jenis sayuran (hortikultura)

21
Di Sulap Oleh : CHAIDIR DALLE HASANAH

Upload: chairiy-kyk

Post on 12-Jul-2015

169 views

Category:

Small Business & Entrepreneurship


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: jenis sayuran (Hortikultura)

Di Sulap Oleh :CHAIDIR DALLE HASANAH

Page 2: jenis sayuran (Hortikultura)

KACANG BOTOR

NAMA BOTANI: PSOPHOCARPUS TETTRAGONOLOBUS (L.) DCFAMILI : LEGUMINOSAENAMA INGGERIS : WINGED BEANNAMA LAIN : KACANG KELISA

Pokok kacang botor dipercayai berasal dari dari kawasan Asia Tenggara danmerupakan tumbuhan iklim panas. Pokok ini adalah sejenis saka tetapibiasanya ditanam sebagai pokok semusim. Penanamannyamenggunakan biji benih atau keratan batang dan ia mudah tumbuh. Di kawasan rumah, tanaman ini biasanya ditanam berhampiran pagarsupaya ia dapat memanjat pagar tersebut. Lenggai lenggainyaberukuran sehingga 35 cm panjang dan keratan rentasnya seakan-akanempat persegi. Pada keempat-empat penjuru lenggainya ada ‘kepak’. Lenggai-lenggainya muda dimakan sebagai sayur ulam mentah ataudirebus dan juga dibuat kerabu.

Page 3: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : PHASEOLUS VULGARIS L.FAMILI : LEGUMINOSAE

NAMA INGGERIS : KIDNEY BEAN, FRENCH BEAN

Pokok kacang buncis merupakan tanaman semusim yang berasal dari AmerikaTengah. Pokok ini tumbuh baik di kawasan cuaca panas. Pokoknya rimbundan jenis memanjat. Penanamannya adalah dengan menggunakan biji benihyang terdapat dalam beberapa warna seperti putih, coklat, hitam ataubertompok dan ditanam terus di ladang. Penuaian hasil yang berupa lenggaimuda dilakukan 6-7 minggu selepas ditanam mengikut varieti. Lenggai-lenggaiini berbentuk lurus atau bengkok sedikit dengan hujungnya tajam seperti paruhburung. Terdapat beberapa biji benih di dalam satu lenggai. Sayur ini biasanyadimakan setelah dimasak seperti dibuat sayur tumis atau dicampur di dalamkari atau masak lemak.

Page 4: jenis sayuran (Hortikultura)
Page 5: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : GLYCINE MAX (L.) MERRIL

FAMILI : LEGUMINOSAE

NAMA INGGERIS : SOYA BEAN

Pokok kacang soya berasal dari kawasan Asia Timur. Pokok tanaman semusim yang kecil ini tumbuh tegak, mempunyai batang serta daun yang berbulu. Penanamannya menggunakan biji benih yang ditanam terus di ladang. Pemetikan hasil biji benih dilakukan lebih kurang tiga bulan selepas ditanam. Biji benih ini digunakan dalam pembuatan sayur pucuk dan tauhu yang boleh dibuat pelbagai masakan. Tempe ini juga dibuat daripada kacang soya. Biji benih yang dicambahkan menjadi tauge kasar. Ada juga varieti yang ditanam untuk kegunaan biji benih muda. Dalam hal ini, pokoknya dipotong 60-70 hari selepas ditanam semasa lenggai masih hijau. Lenggai direbus dan biji benih dimakan sebagai sayur. Makanan daripada kacang soya mengandungi protein yang tinggi.

Page 6: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : VIGNA RADIATA (L.) WILCZK

FAMILI : LEGUMINOSAAE

NAMA INGGERIS : MUNG BEAN

Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokoknya kecil, tumbuh tegak dengan daun bercabang tiga. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning dengan buah dalam bentuk lenggai kecil yang panjangnya 5-10 cm. Lenggai-lenggai ini diselaputi oleh bulu dan di dalamnya terdapat banyak biji benih yang berwarna hijau. Penanamannya menggunakan biji benih. Biji benih ini kaya dengan protein dan digunakan dalam pelbagai jenis kuih-muih. Sebagai sayuran, biji benihnya dicambahkan untuk mengeluarkan anak benih yang dikenali sebagai tauge. Sayur tauge digunakan dalam pelbagai juadah dan boleh juga menjadi bahan penghias yang dimakan mentah.

