sumbangan abraham lincoln kepada amerika syarikat

23
SUMBANGAN ABRAHAM LINCOLN KEPADA AMERIKA SYARIKAT 1.0 PENDAHULUAN Abraham Lincoln merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-16. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjaya menghentikan Perang Saudara bagi mempertahankan keamanan Negara. Beliau memainkan peranan penting dalam menggubal Pindaan Ke-13 yang telah menamatkan system perhambaan di Amerika. Apabila Perang tersebut tamat, Lincoln menjadi Presiden Amerika pertama yang mati dibunuh. Lincoln dilantik menjadi Presiden semasa pilihanraya tahun 1860, beliau pada masa tersebut merupakan seorang peguam dan ahli politik yang berjaya di Illinois. Beliau juga merupakan satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang menerima paten pada tahun 1849 apabila beliau merekacipta sistem untuk mengangkat bot daripada muara sungai. 2.0 LATAR BELAKANG ABRAHAM LINCOLN Abraham Lincoln dilahirkan di Sinking Springs Farm berdekatan Hodgenville Kentucky pada 12 Februari 1809. Nama ibu bapanya ialah Thomas dan Nancy Hanks Lincoln. Lincoln mempunyai seorang kakak yang bernama Sarah berumur dua tahun lebih tua daripadanya dan seorang adik lelaki yang bernama Thomas namun telah meninggal dunia semasa masih kecil. Semasa Abraham berumur dua tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Knob Creek Farm. Lima tahun selepas itu, mereka berpindah pula ke Little Pigeon Creek di

Upload: adilah-khalid

Post on 25-Oct-2015

995 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

sumbangan abraham lincoln

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

SUMBANGAN ABRAHAM LINCOLN KEPADA AMERIKA SYARIKAT

1.0 PENDAHULUAN

Abraham Lincoln merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-16. Beliau merupakan seorang

pemimpin yang berjaya menghentikan Perang Saudara bagi mempertahankan keamanan Negara.

Beliau memainkan peranan penting dalam menggubal Pindaan Ke-13 yang telah menamatkan

system perhambaan di Amerika. Apabila Perang tersebut tamat, Lincoln menjadi Presiden

Amerika pertama yang mati dibunuh. Lincoln dilantik menjadi Presiden semasa pilihanraya

tahun 1860, beliau pada masa tersebut merupakan seorang peguam dan ahli politik yang berjaya

di Illinois. Beliau juga merupakan satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang menerima paten

pada tahun 1849 apabila beliau merekacipta sistem untuk mengangkat bot daripada muara

sungai.

2.0 LATAR BELAKANG ABRAHAM LINCOLN

Abraham Lincoln dilahirkan di Sinking Springs Farm berdekatan Hodgenville Kentucky pada 12

Februari 1809. Nama ibu bapanya ialah Thomas dan Nancy Hanks Lincoln. Lincoln mempunyai

seorang kakak yang bernama Sarah berumur dua tahun lebih tua daripadanya dan seorang adik

lelaki yang bernama Thomas namun telah meninggal dunia semasa masih kecil. Semasa

Abraham berumur dua tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Knob Creek Farm. Lima tahun

selepas itu, mereka berpindah pula ke Little Pigeon Creek di Indiana. Pada 5 Oktober 1818,

ibunya telah meninggal dunia akibat meminum susu lembu yang telah diracun. Setahun

kemudian Thomas Lincoln berkahwin semula dengan Sarah Bush Johnston iaitu seorang janda

yang mempunyai tiga orang anak. Walaupun Abraham Lincoln tidak begitu rapat dengan

ayahnya namun Lincoln menjadi rapat dengan ibu tirinya iaitu Sarah. Sarah menggalakkan

Lincoln untuk belajar dengan rajin demi masa depannya.

Pada tahun 1830, Abraham dan keluarganya telah berpindah ke Illinois1. Beliau membuat

kerja sambilan seperti membawa bot barangan ke New Orleans. Di New Salem, beliau juga

1 http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography

Page 2: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

merupakan rakan kongsi dalam perniagaan kecil-kecilan rakannya namun menemui kegagalan

dan beliau terpaksa melunaskan hutang perniagaan tersebut dalam masa yang agak panjang.

