penyediaan cakera keras

16
PENYEDIAAN CAKERA KERAS PENGENALAN Cakera keras (hard disk) mengandungi cakera seperti cakera liut (floppy disk). Bezanya ialah cakera keras mengandungi lebih daripada satu cakera yang kedudukanya berlapis dan bertingkat. Cakera keras boleh menyimpan lebih banyak data atau maklumat jika dibandingkan dengan cakera liut. Penyimpanan data dan maklumat dalam cakera keras akan memudahkan pengguna komputer mencari fail-fail yang mengandungi maklumat tersebut. Cakera keras biasanya mempunyai 300 hingga 2400 trek setiap inci atau TPI (track per inch) dengan 17 sektor setiap trek. Terdapat juga cakera keras yang mempunyai bilangan sehingga 34 sektor bagi setiap trek. Kepala cakera keras biasanya digerakkan pada kedudukan yang dikehendaki untuk membuat bacaan atau menulis dengan pelbagai cara. Sesetengah cakera keras menggunakan motor penggerak (stepper motor) kepala baca/tulis bagi menggerakkan kepala,‘head’ tahap demi tahap ke trek tertentu. Terdapat juga cakera keras yang menggunakan syaf, ‘shaft’ untuk menggerakkan kepala ke bahagian luar dan bahagian dalam cakera. Cakera keras jenis baru banyak menggunakan teknologi gegelung suara, ‘voice coil’ bagi menggerakkan kepalanya. 9.1 PENGIRAAN KAPASITI CAKERA Kapasiti cakera keras dikira berdasarkan penentuan bit dan bait dalam satu sistem mikrokomputer. Kapasiti dalam mikrokomputer dikategorikan sebagai KB (kilobyte), MB (megabyte), GB (gigabyte) dan sebagainya. Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan penentuan Kilo, Mega, Giga dan Tera antara sistem komputer dengan unit pengiraan matriks biasa. Unit Sistem Komputer Unit Matriks 1 KB = 1,1024 bait = (2 10 ) 1 KB = 1000 = (10 3 ) 1 MB = 1,048,576 bait = (2 20 ) 1 MB = 1,000,000 = (10 6 ) 1 GB = 1,073,741,824 = (2 30 ) 1 GB = 1,000,000,000 = (10 9 ) 1 TB = 1,099,511,628,000 = (2 40 ) 1 TB = 1,000,000,000,000 = (10 12 ) Memahami nombor binari dan juga sistem nombor yang lain adalah penting kerana kebanyakkan penterjemah dan pemprosesan data oleh mikropemproses dan 1

Upload: fazrul-rosli

Post on 30-Jul-2015

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

PENYEDIAAN CAKERA KERAS

9.0 PENGENALAN

Cakera keras (hard disk) mengandungi cakera seperti cakera liut (floppy disk). Bezanya ialah cakera keras

mengandungi lebih daripada satu cakera yang kedudukanya berlapis dan bertingkat. Cakera keras boleh

menyimpan lebih banyak data atau maklumat jika dibandingkan dengan cakera liut. Penyimpanan data dan

maklumat dalam cakera keras akan memudahkan pengguna komputer mencari fail-fail yang mengandungi

maklumat tersebut.

Cakera keras biasanya mempunyai 300 hingga 2400 trek setiap inci atau TPI (track per inch) dengan 17 sektor

setiap trek. Terdapat juga cakera keras yang mempunyai bilangan sehingga 34 sektor bagi setiap trek.

Kepala cakera keras biasanya digerakkan pada kedudukan yang dikehendaki untuk membuat bacaan atau menulis

dengan pelbagai cara. Sesetengah cakera keras menggunakan motor penggerak (stepper motor) kepala baca/tulis

bagi menggerakkan kepala,‘head’ tahap demi tahap ke trek tertentu. Terdapat juga cakera keras yang

menggunakan syaf, ‘shaft’ untuk menggerakkan kepala ke bahagian luar dan bahagian dalam cakera. Cakera keras

jenis baru banyak menggunakan teknologi gegelung suara, ‘voice coil’ bagi menggerakkan kepalanya.

