penyediaan tapak tanaman sayuran

19
PENDAHULUAN Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu menyediakan langkah-langkah penyediaan batas tanaman sayur daun. Kami telah memilih tanaman sayur kangkung sebagai asas penyediaan batas. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah membuat sedikit pencarian maklumat dan bacaan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat yang cukup untuk menjayakan kerja kursus ini, Langkah pertama penyediaan kerja kursus ini, kami telah melawat sebuah lading sayuran rakan kepada ahli kumpulan kami di Tasik Gelugor dan mengambil gambar-gambar contoh batas tanaman sayuran daun. Kami juga diberi tugasan menyediakan jadual kerja penanaman sayuran sebagai pelengkap kepada kursus bagi memaster keenam ini. Penyediaan jadual kerja ini membuka minda kami bahawa penanaman sayuran bukan merupakan suatu kerja yang senang. Penanaman sayuran terdedah dengan risiko kerugian kerana terdapat banyak serangga perosak dan penyakit sayuran perlukan jagaan yang rapi. Penyemburan racun dan ubat perlu dilakukan mengikut jadual. Pungutan hasil pula tidak boleh dilakukan selagi tempoh nyah racun mencukupi. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana member peluang menyelami pengalaman penanaman sayuran dan kami akan menggunakan pengalaman ini semasa mendidik anak bangsa di sekolah nanti.

Upload: azman-ghazali

Post on 06-Aug-2015

209 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyediaan tapak tanaman sayuran

PENDAHULUAN

Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu menyediakan langkah-

langkah penyediaan batas tanaman sayur daun. Kami telah memilih tanaman sayur

kangkung sebagai asas penyediaan batas. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh

pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah membuat sedikit pencarian

maklumat dan bacaan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat yang cukup untuk

menjayakan kerja kursus ini,

Langkah pertama penyediaan kerja kursus ini, kami telah melawat sebuah lading

sayuran rakan kepada ahli kumpulan kami di Tasik Gelugor dan mengambil gambar-gambar

contoh batas tanaman sayuran daun.

Kami juga diberi tugasan menyediakan jadual kerja penanaman sayuran sebagai

pelengkap kepada kursus bagi memaster keenam ini. Penyediaan jadual kerja ini membuka

minda kami bahawa penanaman sayuran bukan merupakan suatu kerja yang senang.

Penanaman sayuran terdedah dengan risiko kerugian kerana terdapat banyak serangga

perosak dan penyakit sayuran perlukan jagaan yang rapi. Penyemburan racun dan ubat

perlu dilakukan mengikut jadual. Pungutan hasil pula tidak boleh dilakukan selagi tempoh

nyah racun mencukupi.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana member peluang

menyelami pengalaman penanaman sayuran dan kami akan menggunakan pengalaman ini

semasa mendidik anak bangsa di sekolah nanti.

Page 2: Penyediaan tapak tanaman sayuran

PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN SAYURAN

1.0 Faktor Pemilihan Tapak

Tapak merupakan faktor asas tanaman sayur berbatas. Pemilihan tapak yang sesuai

menentukan sesuatu projek mendapat hasil yang diharapkan. Kegagalan pemilihan tapak yang

sesuai mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar

bagi membuat pemulihan tapak. Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa factor

perlu diberi perhatian:

i. Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran, teres

digunakan jika tanah bercerun.

ii. Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang

naungan pokok bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk

mendapatkan air dan nutrien..

iii. berdekatan dengan sumber air yang mencukupi seperti kolam, sungai dan taliair bagi

memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan..

iv. Tanah yang subur mengandungi bahan oganik dan bersaliran baik.

v. Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan.

vi. berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.

vii. mempunyai kemudahan infrastruktur.

viii. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.

ix. berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.

x. Kesesuaian jenis tanah.

2.0 Faktor Kesesuaian Tanah

2.1 Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses

luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.