Semasa Perang Blackhawk 1832, beliau telah dipilih sebagai kapten dalam unit tentera yang

menemukan Abraham Lincoln dengan seseorang yang telah mengubah hidupnya iaitu John Todd

Stuart. Stuart dan Lincoln bersama-sama bertanding dalam Perhimpunan Umum Illinois namun

hanya Stuart menang dalam perhimpunan tersebut2. Dua tahun kemudian, kedua-dua Stuart dan

Lincoln menang dalam perhimpunan yang diadakan. Stuart yang lebih berpengalaman dikenali

sebagai Jerry Sly banyak mengajar Lincoln tentang selok belok dunia guaman. Pada tahun 1836,

Abraham Lincoln menerima lessen untuk menjadi seorang peguam yang sah. Lincoln menang

pilihanraya semula Perhimpunan Umum pada tahun 1836, 1838 dan 1840. Pada tahun 1854,

beliau memenangi anugerah undi popular tetapi beliau meletak jawatan supaya beliau layak

untuk bertanding pada pilihanraya untuk melantik Senat Amerika Syarikat.

2 Kelly, Martin.  “Top 10 Most Influential US Presidents”.  About.Com:  American History.  Retrieved February 1, 2009.  

Page 3: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

Pada tahun 1846, Lincoln dipilih sebagai Wakil Rumah Amerika Syarikat dimana beliau

telah memberikan ucapan tentang perang yang telah dimulakan di Mexico3. Beliau memohon

Presiden James K. Polk mendedahkan tempat sebenar di mana darah rakyat Amerika telah

tumpah, tentang siapa yang memulakan perang tersebut serta tempat perang tersebut samada

dalam kawasan Amerika Syarikat atau kawasan Mexico. Masyarakat ada yang menyokong

pendapat beliau namun ada juga yang membangkang dan menggelarnya Spotty Lincoln.

Seterusnya Lincoln fokus terhadap kerjayanya sebagai peguam bagi membantu menyara

keluarganya. Beliau bekerja di Jabatan Perundangan Illinois bersama Ninian Wirt Edwards.

Tidak lama selepas itu, Lincoln bertemu jodohnya dengan Mary iaitu adik kepada isteri Edwards,

rakan sekerjanya. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Robert Todd yang dinamakan

sempena nama ayah Mary, Edward Baker yang dinamakan sempena nama sahabat baiknya,

William Wallace dan Thomas sempena nama ayah Lincoln sendiri. Namun demikian, hanya

Robert yang hidup sehingga dewasa kerana ketiga-tiga lagi anaknya meninggal dunia pada usia

muda.

3.0 SUMBANGAN ABRAHAM LINCOLN KEPADA AMERIKA SYARIKAT

a) MEMPERJUANGKAN PERPADUAN DAN KEBEBASAN

Pada tahun 1860, Lincoln berkempen bagi jawatan Presiden. Beliau melahirkan tentangan beliau

terhadap perhambaan dan keazamannya untuk menghadkan perkembangan sistem perhambaan

ke kawasan baru yang diperoleh daripada Mexico pada tahun 18504. Kejayaan pilihan raya beliau

telah menimbulkan krisis terhadap Negara, kerana ramai ahli parti Demokrat barat khuatir

Lincoln akan menghapuskan terus sistem perhambaan di kawasan Barat. Sebahagian besar

masyarakat kulit putih turut menentang pendapat Lincoln kerana mereka tidak dapat

membayangkan masa hadapan yang bakal dihadapi apabila masyarakat kulit hitam akan

3 http://www.historynet.com/abraham-lincoln

4 http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography

Page 4: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

dibiarkan bebas sebagai rakyat biasa. Alasan ini berdasarkan kepada undang-undang doktrin

yang menggubal tentang hak rakyat dan kedaulatan di Negara tersebut. Lincoln bersumpah untuk

mengekalkan Perpaduan tersebut walaupun ia bakal mencetuskan perang. Beliau telah

menubuhkan kira-kira tiga juta angkatan tentera darat dan laut yang terdiri daripada masyarakat

utara untuk bertemu dengan kira-kira dua jutan angkatan tentera daripada Selatan. Dalam

pertempuran daripada Virginia ke California, Perang Saudara yang besar telah

memecahbelahkan Amerika Syarikat5. Untuk memastikan kemenangan miliknya, Lincoln

menggunakan kuasa yang sah terhadap akhbar dan pemberita. Beliau telah mengumumkan

undang-undang perang dalam kawasan di mana tiada tindakan ketenteraan yang akan

mengesahkannya. Tiada dalam sejarah di mana seorang Presiden mengunakan semaksima

mungkin kuasa yang ada namun bukan untuk keuntungan dirinya sendiri tetapi untuk

mengekalkan Kesatuan.

