tanaman sayuran th6

Click here to load reader

Post on 16-Nov-2015

111 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tanaman Semusim

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Buku sumber tahun 6Buku sumber tahun 6

1.9 TANAMAN SAYURAN

Hasil PembelajaranDi akhir pembelajaran ini, murid dapat:

Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya

Mengenal pasti tapak atau kawasan yang sesuai untuk ditanam dengan sayuran

Mengenal pasti langkah-langkah dalam penyediaan tapak atau kawasan, seperti:

-Membersihkan tapak

-Menggembur tanah

-Membina batas

-Membubuh baja asas

-Meletakkan sungkupan

Mengenal pasti jenis-jenis sayuran

Mengenal pasti langkah-langkah menyemai biji benih

Mengenal pasti langkah-langkah menanam sayuran di batas atau dalam bekas

Mengenal pasti langkah-langkah penjagaan tanaman, seperti :

-menyiram

-penjarangan-penyulaman

-merumput -membaja

-mengawal mahkluk perosak

Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang sesuai untuk dipungut hasil

Mengendalikan hasil lepas tuai

Pengenalan

Menanam sayuran adalah merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Menanam sayuran boleh dilakukan di mana-mana terutama di tanah yang subur sama ada di rumah atau di sekolah. Di samping itu juga ianya boleh diusahakan secara kecil-kecilan atau komersial. Aktiviti menanam sayuran boleh memberikan keuntungan yang lumayan.

Penanaman sayuran sawi secara komersial

Peralatan Perkebunan

Antara peralatan perkebunan yang sering digunakan untuk berkebun sayur ialah:-

Cangkul

Sudip tanganSerampang tangan

PencakarPungkis Penyiram muncung halus

Kegunaan Peralatan

AlatanKegunaan

CangkulMenggembur tanah / membuat batas

Sudip tanganMengubah anak benih

Serampang tanganMerumput / menggembur tanah

PungkisMengangkut tanah / sampah

PencakarMeratakan tanah / mengumpul rumpai

Penyediaan Tapak Penanaman

Faktor pemilihan tapak

Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian.

Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran.

Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.

Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair.

Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik

Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil.

Tanah yang rata Tanah mengandungi bahan

organik Berhampiran jalan Berdekatan sumber air

Penyediaan KawasanKerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah

a) menebang pokok

b) menebas

c) mengumpul rumpai

d) meratakan tanah

Menggembur tanah

Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.

Langkah-langkah pembajakan:

Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm

Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya

Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.

Membajak tanah dengan jentera pembajak

Membina Batas

Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.

Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.

Pembajaan Asas

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.

Sungkupan

Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

Aktiviti 1 : Penyediaan Kawasan Penanaman1. Membersihkan kawasan tapak tanaman

a) Menebang pokok yang terdapat di tapak tanaman

b) Menebas semak samun dan mencabut akar-akar pokok

c) Mencabut rumput dan mengumpulkan sampah serta kayu kayan untuk dibakar

2. Membajak dan meratakan tanah

a) Menggembur tanah dengan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm.

b) Mendedahkan tanah selama seminggu

c) Menaburkan baja di permukaan tanah

3. Membina batas

a) Membina batas dengan menaikkan tanah setinggi 15-25 cm

b) Lebar batas bergantung kepada jenis sayuran yang ditanam dan panjang mengikut keperluan

4. Membaja asas

a) Dapatkan baja asas yang sesuai seperti tahi ayam atau tahi lembu

b) Tabur baja asas sama rata di atas batas

c) Kadar baja asas adalah 5 kg semeter persegi

d) Gaulkan baja asas ke dalam tanah

5. Meletakkan sungkupan

a) Pilih sungkupan yang sesuai seperti pelepah kelapa, rumput kering atau jerami padi.

b) Sebarkan sungkupan samarata supaya menutup seluruh permukaan batas

Jenis sayuran

Sayuran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

Jenis daun seperti kangkung, sawi dan bayam.

