sayur-sayuran tanpa tanah

of 79/79
TEKNOLOGI PENANAMAN SAYUR- SAYURAN TANPA TANAH SECARA HIDROPONIK DAN FERTIGASI DISEDIAKAN OLEH : DAHARI SHAH NUR AZZATI NOR AMIRA NURUL HUSNA SITI HAJAR

Post on 02-Jan-2016

215 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fertigasi

TRANSCRIPT

Slide 1

Teknologi penanaman sayur-sayuran tanpa tanahsecara hidroponik dan fertigasi

DISEDIAKAN OLEH :DAHARI SHAHNUR AZZATINOR AMIRANURUL HUSNASITI HAJARAPAKAH ITU HIDROPONIKHidroponik berasal daripada perkataan Greek iaitu hydro yang bermaksud air dan ponos yang bermaksud bekerjaIa adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah.Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan.

Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan.Hidroponik adalah kaedah tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari pasar yang tidak diketahui jaminannya.

SEJARAH HIDROPONIKMengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi.Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman.

Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil.Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Konsep asas hidroponikAir Bekas takungPenutup takungMedia pertumbuhanKawasan Tenaga elektrik Rumah hidroponik Biji benihNutrien/ baja

AIRSumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik.Kandungan klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan klorin tinggi biarkan air disinari cahaya matahari beberapa waktu dan iaakan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-Tolidine

BEKAS TAKUNGANTakung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat mediumdiisi.Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap sepertiplastik atau fiberglass.Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli. Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

PENUTUP TAKUNGPenutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian.Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

MEDIUM PERTUMBUHANMedium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untukmenyemai biji benih.Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:- a.Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.b.Berupaya menahan kelembapan.c.Mempunyai saliran yang baik.d.Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.e.Tidak mengeluarkan bahan beracun.f.Senang untuk dicuci.

Kawasan

Tenaga elektrik

Rumah hidroponik

Biji benih

Nutrien/ bajaGunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin.Air hujan juga boleh digunakan.

JENIS-JENIS TANAMAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH HIDROPONIKTanaman Sayur-Sayuran seperti Bayam, Kangkong, Kailan, Salat dan sebagainya.Sayuran Jenis Buah dan Kekacang seperti Tomato, Timun, Cili, Terong dan sebagainya.Tanaman Hiasan atau Bunga-Bungaan seperti Ros, Kekwa, Carnation, Puding dan sebagainya.

Kebaikan Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamatdimakan.Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui larutan.Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang menjadi pelindungorganisasi merbahaya.Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualititinggi.Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk penanaman dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.Tumbuhan tidak perlu disiram.Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak subur, berbatu, berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan. Hasil pengeluaran adalah seragam.kelemahanKos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam pengurusan nutrien.Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air, tenaga elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atausistem rosak lebih dari masa yang ditentukan pokok akan mati.Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak sesuai seperti lobak, ubi kentang dan ubi keladi.

Teknik-teknik penanamanKULTUR AIRDalam kultur air, akar tanaman sentiasa berada dalam air atau larutan nutrien. Pelbagai jenis bekas digunakan untuk menakung larutan nutrien.Contoh-contoh bekas atau tangki yang sesuai termasuklah yang dibuat dari kaca, plastik, polisterin, konkrit dan gentian kaca dan paip PVC.Penggunaan tangki yang diperbuat dari logam adalah agak terhad kerana bahan logam boleh bertindakbalas dengan larutan nutrien. Tindakbalas ini mungkin mengakibatkan kesan toksik kepada tumbuhan.Tangki logam yang dilapisi dengan zink hendaklah dielakkan. Satu cara asas yang biasa dilihat di rumah ialah menanam tanaman hiasan dalam botol atau bekas yang mengandungi air.

PENGENALANa) Kaedah TakunganDalam kaedah ini, satu takungan digunakan untuk menyimpan larutan nutrien. Bahagian atasnya diletak dawai penyokong dan/atau polisterin yang dilubangkan pada jarak tertentu. Tanaman yang hendak ditanam diletakkan di dalam lubang berkenaan. Sokongan kepada tanaman diberikan dengan menggunakan span, kapas, `rockwool' dan sebagainya.Kaedah ini hanya sesuai untuk unit yang kecil dan dengan jenis tanaman jangka pendek seperti sayuran daun.