9.1 PENGIRAAN KAPASITI CAKERA

Kapasiti cakera keras dikira berdasarkan penentuan bit dan bait dalam satu sistem mikrokomputer. Kapasiti dalam

mikrokomputer dikategorikan sebagai KB (kilobyte), MB (megabyte), GB (gigabyte) dan sebagainya. Jadual 1 di

bawah menunjukkan perbandingan penentuan Kilo, Mega, Giga dan Tera antara sistem komputer dengan unit

pengiraan matriks biasa.

Unit Sistem Komputer Unit Matriks1 KB = 1,1024 bait = (210 ) 1 KB = 1000 = (103 )1 MB = 1,048,576 bait = (220 ) 1 MB = 1,000,000 = (106 )1 GB = 1,073,741,824 = (230 ) 1 GB = 1,000,000,000 = (109 )1 TB = 1,099,511,628,000 = (240 ) 1 TB = 1,000,000,000,000 = (1012 )

Memahami nombor binari dan juga sistem nombor yang lain adalah penting kerana kebanyakkan penterjemah dan

pemprosesan data oleh mikropemproses dan perkakasan komputer menggunakan nombor binari. Kapasiti dikira

berdasarkan bilangan byte (data 8 bit) yang boleh disimpan dalam peranti tersebut

Bit adalah singkatan kepada Binary Digit yang mewakili nombor-nomborbinary 0 dan 1. Setiap satu digit binary dipanggil 1 bit.

1 byte mewakili sekolompok 8 bit nombor binary.

1

Page 2: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Contoh Pengiraan:

Kirakan kapasiti cakera keras 20 MB

Kapasiti dalam bytes = 20 X 220 bytes

= 20 X 1,048,576 bytes

= 20,971,520 bytes

Kapasiti dalam bit = 20,971,520 X 8

= 167,72,160 bit

Pengiraan kapasiti dinyatakan dalam bytes kerana kebanyakkan penterjemahan komputer masa kini menggunakan

kod ASCII sebagai kod penterjemahan perwakilan aksara. Satu huruf, nombor dan aksara dalam ASCII akan

diterjemahkan ke dalam sekelompok nombor binary 8 bit. Penukaran kod ASCII ke binary dapat dijelaskan

berdasarkan jadual kod ASCII berikut.

Jadual Kod ASCII

Contoh penukaran : Terjemahkan

SAYA dalam

bentuk kod

ASCII.

S =

0101 011

A =

0100 0001

Y =

0101 1001

A =

0100 0001

9.2 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN SEBUAH CAKERA KERAS

Bagi memastikan sesebuah cakera keras boleh digunakan, terdapat beberapa langkah penyediaan cakera keras perlu

dilakukan. Diantara langkah-langkah penyediaan sebuah cakera keras ialah menyediakan ‘Startup Disk’, membina

partition atau multipartition dan seterusnya membuat format serta pengujian. Proses penyediakan ‘Startup Disk’

dilakukan selepas sistem pengoperasian dipasang. Manakala proses membina partition dan menformat cakera keras

dilakukan sebelum sistem pengoperasian dipasang kedalam sitem komputer.

9.2.1 Menyediakan ‘Startup Disk’

2

Page 3: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Membuat satu startup disk (contohnya bagi Win98) sama seperti yang dibekalkan bersama pakej Win98. Disket ini

boleh memasang pemacu CD-ROM dan dalam masa yang sama membantu perisian Windows. Langkah-langkah

untuk menyediakan ‘Startup Disk’ adalah seperti rajah 9.2.1 dibawah.

Rajah 9.2.1 Langkah-langkah untuk menyediakan ‘Startup Disk’.

