penyelewengan akidah dalam pengubatan islam

15
1 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor KEADAAN DAN PERKARA ATAU TINDAKAN YANG MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM PENGUBATAN ISLAM 1 Dato’ Ismail Bin Kamus 2 1.0 MUQADDIMAH Perubatan Islam adalah suatu kaedah yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. untuk merawat pesakit. Perubatan Rasulullah mencakupi kesemua aspek kehidupan sama ada dari segi fizikal, rohani dan gangguan jin. Rasulullah selain sebagai seorang pendakwah yang menyampaikan wahyu Allah S.W.T., baginda juga seorang perawat. Telah diriwayatkan dalam beberapa hadith yang Rasulullah merawat beberapa jenis penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Sebagai Contoh Nabi S.A.W. pernah menepuk dada seorang lelaki yang terkena rasukan, dan keluar daripadanya jelmaan anak anjing yang kecil 3 . Baginda juga pernah menyuruh jin keluar dari badan kanak-kanak lelaki dengan sabdanya : أخرج أنا رسول عدو(keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah). Setelah mendengar perkataan itu, jin pun keluar dan kanak-kanak itu sembuh 4 . Banyak lagi hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah mengubat pesakit. Dewasa ini, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana ramai perawat Islam telah muncul untuk meneruskan salah satu daripada perjuangan Rasulullah. Merawat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran juga di kira sebagai salah satu daripada fardhu kifayah. Namun apa yang membimbangkan, ada sebahagian daripada rawatan yang mendakwa sebagai rawatan Islam, tetapi sebenarnya telah tersasar jauh daripada amalan dan prinsip syariat Islam. Banyak amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat dimasukkan ke dalam rawatan Islam dan mereka memanggilnya sebagai rawatan Islam. Untuk membetulkan kesalahan-keslahan inilah, maka kertas kerja ini 1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengisl aman Ilmu (Perubatan Alternatif: Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. 2 Penasihat, Persatuan Perubatan Islam Darussalam. 3 Hadith Riwayat Ahmad, ad-Darimi, at-Tabrani, al-Baihaqi. 4 Hadith Riwayat Ahmad

Upload: phungliem

Post on 12-Jan-2017

338 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

1

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

KEADAAN DAN PERKARA ATAU TINDAKAN YANG MEMBAWA KEPADA

PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM PENGUBATAN ISLAM1

Dato’ Ismail Bin Kamus2

1.0 MUQADDIMAH

Perubatan Islam adalah suatu kaedah yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. untuk

merawat pesakit. Perubatan Rasulullah mencakupi kesemua aspek kehidupan sama

ada dari segi fizikal, rohani dan gangguan jin. Rasulullah selain sebagai seorang

pendakwah yang menyampaikan wahyu Allah S.W.T., baginda juga seorang

perawat. Telah diriwayatkan dalam beberapa hadith yang Rasulullah merawat

beberapa jenis penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa.

Sebagai Contoh Nabi S.A.W. pernah menepuk dada seorang lelaki yang terkena

rasukan, dan keluar daripadanya jelmaan anak anjing yang kecil3. Baginda juga

pernah menyuruh jin keluar dari badan kanak-kanak lelaki dengan sabdanya : أخرج

Setelah .(keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah) عدو هللا أنا رسول هللا

mendengar perkataan itu, jin pun keluar dan kanak-kanak itu sembuh4. Banyak lagi

hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah mengubat pesakit.

Dewasa ini, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana ramai perawat Islam telah

muncul untuk meneruskan salah satu daripada perjuangan Rasulullah. Merawat

dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran juga di kira sebagai salah satu daripada

fardhu kifayah.

Namun apa yang membimbangkan, ada sebahagian daripada rawatan yang

mendakwa sebagai rawatan Islam, tetapi sebenarnya telah tersasar jauh daripada

amalan dan prinsip syariat Islam. Banyak amalan-amalan yang bercanggah dengan

syariat dimasukkan ke dalam rawatan Islam dan mereka memanggilnya sebagai

rawatan Islam. Untuk membetulkan kesalahan-keslahan inilah, maka kertas kerja ini

1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif: Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor.

