abraham maslow

41
ABRAHAM MASLOW 1. Riwayat Hidup Maslow (1908-1970) 1.1 Perasaan Rendah Diri dan Ganti Rugi Abraham Maslow merupakan anak pertama daripada 7 orang adik- beradik. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 di Brooklyn, New York. Ibu bapa beliau merupakan pengembara yang mempunyai taraf pendidikan rendah dan mempunyai harapan untuk meningkatkan ekonomi marginalnya. Semasa berusia 14 tahun, bapa Maslow telah berjalan dan mengembara dari Rusia ke seberang Eropah Barat. Cita-citanya adalah untuk sampai ke Amerika Syarikat. Bapa Maslow sentiasa menyemaikan kepada anak lelakinya tentang kesungguhan yang mendorong kepada kejayaan. Kehidupan Maslow pada zaman kanak-kanak sangat susah. Beliau mengatakan bahawa kehidupannya pada zaman kanak-kanak telah membuktikan bahawa beliau bukan manusia yang psikotik. Dalam satu kenyataan yang diterbitkan selepas bertahun-tahun kematiannya, bahawa keluarga beliau amat sengsara dan ibunya adalah seorang makhluk yang sangat dasyat. Beliau sentiasa dipencilkan dan kehidupannya selalu tidak gembira. Beliau membesar tanpa mempunyai kawan baik dan tanpa kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya merupakan seorang yang tidak mesra dan dari semasa ke semasa bapanya meninggalkan perkahwinan yang tidak bahagia. Beliau mengatakan bahawa bapanya suka pada wiski, perempuan dan suka bertumbuk. Akhirnya Maslow berdamai dengan bapanya tetapi sebagai kanak-kanak dan remaja, beliau merasakan permusuhan datang kepadanya. Hubungan Maslow dengan ibunya sangat teruk. Seorang penulis telah melaporkan bahawa, Maslow membesar dengan rasa benci terhadap ibunya dan beliau tidak pernah mencapai perdamaian dengan ibunya. Ibunya percaya kepada tahyul dan akan bertindak memukul beliau dengan segera walaupun kesalahan yang dilakukan amat kecil. Ibunya menyatakan bahawa Tuhan akan membalas segala salah laku beliau. Disebabkan sikap ibunya yang tidak menyayangi dan sentiasa menolak beliau, ibunya secara terbuka menunjukkan kasih sayang 1

Upload: maiidzham

Post on 20-Jun-2015

948 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abraham Maslow

ABRAHAM MASLOW

1. Riwayat Hidup Maslow (1908-1970)

1.1 Perasaan Rendah Diri dan Ganti Rugi

Abraham Maslow merupakan anak pertama daripada 7 orang adik-beradik. Beliau

dilahirkan pada tahun 1908 di Brooklyn, New York. Ibu bapa beliau merupakan

pengembara yang mempunyai taraf pendidikan rendah dan mempunyai harapan untuk

meningkatkan ekonomi marginalnya. Semasa berusia 14 tahun, bapa Maslow telah

berjalan dan mengembara dari Rusia ke seberang Eropah Barat. Cita-citanya adalah untuk

sampai ke Amerika Syarikat. Bapa Maslow sentiasa menyemaikan kepada anak lelakinya

tentang kesungguhan yang mendorong kepada kejayaan.

Kehidupan Maslow pada zaman kanak-kanak sangat susah. Beliau mengatakan

bahawa kehidupannya pada zaman kanak-kanak telah membuktikan bahawa beliau bukan

manusia yang psikotik. Dalam satu kenyataan yang diterbitkan selepas bertahun-tahun

kematiannya, bahawa keluarga beliau amat sengsara dan ibunya adalah seorang makhluk

yang sangat dasyat. Beliau sentiasa dipencilkan dan kehidupannya selalu tidak gembira.

Beliau membesar tanpa mempunyai kawan baik dan tanpa kasih sayang daripada ibu

bapanya. Bapanya merupakan seorang yang tidak mesra dan dari semasa ke semasa

bapanya meninggalkan perkahwinan yang tidak bahagia. Beliau mengatakan bahawa

bapanya suka pada wiski, perempuan dan suka bertumbuk. Akhirnya Maslow berdamai

dengan bapanya tetapi sebagai kanak-kanak dan remaja, beliau merasakan permusuhan

datang kepadanya.

Hubungan Maslow dengan ibunya sangat teruk. Seorang penulis telah melaporkan

bahawa, Maslow membesar dengan rasa benci terhadap ibunya dan beliau tidak pernah

mencapai perdamaian dengan ibunya. Ibunya percaya kepada tahyul dan akan bertindak

memukul beliau dengan segera walaupun kesalahan yang dilakukan amat kecil. Ibunya

menyatakan bahawa Tuhan akan membalas segala salah laku beliau. Disebabkan sikap

ibunya yang tidak menyayangi dan sentiasa menolak beliau, ibunya secara terbuka

menunjukkan kasih sayang serta membantu adik-adiknya sahaja. Apabila Maslow

membawa balik 2 ekor kucing yang sesat, ibunya membunuh anak kucing tersebut dan

menghentam anak kucing itu ke dinding. Maslow tidak akan memaafkan segala layanan

1

Page 2: Abraham Maslow

ibunya terhadapnya selama ini dan sekiranya ibunya meninggal, beliau tidak akan

menghadiri upacara pengkebumian ibunya. Pengalamannya itu memberi kesan bukan

hanya terhadap emosinya, malah memberi kesan terhadap kerjayanya dalam bidang

psikologi. Segala perbuatan mendesak keras terhadap falsafah hidup beliau dan segala

teori dan penyelidikan beliau mempunyai dasar-dasar kebencian serta rasa mual terhadap

segala pendirian ibu beliau.

Sebagai kanak-kanak, Maslow percaya bahawa beliau adalah berbeza daripada

orang lain. Beliau merasa amat malu dengan tubuh badannya yang kurus kering dan

mempunyai hidung yang besar. Beliau masih mengingati zaman remajanya yang jelas

menampakkan bahawa beliau mempunyai perasaan rendah diri kompleks yang sangat

besar. Maslow merasakan bahawa kehidupannya di dunia ini adalah keseorangan dan

beliau berasa pelik dengan keadaan itu. Perasaan tersebut begitu mendalam terhadap

dirinya walaupun ada masanya beliau merasakan tindakannya tidak betul. Tidak ada

sebarang perasaan pun yang membuatkan beliau berusaha untuk mencapai

kesempurnaan. Hanya satu penyakit besar yang ada pada diri beliau iaitu perasaan rendah

diri yang kompleks.

Di mana sahaja beliau menulis bahawa "Saya mencuba untuk menggantirugikan

apa yang saya rasa terdapat kekurangan yang hebat pada diri saya dari segi fizikal dengan

memaksa perkembangan diri saya ke arah pencapaian yang mantap". Maslow berminat

kepada kerja-kerja Alfred Adler yang banyak memberi contoh ke arah kehidupan yang

berdasarkan kepada konsep perasaan rendah diri.

Apabila usaha awal Maslow untuk mencapai pengenalan dan penerimaan sebagai

seorang atlit tidak berjaya, beliau beralih minat kepada buku-buku. Perpustakaan menjadi

tempat dia bermain semasa zaman kanak-kanak dan remaja dan pembacaan serta

pendidikan telah membawa keluar beliau daripada rasa kesunyian dan kemiskinan.

Memori-memori awal Maslow adalah sangat penting kerana ianya menunjukkan gaya

kehidupan iaitu kehidupan tajaan yang menjadi fesyen dirinya. Beliau mengingati semula

ketika beliau pergi ke perpustakaan di kawasan tempat tinggal pada awal pagi lagi dan

duduk di tangga untuk menunggu pintu perpustakaan itu dibuka. Beliau sentiasa tiba di

sekolah sejam lebih awal dan gurunya mengizinkannya duduk di dalam kelas yang

kosong, sambil beliau membaca buku yang dipinjam daripada gurunya itu. Walaupun dia

2

Page 3: Abraham Maslow

mendapat gred yang sederhana, grednya itu memadai untuk terus melanjutkan pelajaran

di City College Of New York. Pada waktu semester pertama, beliau telah gagal dan pada

akhir tahun pertama merupakan masa percubaannya. Namun dengan kecekalannya,

grednya telah meningkat. Beliau mula belajar undang-undang sepertimana yang diminta

oleh bapanya tetapi selepas dua minggu dia tidak berminat. Apa yang diingininya ialah

untuk belajar apa sahaja.