9.2.2 Membina Partition / Multi Partition

Cakera keras biasanya boleh dibahagikan kepada satu atau beberapa partition. Tujuan partition cakera keras

dilakukan adalah supaya masa yang diambil semasa proses ‘Scandisk’ tidak terlalu lama disebabkan saiz kapasiti

cakera keras yang besar. Pembahagian cakera keras kepada beberapa partition juga bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya kerosakkan yang besar kerana kerosakan pada satu partition tidak akan memberikan kesan kepada

partition yang lain. Terdapat dua kaedah untuk melakukan partition iaitu pembahagian kepada satu partition dan

beberapa partition.

Membuat Satu Partition

3

Pilih Menu

Pilih menu

Tekan kekunci

Pilih menu

Pilih menu

Pilih menu

Labelkan disket yang telah siap dengan WINDOWS 98 Startup Disk

Page 4: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Satu partition dibuat setelah cakera keras dikesan dan settings disimpan. Langkah-langkah membuat satu partition

adalah seperti berikut:

Masukan disket system WIN98 di pemacu A, hidupkan komputer dan tunggu sampai A prom

dipaparkan.

Pada prom A, taip FDISK dan tekan <Enter>

A:\>FDISK <Enter>

Skrin 1 bagi fail FDISK WIN98 akan terpapar seperti rajah dibawah

Skrin 1

Di skrin 1, pilih Y dan tekan Enter untuk menyokong cakera keras yang melebihi 2GByte.

Selepas itu skrin 2 akan terpapar seperti dibawah.

Skrin 2

Dalam skrin 2, pilih 4 (Display partition information) dan tekan Enter untuk mendapatkan maklumat

partition cakera keras sebelum sesuatu tindakan dibuat.

Selepas itu skrin 3 akan dipaparkan seperti dibawah.

4

Your computer has a disk larger than 512 MB. This version of Windows includes improved support for large disk, resulting in more efficient use of disk space on large drives, and allowing disks over 2 GB to be formatted as a single drive.IMPORTANT: If you enable large disk support and create any new drives on this disk, you will not be able to access the new drive(s) using other operating systems, including some versions of Windows 95 and Windows NT, as well as earlier versions of Windows and MS-DOS. In addition, disk utilities that were not designed explicitly for the FAT32 file system will not be able to work with this disk. If you need to access this disk with other operating system or older disk utilities, do not enable large drives support.

Do you wish to enable large disk support (Y/N)…..(Y)

Microsoft Windows 98Fixed Disk Setup Programs

(C) Copyright Microsoft Corp. 1983-1998

FDISK OptionsCurrent fixed disk drive: 1Choose one of the following:1. Create DOS partition or Logical DOS drive2. Set active partition3. Delete partition or Logical DOS drive4. Display partition informationEnter choice: [1]Press Esc to exit FDISK

Display Partition InformationCurrent Fixed Disk Drive: 1

No partitions DefinePress Esc to continue

Page 5: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Skrin 3

Paparan pada skrin 3 menunjukkan cakera keras belum dibuat partition. Tekan kekunci Esc untuk ke

skrin Fdisk Options (Skrin 2).

Pilih 1 (Create DOS partition or logical DOS drive) dan tekan Enter untuk mulakan membuat partition

dan satu partition saja yang akan dibuat.

Skrin 4 akan terpapar, pilih 1 (Create Primary DOS Partition) untuk mula membuat partition.

Skrin 4

Skrin 5 menunjukkan cakera keras sedang diperiksa. Setelah selesai skrin 6 akan terus dipaparkan.

Skrin 5

Skrin 6

Skrin 6 memberi pilihan samada ingin membuat cakera keras sebagai satu partition atau lebih. Pilih Y

untuk membuat satu partition sahaja.

Selepas itu skrin 7 dipaparkan. Untuk ke prompt A tekan Esc. Restart komputer dengan disket system

dipemacu A. taip FDISK pada prom A untuk melihat partition yang telah dibuat.