Page 7: jenis sayuran (Hortikultura)
Page 8: jenis sayuran (Hortikultura)
Page 9: jenis sayuran (Hortikultura)
Page 10: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : STENOCHLAENA PALUSTRIS (BURM.) BEDD.

FAMILI : BLECHNACEAE

NAMA INGGERIS : MAIDEN FERN

Pokok paku miding terdapat tumbuh dengan sendiri di kawasan hutan, kebun atau tanah lapang yang lembap. Pokok paku ini tumbuh menjalar di atas permukaan tanah dan akan memanjat sekiranya ada batang pokok berhampiran. Daunnya jenis pinat. Daun yang tidak terdapat spora, mempunyai tepi yang bergerigi. Saiz daun pinat yang subur lebih kecil dan spora terdapat di bahagian bawah daun. Daun baru pokok ini berwarna kehijau-hijauan atau kemerah-merahan. Bahagian yang dimakan ialah pucuk daun yang boleh dimakan sebagai ulam rebus, kerabu, masak lemak atau masak goreng belacan. Pucuk paku ini dipercayai mempunyai nilai perubatan tradisional seperti boleh mengubati demam.

Page 11: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : IPOMEA AQUATICA FORSK, IPOMEA REPTANS (L.) POIR

FAMILI : CONVOLVULACEAE

NAMA INGGERIS : WATER SPINACH, WATER GLORYBIND

Pokok kangkung banyak terdapat tumbuh melata di tanah lembap atau berair. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan selatan China. Dahulunya ia merupakan rumput tropika, tetapi sekarang telah menjadi sayuran yang digemari. Pokok ditanam menggunakan biji benih atau keratan batang. Hasil kangkung boleh dituai 30-40 hari selepas ditanam. Pokok ini dituai dengan memotong batang muda di atas permukaan tanah. Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung air dan kangkung darat yang boleh ditanam di atas batas. Kangkung darat mempunyai daun yang kecil dan panjang runcing sementara daun kangkung air pula lebih lebar. Sayur kangkung dibuat masak tumis kicap, masak lemak putih, direbus atau dimakan dengan sambal dan pecal.

Page 12: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : SAUROPUS ANDROGYNUS MERR.

FAMILI : EUPHORBIACEAE

NAMA INGGERIS : SWEET SHOOT

NAMA LAIN : ASIN-ASIN

Pokok cekur manis merupakan pokok jenis saka yang boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah. Pembiakannya adalah dengan menggunakaan keratan batang atau biji benih. Penanaman daripada biji benih akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasil. Jika menggunakan keratan, batang yang separa keras di tanam di tempat semaian terlebih dahulu atau ditanam terus di ladang. Penuaian hasil dilakukan empat bulan selepas ditanam. Hasil yang dipetik ialah tunas dan daun muda yang batangnya tidak berkayu. Untuk pengeluaran daun muda yang berterusan, pokok perlu dicantas dari masa ke semasa. Daun cekur manis dimakan sebagai sayur rebus atau dibuat gulai lemak putih bersama-sama ubi keledek.

Page 13: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : IPOMEA BATATAS (L.) LAM

FAMILI : CONVOLVULACEAE

NAMA INGGERIS : SWEET POTATO

Pokok keledek ialah tanaman saka di kawasan tropika. Batangnya menjalar di atas permukaan tanah, sementara sebahagian akarnya yang terdapat berhampiran permukaan tanah membengkak menjadi ubi. Penanamannya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu iaitu menggunakan ubi atau keratan batang. Penuaian hasil ubi dilakukan 4-5 bulan selepas ditanam. Terdapat banyak jenis keledek dengan bentuk daun atau ubi yang berlainan. Selain itu bunga atau isi ubi juga mempunyai warna yang berlainan. Sebagai sayuran, ubi keledek dicampur dalam gulai lemak atau sayur manis. Selain itu, daun pucuk pula dibuat ulam rebus yang dimakan dengan sambal.

Page 14: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : DAUCUS CAROTA L.SUBSP. SATIVUS

FAMILI : UMBELLIFERAE

NAMA INGGERIS : LOBAK MERAH

Tanaman dua musim ini berasal dari kaawasan Asia Barat. Pada amnya pokok lobak merah merupakan tanaman hawa sejuk yang ditanam juga di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Pokok ini memerlukan suhu yang rendah untuk pengeluaran bunga dan seterusnya untuk pembentukan biji benih. Bunganya banyak dan kecil membentuk ‘kepala’ menyerupai bentuk payung yang terbuka. Penanaman pokok ini mengunakan biji benih. Bahagian yang dimakan ialah akar tunjang yang membesar menjadi ubi yang berwarna kuning atau merah. Saiz atau warna ubi berbeza-beza mengikut varieti. Ubi merah yang kaya dengan beta karotena, boleh dimakan mentah atau dimasak.