5 Book of Proceedings : Taylor Lynn Chase, Rotary Ambassadorial Scholar, University of Colorado, Abraham Lincolns inspiration in the 21st century

Page 5: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

Pada tahun 1864, Lincoln enggan membatalkan pilihanraya kebangsaan, beliau memilih untuk

meneruskan pilihanraya tersebut walaupun beliau sedar beliau akan kehilangan banyak undi

asalkan asas demokratik yang telah dibina tidak dihapuskan begitu sahaja. Namun demikian,

dengan sokongan pengundi daripada askar Kesatuan. Lincoln tetap dipilih pada pilihanraya

tersebut. Perang yang pada mulanya tercetus untuk mengekalkan Kesatuan dan mencadangkan

demokrasi telah bertukar menjadi pertempuran untuk kebebasan dan perang untuk menamatkan

perhambaan apabila Lincoln merasmikan Pengumuman Pembebasan pada bulan Januari 18636.

Walaupun Pengumuman tersebut tidak membebaskan kesemua hamba abdi namun tiada hamba

yang berada di luar Gabungan terkesan dengan Pengumuman tersebut. Namun demikian ia

merupakan simbol penting yang menunjukkan Kesatuan mementingkan kebebasan dan

penghapusan sistem perhambaan. Sebahagian daripada Pengumuman tersebut ada menyebut

tentang ajakan Lincoln terhadap lelaki kulit hitam untuk menyertai Kesatuan dalam angkatan

tentera darat dan tentera laut. Pada akhir perang, hampir dua ratus ribu rakyat Amerika Afrika

berperang demi mengekalkan Kesatuan dan Lincoln melabelkan mereka sebagai tulang belakang

dalam memastikan kejayaan Kesatuan.

b) KEJAYAAN POLITIK DAN STRATEGI

Pada tahun 1834, Lincoln sekali lagi bertanding dalam Badan Perundangan Negeri dan beliau

menang pada tahun tersebut. Sehinggakan ahli Demokrat juga menyokong beliau. Strategi yang

digunapakai oleh Lincoln berjalan dengan lancer iaitu tidak mengeluarkan pernyataan, tidak

membuat janji kosong dan hanya memberikan syarahan pendek. Beliau juga berjabat tangan

mesra, berlawak jenaka dan menziarahi hampir kesemua keluarga dalam negeri tersebut. Beliau

bertanding lagi dan menang berturut-turut pada tahun 1836, 1838 dan 1840. Sebagai seorang ahli

perundangan, Lincoln turut mengundi dalam barisan Parti Whig. Pada tahun 1837, Lincoln telah

mengambil kedudukan yang agak kontroversi apabila beliau telah merisikokan kerjaya politiknya

dengan bergabung dengan lima orang ahli perundangan yang lain untuk membangkang resolusi

mengutuk pemansuhan7. Pada tahun 1838, beliau memberi maklum balas terhadap berita

6 Thomas, Evan and Wolff, Richard.  “Obama’s Lincoln”.  Newsweek.  Retrieved  February 1, 20097 http://www.theatlantic.com/politics/archive/2013/06/is-abraham-lincoln-the-most-unifying-president-in-us-history/277392/

Page 6: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

kematian salah seorang pemansuh di Illinois dan juga seorang editor akhbar Elijah Parish

Lovejoy. Mangsa telah dibunuh semasa mempertahankan hasil tulisannya tentang isu

menyokong sistem perhambaan di Alton, Illinois. Dengan menggunakan kuasanya, Lincoln

memberikan ucapan tentang bahaya dalam mengamalkan demokrasi dan undang-undang

pemerintahan apabila rakyat mula menggunakan kekerasan berbanding undian dan alasan untuk

mendapatkan hak mereka.