1.2 Daripada Monyet Kepada Kenyataan Diri

Keinginan Maslow untuk belajar semakin tinggi apabila beliau menaruh hati kepada

sepupunya, Bertha. Beliau kemudian meninggalkan tempat tinggalnya dan menuntut di

Universiti Cornell dan kemudian bertukar ke Universiti of Wisconsin di mana Bertha

turut sama belajar di sana. Mereka berkahwin semasa Maslow berumur 20 tahun dan

Bertha 19 tahun. Hubungan dengan isterinya menyebabkan Maslow berasa tidak tersisih.

Beliau menyatakan bahawa kehidupannya adalah tidak bererti sehinggalah beliau

mengahwini Bertha dan belajar di Wisconsin. Pada awalnya ketika di Cornell, beliau

telah mendaftarkan diri dalam kursus psikologi dan beliau menyatakan bahawa beliau

menemui “kedahsyatan tanpa pertumpahan darah”. Beliau mengatakan bahawa semua itu

tidak diperlukan oleh manusia, dan beliau merasa gementar dan terus meninggalkan

semua itu”. Walau bagaimanapun, di Wisconsin beliau telah menemui psikologi tingkah

laku yang diperkenalkan oleh John B. Watson yang merupakan pemimpin revolusi untuk

membuat psikologi sains tingkah laku. Pada awal tahun 1930 an, Maslow berasa sangat

gembira kerana mempercayai bahawa tingkah laku dapat menyelesaikan masalah dunia.

Latihan dalam eksperimen psikologi beliau meliputi kerja terhadap pengaruh dan tingkah

laku seksual. Secara jelas, ia merupakan langkah terbesar daripada jenis penyelidikan

terhadap rangka tingkah laku kepada idea-idea psikologi kemanusiaan iaitu daripada

monyet kepada kenyataan diri.

Beberapa pengaruh yang membawa kepada perubahan yang sangat dalam

terhadap pemikirannya. Beliau membaca hasil kerja Freud, ahli psikologi Gestalt dan ahli

falsafah Alfred North Whitehead dan Henri Bergson. Beliau dipengaruhi oleh permulaan

Perang Dunia ke-II dan kelahiran anak pertamanya. Beliau menyatakan tentang anaknya

3

Page 4: Abraham Maslow

bahawa “Saya telah digementarkan oleh rasa kesengsaraan dan rasa tidak terkawal”.

Beliau berasa kerdil dan lemah serta tidak bermaya sebelum ini. Beliau rasa sesiapa yang

mempunyai bayi tidak boleh menjadi ahli tingkah laku.

Maslow menerima Ph.D di University of Wisconsin pada tahun 1934 dan kembali

ke New York untuk menerima persatuan jawatan kedoktoran di bawah E.L Thorndike di

Universiti Columbia dan kemudiannya mengajar di Kolej Brooklyn, di mana beliau

tinggal di sana sehingga tahun 1951. Maslow telah mengambil beberapa ujian yang

berkaitan dengan pelajaran dan kecerdasan. Beliau juga telah mendapat skor dalam IQ

195, yang mana beliau tersenarai dalam golongan genius. Pada mulanya Maslow berasa

terkejut tetapi kemudiannya dia menerima pendedahan itu dan selepas itu menganggap

itu adalah satu kejayaan dan sering kali bercadang untuk memberi maklumat dalam

bidang perbualan sosial.

Pada akhir tahun 1930-an, beliau mengajar di New York dan pada awal tahun

1940-an, Maslow memperoleh peluang untuk bertemu dengan penghijrah golongan

intelektual yang melarikan diri daripada puak Nazi German antaranya ialah Erich Fromm,

Karen Horney dan Alfred Adler. Maslow sentiasa bercakap tentang Adler dan berasa

kagum dengan teori-teori Adler. Dia juga telah berjumpa dengan ahli psikologi Gestalt

iaitu Max Wertheimer dan ahli antropologi Amerika Ruth Benedict. Kekagumannya

terhadap Wertheimer dan Benedict telah membangkitkan idea-idea tentang kenyataan

diri.

Pada tahun 1941, Maslow menyaksikan perbarisan selepas kejutan serangan

Jepun ke atas Pangkalan Laut Amerika di Pearl Harbour di Hawai, yang menunjukkan

permulaan penglibatan Amerika dalam Perang Dunia ke II. Pengalamannya itu mengubah

kehidupannya. Beliau memutuskan untuk menumpukan diri dalam bidang perkembangan

psikologi yang akan menukarkan kepada keunggulan manusia yang tertinggi. Beliau akan

berusaha untuk menambah baikkan personaliti manusia dan membuktikan bahawa

manusia berupaya memaparkan tingkah laku yang lebih baik berbanding dengan

prasangka, kebencian dan kemarahan.

Dari tahun 1951 hingga tahun 1969, Maslow mengajar di Universiti Brandeis di

Massachusetts. Anugerah pengasasan yang diperolehinya telah membolehkan beliau

untuk berpindah ke California untuk bekerja dalam bidang falsafah politik, ekonomi dan

4

Page 5: Abraham Maslow

etika berdasarkan kepada psikologi kemanusiaan. Beliau menjadi semakin hebat dan

popular dalam bidang psikologi dan di kalangan umum. Beliau telah menerima banyak

anugerah dan penghargaan serta beliau telah dipilih sebagai presiden Persatuan Psikologi

Amerika pada tahun 1967.

Di kemuncak kemahsyurannya, Maslow telah menghidapi pelbagai penyakit

seperti ketidak tentuan perut, insomnia, kemurungan serta sakit jantung. Walaupun dia

berpenyakit, dia masih memaksa dirinya untuk bekerja dengan lebih keras untuk

menyempurnakan matlamatnya dalam bidang psikologi kemanusiaan. Maslow

mengatakan bahawa dirinya semakin sempit. Semasa beliau ditemubual pada tahun 1958,

beliau menyatakan bahawa beliau tidak mahu bermain dan membuat puisi serta

menambah rakan-rakan. Beliau menyayangi dan meminati kerjayanya. Beliau tidak

menghiraukan tentang perkara-perkara lain.

Maslow meninggal dunia pada tahun 1970 disebabkan oleh penyakit jantung, di

mana dia mendapat serangan jantung ketika sedang berjoging di sekeliling kolam mandi.

Latihan yang dilakukannya itu sebenarnya dicadangkan oleh pakar kardiologi.

2. Perkembangan personaliti : hierarki keperluan

Maslow memperkenalkan hierarki 5 keperluan semulajadi yang ditujukan kepada tingkah

laku manusia. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang,

keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.

Maslow menggambarkan keperluan ini sebagai semulajadi yang merupakan

komponen warisan. Semua keperluan ini boleh diperolehi melalui proses pembelajaran,

tuntutan budaya, ketakutan dan dengan tidak menyetujuinya. Keperluan ini diwarisi sejak

lahir, tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan

menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain.

Keperluan ini disusun mengikut urutan dan keperluan yang paling kuat atau utama

kepada keperluan yang lemah. Keperluan pada peringkat yang lebih tinggi akan diberi

keutamaan. Contohnya seseorang yang lapar tidak terdesak untuk memenuhi keperluan

penghargaan kendiri. Mereka akan memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu iaitu

makanan dan tidak akan mencapai keperluan penghargaan kendiri daripada orang lain.

5

Page 6: Abraham Maslow

Bagi mereka memadai dengan adanya makanan dan tempat tinggal atau perlindungan.

Tetapi apabila keperluan yang rendah itu telah dipenuhi, mereka didorong pula bagi

memenuhi keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki.