2.2 Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang

bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur

dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum

dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien

seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

2.3 Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila

basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

2.4 Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami

saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah

ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan

air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Page 3: Penyediaan tapak tanaman sayuran

2.5 Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai

saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu

berasid.

3.0 Penyediaan Kawasan

Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman seperti:

i. menebang pokok

ii. Menebas

iii. Membersihkan kawasan

iv. Meretakan tanah

4.0 Menggembur Tanah

Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan

pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah,

memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.

4.1 Tanah dibajakkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm.

Tujuan:

Mengemburkan tanah dan mematikan rumput.

4.2 Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus.

Tujuan:

Bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.

4.3 Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu.

Page 4: Penyediaan tapak tanaman sayuran

Tujuan:

Untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya.

4.4 Mengutip dan membersihkan tanah daripada akar pokok , kayu dan batu besar.

Tujuan:

Mengelakkan daripada pembiakan anai-anai

Memudahkan binaan batas

4.5 Menabur kapur.

Tujuan:

Mengurang keasidan tanah       –  tanah berasid dirawat dengan menggaul atau

menabur bahan kapur.

Membekal nutrien tumbuhan   –  kapur bekal Ca dan Mg

Membaiki agregat tanah          –  kapur meneutralkan cas negatif pada kumin

tanah menjadikannya bercantum.

5.0 Persediaan Saliran

Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air

dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air

menyebabkan akar terendam dan reput.

Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang

mempunyai lapisan mampat tidak telus air.

Page 5: Penyediaan tapak tanaman sayuran

6.0 Penyediaan batas

Batas merupakan tempat untuk menanam sayuran. Batas perlu disesuaikan dengan jenis

tanaman yang dipilih. Untuk tanaman sayuran buat tanpa junjung , bentuk batas iaitu lebar dan tinggi

batas perlu sesuai iaitu lebih tinggi. Untuk tanaman sayuran buah berjunjung pula batas perlu lebar

dan tinggi. Manakala untuk tanaman sayuran daun batas lebar dan ketinggian tidak lebih daripada

25cm. Penyedian batas untuk tanaman sayuran daun perlu menjalani langkah-langkah seperti

berikut:

i. Membuang rumpai dan batu batan

ii. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya

boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai

sungkupan.

iii. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh

haiwan perosak dan akar-akar rumpai.

iv. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan

pengudaraan tanah.

v. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal

berketinggian 20 – 25 cm. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis

sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm

tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.

vi. Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaiki pengudaraan

tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak

dan penyakit tanaman.

Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah dibuat khas untuk tanaman sayuran daun.

Page 6: Penyediaan tapak tanaman sayuran

7.0 Pembajaan Asas

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik

seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas

batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam

tanah.

Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah ditabur baja asas dan digaul dengan menggunakan

mesin pemutar tanah.

8.0 Sungkupan

Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah

kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk

mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke

permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

 

Page 7: Penyediaan tapak tanaman sayuran

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput

yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia

akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;

i. mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang

keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.

ii. menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak

benih dan hidupan tanah.

iii. mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan

hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.

iv. mengelakkan tumbesaran rumpai

v. mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak

benih.

vi. bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.

vii. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

viii. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Page 8: Penyediaan tapak tanaman sayuran
Page 9: Penyediaan tapak tanaman sayuran

JADUAL KERJA TANAMAN SAYUR KANGKUNG

TARIKH PERKARA CATATAN

01/07/2014 Menebang dan menebas Penggunaan jentolak

07/07/2014 Tenggala 25 hingga 30 cm

21/07/2014 Loto tanah Setelah rumput mati

22/07/2014 Menabur kapur Bagi tanah asid berlebihan

28/07/2014 Membuat batas

29/07/2014 Membaja asas Tahi ayam

08/08/2014 Tabur benih Benih kangkung

12/08/2014 Sembur racun serangga Hari keempat atau kelima tanam

17/08/2014 Sembur racun serangga

20/08/2014 Membaja (biji) Baja campuran

22/08/2014 Sembur racun serangga

Page 10: Penyediaan tapak tanaman sayuran

27/08/2014 Sembur racun serangga dan baja semburan

03/09/2014 Hasil dipungut ≥ 6 hari daripada tarikh meracun

dan baja semburan

RUJUKAN

Aak (1992) Sayuran: Yogyakarta; Kanising Yogyakarta

Nur Azmi (1986). Berkebun Sayur: Kuala Lumpur; Pustaka Sistem Pelajaran.