Pada tahun 1840, berbekalkan minatnya terhadap bidang politik, Lincoln berkempen untuk

William Henry Harrison iaitu ahli Parti Whig. Beliau mengecam calon Parti Demokratik iaitu

Martin Van Buren kerana tindakannya yang memberikan peluang untuk mengundi kepada rakyat

berkulit hitam yang bebas di New York. Setelah mengambil kedudukan tersebut, Lincoln secara

terang-terangan bersikap perkauman terhadap majority pengundi di IllIonis. Seperti

pembangkang sistem perhambaan yang lain, Lincoln juga tidak memihak hak kerakyatan kepada

orang berkulit hitam.

Page 7: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

c) ISU PERHAMBAAN : 1858 DEBAT LINCOLN-DOUGLAS

Dua tahun selepas kekalahan Fremont, Abraham Lincoln menang pencalonan parti untuk

menjadi Senat Amerika Syarikat. Keadaan ini meletakkan beliau bertanding dengan senator yang

sudah berpengaruh waktu itu iaitu Stephen A. Douglas, salah seorang musuh Lincoln semasa

beliau berkhidmat di Illinois dan Douglas pada masa itu bertanding untuk kali ketiga sebagai ahli

Demokrat. Oleh yang demikian, telah berlangsungnya tujuh siri debat di antara Lincoln dan

Douglas di Illinois dalam tempoh tujuh puluh hari. Beberapa faktor menolong menarik perhatian

Negara terhadap kempen yang dilakukan demi pertempuran tersebut. Faktor pertama ialah

Douglas berjaya mendapat reputasi sebagai ‘Little Giant’ dalam Parti Demokratik8. Kedua ialah

debat kebangsaan tentang sistem perhambaan mencapai tahap kritikal. Dalam jangka masa empat

tahun yang membawa kearah debat bersejarah, rakyat Amerika telah menyaksikan kekejaman

yang melampau dan peristiwa yang mengejutkan sekaligus telah memecahbelahkan Negara.

Sebagai tindak balas kepada peristiwa tersebut, penulis dengan merujuk kepada calon yang

bertanding, telah menulis tentang artikel yang menerangkan secara terperinci tentang debat yang

terjadi dan telah mewujudkan bukti bagi mengenangkan sejarah politik Amerika. Seluruh Negara

menonton debat yang terjadi itu.

d) PILIHANRAYA 1860

Melaluii pilihanraya sebelum 1860, Douglas telah berjaya mengalahkan Lincoln dengan majoriti

54 peratus kepada 46 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa Lincoln kalah tipis terhadap

Douglas. Walaubagaimanapun, kempen yang dilakukan telah menaikkan reputasi Lincoln dalam

parti dan telah menjadikannya sebagai ketua dalam Parti Republik. Setelah kalah untuk menjadi

Senat Amerika Syarikat, beliau telah menghabiskan masanya selama enam belas bulan

mengelilingi seluruh kawasan Selatan untuk berkempen kepada ahli Parti Republik. Hasilnya,

Lincoln telah berjaya memenangi hati rakyat untuk memilih calon partinya. Ramai ahli politik

terhutang budi terhadap Lincoln kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

8 http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography/print

Page 8: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

Bekas ahli parti Whig iaitu Seward yang berkuasa sebagai senator Amerika Syarikat pada masa

itu, telah mengatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan bertolak ansur terhadap isu

perhambaan. Seward telah menyuarakan rasa tidak setujunya terhadap Perjanjian Kompromi

1850 dan beliau turut menegaskan bahawa terdapat undang-undang yang lebih tinggi berbanding

Konstitusi tersebut yang dapat digunakan untuk membimbing rakyat Amerika tentang isu

perhambaan. Lapan tahun kemudian, beliau mewujudkan suatu konflik dalam menerangkan

tentang keadaan hubungan antara Utara dan Selatan selagi mana sistem perhambaan masih hidup

dalam Negara tersebut.

Apabila Delegasi Parti Republik berkumpul di Chicago pada 16 May, mereka sudah

menyedari bahawa mereka akan kalah pada pilihanraya 1860 itu. Namun demikian, tindakan

Seward yang tidak menyokong pembawaan Indiana atau Pennsylvania telah membawa

kemenangan kepada Lincoln dalam ballot yang ketiga9. Delegasi telah menominasi bekas ahli

Parti Demokratik daripada Maine iaitu Senator Hannibal Hamlin sebagai pembantu penasihat

Lincoln. Beliau merupakan seorang yang juga menyokong pemansuhan sistem perhambaan.