Jenis buah seperti terung, timun, tomato dan cili.

Jenis ubi seperti sengkuang, lobak putih, keledek, ubi kayu dan ubi kentang.

Jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa.

Menyemai biji benih

Penyemaian biji benih boleh dibuat terus ke batas atau disemai di dalam kotak semaian.

Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas

Sayuran seperti kangkung, sawi, kailan dan bayam ditanam dengan menggunakan biji benih yang disemai terus ke batas mengikut aluran diikuti dengan kerja-kerja penjarangan anak benih. Aktiviti 2: Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batasa) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.

b) Buat alur cetek di atas batas pada jarak 10 cm antara alur.

c) Biji benih halus dicampurkan dengan pasir halus dengan nisbah 2 bahagian biji benih dan 7 bahagian pasir untuk mendapatkan taburan yang sekata.

d) Tabur biji benih pada alur dan timbus dengan tanah.

e) Biji benih yang telah disemai hendaklah diberi perlindungan dan disiram air 2 hingga 3 kali sehari.

f) Selepas terdapat 4 hingga 5 helai daun anak benih, kerja-kerja penjarangan hendaklah dilakukan.

g) Buang anak benih kurang subur dan tinggalkan anak-anak pokok yang sihat.

h) Jarak antara pokok (untuk sawi dan kangkung) selepas dilakukan penjarangan adalah 4 -5 cm.

Penyemaian Biji Benih Dalam Kotak SemaianPenyemaian biji benih dibuat di dalam kotak yang dibuat daripada kayu yang bertebuk di bawahnya. Ukuran yang sesuai adalah 75 cm x 45 cm x 10 cm (Panjang x Lebar x Tinggi). Kotak diisi dengan medium ke paras 2 hingga 4 cm dari atas permukaan kotak.

Jenis sayuran yang sesuai disemai dengan cara ini ialah kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli.

Aktiviti 3: Penyemaian Dalam Kotak Semaiana) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.

b) Biji benih ditabur di dalam kotak semaian dan ditimbus dengan selapisan tanah setebal 5 cmc) Selepas biji benih cambah dan mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun, anak benih boleh diubah ke batas atau ke dalam bekas penanaman.

Menanam Sayuran Dalam BekasSayuran jenis daun yang sesuai ditanam dalam bekas seperti kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli. Bekas penanaman yang sesuai untuk tanaman sayuran adalah seperti pasu, beg plastik, tin kosong, tayar terpakai dan kotak kayu.

Penyediaan Medium Dalam BekasSayuran boleh tumbuh dengan subur dalam pelbagai medium. Medium tersebut hendaklah mempunyai kemampuan menyerap dan menyimpan air serta mempunyai pengudaraan yang baik. Medium yang sesuai untuk menanam sayur dalam bekas adalah campuran tanah yang disediakan dengan nisbah 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir.

Mengubah

Mengubah adalah proses menanam semula anak benih ke batas atau bekas penanaman.

Aktiviti 4: Mengubah

a) Anak benih di kotak semaian hendaklah dilakukan pengerasan beberapa hari dengan cara mengurangkan perlindungan berperingkat-peringkat.

b) Kerja-kerja mengubah dilakukan sebaik-baiknya lewat petang atau awal pagi.

c) Kotak semaian hendaklah disiram untuk tujuan bagi mengelakkan medium semaian pecah sewaktu mengubah.

d) Dengan menggunakan sudip tangan, cungkil anak benih dengan ketulan tanah yang terdapat di sekeliling akar.

e) Kerja-kerja tersebut dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.

f) Tanam anak benih ke batas tetap atau ke dalam bekas penanaman pada jarak 5cm 10 cm.

g) Tanah di sekeliling anak benih hendaklah ditekan padat supaya akar mendapat pegangan yang kuat.

Mengubah anak benih sayuran

Penjagaan

Selepas anak benih diubah ke batas atau bekas penanaman, kerja-kerja penjagaan harian ya

View more