Sin Fook Lee (1975) Berkebun Sayuran Sendiri: Kuala Lumpur; Kementerian Pertanian dan

Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

Page 11: Penyediaan tapak tanaman sayuran
Page 12: Penyediaan tapak tanaman sayuran

NAMA PELAJAR GURU: AZMAN BIN GHAZALI

NO. ANGKA GILIRAN: 2012271360022

NO, KP: 671109075477

KUMPULAN : BMM B AMBILAN FEB. 2012

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya,

dapat saya menyiapkan tugasan Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian ini.

Tugasan ini telah membuka ruang dan memberikan saya peluang untuk membuat

rujukan dengan lebih meluas berkaitan bidang pertanian yang sebelum ini hanya

melihat dari jauh . Ini secara tidak langsung membuka peluang bagi saya

menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dan menilai begitu susah dan rumit

menyediakan bekalan sayuran dalam pasaran. Pengetahuan yang saya perolehi

Page 13: Penyediaan tapak tanaman sayuran

daripada tugasan ini, dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran

RBT di dalam kelas di samping dapat menilai kesusahan sebagai seorang pekebun

sayuran.

Tugasan ini merupakan suatu komponen penting untuk menilai seseorang

peserta kursus program PPG bagi subjek ini. Melalui tugasan ini juga, tahap dan

kebolehan seseorang peserta kursus dapat dinilai sepenuhnya. Oleh yang

demikian, saya menerima dan menyiapkan tugasan ini dengan sehabis baik dalam

masa yang telah ditetapkan.

Dalam proses pembelajaran kursus ini pada mulanya saya dapat mempelajari

dan mengetahui cara pemilihan tapak kebun dan langkah-langkah yang perlu dilalui

dan risiko yang dilalui oleh seorang penanam sayuran.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi beberapa masalah

dan halangan yang diantaranya adalah berkaitan dengan kekangan masa kerana

seiring dengan kesibukan kerja di sekolah kerana kehadiran UPSR sudah hampir. .

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada

rakan seperjuangan dan juga pensyarah pembimbing dan isteri tersayang diatas

bantuan dan sokongan mereka hingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam

masa yang ditetapkan. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya, bahawa

tolong menolong amat penting dalam membantu melicinkan proses penyediaan

tugasan dengan berkesan.

Secara keseluruhannya,penghasilan tugasan bagi kursus ini, telah

memberikan satu lagi anjakan paradigma kepada saya dan juga pengalaman baru

berkenaan pertanian dalam usaha meningkatkan keberkesanan peranan guru dalam

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam pengajaran

Page 14: Penyediaan tapak tanaman sayuran

dan pembelajaran RBT secara khususnya. Hasil dapatan secara ilmiahnya, telah

membuka mata saya melalui hasil pencarian dan rujukan berkaitan dengan

pertanian. Setelah selesai menyiapkan tugas ini saya berasa amat teruja kerana

pengetahuan yang saya perolehi ini kerana dapat saya aplikasikan di dalam kelas.

. Terima kasih juga pada En Ainuddin Bin Mohd Isa kerana turut serta

membantu menambah kefahaman dalam memberi asas pengetahuan bagi

memulakan kerja kursus ini. Mudul dan bahan pembelajaran yang disediakan

lengkap dan saya gunakan sepenuhnya dan saya membuat penambahan dari segi

mengeplikasikan kerja amali dalam pengajaran saya.

Page 15: Penyediaan tapak tanaman sayuran