penyediaan tapak

22
1.0 Penyediaan Tapak Penyediaan tapak adalah peringkat permulaan dalam peringkat pembinaan sebelum kerja sebenar sesuatu projek dapat dijalankan. Penyediaan tapak adalah sangat penting kerana ia memenuhi keperluan projek dan keadaan sesuatu tapak. Penyediaan tapak bagi pembinaan yang memerlukan kerja bawah tanah adalah lebih teliti dan penting kerana ia memerlukan keperluan binaan yang lebih banyak. Aktiviti-aktiviti penyediaan tapak termasuklah pembersihan tapak, kerja tanah, penyahairan, pagar, bangunan dan jalan sementara. 1.1 Pembersihan Tapak Bina (Site Clearing) Kerja pembersihan tapak bina perlu dibersihkan secara keseluruhannya sehingga mencapai struktur asal tanah tersebut dan seterusnya diratakan mengikut had yang ditetapkan dalam pelan-pelan yang diusul. Antara kerja pembersihan yang perlu diutamakan ialah menebang, meroboh dan membuang pokok-pokok, akar, semak-samun, tumbuhanan, tunggul tanah serta segala jenis struktur binaan lama yang menghalang proses pembinaan yang terdapat dalam lingkungan kawasan tapak bina tersebut. Selain itu, sampah-sarap, tanah buangan dan bahan kimia juga perlu dialih dan dibuang daripada mengganggu kawasan tersebut. Pembersihan perlukan dilakukan dengan menggunakan mesin jengkaut dan jentolak. Adalah sangat penting dalam pembersihan tapak bina, kawasan sempadan projek telah ditentukan dan ditanda di atas tanah supaya kerja-kerja pembersihan tersebut tidak melebihi kawasan yang ditetapkan. Selain itu, kerja ini perlu diberi perhatian dari sudut keselamatan di mana terdapat beberapa kawasan tapak bina mungkin telah tersedia ada menjadi laluan penghubung bagi kabel bawah tanah, paip gas dan

Upload: syafiq-ab-aziz

Post on 09-Nov-2015

1.996 views

Category:

Documents


144 download

TRANSCRIPT

1.0Penyediaan Tapak

Penyediaan tapak adalah peringkat permulaan dalam peringkat pembinaan sebelum kerja sebenar sesuatu projek dapat dijalankan. Penyediaan tapak adalah sangat penting kerana ia memenuhi keperluan projek dan keadaan sesuatu tapak. Penyediaan tapak bagi pembinaan yang memerlukan kerja bawah tanah adalah lebih teliti dan penting kerana ia memerlukan keperluan binaan yang lebih banyak. Aktiviti-aktiviti penyediaan tapak termasuklah pembersihan tapak, kerja tanah, penyahairan, pagar, bangunan dan jalan sementara.

1.1Pembersihan Tapak Bina (Site Clearing)

Kerja pembersihan tapak bina perlu dibersihkan secara keseluruhannya sehingga mencapai struktur asal tanah tersebut dan seterusnya diratakan mengikut had yang ditetapkan dalam pelan-pelan yang diusul. Antara kerja pembersihan yang perlu diutamakan ialah menebang, meroboh dan membuang pokok-pokok, akar, semak-samun, tumbuhanan, tunggul tanah serta segala jenis struktur binaan lama yang menghalang proses pembinaan yang terdapat dalam lingkungan kawasan tapak bina tersebut. Selain itu, sampah-sarap, tanah buangan dan bahan kimia juga perlu dialih dan dibuang daripada mengganggu kawasan tersebut. Pembersihan perlukan dilakukan dengan menggunakan mesin jengkaut dan jentolak. Adalah sangat penting dalam pembersihan tapak bina, kawasan sempadan projek telah ditentukan dan ditanda di atas tanah supaya kerja-kerja pembersihan tersebut tidak melebihi kawasan yang ditetapkan. Selain itu, kerja ini perlu diberi perhatian dari sudut keselamatan di mana terdapat beberapa kawasan tapak bina mungkin telah tersedia ada menjadi laluan penghubung bagi kabel bawah tanah, paip gas dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa tujuan pembersihan tapak:

1.11Tujuan pembersihan tapak meliputi:i. Memberi kemudahan untuk kerja-kerja penyediaan tapak seperti kerja tanah, pemancangan dan penyahairan dapat dilaksanakan dengan lebih mudahii. Kerja-kerja dalam peringkat pembinaan meliputi struktur bawah, strukur atas dan kerja luar dapat disediakaniii. Mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja binaaniv. Menyediakan laluan keluar masuk sementarav. Dapat menyediakan kawasan-kawasan penting seperti bangunan sementara, tempat simpanan bahan binaan, tangki minyak dan sebagainya