Beberapa jawatan dalam Parti Republik telah diisi oleh beberapa bekas parti lain yang turut

membawa motif politik yang sama. Usahasama Parti Republik yang baru terbentuk ini

menawarkan gabungan antara Negara sebagai masyarakat yang bebas daripada sistem buruh dan

pemupusan terus sistem perhambaan.

e) KESAN PILIHANRAYA 1860

Pilihanraya 1860 telah meletakkan Negara di kedudukan yang akan merubah segalanya. Jika

Parti Republik menang, ianya akan menghentikan dominasi politik ahli politik Selatan di Union.

Ahli politik Selatan telah menjadi Presiden Amerika Syarikat selama dua pertiga sepanjang

jangka masa semenjak 1789 dan tiada daripada ahli politik Utara pernah menjadi Presiden. Oleh

hal yang demikian, ahli politik Selatan telah berjaya menguasai suara dalam sebarang mesyuarat

atau setiap siding yang berlaku. Kejayaan Lincoln bergantung kepada tambahan Pennsylvania

atau Indiana atau Illinois kepada senarai jajahan di bawah parti Republik. Apabila undian yang

dikira seri, Lincoln yang tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Negara Selatan, telah

9 Book of proceedings : Michael Hora; Member of the Board of Trustees of American Councils, Washington DC, Lincoln; The Great Initiator

Page 9: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

membawa ahli politik Utara untuk menyokongnya. Secara keseluruhannya, majoriti ahli politik

Selatan mengundi untuk Breckinridge yang membawa sebelas negeri daripada lima belas. Bell

menang dengan sokongan negeri Virginia, Kentucky dan Tennessee. Walaupun Douglas

merupakan calon yang sangat dikenali namun beliau hanya berjaya membawa Missouri. Dalam

perkiraan terakhir semua undian, Lincoln telah berjaya mengalahkan Breckinridge dengan 180

undi kepada 72, Bell hanya memperoleh 39 dan Douglas kalah teruk dengan hanya 12 undi.

Walaupun Parti Demokratik telah bergabung, mereka tetap kalah terhadap Lincoln yang

membawa undian daripada Utara. Sebagai kesimpulannya, pilihanraya 1860 telah mendedahkan

kepentingan populasi yang besar di Utara dalam meraih kemenangan dalam sesuatu pilihanraya.

f) KEMPEN DAN PILIHAN RAYA 1864

Sehingga kini masih ramai lagi yang tidak mempercayai berlangsungnya pilihanraya pada tahun

1864. Hal ini kerana Amerika Syarikat mengadakan pilihan raya bagi memilih presidennya

semasa Negara sedang bergelut dengan Perang Saudara. Sebelum itu, tiada Negara demokrasi

lain pernah melaksanakan pilihan raya semasa peperangan. Walaupun ada pihak yang

membantah namun perkara tersebut tidak diambil kira dan pilihanraya tersebut tetap diteruskan

sehinggakan Lincoln sendiri tidak yakin bahawa beliau akan menang pada pilihan raya tersebut.

Namun demikian, apa yang lebih mengejutkan ialah keputusan pilihanraya tersebut yang

memihak kepada Lincoln dengan majority undian sehingga 55 peratus. Sedangkan Lincoln

sebelum ini telah bersedia untuk menerima kekalahan. Namun demikian, masalah bermula

apabila ahli Parti Republik Radikal telah menuduh Lincoln akan berpaling tadah daripada misi

mereka tentang isu perhambaan setelah perang tamat. Mereka juga menentang pendekatan

Lincoln yang turut beliau gunakan terhadap Louisiana. Strategi Presiden ialah dengan

membenarkan pengorganisasian dilakukan dalam barisan kerajaan jika hanya sepuluh peratus

daripada orang berkulit putih bersumpah akan taat setia kepada Negara dan menerima

pemansuhan sistem perhambaan. Ahli Parti Republik Radikal menegaskan bahawa jika

rancangan tersebut diaplikasikan ke seluruh jajahan Negara yang kalah pada sesi Pergabungan

yang lalu, bekas pemberontak akan kembali dengan perlindungan bekas hamba. Untuk melawan

rancangan Lincoln, ahli Republik Radikal telah membenarkan campur tangan Kongres dalam

menentukan keputusan yang perlu dibuat. Beberapa bulan sebelum pilihan raya 1864

Page 10: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

berlangsung, Wade-Davis iaitu pesaing beliau daripada parti beliau menyerang beliau secara

umum.

