penulisan report 1

6
AMALI 1 : UKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN OBJEKTIF : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran pelbagai jenis alat pengukur. TEORI : Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah, beberapa bacaan akan diambil. Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan objek yang diukur. Misalnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Ada tiga ciri yang perlu diperhatikan apabila mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan,. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer. Tolok skru mikrometer Pembaris meter

Upload: edmodo

Post on 21-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

amali 1 fizik sce 3053

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan REPORT 1

AMALI 1 : UKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

OBJEKTIF : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran pelbagai jenis alat pengukur.

TEORI :

Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila

menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah,

beberapa bacaan akan diambil. Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan

semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan objek yang

diukur. Misalnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada

bahagian berlainan adalah tidak sama.

Ada tiga ciri yang perlu diperhatikan apabila mengambil ukuran dan sukatan sesuatu

objek iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan,. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat

memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula

bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar

atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan

yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur.

Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah

lebih kecil. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah

pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer.

Tolok skru mikrometer

Pembaris meter

Page 2: Penulisan REPORT 1

Jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Antara alat-alat

pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tuas, neraca tiga palang/alur

dan neraca elektronik.

BAHAN/RADAS : Pembaris meter, Angkup Vernier, Tolok Skru Mikrometer, Neraca tiga palang/alur , Neraca elektronik, Wayar Kuprum, Pensel, rambut, satu sudu teh pasir.

Neraca tiga palang / alur

Angkup vernier

Neraca tuas

Neraca elektronik

Page 3: Penulisan REPORT 1

AKTIVITI 1 : MENGUKUR PANJANG

LANGKAH-LANGKAH :

1. Pembaris meter, Angkup Vernier, Tolok Skru Mikrometer digunakan untuk mengukur diameter pensel, sehelai rambut, dan wayar kuprum.

2. Pengukuran diulang sebanyak dua kali.3. Keputusan ukuran dimasukkan ke dalam jadual.

KEPUTUSAN :

Bahan –Bahan

Pembaris meter (cm)

Angkup vernier (cm) Tolok Skru Mikromter (Zero error reading = - 0.02) (cm)

1st 2nd 3rd Avg 1st 2nd 3rd Avg 1st 2nd 3rd Avg

Diameter pensel

0.5 0.5 0.5 0.5 0.706

0.700 0.706

0.704 0.744

0.744 0.744

0.744

Diameter wayar

0.1 0.1 0.1 0.1 0.026

0.028 0.026

0.027 0.220

0.230 0.220

0.220

Diameter rambut

0.1 0.1 0.1 0.1 0.006

0.006 0.006

0.006 0.005

0.005 0.005

0.005

SOALAN - SOALAN

1. Di antara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ?

Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok

skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan

angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis . Satu

ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar . Alat pengukur

tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok

skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu.

Page 4: Penulisan REPORT 1

2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa?

Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris

meter ialah 0.1cm . Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.

3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas. Terangkan.

Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer

kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas

boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu.

Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi

sekeping kertas.

Page 5: Penulisan REPORT 1

AKTIVITI 2 : MENYUKAT JIRIM

LANGKAH-LANGKAH :

1. Berat sebatang pensel dan satu sudu pasir ditimbang di atas penimbang neraca tiga

palang/jalur dan neraca elektronik.

2. Ukuran diulang ambil sebanyak 2 kali.

3. Keputusan yang di perolehi direkodkan di dalam jadual.

KEPUTUSAN

Bahan Neraca tiga palang/jalur (g) Neraca elektronik (g)1st 2nd 3rd Avg 1st 2nd 3rd Avg

Pensel 7.5 7.5 7.5 7.5 7.30 7.30 7.30 7.30

Pasir 6.7 6.8 6.8 6.8 4.40 4.40 4.40 4.40

SOALAN-SOALAN

1. Di antara dua alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim, yang manakah paling

persis? Yang manakah paling tepat? Terangkan.

Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat penyukat jisim neraca

elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding neraca tiga palang/alur. Maka, neraca

elektronik merupakan alat menyukat jisim yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai

ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai

bacaan yang paling jitu berbanding neraca tiga palang/alur.

2. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian?

Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah neraca tuas , neraca jarum

berskala dan neraca lengan gantung.

3. Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan?

Apabila menggunakan satu alat pengukur , beberapa bacaan akan diambil untuk mendapatkan suatu

anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa

membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya

ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak

Page 6: Penulisan REPORT 1

sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan

iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi

bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud sejauh

mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai Kepekaan satu

alat.

PERBINCANGAN

1. Setiap alat pengukur mempunyai kepersisan, ketepatan dan kepekaan yang berbeza-beza.

2. Dalam mengukur sesuatu objek, kita perlu mengenal pasti alat yang sesuai untuk mengukur sebelum menggunakannya.

3. Dalam data eksperimen mungkin terdapat kesalahan dalam mencatat data. Oleh itu langkah berjaga-jaga perlu diamalkan. Antaranya :

a. Mengelakkan ralat sifar. i. Ralat sifar alat ukuran perlu dicatat terlebih dahulu.

ii. Pastikan ralat itu ditambah atau ditolak ketika membuat pengiraan. b. Mengelakkan ralat paralaks.

i. Ralat ini boleh diatasi dengan memastikan kedudukan mata ada selari atau 900 dengan sengatan setiap alat ukuran.

c. Mengambil bacaan beberapa kali untuk mendapatkan bacaan terbaik.i. Melalui catatan beberapa kali ini, keputusan dapat dikira secara

purata.4. Kemahiran menggunakan alat pengukur adalah penting.

KESIMPULAN

1. Tolak skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang paling baik dalam mengukur panjang sesuatu objek.

2. Neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.

RUJUKAN

1. Physic Volume 2. James S. Walker2. Linn, R.L. & Gronlund , N.E (2000). Measurement and assesment in teaching . (8th . Ed.) New

Jersey : Printice Hall. 3. Yeap Tok Kheng (2005) . Fizik SPM . Pearson Longman. 4. http://www.sains123.cikgunaza.com/2011/11/kepentingan-unit-piawai-standard-units.html 5. http://arni-natirah.blogspot.com/2013/03/bab-1-apakah-itu-sains-kepentingan-unit.html