2 Penasihat, Persatuan Perubatan Islam Darussalam.

3 Hadith Riwayat Ahmad, ad-Darimi, at-Tabrani, al-Baihaqi.

4 Hadith Riwayat Ahmad

Page 2: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

2

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

ditulis. Marilah kita melihat sebahagian daripada perkara yang dilarang ketika kita

mengamalkan perubatan Islam / alternatif.

2.0 PEMBEDAHAN BATIN

Oleh kerana pembedahan batin dikaitkan dengan perkara yang berlaku secara luar

biasa dan menyalahi adat kebiasaan seperti dapat mengeluarkan jantung tanpa

dibedah, batu karang dan lain, maka eloklah kita melihat pembahagian Ulama‟

terhadap perkara-perkara yang khariqul adat yakni mencarikkan adat. Perkara-

perkara yang mencarik adat ini pada umumnya ada enam perkara iaitu:

1. Mu‟jizat

2. Karamah

3. Istidraj

4. Irhas

5. Ma‟unah

6. Ihanah

2.1 Mu’jizat

Ia adalah sesuatu yang mencarik atau menyalahi adat yang disertai dengan

cabaran yang dikurniakan Allah kepada para Rasul A.S. dan Anbia‟ (Nabi-Nabi)

sesuai dengan dakwaannya, bagi membuktikan kebenaran risalah tauhid

agama.

2.2 Karamah

Ia adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada para

wali yang sentiasa berusaha menjauhkan dosa-dosa besar dan kecil serta

sentiasa istiqamah dalam mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.

2.3 Istidraj

Iaitu yang menyalahi adat yang lahir di tangan orang fasiq dan kafir yang

biasanya berlaku pada tukang sihir. Terjadinya perkara yang menyalahi adat itu

berulang-ulang dan ilmu itu dipelajari.

Page 3: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

3

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

2.4 Irhas

Iaitu yang menyalahi adat yang lahir atau berlaku pada para Nabi yang belum

diutus sebagai Rasul. Umpamanya Nabi kita Muhammad S.A.W. yang

dilindungi oleh awan di Mekah dalam perjalanan, sebelum baginda diutus

menjadi Rasul.

2.5 Ma’unah

Sesuatu yang dilahirkan adat yang dilahirkan oleh Allah kepada seseorang

atau orang ramai ketika menghadapi kesusahan dan contohnya amat banyak di

antaranya turun Malaikat semasa peperangan Badar untuk membantu kaum

Muslimin.

2.6 Ihanah

Sesuatu yang menyalahi adat yang berlaku pada tangan orang fasiq untuk

menambahkan kefasiqan mereka sebagaimana yang berlaku pada Musailamah

Al-Kazzab. Beliau meludah pada mata seseorang yang juling sehingga

sembuh.

Di dalam masyarakat kita, hari ini pun tidak terkecuali di mana terdapatnya mereka

yang boleh melakukan berbagai-bagai perkara yang menyalahi adat umpamanya

boleh melakukan pembedahan perut dan pemindahan organ tanpa menggunakan

ubat bius atau pelali, atau apa sahaja yang boleh dianggap luar biasa. Inilah yang

dikatakan sebagai sihir. Dewasa ini tidak ada lagi mu‟jizat kerana tiada wujud

seorang Rasul ataupun Nabi. Karamah pun bukan kerana itu adalah anugerah Allah

kepada para wali disebabkan mereka begitu hampir kepada Allah.

Irhas pun bukan kerana mereka tidak akan menjadi rasul dan Nabi-Nabi. Rasul

sudah tidak ada lagi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. (Maksud irhas ialah

sesuatu yang pelik yang berlaku kepada seseorang yang bakal menjadi Rasul.)

Ma‟unah juga bukan, kerana ia terjadi sekali sekala dan tidak berulang-ulang dan

hanya diberi kepada orang yang bertaqwa sahaja.