Tidak semua keinginan dipenuhi pada masa yang sama. Secara umumnya, hanya

satu keperluan sahaja yang akan mendominasikan personaliti kita. Ia bergantung kepada

yang mana telah dipenuhi. Contohnya, mereka yang berjaya dalam bidang kerjaya, tidak

lagi terdesak untuk memenuhi keperluan fisiologinya dan keperluan keselamatan. Mereka

mungkin akan mencari keperluan yang lebih tinggi iaitu keperluan penghargaan kendiri

dan keperluan kasih sayang atau kesempurnaan kendiri. Maslow menerangkan bahawa

urutan keperluan ini boleh bertukar atau berubah. Contohnya, sekiranya keadaan ekonomi

gawat akan mengakibatkan orang ramai hilang pekerjaan. Maka keperluan fisiologi

kembali menjadi keutamaan.

2.1 Ciri-ciri keperluan

Pada pandangan Maslow terdapat beberapa ciri-ciri keperluan :

1. Keperluan yang rendah dalam hierarki lebih baik dan ia merupakan kekuatan,

potensi dan perlu diberi keutamaan. Keperluan yang tinggi adalah keperluan

yang paling lemah.

2. Keperluan yang tinggi muncul semasa proses perkembangan. Keperluan fisiologi

dan keselamatan timbul semasa zaman kanak-kanak. Keperluan kasih-sayang dan

penghargaan kendiri muncul apabila sampai peringkat remaja. Keperluan

kesempurnaan kendiri tidak muncul sehinggalah mencapai pertengahan umur.

3. Keperluan yang paling tinggi atau paling atas kurang penting dalam kehidupan. Ia

boleh ditangguhkan. Kegagalan memenuhi keperluan ini tidak menimbulkan

krisis. Tetapi apabila keperluan yang paling rendah tidak dipenuhi atau

ditangguhkan, ia akan menimbulkan pelbagai krisis masalah. Oleh sebab itu,

Maslow menggelarkan keperluan peringkat bawah ini sebagai ‘deficit’ atau

keperluan asas. Jika tidak dipenuhi akan membawa nasib malang kepada individu.

4. Walaupun keperluan yang tinggi ini kurang penting dalam hidup, namun ia

menyumbang kepada perkembangan diri individu. Sekiranya keperluan di

6

Page 7: Abraham Maslow

peringkat yang tinggi ini boleh dipenuhi, hidup individu akan lebih bermakna,

jangka hayat akan lebih panjang dan menambahkan kecekapan biologi. Maslow

menamakan keperluan peringkat ini sebagai ‘growth’ atau ‘being needs’.

5. Memenuhi keperluan peringkat atas ini juga memberi faedah kepada aspek

psikologi. Memenuhi kepuasan peringkat ini akan menjadikan hidup lebih

gembira, berpuas hati dan kesempurnaan.

6. Memenuhi kepuasan di peringkat atas memerlukan suasana atau keadaan luaran

yang baik dan harmoni seperti sosial, ekonomi dan politik. Sebaliknya memenuhi

keperluan bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.

7. Sesuatu keperluan itu tidak semestinya perlu dipenuhi sepenuhnya sebelum

sesuatu keperluan lain dalam hierarki dipenuhi. Maslow mengutarakan peratus

penolakan daripada memenuhi setiap keperluan. Beliau menggambarkan individu

yang telah memenuhi keperluan itu, 85% dalam keperluan fisiologi, 70%

keperluan keselamatan, 50% kasih sayang, 40% penghargaan dan 10% ialah

keperluan kesempurnaan kendiri.

2.2 Keperluan fisiologi

Sekiranya kamu berenang dan bergelut untuk mendapatkan udara atau oksigen di bawah

permukaan air atau kamu pergi ke suatu destinasi terlalu lama tanpa makan atau minum,

kamu akan menyedari bahawa keperluan yang tidak penting seperti keperluan kasih

sayang dan penghargaan kendiri atau apa sahaja akan diabaikan apabila keperluan

fisiologi berkurangan. Contohnya, seseorang yang menahan lapar, keinginannya hanyalah

untuk makan. Apabila keperluan itu telah dipenuhi seseorang itu tidak memerlukannya

lagi. Sesuatu keperluan itu yang mengawal dan mengarah tingkah laku.

Hal ini menggambarkan situasi kebanyakan golongan kaya dan mewah dengan

budaya industri. Ia jarang didapati bagi golongan pertengahan di Amerika yang

memenuhi keperluan hidup. Keperluan fisiologi mempunyai tindak balas yang baik

sebagai tenaga pendorong di dalam sesetengah budaya yang merupakan asas dalam

kehidupan harian. Keperluan fisiologi memainkan peranan yang sangat kecil bagi

sebahagian daripada mereka.

7

Page 8: Abraham Maslow

2.3 Keperluan keselamatan

Maslow percaya bahawa keperluan keselamtan dan perlindungan ini amat penting pada

peringkat bayi atau kanak-kanak.dan orang dewasa. Pemikiran orang dewasa biasanya

dipenuhi keperluan keselamatan untuk kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas

dari rasa takut dan bimbang. Bagi bayi dan kanak-kanak keperluan keselamatan boleh

dilihat dengan jelas melalui tingkah laku kerana kanak-kanak bertindak balas dengan

cepat terhadap sebarang ugutan dan ancaman untuk keselamatan mereka. Orang dewasa

pula belajar cara menghalang reaksi mereka terhadap situasi yang merbahaya.

Petunjuk lain yang dapat dilihat terhadap keperluan keselamatan kanak-kanak

ialah kecenderungan mereka dalam rutin harian yang teratur dan boleh diramalkan terlalu

banyak kebebasan dan kebenaran juga akan membawa kepada ketiadaan struktur dan

undang-undang. Situasi ini seolah-olah membawa kepada kebimbangan dan ketidak

selamatan pada kanak-kanak kerana ia mengancam keselamatan mereka. Kebebasan

dibenarkan namun perlu ada batasan yang tertentu. Kebebasan ini mesti diberikan

bersama dengan tunjuk ajar kerana kanak-kanak tidak pandai lagi mengawal tingkah laku

mereka sendiri.

Neurotik dan rasa tidak sejahtera ini memerlukan kepada penstukturan kepada

orang dewasa kerana keselamatan mereka masih lagi mempengaruhi personaliti. Mereka

akan mengubah kehidupan mereka dengan membuat ramalan, pengurusan masa dan

mengurus keupayaan masing-masnig.

Maslow mengutarakan bahawa walaupun kebanyakan orang dewasa yang normal

telah memenuhi keperluan keselamatan, keperluan ini masih lagi memberi tindak balas

kepada tingkah laku. Kebanyakan daripada kita lebih suka memilih ramalan yang tidak

diketahui. Itulah sebab mereka menabung untuk masa depan, contohnya dengan membeli

insurans dan menetapkan matlamat dalam pekerjaan daripada menanggung risiko. Walau

bagaimanapun keperluan keselamatan ini tidak hanya untuk orang dewasa tetapi juga

untuk kanak-kanak dan neurotik.

8

Page 9: Abraham Maslow

2.4 Keperluan kasih sayang

Selepas keperluan fisiologi dan keselamatan telah dipenuhi dengan jayanya, maka akan

timbul pula keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Keperluan ini boleh ditunjukkan

melalui hubungan yang rapat dengan kawan-kawan, pasangan atau melalui hubungan

sosial yang dibentuk dalam sesuatu kumpulan.

Keperluan untuk dihargai dan menyayangi ini sukar dipenuhi terutama dalam

masyarakat yang sentiasa berubah. Sebahagian daripada kita membesar dengan cara

hidup berjiran dan mendapat kawan daripada awal persekolahan lagi. Ada yang bertukar

sekolah dan pekerjaan terlalu acap kali bagi mengembangkan lagi perasaan kasih sayang.

Kebanyakan daripada kita cuba untuk memenuhi keperluan ini dengan pelbagai cara

seperti acara gereja dan kelab, melibatkan diri dalam kelas dan menjadi sukarelawan bagi

sesuatu pertubuhan amal.