Larutan nutrien dalam kaedah ini tidak mengalir. Keadaan ini kurang memuaskan dari segi bekalan oksigen kepada akar. Untuk mengatasi kelemahan ini, pengudaraan secara buatan boleh dilakukan; atau larutan nutrien dialirkanb) Kaedah pengaliran nutrien Pada asasnya sistem ini adalah serupa dengan kultur cecair ringkas. Bezanya ialah larutan nutrien dialirkan dari tangki ke dalam bekas penanaman dengan menggunakan pam. Larutan yang berlebihan akan keluar melalui saluran paip dan terkumpul semula dalam tangki

c) Kaedah gravitiDalam kaedah graviti ringkas bekas menanam dihubungkan dengan satu bekas larutan nutrien melalui hos. Untuk memberi larutan nutrien kepada tumbuhan, bekas larutan nutrien diletakkan lebih tinggi dari aras bekas menanam. Untuk mengumpuul semula larutan nutrien, bekas larutan nutrien diletakkan kembali pada kedudukan sebelumnya. Tindakan graviti menyebabkan larutan nutrien mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.Satu kaedah lain ialah menggunakan palung bertingkat. Pam biasanya digunakan untuk memindahkan larutan nutrien dari tangki ke tempat penanaman yang teratas. Dalam sistem ini, paip-paip PVC sesuai digunakan sebagai bekas penanaman.

d) Kaedah NFT (Nutrien Film Technique) Kaedah ini menggunakan teknik pengaliran larutan nutrien yang tipis (tidak melebihi 2mm) dalam bekas penanaman. Biasanya, bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih dan seterusnya menyokong tanaman adalah seperti span dan rockwool.

e) Deep Culture Dalam kaedah ini, tanaman di tanam dalam sebuah bekas kecil dan sokongan diberikan dengan menggunakan kelikir, rockwool, pasir dan sebagainya. Bekas ini berserta akar tanaman ditenggelami oleh larutan nutrien yang mengalir.

KULTUR AGREGAT2) Kultur AgregatKultur ini menggunakan bahan-bahan lengai sebagai medium penanaman. Bahan seperti pasir kelikir, vermikulit dan perlit adalah antara bahan yang biasa digunakan dalam kaedah ini. Akar tanaman dibiarkan tumbesar dalam medium yang dibasahkan dengan larutan nutrien secara berkala.Sokongan kepada tanaman diberikan dengan baik oleh bahan medium. Berbanding dengan kultur air, kaedah ini tidak memerlukan pengudaraan secara buatan kerana rongga-rongga di antara butir-butir pasir akan dipenuhi oleh udara jika tidak dipenuhi oleh larutan nutrien.

Larutan nutrien boleh dibekalkan dengan berbagai cara, seperti

siraman ke permukaan mediumLarutan nutrien disiram ke permukaan pasir dengan menggunakan penyiram atau sistem paip. Selepas itu, larutan tersebut dibiarkan mengalir keluar secara bebas.

pengairan secara gravitiLarutan nutrien diletakkan dalam sebuah tangki yang berada di paras yang lebih tinggi dari bekas penanaman. Larutan mengalir ke permukaan medium melalui tindakan graviti.

pengairan secara titisanKedudukan tangki adalah seperti pengairan secara graviti tetapi larutan dilepaskan dalam bentuk titisanKekerapan dan jangkamasa pengairan yang minimum bergantung kepada: - saiz partikel agregat - permukaan partikel agregat - jenis tanaman - keadaan cuaca - waktu pengairanKebanyakan tanaman memerlukan 5 hingga 6 kali pengairan sehari.

pengairan "sub-irrigation" Larutan nutrien disalurkan melalui paip berlubang-lubang kecil yang terbenam di dalam medium (di dasar takung penanaman).Larutan akan meresap ke dalam ruang-ruang butiran pasir akibat dari tindakan kapilari.Selepas satu tempoh tertentu, larutan nutrien disalirkan kembali ke dalam tangki untuk digunakan semula.