Page 4: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

4

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Ihanah juga bukan kerana ia tidak dipelajari dan boleh juga terjadi kepada seorang

yang fasiq dan kafir dan juga berlaku sekali sekala sahaja.

Kesimpulannya bahawa apa yang berlaku sekarang terhadap sesetengah orang

yang boleh menanggalkan mata, atau mengeluarkan mata seseorang kemudian

dibersihkan seterusnya dimasukkan balik matanya semula tanpa dibius atau dibubuh

ubat pelali adalah sihir iaitu diistilahkan sebagai istidraj. Kerana sihir itu adalah

sesuatu yang menyalahi adat yang dipelajari dan berlaku pada tangan orang yang

fasiq, boleh berlaku secara berulang-ulang dan tidak pernah gagal. Oleh itu,

dinasihatkan pada orang ramai apabila pergi berubat hendaklah berhati-hati supaya

tidak terpesona dan terjebak dengan cara yang demikian supaya aqidah kita tidak

terjejas. Apabila berubat dengan tukang sihir bermakna kita meredhai perbuatan

mereka yang berdosa itu.

Sabda Rasulullah S.A.W :

...... الشرك باهلل والسحر: الموبقاتإجتنبوا السبع

Maksudnya : “Jauhilah dari tujuh perkara-perkara yang membinasakan, syirik kepada Allah dan sihir…”5

Melakukan perbuatan sihir atau menyokong perbuatan mereka itu samalah juga kita

dengan orang yang „menurun‟ iaitu menggunakan khidmat jin yang memasuki ke

dalam badan seseorang. Kemudian ia mengubati orang dengan cara bercakap

dengan jin yang meresap kedalam jasadnya dan mengaku sebagai wali dan

sebagainya. Ini juga adalah suatu cara di mana jin cuba merosakkan aqidah

seseorang itu.

3.0 PENGGUNAAN TANGKAL DAN AZIMAT

Secara amnya azimat atau tangkal terbahagi kepada dua bahagian :

5 Riwayat Bukhari dan Muslim.

Page 5: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

5

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

i. Azimat Syirik

Iaitu azimat yang dibuat oleh tukang sihir atau bomoh-bomoh dengan berdasarkan

waktu dan “ketika” yang tertentu. Bomoh-bomoh juga berpandu kepada bulan dan

bintang dalam membuat azimat atau tangkal tersebut kerana mengikut sangkaan

mereka ada waktu dan ketika yang sesuai seperti pada waktu bintang “musytari” dan

lain-lain. Perkara-perkara seperti ini banyak disebut dalam kitab “Abi Ma‟syar al-

Falaki. Kadang-kadang disamping menggunakan rajah-rajah tertentu, mereka juga

menambahkan potongan ayat al-Quran, doa- doa dan lain-lain. Kadang-kadang

ayat-ayat al-Quran ditulis secara terbalik, yang didepan ke belakang, yang

dibelakang ke depan. Pada sangkaan mereka, perkara itu dapat menolak daripada

terkena sihir dan sebagainya. Namun perbuatan ini adalah haram dan bertentangan

dengan ajaran Islam. Ini berdasarkan hadith yang dirawayatkan oleh Imam Ahmad :

: قا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم: قال :عن عقبة بن عامر رضي هللا عنه

. من علق تميمة فال أتم هللا له ومن علق ودعة فال أودع هللا له

Maksudnya : “Daripada Uqbah bin Amir R.A : katanya : Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa menggantung tangkal (Tamimah) maka Allah tidak akan sempurnakan baginya, barangsiapa menggantungkan azimat (Wad’ah) maka Allah tidak akan tenangkannya.”

