penulisan kata majmuk 1
TRANSCRIPT
PENULISAN KATA :PENULISAN KATA
MAJMUK
KATA MAJMUK
Terbentuk daripada 2 kata dasar atau lebih yang membawa 1 makna.
Bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah ataupun ditulis serangkai.
Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Kata Majmuk
EJAAN CARA TERPISAH
1. Dua Kata Bebas
Kata Majmuk Dari 2 Kata Bebas
Air batu Bandar raya Kereta kuda
Alat tulis Daging lembu Mesin jahit
Baju kemeja Daun pandan Periuk nasi
Balai raya Gempa bumi Ratu cantik
Bom tangan Ikan keli Topi keledar
Burung merpati Jam tangan Ular sawa
2. Kata Istilah Khusus
Terbentuk daripada 2 kata bebas mahupun 3 kata bebas dieja dengan terpisah.
2 kata bebas 3 kata bebas
Batu kapur Kaedah bayar balik
Garis pusat Lintasan bebas min
Kanta tangan Min jangka masa
Kawasan pinggiran Nisbah bayar balik
Kertas kerja Susu pekat manis
Tanah gambut Telefon dail terus
3. Gelaran
Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran.
Kata Majmuk Sebagai Gelaran
Duta Besar Ketua Setiausaha Negera
Ketua Menteri Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar Raja Muda
Naib Presiden Setiausaha Politik
Pegawai Daerah Perdana Menteri
4. Hubungan Parataksis
Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau disebut rangkai kata setara hendaklah ditulis secara terpisah.
Kata Majmuk daripada Hubungan Parataksis
Tua muda Sana sini
Hidup mati Rupa paras
Adik kakak Tunjuk ajar
Ibu bapa Cantik molek
Miskin kaya Makan minum
5. Simpulan Bahasa
Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis secara terpisah.
Kata Majmuk daripada Simpulan Bahasa
Buah hati Duit kopi
Anak emas Makan angin
Kata dua Ibu ayam
Gaji buta Harga diri
Pilih kasih Panjang tangan
EJAAN CARA TERCANTUM
1. Ejaan Tercantum Yang Sudah Mantap
Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2003:75) telah menyenaraikan 15 perkataan yang terdiri daripada kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap sebagai perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai 2 kata dasar.
Perkataan-perkataan ini tetap dieja sebagai 1 perkataan.
Contoh-contoh Perkataan
Antarabangsa Kerjasama Suruhanjaya
Beritahu Olahraga Tandatangan
Bumiputera Matahari Tanggungjawab
Jawatankuasa Setiausaha Warganegara
Kakitangan Sukarela Pesuruhjaya
Contoh Lain Kata Majmuk Yang Sudah Mantap
Contoh Kata Majmuk Mantap
Adakala Kadangkala Sukacita
Apabila Kepada Sukarela
Bagaimana Manakala Tanggungjawab
Barangkali Peribadi Hulubalang
Darihal Perikemanusian Sepertimana
Dukacita Sediakala Senjakala
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu :
i) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
campur aduk bercampur aduk
litar selari berlitar selari
ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual
daya serap daya serapan
ii) Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
campur aduk mencampuradukkan
daya serap kedayaserapan
garis kasar menggariskasarkan
satu padu menyatupadukan
urus niaga diurusniagakan
ijab kabul diijabkabulkan
Penggandaan Kata Majmuk
• Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata majmuk itu sahaja.
• Ejaannya dilakukan dengan cara meletakkan tanda sempang pada kata yang digandakan.Sebelum Penggandaan Selepas Penggandaan
Alat tulis Alat-alat tulis
Balai raya Balai-balai raya
Kapal terbang Kapal-kapal terbang
Garis pusat Garis-garis pusat
Ketua Menteri Ketua-ketua Menteri
Perdana Menteri Perdana-perdana Menteri
Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk kata yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya :
Penggandaan Kata Majmuk Mantap
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Warganegara-warganegara
Tandatangan-tandatangan
Jawatankuasa-jawatankuasa
Setiausaha-setiausaha