Keperluan untuk memberi dan menerima kasih sayang ini boleh dipenuhi melalui

perhubungan yang mesra dengan orang lain. Maslow tidak pernah menyamakan kasih

sayang dengan seks. Keperluan seks ini ialah keperluan fisiologi dan dia memberitahu

bahawa seks ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan keperluan kasih sayang.

Maslow mencadangkan bahawa kegagalan menunujukkan keperluan kasih sayang ini

merupakan asas yang menyebabkan gangguan emosi atau mental.

2.5 Keperluan penghargaan

Terdapat dua jenis atau bentuk penghargaan iaitu rasa harga diri dan hormat kepada diri

sendiri dan penghargaan daripada orang lain sama ada dalam bentuk pengiktirafan atau

kejayaan sosial. Kepuasan dalan keperluan ini membolehkan mereka berasa lebih yakin

terhadap kekuatan dan kesempurnaan diri dan akan menolong mereka menjadi lebih

cekap serta produktif dalam semua bidang yang diceburi. Apabila rasa kekurangan harga

diri, maka akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak bersemangat dalam

kehidupan harian.

9

Page 10: Abraham Maslow

2.6 Keperluan kesempurnaan kendiri

Kesempurnaan kendiri ini merupakan keperluan yang paling tinggi atau atas dalam

hierarki Maslow. Ianya bergantung kepada kesedaran dan pencapaian yang tinggi dalam

potensi, bakat dan juga kemampuan. Walaupun seseorang itu boleh memenuhi semua

keperluan dalam hirarki, namun jika tidak mencapai kesempurnaan kendiri, mereka akan

menjadi gelisah, kecewa dan timbul rasa tidak puas hati. Maslow telah menulis bahawa,

“seseorang ahli muzik itu akan menghasilkan muzik, ahli seni akan melukis dan penyajak

akan menulis……untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

Proses kesempurnaan kendiri ini boleh diambil dalam banyak bentuk tanpa

menghiraukan pekerjaan, minat dan kemampuan. Ia berhubung dengan perkembangan

personaliti. Apa yang penting dalam keperluan ini ialah cara individu memenuhi potensi

diri pada peringkat yang lebih tinggi mengenai apa sahaja bidang yang dipilih.

Syarat-syarat yang diperlukan bagi memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri

seperti bebas dari sebarang paksaan sama ada daripada masyarakat atau diri sendiri, tidak

terlalu memikirkan oleh keperluan yang lebih rendah, individu juga perlu melindungi

imej diri dan hubungan kita dengan orang lain dan akhir sekali ialah mestilah mempunyai

pemahaman yang realistik terhadap kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan kejahatan.

2.7 Keperluan perkembangan

Maslow juga memperkenalkan keperluan semulajadi yang kedua iaitu keperluan

perkembangan. Keperluan ini ialah untuk mengambil tahu dan memahami dan berada di

luar daripada hirarki. Keperluan untuk megetahui ini lebih kuat daripada keperluan untuk

memahami. Keperluan mengambil tahu ini mestilah dipenuhi sebahagian daripadanya

sebelum keperluan memahami muncul. Terdapat beberapa tanda atau bukti yang

menyokong wujudnya keperluan perkembangan antaranya ialah makmal pembelajaran

menunjukkan bahawa haiwan akan meneroka dan memanipulasi persekitaran mereka

supaya tiada alasan yang ketara daripada keganjilan dan keanehan. Ini menunjukkan

permintaan untuk mengetahui dan memahami. Selain itu, cadangan pembelajaran tentang

kesihatan emosi orang dewasa juga ditarik ke arah peristiwa misteri dan tidak dinyatakan

dan didorong atau dimotivasi bagi meningkatkan pengetahuan kepada mereka.

10

Page 11: Abraham Maslow

Keperluan ini muncul semasa peringkat bayi yang telah lewat dan pada peringkat

awal kanak-kanak dan ditunjukkan oleh mereka sebagai satu keanehan. Hal ini kerana

keperluan ini adalah semulajadi dan mereka tidak perlu bercakap tetapi tingkah laku ibu

bapa dan guru boleh dilihat oleh kanak-kanak yang akan membentuk tingkah laku secara

spontan. Kegagalan untuk memenuhi keperluan perkembangan akan menghalang

pertumbuhan dan perkembangan personaliti.

Keperluan ini bertautan dengan peringkat hirarki sebelum ini. Mengambil tahu

dan memahami amat penting dalam mencari maksud sebenar dalam persekitaran kita. Ia

merupakan asas untuk berinteraksi dengan keadaan persekitaran dan merupakan jalan

sempurna bagi memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang penghargaan

dan kesempurnaan kendiri. Mustahil individu itu mencapai kesempurnaan kendiri

sekiranya gagal menemui keperluan perkembangan ini.

3. Kajian Tentang Kesempurnaan Kendiri

Menurut teori Maslow, kesempurnaan diri seseorang adalah berbeza antara satu sama lain

tentang asas motivasi mereka. Maslow melabelkan motivasi yang berbeza ini sebagai

motivasi meta (metamotivation). Meta bermaksud ‘selepas’ atau ‘melebihi’.

3.1 Motivasi Meta

Motivasi meta bermaksud satu keadaan di mana motivasi tidak memainkan peranan

langsung. Ini bermaksud, orang-orang yang telah mencapai kesempurnaan kendiri tidak

perlu kepada motivasi untuk mencapai sesuatu tetapi didorong oleh faktor dalaman

mereka sendiri.

Bagi Maslow, usaha untuk memotivasikan orang yang belum mencapai tahap

kesempurnaan kendiri dinamakan D-Motivation atau Defeciency. Motivasi jenis ini

melibatkan usaha untuk mencapai sesuatu yang khusus atau tetap disebabkan kita

merasakan kehilangan atau ketidakselesaan dengan ketiadaannya. Contohnya, kelaparan

akan melahirkan perasaan tegang dan tidak selesa yang akan mendorong kita untuk

11

Page 12: Abraham Maslow

mencari jalan untuk menyelesaikannya. Kelaparan adalah keperluan tetap manakal usaha

untuk mendapatkan makanan adalah dianggap motivasi.

Penulisan Maslow berhubung dengan perkara ini tidak begitu jelas, tetapi D-

Motivation tidak hanya merujuk kepada keperluan motivasi fisiologi sahaja tetapi juga

kepada keperluan keselamatan, kepunyaan, motivasi dan penghargaan kendiri.

Bagi manusia yang telah mencapai kesempurnaan kendiri, mereka seterusnya

akan memenuhi pula keperluan ingin mengetahui dan keperluan untuk mengalami serta

memahami keindahan atau kecantikan sesuatu. Matlamat mereka adalah memperkaya dan

melebarkan lagi kehidupan mereka melalui pelbagai pengalaman yang

memberangsangkan.

Sehubungan dengan persoalan penyempurnaan kendiri tidak memerlukan

motivasi, Maslow telah menyenaraikan satu senarai ‘keperluan meta’ (metaneeds) yang

kadang kala dikenali juga sebagai nilai kemanusiaan.

Kegagalan untuk memenuhi keperluan meta adalah merbahaya dan akan

menyebabkan wujudnya ‘metapathologies’ yang akan menyebabkan terbantutnya

perkembangan manusia.

12

Page 13: Abraham Maslow

Metaneed

Kebenaran

Kebaikan

Kecantikan

Bersatu, keseluruhan

Perbezaaan melebihi tahap

Kehidupan, proses

Keunikan

Kesempurnan

Keperluan, kelengkapan, akhiran

Keadilan

Metapathologies

Tidak percaya, sinis, sukar mempercayai

sesuatu hingga terbukti (skeptikalisme).

Kebenaran, penolakan, tidak bergantung

kepada diri sendiri dan untuk diri sendiri.

Lucah, ketidakselesaan, hilang selera,

kemuraman.

Ketidaksepaduan .

Fikiran hitam/putih, pemikiran sama

da/atau, mempermudahkan tentang

pandangan kehidupan.

