kepada menegakkan deen iaitu setelah

tamatnya umat ini akan ada rasul baru yang akan menegakkan deen dan sistem ini

silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini. Mereka

mendakwa tiada cerita mengenai kiamat di dalam al-Quran.

Page 12: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk

hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh,

iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Mereka telah menyalahtafsirkan kalimah Kiamat bermakna Qiam iaitu berdiri atau

mendirikan.

Dakwaan perkataan kiamat di dalam al-Quran merujuk kepada menegakkan deen

iaitu setelah tamatnya umat ini akan ada rasul baru yang akan menegakkan deen

dan sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini

adalah satu kesesatan yang nyata.

Sebenarnya banyak ayat-ayat dalam al-Quran menceritakan mengenai kiamat.

Firman Allah dalam surah al-An’aam ayat 161:-

”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk

hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh,

iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

vi. Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri

Ayat-ayat al-Quran ditafsir mengikut logik dan bebas mentakwil mengikut fahaman

mereka. Sebagai contoh, surah as- Shaff ayat 6 yang bermaksud:

”Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani

Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran

Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira

dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku -

Page 13: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-

keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

mereka menafsirkan perkataan Ahmad yang di sebut di dalam ayat tersebut

bukanlah merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W. tetapi adalah merujuk kepada

seseorang yang bernama Ahmad.

Begitu juga di dalam penafsiran surah al-An’am ayat 161 sebagai dalil bahawa

ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah ajaran yang lurus lagi benar yang dibawa

oleh rasul baru mereka.

”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk

hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh,

iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Secara keseluruhannya kumpulan ini telah menafsirkan ayat al-Quran mengikut akal

dan kehendak serta kepentingan kumpulan mereka semata-mata. Al-Quran dan as-

Sunnah dengan jelas melarang pentafsiran al-Quran dibuat tanpa ilmu dan amaran

keras ditujukan terhadap sesiapa yang melakukannya.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Isra’ 36:

”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan

tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan

diminta pertanggungan jawabnya”

Al-Quran hanya boleh ditafsirkan apabila seseorang itu telah memenuhi kriteria-

kriteria yang telah ditetapkan oleh para ulama’ antaranya mempunyai aqidah yang

betul, tidak mentafsir mengikut hawa nafsu, mempunyai pengetahuan luas dalam

Page 14: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

usul fiqh, usul tafsir, hadith dirayah dan riwayah, usuluddin dan mempunyai

pengetahuan luas dalam Bahasa Arab dan cabang-cabangnya.

vii. Meninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat

Kumpulan ini tidak melaksanakan Solat Fardhu yang diwajibkan ke atas semua

mukallaf. Mereka mengatakan solat itu ”sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah

tersebut dan makna lain iaitu bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah

Abraham bukan maksud solat yang dilakukan sekarang oleh orang Islam kerana

solat tonggang tonggek itu senang, tetapi solat menegakkan deen itu lebih

mujahadah dari segi harta dan tenaga sepertimana yang disebut di dalam surah al-

Hajj, ayat 78 yang bermaksud:

”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia

lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak

menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara

agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam"

semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad)

menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu

pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia

(tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah

zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka

(Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik

Pemberi pertolongan.”

Selain itu, mereka mengatakan bahawa al-Quran itu telah lengkap dan fungsinya

adalah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Tetapi Solat 5

waktu yang dilakukan sekarang tidak ada disebut di dalam al-Quran. Oleh itu,

berdasarkan ayat di atas solat bermaksud bersungguh-sungguh menegakkan deen.

Page 15: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Antara kesesatan kumpulan ini ialah mereka tidak melaksanakan Solat Fardhu.

Mereka telah memutarbelitkan kalimah solat itu dengan ”sillah” iaitu hubungan

dengan ajaran Millah tersebut, dan bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui

Millah Abraham. Mereka mendakwa Solat itu ialah menegakkan deen dan lebih

mujahadah dari segi harta dan tenaga sepertimana yang disebut di dalam surah al-

Hajj, ayat 78:

”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia

lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak

menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara

agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam"

semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad)

menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu

pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia

(tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah

zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka

(Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik

Pemberi pertolongan.”

Solat 5 waktu telah jelas disebut di dalam banyak ayat al-Quran, antaranya surah al-

Baqarah 43:-

Page 16: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu

semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.

viii. Taksub Dan Memutuskan Hubungan Keluarga Dan Suami Isteri

Mereka mengatakan bahawa perempuan yang ingin menyertai Millah Abraham wajib

si isteri menuntut cerai dari suaminya jika suami menolak menyertai Millah Abraham

atau sebaliknya. Mereka merujuk kepada ayat al-Quran surah al- Mumtahanah

ayat 11 yang bermaksud:

“Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri

kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir,

kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan

maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas

kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah

yang kamu beriman kepadaNya.”