5

Create DOS Partition or Logical DOS DriveCurrent fixed disk drive :1Choose one of the following:

1. Create Primary DOS Partition2. Create Extended DOS Partition3. Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition

Enter choice : [1]

Press Esc to return to FDISK Options

Create Primary DOS PartitionCurrent fixed disk drive :1Verifying drive integrity, -- % complete.

Create Primary DOS Partition

Current fixed drive: 1Do you wish to use the maximum available size for a primary DOS Partition and make the partition active (Y/N) ………? [Y]

Press Esc to return to FDISK Options.

You MUST restart your system for your changes to take effect. Any drives you have created or changed must be formatted AFTER you restart.Shut down Windows before restarting

Press Esc to exit FDISK

Page 6: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Skrin 7

Skrin 2 akan muncul semula. Dengan memilih 4 (Display partition information) skrin 8 akan

mempamerkan maklumat cakera keras yang telah berjaya dibuat partition.

Skrin 8

Partition pada skrin 8 belum diformat, jadi cakera keras perlu diformat untuk membolehkan ia

menerima perisian.

Membuat Multi Partition

Untuk membuat multi partition (sebagai contoh tiga partition dengan menggunakan cakera keras berkapasiti 4.3

GB). Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat multi partition.

Masukan disket sistem pada pemacu A dan taip FDISK untuk memulakan tugas.

Bila skrin 6 muncul, pilih N untuk tidak memaksimumkan keseluruhan cakera keras. Dengan cara ini

kita boleh membuat jumlah partition dan storan mengikut kegunaan yang dikehendaki.

Setelah memilih 2000 MB untuk partition primary, aktifkan seperti yang diminta di skrin 6. Langkah

ini akan menyebabkan partition DOS dikira sebagai pintu masuk ke sistem semasa memulakan

komputer.

Kemudian hasilkan partition Extended DOS dan Logical DOS dengan memasukkan baki storan yang

ada (2100 MB). Logical DOS diisikan denagn 1000 MB dan 1110 MB bagi menamatkan proses

membuat partition.

Tekan kekunci Esc sehingga komputer Restart.

Pamerkan semula keadaan cakera keras untuk memastikan partition berjaya dilakukan.

6

Display Partition InformationCurrent Fixed disk drive: 1

Partition Status Type Volume label Mbytes System UsageC: 1 ^ PRI DOS * 4110 UNKNOWN 100%

Total disk space is 4110 Mbytes (1Mbytes = 1048576 bytes)

Press Esc to continue

Display Partition InformationCurrent Fixed disk drive: 1

Partition Status Type Volume label Mbytes System UsageC: 1 A PRI DOS * 2000 UNKNOWN 49% 2 EXT DOS 2010 UNKNOWN 51%

Total disk space is 4110 Mbytes (1Mbytes = 1048576 bytes)

The Extended DOS Partition contains logical DOS drives.Do you want to display the logical drive information (Y/N):…………..? [Y]

Press Esc to return to FDISK Options

Page 7: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Skrin 9

Pilih Y untuk mempamerkan logical drive seperti pada skrin 10.

Skrin 10

Skrin 10 menunjukkan cakera keras sudah sedia untuk di format bagi persediaan pemasangan sistem

pengoperasi.

9.2.3 Membuat Format dan Pengujian Peranti Storan

Membuat Format

Membuat format kepada cakera keras bermakna menyusun cakera keras supaya data dapat disimpan dan

dikeluarkan dengan sistematik dan senang. Apabila dilaksanakan format, trek dan sector akan diberikan nombor.

Kedudukan setiap trek dan sector ini akan direkodkan pada jadual pembahagian fail atau FAT, ‘file allocation

table’.

Setiap kali data dimasukkan kedalam cakera keras, ia diberikan nombor sector dan trek yang telah digunakan dan

akan direkodkan pada FAT. Apabila komputer diarahkan supaya mengeluarkan semula data (retrieve), isyarat akan

dihantar kepada cakera keras yang akan menggunakan FAT untuk mengetahui nombor sektor dan trek di mana data

berkenaan berada dan seterusnya akan mengeluarkan data berkenaan semula.