Kekakuan seperti robot, merasakan bahawa

seseorang itu sepatutnya yakin, hilang

emosi dan kesengsaraan hidup, rasa

kekosongan.

Hilang perasaan kendiri dan keseorangan

.

Tiada harapan, tiada apa yang dapat

diusahakan lagi.

Kekecohan, tidak dapat diramal,

ketidaksempurnaan, tiada harapan, hilang

usaha.

Marah, sinis, tidak percaya, tiada undang-

13

Page 14: Abraham Maslow

Urutan

Mempermudahkan

undang, pentingkan diri sendiri.

Tidak selamat, terlalu berhati-hati, hilang

keselamatan dan ramalan, kehendak untuk

berhati-hati.

Terlalu kompleks, kekeliruan,

mengelirukan, hilang orientasi.

3.2 Ciri-ciri individu yang telah mencapai kesempurnaan kendiri

Mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti. Mereka melihat dunia mereka,

termasuk orang lain, secara jelas dan objektif, tidak berat sebelah dengan

menentukan pengadilan atau pengertian terlebih dahulu.

Penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Orang yang telah

mencapai kesempurnaan kendiri dapat menerima kekuatan dan kelemahan

mereka. Mereka tidak cuba untuk memutarbelitkan atau memalsukan imej

kendiri mereka dan mereka tidak rasa bersalah tentang kegagalan.

Kespontanan ( kespontanan), suka memudahkan dan berkecuali.

Berdedikasi terhadap sesuatu sebab. (matang).

Memerlukan kepada hak diri (jati diri).

Penikmatan (menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas).

Minat untuk bersosial.

Toleransi dan dapat menerima orang lain.

Kreativiti dan keaslian. Seseorang yang mempunyai daya kreatif yang tinggi dan

mampu mempamerkan kebolehan mencipta dan keaslian dalam sesuatu kerja dan

aspek yang lain. Mereka adalah fleksibel, spontan, dan bersedia melakukan

kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu.

14

Page 15: Abraham Maslow

Penolakan terhadap tekanan sosial.

3.3 Faktor-faktor yang Menyebabkan Manusia Gagal Mencapai Tahap

Kesempurnaan Kendiri

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan manusia tidak dapat mencapai tahap

kesempurnaan kendiri. Di antara faktor tersebut ialah :-

Semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hierarki, semakin

lemah atau semakin sukar atau tidak perlu untuk mencapainya. Sebagai

contohnya, dalam keadaan ekonomi yang buruk, maka keperluan fisiologi

akan lebih menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan kepada

kesempurnaan kendiri.

Faktor corak atau amalan pendidikan yang diterima. Contohnya menyeragamkan

peranan jantina kepada pelajar jantina kepada pelajar lelaki seperti mengajar

mereka menerima nilai-nilai kelembutan akan menyebabkan mereka tidak akan

dapat berkembang seperti yang sepatutunya.

Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak misalnya tidak dibenarkan

mengemukakan idea-idea yang baru, tidak dibenar bertingkah laku yang agresif,

tidak dibenarkan membuat sesuatu yang baru dan sebagainya akan menjadikan

kanak-kanak tersebut seorang yang tidak mempunyai keyakinan apabila dewasa

dan seterusnya akan menyekat mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh

membawa kepada kesempurnaan kendiri.

Faktor ‘jonah complex’ iaitu merujuk kepada perasaan takut dan bimbang tentang

keupayaan diri sendiri. Individu tersebut takut untuk mengembangkan potensi

yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau lain-lain

kemungkinan. Contohnya, individu yang tidak mahu mengembangkan potensi

diri. Kesempurnaan kendiri tidak akan tercapai tanpa keyakinan, keberanian,

usaha dan kawalan diri yang baik.

15

Page 16: Abraham Maslow

4. Persoalan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia

Maslow berpendapat bahawa personaliti manusia adalah humanistik dan optimistik.

Beliau lebih memfokuskan kepada kesihatan psikologi berbanding penyakit,

pertumbuhan berbanding stagnasi, kesucian dan potensi berbanding kelemahan dan

batasan. Beliau mempunyai deria yang tajam tentang keyakinan dalam kemampuan untuk

membentuk kehidupan dan masyarakat persekitaran. Beliau mempercayai bahawa kita

berkemampuan dalam membentuk apa sahaja peristiwa untuk berhadapan dengan biologi

negatif dan dan perlembagaan serta tubuh sebagaimana hasil tulisannya yang berbunyi:

“Kebenaran biologi mempunyai ketidak adilan dan berat sebelah. Sesetengah

bayi yang lahirkan adalah sihat dan sesetengah pula ada yang tidak sihat, ada yang

bijak dan ada yang bodoh, ada yang cantik dan ada yang hodoh. Tiada apa-apa yang

boleh kita lakukan mengenainya. Ia adalah satu ketentuan. Ia adalah batasan dalam

kebebasan; walaupun seseorang memiliki kehebatan yang terbahagi kepada ruang waktu

yang luas, sifat tanggungjawab, menjadi seorang agen yang lebih aktif berbanding

pengalaman hidup. Terdapat beberapa ruang waktu yang dapat membantu daripada

terus berputus asa dan kurang aktif, untuk melakukan yang terbaik yang mampu saya

lakukan lebih daripada merungut sahaja. Apa yang saya lakukan dengan kurniaan

genetik malah tubuh saya adalah lebih penting daripada warisan biologi (dipetik dalam

Hoffman, 1996 pp. 61-65).

Kita mempunyai kebebasan untuk memilih langkah terbaik bagaimana untuk

memuaskan keperluan dan mewujudkan potensi diri kita. Kita boleh sama ada mencipta

kewujudan diriatau menahan diri daripada mengejar kedudukan tertinggi dalam kejayaan.

Oleh itu, kita bertanggungjawab kepada tahap perkembangan kepada tahap

perkembangan personaliti yang kita capai. Walaupun keperluan-keperluan dalam

Hierarki Maslow adalah amat halus; tingkah laku yang nak kita penuhi telah mereka

pelajari. Oleh itu personaliti dinilai melalui interaksi kekeluargaan dan persekitaran,

personaliti dan situasi yang berubah-ubah.

Walaupun tidak terlalu ekplisit dalam penulisannya, Maslow rupa-rupanya

menyokong kebaikan-kebaikan personaliti. Motivasi dan peransang kita serta keperluan

adalah semula jadi, tetapi untuk memuaskan keperluan adalah berubah-ubah dan berbeza

16

Page 17: Abraham Maslow

dan satu individu kepada satu individu yang lain sebab cara bertingkah laku telah

dipelajari. Walaupun sesetengah mementingkan kewujudan diri, mereka berkongsi kualiti

yang tertentu. Sifat dan tingkah laku mereka adalah tidak sama. Maslow mengakui akan

kepentingan pengalaman zaman kanak-kanak dalam membantu perkembangan atau serta

menghalang perkembangan semasa dewasa tetapi beliau tidak mempercayai bahawa kita

adalah manusia daripada penglaman-pengalaman tersebut. Kita mempunyai lebih potensi

daripada kesedaran untuk memperbaiki keadaan dan masyarakat di sekitar akan hidup

yang lebih gembira dan produktif sekiranya kita belajar untuk melakukan sedemikian.

Kewujudan diri adalah paling berharga dan merupakan refleksi kepada matlamat.

Maslow mempercayai bahawa jika diberikan keadaan yang sepatutnya, kita

berkeupayaan untuk mencapai fungsi kemanusiaan yang tertinggi.

Beliau menentang bahawa sifat manusia pada asasnya adalah baik dan sopan

tetapi beliau menafikan akan kewujudan semangat kejahatn. Beliau mempercayai

sesetengah manusia adalah jahat dalam pekerjaan untuk memperolehi tanah dan telah

menulis dalam jurnal beliau yang berbunyi “ Tidak akan berlaku sesuatu yang berharga

tanpa matlamat” ( Maslow 1979, p.631). Beliau mencadangkan bahawa kejahatan

bukanlah satu ciri warisan tetapi lebih tepat sebagai keputusan persekitaran yang tidak

tepat dan tidak bersesuaian. Tumpuan Maslow terhadap manusia adalah jelas dalam

penulisannya dan optimis menyatakan dalam kepercayaan yang manusia berkemampuan

untuk menyempurnakan dan memenuhi potensi kemanusiaan yang lebih meluas.