Ini adalah doa daripada Rasulullah supaya orang yang melakukan amalan tahyul

dan azimat ini tidak berjaya.

ii. Azimat Al-Quran

Azimat yang ditulis didalam ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifatnya

kerana mengharapkan manfaatnya dan keberkatannya. Dalam masalah ini terdapat

dua pandangan ulama‟, ada yang yang mengharuskan dan ada yang

mengharamkan :

Page 6: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

6

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Kebanyakan ulama‟ mengharamkannya kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan

oleh Rasulullah S.A.W. Padahal Bagindalah yang lebih mengetahui tentang semua

perkara agama. Tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai

tangkal atau memakaikan orang lain tangkal. Sekiranya perkara itu disyariatkan,

maka sudah tentu Nabi S.A.W. menunjukkan, mengajarkannya, dan menyampaikan

kepada umatnya kerana Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : “Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”.6

Namun begitu ada sebahagian ulama yang mengharuskan memakai azimat

daripada Al-Quran, nama-nama Allah S.W.T. dan doa-doa yang ma‟thur. Pendapat

ini di sandarkan kepada Abdullah Bin Amru bin Al‟as. Wallahu „Alam.

4.0 MENURUN : االستحضار

Menurun adalah suatu perbuatan yang di kaitkan dengan memanggil jin untuk

masuk ke dalam tubuh manusia. Mengikut pengamal perbuatan ini, perbuatan

menurun terbahagi kepada dua :-

Pertama : memanggil malaikat untuk masuk ke badan manusia mengikut dakwaan

mereka.

Kedua : memanggil jin masuk ke dalam badan manusia.

6 Surah al-Maidah ayat 67.

Page 7: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

7

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Kedua-dua perbuatan ini hanyalah bertujuan supaya jin atau malaikat7 tadi

mengkhabarkan kepada mereka perkara-perkara yang ghaib seperti nama pencuri,

tempat berlaku kecurian, nama penyihir, di mana barangan sihir di letakkan dan lain-

lain lagi. Perbuatan ini haram berdasarkan hadith :

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صالة أربعين ليلة

Maksudnya : “Barangsiapa datang berjumpa dengan tukang tenung (yang mengkhabarkan perkara-perkara ghaib) kemudian ia bertanyakanya sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”8.

Antara jenis perubatan tradisional yang menggunakan kaedah menurun ialah main

puteri, mak yong dan lain-lain lagi. Makyong (Mak Yong atau Makyung) merupakan

sejenis tarian Melayu traditional. Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk

drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang

digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang

memuja dewa-dewa dan ratu-ratu. Dramatari ini dipertontonkan terutamanya di

Terengganu, Patani, Kelantan, dan Kedah.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak

Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai

pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an.

Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan

peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti

dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan

merentasi beberapa malam dalam siri pertunjukan tiga jam. Dalam persembahan

tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa.

Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi

7 Ini menurut dakwaan mereka sahaja, padahal malaikat tidak akan menurut perintah mereka.

8 Hadith Riwayat Muslim.

Page 8: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

8

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.

Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat

tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara

di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian,

tarian dan menurun. Dalam upacara ini pawang akan sampai ke satu tahap yang di

panggil “lupa”. Ketika lupa, pawang akan dirasuk (menurun) dan akan menceritakan

penyakit yang dialami oleh pesakit. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan amalan

Syariat Islam kerana :

1. Memuja roh-roh dan dewa-dewa yang sebenarnya adalah jin.

2. Menurun yang diharamkan oleh Syarak.

3. Memainkan alat-alat muzik yang diharamkan oleh Syarak.

5.0 ACAK/ANCAK

Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk

halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan,

dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut :

Bertih

Pulut kuning

Ayam panggang

Telur (mentah/rebus)

Anak patung tradisional

Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam

bekas. Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi

memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan tradisional

apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar

mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Perkara yang sama juga

Page 9: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

9

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang

dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.

Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan

apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi

perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin

yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun,

ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya

sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda

berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia

melakukan rawatan, membolehkan pesakit sembuh.