Cakera keras dapat diformat dengan menggunakan perisian atau program yang dibekalkan bersama dengan cakera

keras berkenaan atau pun dengan menggunakan program DOS ’disk operating system’ atau program utility PC

Tools.

Skrin 11Pilihan Y pada skrin 11 akan memaparkan skrin 12

7

Display Logical DOS Drive Information

Drv Volume label Mbytes System UsageD: 1000 UNKNOWN 45%E: 1110 UNKNOWN 55%

Total Extended DOS Partition size is 2110 Mbytes(1 Mbytes = 1048576 bytes)

Press Esc to continue

A:\>format c:/s <enter.-WARNING: ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISKDRIVE C: WILL BE LOST !Proceed with Format (Y/N)?_Y <enter>

Formatting 4,110.34M100 percent completed.Formatting 4,110.34MFormat complete.Writing out file allocation tableComplete.Calculating free space (this may take several minutes)….Complete.System transferredVolume label (11 characters, ENTER for none)?

Page 8: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Skrin 12

Tekan enter sama ada masukkan label atau tidak.

Skrin 13

Pengujian Peranti Storan

Setiap kali ada pertukaran cakera keras dalam komputer, ia harus dikesan oleh CMOS. Untuk mendapatkan

paparan CMOS komputer jenis klon seperti skrin 14, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer dimulakan.

Skrin 14

Pilihan menu ‘Auto-Detect Hard Disks’ akan membolehkan komputer mengesan cakera keras dan seterusnya skrin

15 dipaparkan bagi memilih jenis cakera keras yang digunakan.

AMIBIOS(C ) 1998 American Megatrends Inc., All Rights Reserved

8

4,102.31MB total disk space323,584 bytes used by system4.102.00 MB available on disk

4.096 bytes in each allocation unit1,050,112 allocation units available on diskVolume Serial number is 317F-07DB

AMIBIOS SIMPLE SETUP UTILITY – VERSION 1.19(C) 1996 American Megatrends Inc., All Rights Reserved

Standard CMOS Setup Peripheral SetupAdvanced CMOS Setup Change Supervisor PasswordAdvanced Chipset SetupPower Management SetupSave Setting and ExitPCI/ Plug and Play Setup Exit Without SavingLoad Optimal SettingsLoad Best Performance Settings

Auto-detect all hard disk parameters

Auto-Detect Hard Disks

AMIBIOS SIMPLE SETUP UTILITY – VERSION 1.19(C) 1996 American Megatrends Inc., All Rights Reserved

ESC: Quit Select item (Shift)F2: Change Color F5: Old ValuesF5: Optimal values F7: Best performance F10: Save&Exit.

HARD DISKS TYPE CYLS HEAD PRECOMP LANDZ SECTOR MODE Primary Master:

Select Primary Master Options (N=Skip) : N

OPTIONS SIZE CYLS HEAD PRECOMP LANDZ SECTOR MODE 2(Y) 4310 524 255 0 8353 63 LBA 1 4311 8354 16 65535 8353 63 NORMAL 3 4310 1044 128 65535 8353 63 LARGE

note: Some Oses likeSco-Unix must be use ‘Normal’ for installation

ESC: Skip

Page 9: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Skrin 15

Dalam skrin 15, pilih ‘Options’ 2 untuk cakera keras Primary Master. Pilih ‘Y’ untuk primary Slave, Secondary

Master dan Secondary Slave sekiranya satu cakera keras sahaja yang dipasang. Tindakan seterusnya ke skrin 16

untuk melengkapkan proses.

Skrin 16

Setelah selesai mengesan cakera keras, tekan kekunci Esc dan seterusnya pilih menu ‘Save Settings and Exit’ pada

skrin 16 sebelum ‘exit’. Simpan atau ‘save’ pilihan yang dibuat sebelum keluar dari CMOS Setup. Terdapat

berbagai-bagai jenis CMOS Setup bergantung kepada pengeluar ‘motherboard’ tetapi yang penting adalah cakera

keras dapat dikesan dengan tepat dan tugas-tugasnya dapat dilaksanakan.