Kekerapan dan jangkamasa pengairan yang minimum bergantung kepada: - saiz partikel agregat - permukaan partikel agregat - jenis tanaman - keadaan cuaca - waktu pengairan Kebanyakan tanaman memerlukan 5 hingga 6 kali pengairan sehari.

AEROPONIKS3. AeroponiksDalam kaedah ini, tumbuh-tumbuhan disokong supaya hampir kesemua sistem akarnya terdedah di udara. Air dan nutrien diberikan kepada tumbuhan dalam bentuk semburan halus (atau kabus) larutan nutrien kepada sistem akar dengan kerap. Kaedah ini memerlukan pam dan alat pemasa. Ini akan meningkatkan kos pengendaliannya.

Nutrien dan sumber-sumbernyaDalam keadaan tanpa tanah, semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan perlu dibekalkan dalam bentuk larutan nutrien. Terdapat berbagai formulasi nutrien yang boleh digunakan. Tiada satu formula yang terbaik yang boleh digunakan dalam semua keadaan. Kepekatan dan kadar kandungan mineral yang terbaik adalah bergantung kepada:jenis tanaman (contoh: salad perlukan lebih N berbanding dengan tomato)peringkat pertumbuhan (contoh: peringkat pertumbuhan perlu banyak N dan peringkat pembungaan perlu banyak K)kualiti air iklim musim (lebihkan N semasa musim panas dan lebihkan K semasa musim dingin)

Larutan nutrien dan bahan penanamanNutrien dan sumber-sumbernyaLarutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman.Tanaman memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yangdiperlukan ialah:- NITROGEN - Pembentukan daun dan batang. FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar,cepat matang dan menguatkan tangkai tanaman.

KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakanstoma, tahan penyakit dan menambah kebernasan. KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerapunsur Magnesium.MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaranFosforus dalam tumbuhan.SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.FERUM - Pembentukan klorofil.MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahantenaga.BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui. KUPRUM - Pembentukan Klorofil.FERTIGASIMaksud FertigasiFertigasi bermaksud sebuah teknologi yang merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah dan setiap tanaman mempunyai kawalan perairan dan pembajaan secara automatik dengan kadar yang kita tentukan. Perkataan FERTIGASI berasal dari percantuman dua perkataan fertilization dan irrigation iaitu proses pembajaan dan pengairan dijalankan serentak. Fertigasi lebih merujuk kepada tanaman tanpa menggunakan tanah. Cara ini juga adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Phytium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang dibawa oleh tanah.

phytiumFertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan fertilizer dan Irrigation. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 6 kali sehari selama 5 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

KelebihanLebih produktifTanaman mudah alihMenjadikan hasil tanaman berkualiti tinggiTiada penyakit bawaan tanahDapat mengurangkan kos pengurusan dan operasiPenggunaan air dan baja dapat dijimatkan dengan adanya kawalan automatikBersih tanpa bau dan mesra alamBoleh menanam pada bila-bila masa

Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokokMenjamin kebersihan dan menghindar penyakitMengatasi masalah bawaan tanahKualiti hasil yang lebih baik dan cantikPenggunaan baja yang cekap dan jimatMengurangkan penggunaan racunModal pusingan yang rendahMeningkatkan hasil pengeluaranMasalah merumpai sangat rendahKelemahanMemerlukan kemahiran dan ilmu untuk menguruskan sistem fertigasiKos permulaan adalah tinggi kerana perlu membeli peralatan-peralatan untuk kegunaan sistem fertigasi iniMemerlukan air yang bersih supaya hasil tanaman berkualiti tinggi

Memerlukan tenaga elektrik untuk proses pengepaman

Jenis tanaman yang boleh ditanam secara teknologi fertigasiCiliHaliaKangkungBungaDan sesuai untuk tanaman jenis buah-buahan

Infrastruktur TanamanSistem fertigasi telah direka dan dipasang untuk bekalan air optimum yang mengandungi nutrien terus ke akar tanaman sayur-sayuran di dalam pengudaraan semulajadi Perlindungan Struktur.Sistem ini merupakan integrasi pengawal pengairan, tangki nutrien, pam air elektrik, penapis, injap pintu, meter tekanan, penyambung, tinggi kepadatan paip pengagihan polyethylene (utama, menengah dan universiti), adaptor, muncung dripper dan berakhir berhenti.