Walaupun Lincoln berjaya mendominasi undian pada tahap kedua, tanpa pengetahuan

Lincoln ahli Parti Republik Radikal telah membuat satu pertemuan di Cleveland terlebih dahulu

pada 31 Mei dan mereka menukar nama parti kepada Parti Demokrasi Radikal dan melantik John

C. Fremont sebagai calon Presiden. Pada masa itu, Lincoln menghadapi tentangan hebat daripada

ahli partinya sendiri namun masih ada ahli yang menyokong rancangannya. Isu yang lebih serius

berbanding perpecahan dalam parti Republik ialah apabila Parti Demokrasi telah menghantar

ugutan kepada Lincoln semasa pertemuan mereka di Chicago pada bulan Ogos. Ahli Parti

Demokrasi mengisytiharkan Perang Saudara yang berlaku merupakan suatu kegagalan, meminta

agar permusuhan segera ditamatkan dan memohon supaya diadakan Konvensyen Kebangsaan

untuk mengembalikan Union dengan tolak ansur dengan gabungan pihak kerajaan10. Ahli Parti

Demokrasi mencalonkan Jeneral George B. McClellan iaitu bekas ketua angakatan tentera Union

yang pernah dipecat oleh Lincoln suatu masa dahulu kerana gagal mengejar gabungan tentera

Jeneral Robert E. Lee semasa pertempuran di Antietam pada tahun 1862.

Walaupun berbagai cabaran dan kecaman yang dihadapi oleh Lincoln, namun daripada

pandangan reality politik, peluang untuk Lincoln menang adalah lebih cerah daripada calon yang

10 Book of Proceedings : Mary Hanford bruce; Professor of English Monmouth College, Illinois; Abraham Lincoln: A Revolutionary Enigma

Page 11: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

lain. Slogan kempennya yang berbunyi ‘not changing horses in mid-stream’ telah membuka mata

rakyat Amerika Syarikat. Tambahan pula, sebilangan besar ahli Demokrasi di Utara masih

menyokong Lincoln dengan harapan agar dapat memelihara Union dengan lebih baik. Apabila

Naib Presiden Hannibal Hamlin telah digantikan oleh Andrew Johnson, beribu ahli Demokrasi

telah berpatah balik menyokong Lincoln. Setelah itu, ahli Demokrasi yang anti-Lincoln berada

dalam keadaan kucar-kacir. Dengan bantuan beribu askar yang kembali ke tanah air untuk

mengundi serta dibantu dengan gabungan Parti Republik telah berjaya membuat Lincoln menang

dalam pilihanraya tersebut.

g) PENUBUHAN TENTERA DARIPADA RAKYAT

Perang Saudara terjadi antara kedua belah pihak iaitu rakyat dan askar yang secara sukarela

berkhidmat semasa Sembilan puluh hari sepanjang perang tersebut terjadi. Sebahagian besar

daripada mereka telah tamat tempoh perkhidmatan dan diberikan bonus dan kemudahan sebagai

mengenang jasa mereka. Pada bulan Mac 1863, Union telah mengemukakan undang-undang

kerahan untuk mewujudkan perkhidmatan tentera tetapi hampir dua pertiga daripada askar yang

baru merupakan sukarelawan. Presiden Lincoln memainkan peranan secara individu dalam

perkhidmatan tersebut dengan melawat kem tentera di kawasan D.C. Beliau juga sering campur

tangan dalam menyelesaikan masalah tentera yang tidak berdisiplin semasa dalam perkhidmatan

tersebut. Dalam ucapan rasminya, Lincoln turut menunjukkan demonstrasi sebagai tanda terima

kasih kepada Union terhadap khidmat yang baik diberikan kepada angkatan tenteranya. Majoriti

tentera sangat menghormati ‘Mr. Lincoln’ kerana keprihatinannya. Namun demikian, tidak lama

selepas itu ahli Parti Demokrasi Keamanan mula menyerang dengan mengemukakan undang-

undang Aristokrasi yang menyebabkan bilangan sukarelawan semakin merosot dari hari ke hari.