Perbuatan menghanyutkan ancak ini amat jelas bertentangan dengan Prinsip Syariat

Islam kerana ia memuja dan membesarkan jin. Perbuatan ini boleh menjerumuskan

ke lembah syirik. Dalam akidah Islam kita wajib mempercayai bahawa yang memberi

manfaat dan memudaratkan hanya Allah S.W.T. Walaupun jin dan syaitan memang

wujud mengikut al-Quran dan al-Sunnah, namun mereka bukanlah makhluk yang

perlu kita puja dan takuti. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”

5.0 MENILIK DAN MENENUNG NASIB

Page 10: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

10

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Apabila Rasulullah S.A.W. dibangkitkan, beliau didapati dalam masyarakat Arab ada

beberapa kaum dajjal yang dikenal dengan panggilan kahin yakni dukun, dan yang

lain dikenal sebagai tukang tilik dan ahli nujum yang mengaku diri mengetahui hal

ehwal ghaib baik yang telah terjadi pada masa yang lalu, mahupun yang akan

berlaku pada masa hadapan iaitu dengan jalan perhubunngan mereka dengan para

jin, hantu, puaka dan sebagainya. Justeru itu Rasulullah telah mengisytiharkan

perang terhadap kepercayaaan yang sesat ini, yang tiada berdiri di atas ilmu

pengetahuan yang lurus atau bersandarkan petunjuk dan syariat yang benar.

Baginda telah menyampaikan wahyu Allah S.W.T. dari hal perkara dengan

membacakan kepada mereka

Maksudnya : “Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”.

Tegasnya, tiada siapa pun yang tahu tentang perkara ghaib itu, biar dia itu malaikat

atau jin atau manusia. Kemudian baginda menjelaskan tentang perintahnya tuan-

Nya itu dalam firman-Nya yang lain:

Page 11: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

11

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Maksudnya : "Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah Aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

Maka barangsiapa yang mendakwa dirinya mengetahui keghaiban yang hakiki,

nescaya dia telah berdusta terhadap Allah dan kepada hakikat kenyataan dan

kepada manusia. Pernah datang beberapa golongan luar kepada Nabi s.A.W yang

menyangka bahawa beliau di antara orang-orang yang mendakwa mengetahui

sesuatu dari yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan suatu barang di dalam

tangan mereka, lalu mereka bertanya kepada baginda : beritahu kami apa yang kami

sembunyikan di tangan kami ini : Baginda menjawab :

إني لست بكاهن وإن الكاهن والكهانة والكهان في النار

Maksudnya : “Aku ini bukanlah seorang tukang tilik, dan bahawasanya tukang tilik dan perbuatan tilik dan bahkan semua orang yang bertilik di dalam api neraka”.

Oleh itu perbuatan menenung nasib, bertilik, bernujum dan seumpamanya adalah

suatu perbuatan haram dan boleh menjatuhkan si pelakunya ke dalam lembah syirik

dan kekufuran. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

من أتى كاهنا فصدقه بما قال فقد كفر بما انزل على محمد

Maksudnya : “Sesiapa yang mendatangi tukang tenung, ahli nujum, lalu membenarkan apa yang di katakanya, nescaya dia telah kufur terhadap apa yang di turunkan keatas Muhammad S.A.W.”

Page 12: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

12

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Perbuatan menilik dan menenung ini masih lagi berlaku dalam masyarakat Islam

hari ini dan tidak kurang juga berlaku dalam masyarakat Melayu Islam. Ada

sebahagian daripada masyarakat Islam di Malaysia berjumpa dengan bomoh atau

pawang untuk bertanyakan siapakah yang menyihirkan mereka, melambatkan jodoh,

menghantar santau, merosakkan rumahtangga, menentukan ketika yang baik dan

lain-lain lagi. Padahal semua perkara ini hanyalah tipu daya syaitan sahaja. Mana

mungkin manusia biasa boleh mengetahui perkara ghaib, sedangkan Sebaik-baik

makhluk, iaitu nabi Muhammad S.A.W. pun tidak mengetahuinya.

Menilik menggunakan keris, batu permata dan sebagainya juga adalah di larang.

Terdapat segolongan masyarakat Islam yang gemar menggunakan keris sebagai

alat untuk berubat dan sebagai alat untuk menentukan untung nasib baik atau jahat.

Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering

dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain,

terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.[2]

Dakwaan sesetengah pihak bahawa keris mempunyai sakti kerana dapat berdiri

dengan sendiri, dapat terbang dan sebagainya. Sebenarnya keris itu tidak lain

hanyalah sebatang besi biasa yang tidak mampu berdiri dan terbang melainkan

kalau ia digerakkan oleh makhluk lain. Makhluk tersebut merupakan jin-jin yang

diseru yang menyebabkan mereka menjadi bertambah sombong dan angkuh.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”9

9 Surah al Jin ayat 6

Page 13: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

13

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

6.0 JAMPI-JAMPI MELAYU YANG MENYALAHI SYARIAT

Bukan semua jampi melayu bertentangan dengan ajaran Islam, hanya jampi-jampi

yang berunsur memuja jin dan iblis serta mempunyai unsur syirik sahaja yang di

larang oleh Islam. Justeru, jampi hendaklah memenuhi 3 syarat utama seperti yang

disepakati oleh ulama‟ iaitu :

1. Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, Hadith atau doa-doa muktabar yang

difahami maknanya.

2. Boleh memohon dari Allah dengan bahasa apapun dengan syarat maknanya

difahami dengan jelas tanpa ada syirik padanya.

3. Hendaklah berkeyakinan penuh bahawa manusia hanya berikhtiar. Yang

menyembuhkan atau mengkabulkan permintaan hanyalah Allah S.W.T. jua.10

Disini disebutkan sebahagian daripada contoh jampi Melayu yang bertentangan

dengan Syarak:

1. Jampi yang dibaca untuk memuja jin supaya menggangu manusia:

As-salamu alaikum

Hei jin hitam melengkongi bumi

Hei jin putih hulubalang bumi

Engkau datang kepada aku

Aku nak minta tolong pada engkau

Atas Engkau jaga diriku

Engkau halang musuhku

10

Dr Haron Din, Sihir Kesannya kepada aqidah dan bagaimana Mengatasinya.

Page 14: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

14

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Nyah pergi engkau rosakkan otak dia

Engkau pergi kacau roh si anu……………

2. Jampi racun

Bis Millahhir Rahman Nirrahim

Lik ….Akulah sebenar-benar Allah

Menjadi

Teek……Akulah sebenar-benar Muhammad

Menjadi Assalmualaikum

Inilah sebahagian daripada perkara-perkara yang dilarang dalam perubatan Islam /

alternatif. Di sana banyak lagi perkara yang diharamkan yang perlu dibahas dengan

lebih mendalam lagi. Namun di sini saya hanya utarakan perkara-perkara yang

banyak menular dalam masyarakat Melayu kita.

Saranan saya, setiap perawat yang ingin menceburkan diri dalam rawatan Islam /

alternatif mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut :

1. Mempunyai asas Tauhid yang mantap. Keimanan terhadap zat Allah S.W.T.

perlulah kukuh tanpa mencampur adukkan dengan perkara-perkara khurafat.

Aqidah yang berteraskan Ahlu Sunnah wal Jamaah.

2. Beriltizam dengan hukum Syariat. Sentiasa menjaga solat, tidak menjamakkan

solat melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak, menjaga

makanan daripada memakan yang haram, menutup aurat dan lain-lain.

3. Bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi

perkara-perkara mungkar.

Page 15: Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

15

Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

4. Sentiasa bezikir kepada Allah S.W.T. supaya tidak mudah disesatkan oleh

syaitan

5. Mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai tabiat jin, tipu

perdayanya dan pintu-pintu kemasukannya.

6. Belajar daripada guru-guru yang berpengalaman dan beristiqamah dalam

mengamalkan Syariat Islam

Mudah-mudahan apa yang dibentangkan ini dapat memberi pemahaman yang jelas

kepada masyarakat tentang perkara yang dilarang semasa menjalankan rawatan.

Wallahua‟lam. Sekian