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Firman Allah di dalam surah Al-Mumtahanah ayat 11:-

”Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteri-

isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir,

kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan

maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas

kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah

yang kamu beriman kepadaNya”.

Dengan bernaskan ayat diatas, ajaran Millah Abraham mewajibkan si isteri menuntut

cerai dari suaminya jika suami menolak menyertai Millah Abraham atau sebaliknya.

Ini adalah satu pegangan yang sangat menyeleweng.

Page 17: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

ix. Perjanjian (Bai’ah) Oleh Anggota Millah Abraham

Kumpulan Milah Abraham juga mewajibkan anggotanya untuk membuat akur janji

(bai’ah). Amaran kepada sesiapa yang melanggar janji dan ganjaran bagi mereka

yang setia pada janji adalah tertegaknya deen bukannya mengharapkan pahala.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Fath ayat 10 yang bermaksud:

”Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai

Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan

pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan

taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan

janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya

sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada

Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”

Mereka juga melarang untuk menunaikan solat di masjid kerana mereka

menganggap masjid dan surau yang ada dibina oleh orang-orang musyrik yang tidak

mengikut ajaran Millah Abraham@Ibrahim berdasarkan surah at-Taubah ayat 108.

”Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya

masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas

dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.

Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)

membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang

membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”

MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Fath ayat 10:

Page 18: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

”Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai

Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan

pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan

taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan

janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya

sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada

Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”

Maka bai’ah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW bagi pengukuhan seseorang

yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan jadi pemimpin atau memegang

jawatan penting. Di zamannya berlaku beberapa kali bai’ah yang berbeza keadaan

dan mereka yang terlibat. Di antaranya ada Bai’ah ‘Aqabah, Bai’ah Nisaa dan Bia’ah

Riduan (Hudaibiyyah) dan diteruskan selepasnya pula di zaman para sahabat dan

tabi’ein.

Maksud perjanjian dalam ayat tersebut ialah bai’ah yang berasal daripada

perkataan bahasa arab "باع" (bermaksud menjual), kerana Allah membandingkan

perjuangan menegakkan agamanya seperti membeli janji yang dijual oleh Allah

dengan pahala yang besar. Laksana sesuatu yang dijual oleh Allah dengan bayaran

pahala yang besar kerana besar pengorbanannya, sehingga Allah mengukuhkan

janjinya seperti perjanjian menjual dan berhutang yang wajib dibayar, dengan janji

pada Hari Qiamat yang merupakan ujian beriman kepada Allah, perkara Ghaib dan

urusan Akhirat. Firman Allah:

….

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka

dengan memberikan surga untuk mereka”. (Surah At-Taubah, ayat 111)

Page 19: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Tujuannya, supaya dikorbankan bagi menegakkan Islam. Seterusnya Allah

berfirman lagi:

"Barangsiapa yang menunaikan bai’ah (perjanjian jual belinya daripada Allah, maka

bergembiralah dengan bai’ah yang kamu meteraikan itu. Itulah kemenangan yang

sangat besar." (Surah At-Taubah, ayat 111)

Akur janji (bai’ah) yang diwajibkan oleh kumpulan Milah Abraham kepada

anggotanya untuk taat setia dengan ajaran Millah Abraham adalah jelas terpesong

dari ajaran Islam..

Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 107 & 108.

“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid

dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan)

keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang

beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi

Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara),

mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan

mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah

menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta”.

Page 20: PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Jabatan Agama Islam Selangor

Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

”Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya

masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas

dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.

Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)

membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang

membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”

Berdasarkan ayat ini, orang yang mendirikan masjid dhirâr adalah golongan orang

munafik dari penduduk Madinah. Pada awalnya mereka semua shalat berjamaah di

satu masjid (masjid Quba’). Mereka mendirikan masjid lain dengan tujuan

menimbulkan kemudharatan pada orang-orang mukmin, serta memecah belahkan

jama’ah kaum Mukminin. Mereka ingin mendapatkan kesempatan untuk

menyebarkan syubhat, menghasut, memfitnah dan memecah belah shaf kaum

Mukminin.

Adapun masjid-masjid yang didirikan oleh orang bukan Islam di zaman ini bukanlah

tergolong masjid dhirar, kerana tujuan dibina masjid adalah untuk tujuan orang Islam

beribadah dan melakukan aktiviti-aktiviti lain bertujuan untuk menyatupadukan umat

Islam.

PENUTUP:

Ajaran ini juga boleh mengancam keselamatan negara kerana telah merosakkan

institusi keluarga dengan berlakunya perceraian dan boleh menggugat perpaduan

umat Islam di negara ini. Terdapat juga unsur-unsur menghasut yang cuba

memperlagakan atau mempertikaikan kewibawaan institusi ulama’ atau pihak

berkuasa agama di negara ini apabila mereka mendakwa bahawa Islam yang

dibawa oleh para ulama’ adalah palsu. Tuduhan ini akan membangkitkan

kemarahan para ulama dan umat Islam secara umum.