Protes mula terjadi apabila isu hak dan kadar bayaran yang diberikan oleh kerajaan ditimbulkan

oleh parti tersebut. Klimaks protes tersebut terjadi pada 13 Julai 1863 apabila 105 warganegara

yang tidak bersalah telah terkorban. Lincoln mengerahkan lima unit daripada Angkatan Tentera

A.S daripada Gettysburg untuk segera menamatkan pertelingkahan tersebut.

h) ISU PERHAMBAAN SEMASA PEPERANGAN

Page 12: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

Tiada siapa yang dapat mengubah pandangan Lincoln tentang keburukan sistem perhambaan

yang telah memberi idea kepada beliau untuk mewujudkan Deklarasi Kemerdekaan sekaligus

menjadi isu yang mengancam keselamatan Union. Ianya juga amat jelas di mana sebagai seorang

ahli politik, Lincoln sentiasa bertolak ansur dalam isu perhambaan11. Sebagai contoh, semasa

debat antara Lincoln dan Douglas, Lincoln menegaskan kesamaan hak perkauman dalam bidang

politik dan masyarakat. Sebagai calon Presiden, Lincoln berjanji untuk menubuhkan sebuah

institusi di mana ianya akan melindungi negeri-negeri di Selatan dan beliau akan menyokong

penjajahan sukarelawan berkulit hitam ke Afrika. Apabila Lincoln telah dinobat sebagai

Presiden, beliau mencuba untuk bertindak sekata seperti yang dikatakan semasa beliau

berkempen. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Union dan bukan untuk membebaskan

hamba. Pada mulanya, Lincoln mengumumkan komitmen beliau untuk tidak campur tangan

dalam isu perhambaan. Beliau melakukannya untuk menjaga empat negeri yang mengamalkan

perhambaan iaitu Delaware, Maryland, Kentucky dan Missouri dalam Union dan untuk patuh

terhadap syarat yang ada dalam Konstitusi yang tidak memberikan kuasa kepada pihak kerajaan

untuk memansuhkan sistem perhambaan. Dan beliau juga berharap sokongan daripada ahli Parti

Demokrasi daripada Utara dengan tidak menggunakan perang untuk menamatkan perhambaan

sebagai satu institusi. Namun tidak lama selepas itu, Senator Republik menggesa Lincoln

menggunakan kuasanya sebagai presiden supaya membebaskan para hamba secepat mungkin.

Lincoln sedaya upaya mencuba untuk memenuhi permintaan tersebut dengan mewujudkan

Pengisytiharan Pembebasan. Seterusnya, semasa perang bermula beribu hamba mula melarikan

diri ke kawasan Union. Rakyat berkulit hitam yang bebas daripada Utara menggesa Lincoln

bertindak tegas supaya tidak terjadi pemberontakan hamba. Mereka memanggil presiden untuk

berbincang mengenai pengisytiharan pembebasan yang telah diusulkan oleh Lincoln. Pada 22

Julai 1862, Lincoln mengumumkan kepada anggota kabinetnya bahawa beliau akan meneruskan

usulnya tentang pengisytiharan tersebut menggunakan kuasanya sebagai ketua dalam pasukan

tentera. Pengisytiharan tersebut akan membebaskan kesemua hamba dalam kawasan

pemberontakan dan dengan rasminya akan menjadi misi Union untuk menghapuskan sistem

perhambaan dalam Gabungan Selatan. Anggota kabinetnya memujuk Lincoln supaya menunggu

sehingga kejayaan Union dalam peperangan. Atas nasihat tersebut, Presiden memberi amaran

jika pemberontakan tersebut tidak tamat pada 1 Januari 1863, beliau akan mengarahkan

11 Book of Proceedings : Nina Wieda; Northwestern University, Evanston Illinois, Lincoln dan Dostoevsky: Two Vies on Political Messianism

Page 13: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

pengisytiharan serta merta dan bertindak untuk menghapuskan sistem perhambaan di negeri yang

terlibat dan kesemuanya.

Tidak lama selepas itu, Lincoln telah menandatangani Akta Konfiskasi Kedua yang

diberikan oleh Kongres yang mengandungi syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kesemua

hamba yang pernah menyokong pemberontakan. Akta tersebut bagaimanapun mengecualikan

hamba yang taat kepada Konfederasi. Dokumen tersebut mengesahkan bahawa kesemua hamba

dalam kawasan pemberontakan sudah selamanya bebas dan turut disertakan bahawa rakyat

berkulit hitam boleh disenaraikan sebagai angkatan tentera Union sebagai tentera yang kekal.