Rajah 1.1.1: Kerja pembersihan tapak

1.2Kerja Tanah (Earthwork)Kerja tanah merupakan kerja kejuruteraan dalam proses penyediaan tapak dan bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menimbun tanah pada tapak bagi menempatkan struktur bangunan yang dicadangkan. Ia melibatkan kerja pemotongan (excavation), penambakan (embankment), pemadatan dan pencerunan tanah di tapak bina. Melalui formasi dan profil tapak asal yang telah dibersihkan, pelan kerja tanah dirujuk untuk memberi gambaran aras tanah yang perlu dipotong dan ditimbus. Aras tanah yang tinggi daripada aras pembentukan, kerja pemotongan tanah perlu dilakukan manakala jika aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembetukan, kerja penimbunan tanah diperlukan. Walaubagaimanapun, sekiranya tapak yang mempunyai aras yang sama seperti aras pembutakan, ia perlu dikekalkan dan kerja tanah tidak diperlukan.

Sesuatu tanah yang dipotong kebiasaannya struktur tanah tersebut telah sedia ada padat manakala tanah yang ditimbun perlu dimampat dan dipadatkan terledih dahulu. Proses tersebut merupakan proses yang paling besar dalam penyediaan tapak kerana ia melibatkan jentera pengangkutan yang banyak seperti pengorek, jengkaut, jentolak, lori. mesin kompakter dan sebagainya. Tambahan pula, ia memakan masa yang lama untuk dikerjakan kerana setiap daripadanya perlu dilakukan lapis demi lapis lebih-lebih lagi jika melibatkan topografi yang tidak rata ataupun berbukit dan gaung.

Dalam kes-kes tertentu di tapak binaan yang melibatkan kawasan yang berbatu, kerja pengalihan batu perlu dilakukan dan dibuang di tempat yang dibenarkan. Jika batu besar yang tidak boleh diangkut ke tempat lain, proses letupan batu (rock blasting) perlu dilakukan sehingga kawasan tersebut benar-benar bebas daripada material keras yang mengganggu pembinaan terutamanya di dalam tanah.

Pemadatan ialah proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar. Tujuannya agar dapat mengelakkan hakisan tanah pada tapak yang sudah mencapai aras pembentukan. Ia mampu merapatkan butiran tanah dan membuang air dan udara yang terkandung dalam tanah tersebut. Namun, proses ini perlukan dilakukan secara berperingkat di mana lapisan demi lapisan tanah dimampatkan.

Pencerunan adalah proses untuk mendapatkan permukaan mengikut bentuk dan kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Cerun adalah penting kepada kerja tanah kerana ia menjadi penampan atau dinding semula jadi dalam dua aras tanah yang berbeza. Cerun juga perlulah dilakukan dengan mengikut standard piawai yang diluluskan. Ia melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan tanah dan seterusnya perlu ditanam rumput sebagai penampan hakisan.

Rajah 1.2.1: Kerja mengaut tanah

Rajah 1.2.2: Proses menggerudi batu untuk aktiviti meletupkan batu

Rajah 1.2.3: Proses membuat cerun bukit

1.3) Pemancangan (Setting Out)

Pemancangan ialah kerja tanah yang melibatkan proses ukur untuk menanda bagi menentukan kedudukan titik melibatkan koordinat serta aras ketinggian di atas tanah berdasarkan penetapan dalam pelan susun atur (layout plan) dan pre-com plan. Pemancangan ini merupakan satu bentuk rujukan yang menterjemah lukisan di atas pelan ke atas tanah. Justeru, bentuk yang terdapat di dalam pelan akan dilukis semula di atas tanah supaya bentuk asal serta aras yang dikehendaki itu dapat diberikan maklumat tepat untuk proses penyediaan tapak.

Sebelum kaedah pemancangan dilakukan, adalah perlu untuk titik panduan atau titik datum yang mempunyai koordinat lokasi dan aras ketinggian lokasi tersebut untuk dirujuk. Titik panduan ini adalah penentu bagi setiap posisi yang akan ditanda dan diaraskan. Titik datum yang mempunyai aras tanah itu merujuk kepada aras tanah dari paras laut. Titik datum ini kebiasaannya perlu diletakkan di kawasan tinggi yang tidak mudah diganggu dan disediakan oleh jurukur yang bertauliah. Kerja-kerja mengaras dan memancang dilakukan oleh jurukur tanah dan pemancangan itu kebiasaannya menggunakan pancang buluh, kayu atau besi.