Page 15: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : SOLANUM TUBEROSUM L.

FAMILI : SOLANACEAE

NAMA INGGERIS : IRISH POTATO

Tanaman jenis herba semusim ini berasal dari benua Amerika. Pokok ubi kentang kecil dan bercabang dengan buah jenis beri yang tidak boleh dimakan. Di pangkal batang di bawah tanah terdapat ubi. Pembentukan ubinya dipengaruhi oleh suhu dan panjang hari. Biasanya suhu yang rendah dan iklim yang lembap menggalakkan pembentukan ubi. Oleh itu tanaman ini terdapat di kawasan iklim sederhana dan di tanah tinggi tinggi di kawasan tropika. Pada ubinya terdapat banyak mata tunas. Oleh itu ia boleh digunakan sebagai bahan tanaman. Penuaian ubi kentang dilakukan apabila daun dan batang di atas tanah bertukar menjadi kuning. Ubi kentang digunakan dalam pelbagai hidangan seperti gulai daan kuih-muih.

Page 16: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : RAPHANUS SATIVUS L. VAR. / HORTENSIS BACKER

FAMILI : CRUCIFERAE

NAMA INGGERIS : CHINESE RADISH

Lobak ialah tanaman jangka pendek. Daun pokok ini berpasangan dan berlekuk-lekuk. Penanamannya menggunakan biji benih di atas batas, dan kemudian dijarangkan. Hasilnya dituai 7-9 minggu kemudian mengikut jenis. Tanah peroi lebih baik untuk pembentukan ubi. Bahagian yang dituai ialah akar yang membengkak yang membentuk ubi. Ubi ini berwarna putih dan berbentuk panjang tirus. Ubi ini dituai semasa masih muda dan lembut. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayuran. Ubi ini boleh dibuat karii, gulai lemak, sup atau tumis berlada.

Page 17: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : MANIHOT ESCULENTA CRANTZ

FAMILI : EUPHORBIACEAE

NAMA INGGERIS : TAPIOCA ; CASSAVA

Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan tropika jenis saka. Pokok ini ditanam dengan dengan mudah iaitu menggunakan keratan batang. Akarnya membesar menjadi ubi yang dituai 6-12 bulan selepas ditanam. Ubi biasanya berbentuk silinder panjang dan meruncing ke hujung. Isi ubi berwarna putih dan kuning. Buahnya jenis kapsul keras dan mengandungi beberapa biji. Daun muda dimakan sebagai sayur rebus bersama-sama sambal atau dibuat gulai lemak.

Page 20: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : LUFFA ACUTANGULAR (L.) ROXB.

FAMILI : CUCURBITACEAE

NAMA INGGERIS : ANGLED LUFFAH

Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokok petola segi ialah jenis memanjat dan mempunyai bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Penanamannya menggunakan biji benih yang berbentuk bujur, leper dan berwarna hitam. Hasil buah muda mula dituai selepas dua bulan ditanam. Buah petola berbentuk bujur panjang sehingga 60 cm dan mempunyai alur-alur memanjang. Terdapat banyak biji benih di dalam buah petola. Buah-buah muda dituai dan dimakan sebagai sayuran selepas dimasak. Semakin tua, buah menjadi keras, kering dan kulit buah bertukar kepada warna coklat.

Page 21: jenis sayuran (Hortikultura)

NAMA BOTANI : BENINCASA HISPIDA (THUNB.) COGN.

FAMILI : CUCURBITACEAE

NAMA INGGERIS : WAX GOURD

Pokok kundur ialah tanaman semusim yang berasal dari Indonesia. Pokok jenis herba ini mempunyai batang yang berwarna hijau, bersegi dan berbulu serta mengeluar sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Terdapat bunga jantan dan bunga betina yang berasingan dan daunnya pula mempunyai tangkai daun yang besar. Penanamannya menggunakan biji benih. Buah muda diselaputi bulu-bulu yang halus dan setelah matang, kulit buah ini akan dilitupi oleh sejenis debu putih. Buahnya berbentuk bulat dan panjang. Bahagian yang digunakan di dalam masakan ialah buah muda yang masih kecil atau buah yang telah mencapai saiz matang dan juga pucuk daun.