5. Pentafsiran Terhadap Teori Maslow

Hasil kerja Maslow berdasarkan kewujudan diri tidak bermula sebagai program formal

dalam penafsiran dan kajiselidik dalam personaliti. Beliau memulakan kajian berikutan

sifat ingin tahu tentang dua individu yang mempengaruhi beliau iaitu seorang ahli

Antropologi yang bernama Ruth Benedict dan Psikkologi Gestalt, Max Wertheimer.

Maslow amat mengkagumi mereka dan ingin lebih memahami apa yang telah

membuatkan mereka amat berlainan dengan ramai orang yang telah dikenalinya. Setelah

mengamati dan melihat personaliti mereka, Maslow merumuskan bahawa mereka

17

Page 18: Abraham Maslow

berkongsi kuali yang menyebabkan mereka agak terasing daripada masyarakat malah

menempatkan mereka sebagai individu yang seimbang.

Maslow kemudiannya mencuba untuk mentafsirkan ciri-ciri dan sifat-sifat ini

terhadap orang lain. Kajian pertama beliau melibatkan peserta daripada pelajar kolej

tetapi beliau hanya menemui seorang daripada 3000 yang dapat digambarkan memiliki

sifat dan ciri kewujudan kendiri yang dapat dikenalpasti terdapat pada personaliti

Benedict dan Wertheimer yang mana tidak terdapat dalam personaliti muda mudi.

Langkah seterusnya ialah beliau cuba untuk mempelajari personaliti peserta

pertengahan umur dan golongan tua. Walaubagaimanapun, sekalipun dalam kumpulan

tersebut, Maslow hanya menemui kurang adaripada 1 peratus (1%) daripada populasi

berupaya untuk menemui kriteria kewujudan kendiri.

Mereka yang sedar akan kewujudan kendiri akhirnya berjaya ditenui oleh beliau

termasuk daripada beberapa dozen individu yang ditandakan dan dikenalpasti dalam

kes-kes yang berkemungkinan, sebahagian kes atau kes-kes berkaitan keupayaan dan

potensi. Sebahagian daripada mereka adalah sezaman dengannya. Sebahagian lagi

adalah tokoh-tokoh sejarawan seperti Thomas Jafferson, Albert Einstien, George

Washington Carver, Harriet Tubman dan Eleanor Roosevelt. Maslow menggunakan

kepelbagaian teknik untuk menafsirkan personaliti mereka. Bagi tokoh sejarah, Maslow

bekerja dalam dunia biografi dan menganalisis laporan bagi melihat persamaan dalam

karakter diri tokoh tersebut. Bagi mereka yang masih hidup, beliau menggunakan

pendekatan temuduga, pertemuan bebas dan juga projek peperiksaan. Beliau mendapati

banyak daripada kaji selidik beliau ini adalah daripada mereka yang self-concious

(Kesedaran Kendiri). Semasa mengajukan persoalan, secara tidak langsung beliau dapat

mempelajari personaliti diri peserta walaupun beliau tidak menerangkan dengan lebih

tepat bagaimana proses tersebut dijalankan.

6. Kajian tentang teori Maslow

18

Page 19: Abraham Maslow

Dalam teorinya Maslow tidak menggunakan kajian kes, eksperimen atau bahan kolerasi

dalam pengajian. Pengkritik telah mendakwa bahawa kajian yang dilakukan oleh Maslow

dalam pengajiannya tentang kesempurnaan kendiri adalah tidak kejam dan memaksa.

Maslow bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik kepadanya. Beliau tahu

yang penyiasatannya adalah gagal untk memenuhi keperluan kajian saintifik. Beliau

menambah bahawa, makmal kajian yang sederhana standard menyebabkan kajian tidak

dapat dilakukan secara keseluruhan atau merangkumi semua. Tetapi beliau percaya oleh

kerana kesempurnaa kendiri tidak boleh dicapai melalui kajian yang saintifik tetapi

dengan menggunakan cara yang sesuai dan teknik yeng tertentu untuk memajukan kajian

ini atau tidak mengkajinya kesemunya,

Maslow juga sebenarnya berasa sedih untuk menangguhkan kajian kerana beliau

berkeyakinan yang beliau mampu menolong manusia melalui teorinya. Dia menagtakan

bahawa dia tidak cukup masa untuk menumpukan sepenuhnya kepada eksperimen atau

ujukaji. Beliau telah mengambil masa yang panjang beberapa tahun dan terpaksa

menghentikan kajiannya kerana beliau mempunyai batasan dalam melakukan apa yang

mahu dilakukan. Beliau merujuk kepada aktivitinya yang berkaitan tentang pengajian

tentang juru terbang sahaja. dia meyakinkan bahawa kajian yang dilakukan adalah sah

dan teori yang dikajinya adalah betul. Maslow juga mencadangkan diakhir kajiannya

dengan memberi sokongan dan bukti yang mana dia juga perlu mengumpulkan data-data

yang lain dari teorinya untuk mengukuhkan lagi kajiannya.

6.1 Hubungkait pengajiannya dengan POI

POI telah digunakan secara meluasnya dalam menghubungakait kajian yang mana

menetapkan bahawa ianya sering dihubungkaitkan dengan tindakan tingkah laku dan

personality. Data menunjukkan bahawa kesempurnaan kendiri yang tinggi menjadikan

seseorang itu positive dan ia berkait dengan beberapa factor: kesihatan mental, krativiti,

mengikuti terapi dengan baik, pencapaian akedemik, autonomi dan toleransi antara

masyarakat. Kebanyakkan kajiannya menunjukkan keputusan yang negative antara

hubunhkait kesempurnaan kendiri yang tinggi dengan pemabuk seperti mereka yang

mengalami gamguan mental, saraf, dan tekanan. Keputusan ini adalah perkra yang telaj

19

Page 20: Abraham Maslow

dijangkakan berdasarkan kepda gambaran Maslow tentang kesempurnaan kendiri. POI

telah melakukan kajian keatas wanita yang berumur 19 hingga 55 tahun memastikan

pandangan Maslow tentang kesempurnaan kendiri melibatkan kehidupan yang bersih

dan kemas secara beransur-ansur.

Ini adalah menunjukkan bahawa kajian ini melibatkan hubungkait kajian dan

tidak hanya bergantung kepada batasan kesempurnaan kendiri yang mana data ini

diperolehi melalui data kajian POI. Ini bukanlah satu keperluan yang perlu diikuti

melalui system POI kecuali tindakan kesempurnaan kendiri walaupun ianya ada

hubungkait yang baik dengan kepelbagaian kepercayaan yang berkaitan dengan

kesempurnaan kendiri.

6.2 Hierarki Keperluan

Untuk menyokong teori Maslow, kajian yang dilakukan keatas pelajar lelaki dan

wanita sebuah kolej menunjukkan mereka memerlukan kepuasan keperluan dari segi

keselamatan, kasih sayang dan penghargaan dan secara negatifnya yang berhubung

dengan neurotik dan tekanan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk melihat

kepada tiga keperluan ini dan kajian ini juga menunjukkan bahawa keperluan

penghargaan lebih tinggi daripada keperluan kasih sayang. Kajian ini juga

menunujukkan bahawa kerisauan yang berkaitan dengan keperluan keselamatan

diperlukan oleh semua orang tidak kira usia pelajar.

Kajian tentang senarai kepuasan keperluan, soal selidik adalah untuk mengenal

pasti dan melihat bagaimana kepusan seseorang mengikut keperluan Maslow, yang

berhubungkait dengan data ujian pelajar kolej dengan data yang diperolehi melalui

Eysenck Personality Inventory. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kepuasan

keperluan adalah lebih tinggi daripada neurotic.