APLIKASI SISTEM OPERASI

1.0 PENGENALAN

DOS atau ‘Disk Operating System’ merupakan satu kumpulan aturcara yang mengurus operasi sesebuah komputer.

Aturcara ini membenarkan pengguna berkomunikasi dengan perkakasan komputer. Ia mengawal operasi dan

penggunaan cakera komputer, pencetak, papan kekunci, paparan dan peranti lain. DOS juga mengurus dan

mengawal pergerakkan maklumat yang disimpan di dalam cakera computer dan menyediakan kemudahan aturcara

untuk menyalin ‘copy’, memadam ‘delete’, mengemaskini ‘edit’, memindahkan fail ‘move fail’ dan lain-lain.

10.1 ARAHAN-ARAHAN DOS DAN APLIKASINYADi antara arahan-arahan DOS yang sering digunakan adalah seperti DIR, COPY, RENAME, DELETE dan lain-

lain.

10.1.1 Arahan DIRArahan ini digunakan untuk memanggil semua direktori dan FAT ‘File Allocation Table’ yang terdapat dalam

cakera computer. Direktori mengandungi senarai nama, saiz dan lokasi fail yang terdapat dalam cakera dan juga

9

AMIBIOS SIMPLE SETUP UTILITY – VERSION 1.19(C) 1996 American Megatrends Inc., All Rights Reserved

Standard CMOS Setup Peripheral SetupAdvanced CMOS Setup Change Supervisor PasswordAdvanced Chipset Setup Auto-Detect Hard DisksPower Management SetupSave Setting and ExitPCI/ Plug and Play SetupLoad Optimal Settings Exit Without SavingLoad Best Performance Settings

Auto-detect all hard disk parameters

Save Settings and Exits

AMIBIOS SIMPLE SETUP UTILITY – VERSION 1.19(C) 1996 American Megatrends Inc., All Rights Reserved

ESC: Quit Select item (Shift)F2: Change Color F5: Old ValuesF5: Optimal values F7: Best performance F10: Save&Exit.

Page 10: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

tarikh terakhir fail tersebut dihasilkan atau dikemaskini. DOS membenarkan lebih daripada satu direktori di dalam

cakera dan setiap direktori boleh mengandungi berbagai jenis fail. Hierarki direktori disusun di dalam struktur

hierarki seperti rajah 10.1.1 (a) di bawah.

Rajah 10.1.1 (a) Struktur Hierarki

Arahan direktori DIR memaparkan senarai fail di dalam direktori semasa. Diantara arahan DIR yang biasa

digunakan adalah seperti DIR, DIR/P, DIR/W, DIR namafail.txt dan DIR *.txt.

ARAHAN DIR OPERASI

A:\DIRAkan memaparkan semua senarai fail di dalam direktori semasa yang terdapat pada pemacu A.

A:\DIR\W

Akan memaparkan semua senarai fail di dalam direktori semasa yang terdapat pada pemacu A secara mendatar (semua fail akan dipaparkan dalam satu paparan tetapi maklumatnya tidak lengkap).

A:\DIR\P

Akan memaparkan semua senarai fail di dalam direktori semasa yang terdapat pada pemacu A (akan memaparkan senarai fail dalam satu skrin penuh. Sebarang kekunci yang ditekan akan menyebabkan senarai fail seterusnya dipaparkan).

A;\DIR namafail.txtMemaparkan semua maklumat direktori (nama, saiz dan tarikh terakhir fail dikemaskini) bagi fail ‘namafail.txt’.

A:\DIR *.txtMemaparkan semua fail di dalam direktori semasa yang dilabelkan dengan sambungan .txt.