1.3.1) Antara perkara yang boleh dipancang untuk kawasan pembinaan termasuklah:

i. Tapak rumahii. Jalaniii. Ceruniv. Struktur binaan (atas & bawah)v. Sistem pengairan

Rajah 1.3.1: Pemancangan tapak rumah dan jalan selepas dipotong

Rajah 1.3.2: Pemancangan pada struktur asas binaan

Rajah 1.3.3: Hasil kerja pemancangan selepas kerja tanah untuk mendapatkan asas tanah binaan rumah dan jalan

1.4) Pagar / Dinding Adang (Hoarding)

Kerja-kerja pembinaan amat memerlukan pagar dan dinding adang yang sementara. Mengikut garis panduan dalam kerja pembinaan, ia amat diperlukan dalam satu-satu tapak bina atas tujuan yang pelbagai. Antara sebab utama diperlukan pagar tersebut adalah kerana faktor keselamatan dalaman dan luaran pada tapak binaan. Ia meliputi tujuan keselamatan awam dan keselamatan tapak binaan di mana ia dapat diasingkan daripada orang ramai yang berada di sekitar. Dari perspektif keselamatan, secara amnya ia dapat menghalang orang yang tidak berkenaan daripa memasuki tapak binaan. Hal yang demikian kerana kawasan pembinaan adalah tempat berisiko tinggi akibat daripada kerja-kerja berat dalam pembinaan, termasuklah segala peralatan dan suasananya yang tidak memberi keselesaan. Justeru, ia adalah berbahaya yang memberi risiko kecederaan fizikal mahupun kematian kepada manusia jika terjadi perkara-perkara yang tidak diduga.

Selain itu, ia juga memberi keselamatan kepada kontraktor yang terlibat daripada kes kecurian dan kehilangan. Apabila pihak yang tidak berkenaan dapat memasuki tapak binaan dengan mudah, risiko untuk terjadinya kecurian, rompakan dan sebagainya adalah tinggi. Ini kerana segala jentera, peralatan, bahan binaan dan para pekerja yang merupakan aset mudah menerima ancaman tersebut. Justeru, dengan adanya pagar ini maka keselamatan tapak binaan akan lebih terjaga kerana dapat menyukarkan kemasukan orang yang tidak berkenaan.

Secara amnya, pagar yang terdapat di kawasan pembinaan mestilah cukup tinggi sekurang-kurangnya 2 meter tinggi yang menyukarkan orang untuk masuk, melompat dan memanjat pagar tersebut. Ia perlulah cukup jelas memberi gambaran serta penegasan bahawa tempat itu adalah berisiko tinggi dan sedang dijalankan kerja pembinaan. Pagar perlu diletakkan pada sempadan projek pembinaan. Akan tetapi, rupa bentuk pagar, struktur dan ciri-ciri pagar adalah berbeza-beza mengikut keperluan tapak binaan. Pagar yang menutupi lingkungan kawasan pembinaan perlulah mempunyai pintu keluar masuk utama yang sesuai serta perlu dijaga oleh pengawal yang berfungsi untuk mengawasi dan memantau kawasan itu.

Sebagai nilai tambah pada fungsi pagar tersebut, pihak pemaju atau kontraktor disarankan menggunakan idea mereka untuk menghasilkan mesej yang mempunyai pelbagai kreativiti untuk masyarakat umum. Ini termasuklah membuat iklan promosi berkenaan projek yang sedang dijalankan, memberi maklumat projek, peta interaktif, iklan kesedaran dan bermacam-macam lagi bergantung kepada kesesuaian yang mampu menarik perhatian umum. Malah, terdapat juga pemaju projek yang membuat keuntungan dengan menyewakan ruangan pagar untuk iklan kepada syarikat luar, sekaligus dapat memberi variasi dalam bentuk pengiklanan.

1.4.1) Berikut adalah contoh garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekabentuk Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan pagar perlindungan sementara di tapak pembinaan. Antara syarat-syarat amnya ialah:

i. Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak binaii. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina sepenuhnya di sekeliling dan menutupi kawasan tapak binaiii. Bagi pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut.iv. Warna pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau kelabuv. Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang pili bomba dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada.vi. Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar perlindungan sementara dibuka sementara waktu.vii. Kerja-kerja seperti membina sheetpile, longkang tepi dan sebagainya yang perlu dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah dililitkan dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja. Kawasan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh pengawal untuk menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke dalam tapak pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina semula sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan.