Huraian tentang ujian hirearki menggunakan contoh sampel populasi umum yang

disokong dengan 5 keperluan asas. Kajian juga membuktikan bahawa kebanyakkan orang

menyatakan tentang kebimbangan keperluan yang semakin meningkat daripada tahap

yang rendah kepada keperluan yang tinggi. Keperluan fisiologi diandaikan dapat

memenuhi kebimbangan mereka tentang kajian ini. Kesempurnan kendiri juga perlu

20

Page 21: Abraham Maslow

kepada sesuatu minat yang bagus, kerna diandaikan bahwa ia tidak dapt memenuhinya

dengan baik.

6.3 Keperluan Kasih Sayang

Maslow menyatakan bahwa keperluan kasih syang hanya boleh diperolehi dengan

berpesatuan dan yang lebih penting lagi ialah penerimaan daripada orang ramai.

beberapa ahli psyikologi menimbang kepada beberapa keperluan kepunyaan sebagai

satu kuasa yang memandu psykologi seseorang individu seperti keperluan makan dn

minum. Dlam salah satu kajian keatas pelajar kolej, mereka percaya untuk tunjuk

ajar, mereka perlu saling bertindak seperti melayari internet chat room yng mna

mereka dikecualikan dan ditolak daripada mereka yang terlibat dlam kajian. Salah

seorang responden melalui katanya tidak ada seorang pun yang membalas komen dan

soalan mereka. Semua mereka yng terlibat menunjukkan kesibukkan mereka dengan

berbual melalui online tetapi penyertaan mereka dalam kajian menyebabkan

berlakunya pemencilan social.

Berdasarkan kepada eksperimen,mereka yang terlibat disuruh membaca buku

catatan harian kesalahan pelajar kolej. Kemudian mereka disuruh untuk menulis seberapa

banyak aktiviti harian yang mereka ingat. Kebanyakkan pelajar memerlukan rasa

kepunyaan untuk mengahalang mereka daripada melakukan sesuatu melalui pengalamn-

pengalaman yang sentiasa berlaku. Kajian yang dilakukan juga gagal untuk

menunujukkan yang rasa kepunyaan ini akan memberi pengaruh kepada aktiviti kognitif

seperti ingatan dan memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti seseorang dalam proses

mengingat kembali.

6.4 Penghargaan Kendiri

Kajian juga menyokong pendapat Maslow tentang menusia memerlukan penghargaan

kendiri yang tinggi untuk menjadikan diri mereka rasa hebat dan berkeyakinan. Dengan

penghargan kendiri yang tinggi ini, mereka juga akan merasai kecekapan dan lebih

produktif daripada mereka yang memiliki penghargaan kendiri yang rendah. Manusia

21

Page 22: Abraham Maslow

yang memiliki penghargaan kendiri yang tinggi boleh berada dalam apa-apa jua keadaan

dengan bagus. Dalam kajian daripada pelajar-pelajar kolej yang sedang mencari

pekerjaankebanyakkan mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi

menerima lebih banyak tawaran pekerjaan berbanding mengambil pelajar yang

mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Dalam kajian yang lain, menunjukkan

bahawa manusia yang tinggi penghargaan akan lebih memberi kesan dengan kesusahan

mereka dalam mendapatkan kerja berbanding mereka yang mempunyai penghrgaan

kendiri yang rendah. Selain itu, yang penting bagi mereka yang mempunyai penghargaan

kendiri yang tinggi, meraka akan menerima diri mereka dengan senang hati. Kajian juga

menunujukkan bahawa manusia yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah

merasakan diri mereka ini disisihkan daripda kumpulan kajian secara perlahan-perlahan

melalui laporan pelbagai yang secara keseluruhannya menunjukkan penolakkan daripada

mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Kajian yang dilakukan keatas 642 pelajar kolej menunjukkan kebanyakkan

mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah banyak terlibat dalam

masalah social dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan mereka yang mepunyai

penghargaan kendiri yang tinggi.

Walaupun ketepatang mengingat akan menunjukkan kepada penghargaan kendiri.

Walaubagaimanapun, penglibatan mereka telah dikaji balaik tentang personality yang

mana ad sesetengah daripad mereka menyokong dan memuji dan ada sesetengah daripada

mereka yang tidak setuju. Kebanyakkan mereka yang mempunyai penghargaan kendiri

yang tinggi menyokong kajian ini dilakukan balikuntuk memperolehi keputusan yang

lebih tepat tentang penghargaan kendiri yang rendah. Secara keseluruhannya, mereka

yang terlibat dalam kajian ini yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah

menyokong tentang menkajia balik

Kajian-kajian lain tentang keperluan kendiri telah menunjukkan bahwa kajian dan

penyelidikan yang melibatkan deria yang tidak seimbang tentang kesempurnaan kendiri

tidak mempenagruhi deria yang kuat tentang diri seperti mana kesempurnaan kendiri

orang lain yang seimbang hamper kesemua situasi. Kajian yang dilakukan menjadi

ukuran sebenar kjian denagn melibatkan lebih daripada 400,000

22

Page 23: Abraham Maslow

7. Teori Penentuan Nasib Kendiri

Menurut Ryan dan Deci (2000), sesuatu cabang mutakhir bagi jiwa dan intipati seseorang

individu di dalam teori ini adalah teori penentuan nasib kendiri. Yang mana teori tersebut

menyatakan bahawa setiap individu mempunyai bakat semulajadi yang menyerupai

sesuatu perkara lain. Ini adalah untuk menonjolkan minat, perlaksanaan dan memajukan

kebolehan dan potensi mereka serta dapat mengatasi setiap halangan dan cabaran yang

mendatang.

Teori penentuan nasib kendiri ini telah dipermudahkan oleh individu yang

memberi tumpuan kepada motivasi asas semulajadi atau intrinsic motivation. Sebagai

contoh intrinsic motivation adalah sesuatu aktiviti yang menarik dan melekakan yang

dilakukan atas sebab minat dan cabaran yang dialaminya sendiri. Intrinsic motivation ini

juga melibatkan sesetengah aktiviti yang melekakan, namun ianya dilakukan semata-mata

untuk mendapatkan kebaikan dari segi ganjaran luaran seperti mendapat pujian, kenaikan

pangkat dan mempunyai darjat yang tinggi.

Jika diperhatikan, terdapat persamaan asas antara fahaman Maslow terhadap

motivasi asas semulajadi atau intrinsic motivation dengan penentuan nasib kendiri dan

juga gambaran Maslow terhadap teori kenyataan kendiri. Kedua-duanya adalah berkaitan

dengan pencapaian atau kesedaran seseorang individu terhadap bakat dan kemampuan

untuk mencapai matlamat kepuasan dalaman berbanding dengan ganjaran luaran.

Teori penentuan nasib kendiri ini terbahagi khusus kepada 3 keperluan asas iaitu :

i) Kecekapan – keperluan untuk merasa menjadi seseorang yang mampu

menguasai dan menakluki sesuatu tugas atau tanggungjawab yang sukar

dan mencabar.

ii) Autonomi atau pemerintahan sendiri – Kebebasan asas seseorang individu

terhadap sesuatu arah dalam tindakan ke atas minat diri sendiri, keperluan

dan nilai-nilai.

iii) Perhubungan – Keperluan untuk merasai satu pertalian atau perhubungan

yang agak rapat dengan orang lain.

23

Page 24: Abraham Maslow

Menurut Ryan dan Deci (2000), pembelajaran ini menunjukkan bahawa kepuasan

terhadap semua keperluan tersebut dan juga persamaan tumpuan terhadap motivasi

asas semulajadi atau intrinsic motivation adalah berkaitan dengan sanjungan kendiri

yang tinggi dan juga kenyataan kendiri.