Lakaran susun atur sistem pengairan fertigasi

Alatan fertigasi.Media tanamanPengawalBajaTank NutrienPam AirPenapisPaip agihanPolibeg MediaMedia tanamanCocopeatsekam padi rootwool perlite zeolite

Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.PengawalPengawal adalah merupakan sebahagian daripada sistem pengairan.Ia adalah alat penting untuk memohon air dalam kuantiti yang diperlukan dan pada masa yang sesuai untuk mengekalkan pengeluaran pertanian dan untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam air, tenaga dan menggunakan bahan kimia.Pengawal Pengairan telah tersedia untuk bertahun-tahun dalam bentuk pemasa mekanikal dan pengairan elektromekanik.

Alat-alat ini telah berkembang ke dalam sistem berasaskan komputer yang kompleks yang membolehkan kawalan tepat air, tenaga dan bahan kimia manakala bertindak balas kepada perubahan alam sekitar dan peringkat pembangunan tanaman.

BajaBaja boleh diberikan dalam frekuensi yang berbeza - setiap hari, setiap hari, beberapa kali setiap minggu, atau setiap minggu, bergantung kepada keperluan pengairan, jenis tanah, dan faktor-faktor lain.Biasanya, ia memerlukan 5 kali sehari.Jangan teragak-agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada dalam jadual biasa.

PembajaanNutrien Mikro- Boron (B)- Kopper (Cu)- Ferum (Fe)- Manganese (Mm- Molybdenum (Mo)- Zink (Zn) Nutrien Makro- Nitrogen (N)- Fosforus (P)- Kalium (K)- Magnesium (Mg)- Kalsium (Ca)- Sulfur (S)Kaedah Penyedian Stok Dengan Menggunakan Baja Yang DikhaskanTerdapat dua stok, iaitu stok mikro dan makroCampuran baja mikro dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok mikro .Campuran baja makro juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok makroKemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Tank NutrienIni adalah hati fertigasi.Ini adalah di mana baja disimpan, pengukuran EC dan pH dibuat.Saiz tangki bergantung kepada bilangan polibegs.Nutrien sama ada boleh mengairi ke padang sama ada menggunakan pam atau graviti oleh

Pam AirTeknologi ini perlu pam untuk mengairi baja dari tangki nutrien sehingga polibeg itu.

PenapisSememangnya, sistem akan tersumbat sepanjang masa sekiranya bekalan air ke padang tidak bersih.Penapis dikehendaki untuk mengelakkan dripper dari tersumbat itu akan menghalang aliran untuk loji.Keperluan penapis untuk diperiksa dan dibersihkan kerapPaip agihanPaip terutamanya terdiri daripada 3 unsur utama: 1.Utama selaras lineThe utama adalah saiz bergantung kepada saiz dan location2.Sub sub lineThe talian terletak di sepanjang setiap baris polibegs.Di sinilah barisan dripper mikro akan dipasang untuk memastikan baja sampai ia lokasi3.DripperThis adalah di mana kuantiti baja dikawal.Biasanya ia akan menitis pada kadar 2 liter / jam.Kecenderungan untuk menyumbat di hujung sangat tinggi jadi periksa kerap dan pembersihan dripper yang diperlukan.

Susunan paip agihan

Polibeg MediaPolibeg dipenuhi dengan koko gambut.Ini akan menjadi sederhana di mana tumbuhan itu adalah makanan dengan baja.Sebuah media yang baik akan mengadakan kandungan kelembapan dan air pada 60%