Apabila perang tamat, hampir 180,000 askar kulit hitam berkhidmat dalam angkatan tentera

union yang membolehkan kemenangan menjadi milik mereka. Kumpulan bekas hamba yang

besar ini telah mencatat sejarah dalam sejarah rakyat Amerika di mana terjadi perpindahan yang

sangat besar dalam kalangan penduduk. Ianya juga turut menyebabkan krisis pelarian yang amat

besar. Lincoln menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan kerja pertanian kepada

pelarian wanita dan kanak-kanak serta ianya diselia oleh pihak kerajaan.

i) PEMBEBASAN RAKYAT AFRIKA AMERIKA

Page 14: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

Perang yang sekali lagi meletus antara Negara Gabungan dan Union berakhir pada 9 April.

Sebagai tanda hormat Union kepada Negara Gabungan, pegawai yang kalah dibenarkan

menyerahkan senjata secara aman. Kesan daripada peperangan tersebut, hampir 4 juta rakyat

Afrika Amerika terpaksa menerima padah apabila keadaan sosio-ekonomi mereka turut berubah

sekaligus mengubah gaya hidup mereka. Hanya sebahagian kecil daripada mereka boleh menulis

atau membaca. Sebahagian besar mereka berada dalam keadaan kucar kacir kerana berpecah

daripada keluarga semasa perang berlaku. Namun demikian hampir kesemua mereka telah

diberikan kebun sendiri, hidup bebas di bawah penyeliaan orang kulit putih, dibenarkan

berkahwin secara rasmi dan anak-anak mereka diberikan pendidikan.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Lincoln dalam

sejarah politik Amerika Syarikat. Beliau harus diberikan penghormatan kerana komited dalam

memelihara Union dan memastikan sistem demokrasi dijalankan tidak kira apa jua halangan

Page 15: Sumbangan Abraham Lincoln Kepada Amerika Syarikat

yang terpaksa ditempuhi oleh beliau. Oleh sebab beliau faham bahawa usaha untuk

menghapuskan sistem perhambaan memerlukan kesabaran, masa yang tepat dan perkiraan yang

betul. Lincoln berjaya dalam proses menyelamatkan Union dan menghapuskan sistem

perhambaan untuk mencipta Union yang lebih sempurna dari aspek kebebasan dan kesamarataan

hak ekonomi yang menyebabkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan beliau.

Sebagai seorang Presiden yang sangat aktif dalam sejarah, Lincoln telah menambahbaik peranan

Presiden sebagai ketua dalam kedudukan yang baru, menjadikan Presiden mempunyai suara

dalam Kongres dan juga di dalam mahkamah. Legasi pemerintahan Lincoln tidak berakhir

selepas beliau meninggal dunia namun tetap diteruskan untuk empat puluh tahun seterusnya

sehingga mempengaruhi kuasa dan pengaruh White House. Yang pasti, pujian tertinggi yang

dapat diberikan kepada Lincoln ialah sumbangan beliau dalam memelihara Union,

mempertahankan demokrasi dan menghapuskan sistem perhambaan. Semuanya berjaya dicapai

dengan cara beliau mengatasi setiap krisis yang datang yang mana tidak dapat dilakukan oleh

pihak lain.

SENARAI RUJUKAN

1. Kelly, Martin.  “Top 10 Most Influential US Presidents”.  About.Com:  American History.  Retrieved February 1, 2009.  

2. Thomas, Evan and Wolff, Richard.  “Obama’s Lincoln”.  Newsweek.  Retrieved  February 1, 2009

3. Book of Proceedings : Taylor Lynn Chase, Rotary Ambassadorial Scholar, University of Colorado, Abraham Lincolns inspiration in the 21st century

4. Book of proceedings : Michael Hora; Member of the Board of Trustees of American Councils, Washington DC, Lincoln; The Great Initiator

5. Book of Proceedings : Mary Hanford bruce; Professor of English Monmouth College, Illinois; Abraham Lincoln: A Revolutionary Enigma

6. Book of Proceedings : Nina Wieda; Northwestern University, Evanston Illinois, Lincoln dan Dostoevsky: Two Views on Political Messianism

7. http://millercenter.org/president/lincoln/essays/biography