8. Refleksi Terhadap Teori Maslow

Terdapat kritikan terhadap teori Maslow pada pertengahan kaedah atau prosedur

penyelidikannya dan kekurangan ujikaji atau eksperimen yang dihasilkan oleh

sokongan data. Sampel daripada mana data itu diperolehi, lebih sedikit daripada

sebahagian yang ditemuduga iaitu terlalu kecil bagi tanggapan umum terhadap

penduduk yang besar. Langkah-langkah atau cara-cara Maslow mengumpulkan

maklumat tentang penyertaan penyelidikan kenyataan kendiri ini adalah tidak setara

dan kabur atau tidak jelas. Beliau tidak menerangkan bagaimana beliau mentafsirkan

keputusan ujian atau analisis bahan-bahan tentang riwayat hidup, mahupun

menandakan bagaimana persatuan bebas dan respon temuduga memberi petunjuk

kepada beliau untuk mengenal pasti kesemua penyertaan penyelidikan yang khusus

seperti kenyataan kendiri.

Dalam penyertaan penyelidikannya, Maslow telah memilih seseorang yang beliau

kagumi iaitu berdasarkan criteria terhadap kenyataan kendiri. Criteria-kriteria tersebut

tidak ditentukan dan beliau kemudian menerima bahawa kenyataan kendiri adalah sukar

untuk dihuraikan dengan tepat. Senarai beliau terhadap sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang

mengalami kenyataan kendiri hanya diperolehi daripada klinik pentafsiran data dan lebih

mudah dipengaruhi oleh falsafah peribadi dan nilai moral beliau. Oleh yang demikian,

huraian-huraiannya biasanya menggambarkan kepunyaan idea Maslow yang layak atau

wajar dan penuh dengan perasaan yang sihat terhadap seseorang individu.

Sebahagian sebab Maslow bersikap optimis dan belas kasihan adalah kerana teori

beliau dan sikap kemanusiaan mendekati psikologi secara umumnya telah menjadi

24

Page 25: Abraham Maslow

terkenal dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Jurnal dan organisasi yang berkaitan dengan

psikologi kemanusiaan telah ditemui, dan pembahagian psikologi kemanusiaan telah

dicipta dalam American Psychological Association. Kini, psikologi kemanusiaan

berpengalaman melahirkan semula pergerakan psikologi yang positif. Lebih daripada

seorang ketua pergerakan kebanggaan psikologi kemanusiaan adalah sebagai perintis

psikologi yang positif. Oleh yang demikian, warisan Maslow dapat bertahan lebih

daripada 40 tahun, daripada satu kurun kepada kurun yang berikutnya.

Sebagai perintis psikologi kemanusiaan, Maslow menarik ramai peminat dan

pengikut di kalangan pelajar dan profesional telah menjadi kecewa dengan tingkah laku

dan psikoanalisis yang mendekati personaliti dan psikologi. Sesetengah teori ada

mempunyai pelbagai kesan di sebalik disiplin. Guru dan kaunselor, ketua perniagaan dan

kerajaan, profesional penjagaan kesihatan dan ramai orang mencuba untuk menangani

hari-hari yang sukar dan telah menemui pandangan Maslow yang bersesuaian dengan

keperluan dan kegunaan dalam menyelesaikan masalah. Beliau menyuarakan dengan

bersemangat bahawa tamadun yang dapat hidup lama bergantung kepada kemampuan

seseorang individu untuk mengembangkan seluruh potensi diri dan menjadi kenyataan

kendiri.

25

Page 26: Abraham Maslow

9. Rumusan

Maslow mengatakan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan naluri

yang membawa kepada pertumbuhan, perkembangan dan kesempurnaan. Hiraki

keperluan ciptaanya termasuklah keperluan fisiologi seperti makan, minum, tidur, dan

udara. Keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang dan penghargaan serta

kesempurnaan kendiri. Keperluan yang paling bawah atau rendah perlu dipenuhi terlebih

dahulu sebelum muncul keperluan tinggi. Semakin rendah keperluan, semakin besar

kekuatanya.

Keperluan paling bawah dipanggil keperluan deficit(kurangan) kerana kegagalan

untuk memuaskan keperluan ini akan menimbulkan krisis dan pelbagai masalah.

Keperluan atasan(pertumbuhan atau menjadi keperluan) adalah kurang perlu untuk

keselamatan tetapi ia akan dapat menggalakkan pertumbuhan yang baik dari segi emosi

dan fizikal. Keperluan keselamatan untuk kesejahteraan, kestabilan, teratur(memerintah)

dan kebebasan dari perasaan takut dan bimbang adalah penting dalam usia kanak-kanak

dan orang tua yang mengalami masalah jiwa.

Keperluan kasih-sayang dapat dipuaskan dapat dipuaskan melalui pergaulan

dengan kumpulan atau hubungan afektif dengan seorang atau orang yang telah biasa.

Keperluan penghargaan termasuklah penghargaan kendiri dan penghargaan daripada

orang lain. Kesempurnaan kendiri melibatkan kesedaran tentang satu potensi dan

memerlukan pengetahuan sebenar tentang kelemahan dan kekuatan. Keperluan untuk

tahu dan memahami kotak hiraki dan keperluan kognitif adalah muncul leawt bayi dan

awal kanak-kanak.

Motivasi dalam kesempurnaan kendiri disedikan bukan untuk menentukan

kekurangan atau menguirangkan tekanan tetapi untuk mengkayakan hidup dan

meningkatkan tekanan. METANEEDS adalah kunci pertumbuhan menuju kearah

pertumbuhan menuju kearah kesempurnaan kendiri. Kekecewaan terhadap keperluan

akan menghasilkan metapologi iaitu kesakitan tanpa bentuk yang tidak dapat dikenal

pasti punca utamanya.

Kesempurnaan kendiri menetapkan kurang 1% daripada populasi. Ciri-ciri

individu yang mencapai kesempurnaan kendiri ilah seperti mempunyai persepsi yang

26

Page 27: Abraham Maslow

jelas tentang raliti, penerimaan terhadap diri sendiri dan orang lain, kespontanan dan suka

mempermuidahkan, berddedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri

(jati diri), penikmatan (menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas),minat

untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian dan

penolakan terhadap tekanan social.

Tidak semua orang boleh mencapai kesempurnaan kendiri kerana ianya adalah

keperluan paling lemah dalam hiraki dan mudah diganggu. Terlalu banyak kebebasan

atau kekurangan keselamatan sewaktu kanak-kanak akan menghalang kesempurnaan

kendiri. Manusia juga memiliki perasaan takut dan bimbang terhadap keupayaan

diri( tidak mahu mengembangkan potensi diri) yang dipanggil jonah kompleks.

Maslow meliohat manusia dengan pandangan yang optimis. Manusia

mengutamakan kebebasan, pilihan sedar, unik, keupayaan mengatasi pengalaman silam

dan mempunyai bakat semulajadi yang bagus. Personaliti dipengaruhi oleh keturunan dan

persekitaran.Matlamat terakhir setipa manusia adalah untuk mencapai kesempurnaan

kendiri. Maslow menggunakan kaedah temuramah, hubungan bebas, teknik projektif dan

alat biografi untuk menguji personality.

Pencipta orientasi perorangan ialah ujian laporan kendiri untuk mengukur

kesempurnaan kendiri. Beberapa kajian menyokong karektor orang yang mencapai

kesempurnaan kendiri, iaitu hubungan antara penghargaan kendiri dan kecekapan dan

kesukaran kendiri, kesukaran kendiri, kepatuhan kepada keperluan dalam hieraki dan

lebih prihatin terhadap keperluan atasan berbanding keperluan bawahan.

Individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi akan rasa lebih baik

terhadap diri mereka, kerja lebih kuat dan melihat dan melihat diri mereka sebagai lebih

bijak, boleh bersetuju dan lebih bermoiral berbanding individu yang mempunyai

penghargaan kendiri yang rendah. Tahap penghargaan kendiri dilaporkan menjadi lebih

tinggi ketika kanak-kanak dan rendah semasa remaja, bangkit ketika dewasa dan jatuh

ketika pertengahan umur dan masa tua. Dalam zaman pertumbuhan kerja Maslow adalah

teori keazaamn kendiri u\yang terdiri daripada 3 keperluan iaitu kecekapan, autonomi dan

perhubungan..

27

Page 28: Abraham Maslow

28