penyataan profesional

4
PENYATAAN PROFESIONAL Sebelum Praktikum Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu-empat. itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Selain itu, saya juga telah menempuhi satu fasa praktikum semasa semester 5. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester enam untuk mencabut undi bagi penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua-tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Undi telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Padang Landak. Saya bersama dengan seorang lagi rakan kelas saya iaitu Mohamad Zur Aliff Bin Rozmee. Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi meninjau lokasi sekolah tersebut. kami juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit. .

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 11-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fg

TRANSCRIPT

Page 1: Penyataan Profesional

PENYATAAN PROFESIONAL

Sebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam

program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam

situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.

Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat

peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu-

empat. itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum

menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum

mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Selain itu, saya juga telah menempuhi

satu fasa praktikum semasa semester 5.

Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami

telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester enam untuk mencabut undi bagi

penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan

sekurang-kurangya dua-tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap

opsyen. Undi telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang

menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Padang Landak. Saya bersama

dengan seorang lagi rakan kelas saya iaitu Mohamad Zur Aliff Bin Rozmee.

Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi

meninjau lokasi sekolah tersebut. kami juga cuba mengambil catatan masa

perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami

untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil

masa lebih kurang 40 minit.

.

Page 2: Penyataan Profesional

Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di

Pusat Koperasi Guru Pelatih. Harga buku tersebut ialah RM20. Setiap guru

pelatih wajib membeli buku Rancangan Pengajaran untuk dibawa ke sekolah.

Semasa Praktikum

Saya Muhammad Shafiq Bin Shaharizan telah menjalani latihan

praktikum pada semester enam iaitu Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan

Padang Landak. Praktikum ini mengambil masa selama dua bulan (26hb Julai

2015 – 17hb September 2015) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang

berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.

Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk

membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta

mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu

mengajar subjek major saya iaitu pendidikan Seni Visual selama 6 masa dan

juga 4 masa bagi subjek minor saya iaitu Pendidikan Jasmani. Setelah saya

meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran

juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini

sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang

pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan

strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara

lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran

berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama

aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain

daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada

masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami

tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan

amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui

pemerhatian, interaksi dan refleksi.

Page 3: Penyataan Profesional

Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah Kebangsaan

Padang Landak sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya

dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di

masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas

ini.

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani

praktikel ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar SKKB2 iaitu

Projek Top 10. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru besar

berpuas hati dengan hasil kerja kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, menghias

setor sukan sekolah. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun atur

bahagian setor sukan itu. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu.

Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini.

Selepas Praktikum

Satu ilmu baharu yang saya telah perolehi dan lalui serta mengalami

pengalaman sendiri ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan,

mengajar dan membina bahan bantu mengajar sendiri. Akhir sekali, data-data

dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang dibuat. Satu portfolio yang

lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada

pensyarah Jabatan Pengajian Agama untuk Tugasan Profesional. Portfolio itu

Page 4: Penyataan Profesional

mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi

dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil

Praktikum ini.