10

ROOT

DOSWORDPROC GAMES

STU DIANE JASON REBECCA TETRIS CHESS

Page 11: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Rajah 10.1.1(b) Contoh arahan DIR dan DIR/W

Rajah 10.1.1(c) Contoh arahan DIR/P dan DIR UNIT4.DOC

Rajah 10.1.1 (d) Contoh arahan DIR *.DOC

Subdirektori boleh dicipta dengan menggunakan arahan ‘make directory’ (MD) manakala arahan ‘change

directory’ (CD) digunakan untuk menukar direktori semasa kepada direktori lain.

Rajah 10.1.1 (e) Contoh arahan MD dan CD

10.1.2 Arahan COPY

Arahan ‘copy’ digunakan untuk menyalin fail dari satu cakera ke cakera lain atau dari satu direktori ke direktori

lain. Format bagi arahan ‘copy’ adalah seperti berikut:;

11

Page 12: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

COPY <nama fail punca> < nama fail destinasi>

ARAHAN COPY OPERASI

C:\COPY A:FILE1.TXT B:Menyalin fail FILE1.txt dari pemacu A ke pemacu B

C:\COPY A:FILE1.TXT B:FILE2.TXT

Menyalin fail FILE1.txt dari pemacu A ke pemacu B dan menamakan fail tersebut sebagai FILE2.txt.

C:\COPY A:*.* B:Menyalin semua fail dari pemacu A ke pemacu B.

C:\COPY B:*.* A: Menyalin semua fail dari pemacu B ke pemacu A.

C:\COPY A:*.TXT B:Menyalin semua fail *.txt yang berada dalam pemacu A ke pemacu B.

C:\COPY FILE1.TXT B:Menyalin fail FILE1.txt dari pemacu A ke pemacu B.

A:\COPY *.* B:Menyalin semua fail dari pemacu A ke pemacu B.

A:\DISKCOPY A: B:Menyalin semua data dari pemacu A ke pemacu B.

A:\DISKCOPY B: A:Menyalin semua data dari pemacu B ke pemacu A.

A:\DISKCOPY A: A:

Menyalin semua data dari pemacu A ke dalam memori kemudian membenarkan data yang tersimpan sementara dalam memori disalin ke pemacu A yang lain.

10.1.3 Arahan RENAME

Arahan ‘rename’ (REN) digunakan untuk menukarkan nama fail tanpa menyalinnya terlebih dahulu. Contoh

arahan ‘rename’ yang biasa digunakan ialah:

i. A:\ REN FILE1.TXT FILE1.OLD - Menukar nama fail FILE1.TXT kepada FILE1.OLD.

ii. A:\ REN TEXT.TXT NEWTEXT.OLD - Menukar nama fail TEXT.TXT kepada NEWTEXT.TXT.

10.1.4 Arahan DELETE

Arahan ‘delete’ (DEL) digunakan untuk memadam fail yang terdapat di dalam direktori. Contoh penggunaan

arahan ‘DEL’ adalah seperti di bawah.

12

Page 13: PENYEDIAAN CAKERA KERAS

Contoh Arahan DOS Yang Lain

Jadual di bawah menunjukkan arahan-arahan DOS yang biasanya digunakan.

ARAHAN DOS OPERASI

CHKDSK Memaparkan status cakera

COMP Membandingkan dua fail

DATE Memaparkan tarikh semasa.

DISKCOMP Membandingkan dua disket

ERASE Memadam fail

EXE2BIN Mencipta fail COM

FORMAT Memformat cakera

HELP Menyediakan maklumat tentang arahan DOS

MEM Memaparkan status penggunaan ingatan

MORE Memaparkan kandungan sesuatu fail dalam satu skrin dalam satu masa

PRINT Mencetak fail teks

RD Memindahkan subdirektori

SORT Menyusun fail mengikut susunan abjad

SYS Menyalin fail system ke dalam disket

TIME Memaparkan masa semasa

VER Memaparkan versi DOS

EXIT Keluar dari system DOS

13