Rajah 1.4.1: Ilustrasi rupa bentuk pagar perlindungan sementara

Rajah 1.4.2: Pagar penghandang sementara yang dihias untuk tujuan pengiklanan

Rajah 1.4.3: Pagar asas yang biasa digunakan (biru)

1.5) Penyahairan (Dewatering)Penyahairan adalah proses pengepaman untuk pengawalan dan pengeluaran air dari struktur tanah dan struktur pejal di mana terdapat air berkumpul. Air yang terkumpul itu akan dialirkan ke satu aras tanah yang lain supaya tempat yang terkumpul air itu dapat digali atau ditimbus tanah dalam keadaan lebih kering dan lebih stabil. Ini kerana sumber air yang terkumpul boleh menyebabkan struktur tanah itu tidak padat dan pemendapan akan berlaku. Malah, banjir juga boleh berlaku apabila terlalu banyak air yang terkumpul lebih daripada tahap kuantiti kawasan itu. Terdapat beberapa sumber air yang menyebabkan berlaku pengumpulan air, antaranya ialah air hujan yang bertakung, sumber air bawah tanah, sistem pengairan tidak cekap dalam pembinaan, resapan air ke dalam tanah dan sebagainya. Sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan, kerja mengesan punca air telah dikaji dan perlulah proses penyahairan ini dilakukan dengan menyediakan laluan air yang baru seperti lurang atau pembentung air, laluan air sementara dan kolam tahanan air yang menghubungkan dengan sungai dan sistem perparitan yang terancang. Kapasiti dan kuantiti air tersebut perlu dikawal pada satu tempat dalam projek pembinaan supaya ia tidak melimpah keluar ke tempat awam dan juga tapak pembinaan tersebut.

1.5.1) Antara kaedah penyahairan yang digunakan di tapak binaan ialah:i. Sump pumpingTerdapat banyak proses dalam penyahairan, kebiasaannya menggunakan sump pumping. Air dikumpul pada bahagian paling dalam penggalian dan dipam keluar. Ia adalah sistem penyahairan yang mudah dan murah. Namun kaedah ini terhad untuk digunakan dalam tanah yang agak kasar. Jika digunakan dalam tanah berbutir halus boleh membawa kepada hakisan dan juga menyebabkan masalah pencemaran disebabkan air yang berkelodak.ii. Culvert

Selepas air dipam dan disalurkan, struktur pembentung (culvert) yang membolehkan air mengalir melaluinya yang tertanam dan dikelilingi oleh tanah. Culvert dibuat daripada paip yang mempunyai bahan yang berlainan, bahan konkrit bertetulang dan lain-lain. Fungsi ini amat penting untuk menyalurkan larian air ke sistem perparitan, kolam tahanan dan sungai.

Rajah 1.5.1: Air yang terkumpul selepas penggalian tanah dan perlu dialir keluar

Rajah 1.5.2: Contoh pam asas yang digunakan untuk menyedut air

Rajah 1.5.3: Sistem perparitan utama untuk memudahkan pengaliran air semasa air dipam

Rajah 1.5.4: Culvert yang berfungsi membantu pengaliran air

1.6) Bangunan dan Jalan Sementara

Di satu kawasan tapak pembinaan, tapak perlu disusun atur sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan. Pelan susun atur tapak perlu disediakan melibatkan bangunan dan jalan sementara. Susun atur tapak merupakan faktor kecekapan kerja binaan bagi mencapai sasaran kerja binaan di mana ia perlu mengikut spek masa, kos dan kualiti.

1.6.1)Antara kepentingan susun atur tapak bagi menempatkan bangunan dan jalan sementara ialah:

i. Menyediakan tempap penyimpanan segala jentera dan peralatan dengan baikii. Menjamin keselamata pekerjaiii. Penggunaan ruang secara optimum bagi menjalan kerja pembinaaniv. Penggunaan tenaga kerja, bahan dan komponen pembinaan yang minimum

1.6.2)Antara susun atur tapak yang terdapat dalam tapak pembinaan meliputi:

i. Pejabat tapakii. Rumah pekerja (kongsi)iii. Kantin iv. Tempat mengumpul bahan binaan / storv. Kawasan tangki minyak dan bahan mudah terbakar vi. Jalan keluar masuk jentera pengangkutanvii. Jalan sementara yang menghubungkan kawasan pembinaan

1.6.3)Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara

Laluan keluar masuk perlu diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Laluan keluar masuk perlu mencukupi dari segi kelebaran dan keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban jentera berat. Fungsi jalan sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung antara laluan masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan. Seperti mana laluan keluar masuk, ia juga perlu mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung beban agar tidak rosak.

Rajah 1.6.1: Jalan sementara yang menghubungkan tapak pembinaan

Rajah 1.6.2: Pejabat tapak di kawasan pembinaan

Rajah 1.6.3: Rumah pekerja di tapak binaan (rumah kongsi)