item penulisan 012 1

37
BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR

Upload: nathasyaazalia

Post on 07-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfgv

TRANSCRIPT

  • BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032)(PENULISAN)

    UPSR

  • BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032)(PENULISAN)

    BILPERKARAFORMAT1Jenis Instrument Ujian Subjektif2Jenis Item Respons Terhad Respons Terbuka3Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3 soalan(pilih 1) Bahagian C-1 soalan (wajib)4Bilangan perkataan Bahagian A Tiada had Bahagian B Tidak kurang daripada 60/80 patah perkataan. Bahagian C- Tidak kurang daripada 40/50 patah perkataan.

  • 5Jumlah Markah 60 markah Bahagian A 10 markah Bahagian B 30 markah Bahagian C 20 markah6Tempoh 1 jam 15 minit7Konstruk yang ditaksir Memindah maklumatUjian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina Ulasan.

    8Cakupan KonteksMencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-69StimulusBahan grafik

  • BAHAGIAN A(Masa yang dicadangkan : 15 minit)(10 markah )Perkara

    Stimulus

    Bilangan Soalan

    Jumlah perkataan

    Bentuk jawapan

    Memindahkan maklumat dari bahan grafik

    Gambar/carta/graf/peta/dsb

    1 soalan sahaja (tiada pilihan,wajib jawab)

    Tiada had

    Ayat lengkap/gramatis (bernombor/point/perenggan)

  • BAHAGIAN ATEKNIK MENJAWAB SOALANBaca dan fahami arahan soalanTeliti gambar yang diberiTulis atau catatkan apa yang dilihat berdasarkan gambar.Membina ayat tunggal/majmuk atau berlapis menepati bahan grafik.5. Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

  • Bagaimana ayat gramatis?Struktur ayat betul, tepat(mempunyai subjek dan predikat)Penggunaan pembendaharaan kata betul, tepat dan meluas.Betul dari segi tanda baca dan ejaan.Penggunaan penanda wacana yang sesuai.Menepati kehendak gambar dan arahan.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

  • CONTOH AYAT1.Saya dan keluarga berkelah di Lata Iskandar.2.Emak menghidang makanan di atas tikar yang kami bawa.3.Ayah duduk di atas batu sambil memerhatikan kami mandi.4.Kami mandi dengan girang sambil bermain air.5.Suasana di kawasan air terjun sungguh nyaman dan kami berasa gembira.

  • Tulis lima aktiviti berdasarkan gambar di bawah.

  • CONTOH AYAT1.Emak sedang menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah.2.Saya dan adik sedang membina istana pasir .3.Abang dan rakannya begitu leka bermain bola di tepi pantai.4.Kelihatan kanak-kanak gembira bermain dan berenang dengan menggunakan pelampung.5.Ada juga yang berekreasi dengan perahu layar dan mendayung sampan.

  • BAHAGIAN B(Cadangan masa : 40 minit )(Markah : 30 )

    PERKARA Menulis karanganSTIMULUS Tajuk diberiBILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahajaBILANGAN PERKATAAN Tidak kurang 60 @ 80 patah perkataan.BENTUK KARANGAN Karangan lengkap

  • BAHAGIAN BBaca dan fahami tajuk-tajuk yang diberiPilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang.Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.

  • PENULISAN BAHAGIAN B

    Karangan Berformat KhususKarangan Berformat Umum

  • Karangan Berformat KhususSurat rasmi-Surat tidak rasmi- Dialog- Laporan-Ucapan- Syarahan- Berita- Catatan - Perbahasan

  • Karangan Berformat UmumNaratifMenyambung dan menyudahkan ceritaFaktaGambaran/keperihalanPeribahasaRencanaPeneranganPerbincangan

  • KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI: - Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk. - Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan. - Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan dengan memberi pendapat sendiri.Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.

  • BAHAGIAN C(Cadangan masa : 20 minit)Markah : 20

    PERKARAMembuat ulasan (pengajaran, nilai murni, kebaikan, faedah dll)STIMULUSPetikan (sastera/bukan sastera)BILANGAN SOALAN1 soalan sahaja (Tiada pilihan)(Soalan wajib dijawab)JUMLAH PERKATAANTidak kurang 40 @ 50 patah perkataanBENTUK JAWAPANSatu perenggan

  • TEKNIK MENJAWAB SOALAN

    Baca dan fahamiGaris isi penting/pengajaran/nilai/ kebaikan/kepentinganSenaraikanTulis dalam satu perenggan

  • Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan

    Haziq ialah anak pertama daripada lima orang adik-beradik. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya telah meninggal dunia. Hanya ibunya sahaja yang ada untuk menyara keluarga. Oleh itu, sebagai anak sulung Haziq perlu membantu ibunya.

  • Haziq seorang yang sangat rajin dan kuat semangat. Pada waktu pagi,Haziq akan ke sekolah seperti biasa manakala sebelah petang pula, dia akan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Haziq akan mengulangkaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang diterima akan diberi kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga.

  • Haziq sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang ringan tulang dan kecemerlangannya dalam pelajaran. Oleh itu, dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Orang kampung telah mengutip derma untuk membantu Haziq melanjutkan pelajarannya. Haziq sangat terharu dengan bantuan mereka. Dia berjanji akan membalas jasa mereka setelah bekerja nanti.

  • NILAI MURNIBertanggungjawabRajin berusaha Kuat semangatTidak mementingkan diri sendiriBaik hatiTolong menolongBersyukurBersimpatiMembalas budi

  • Berdasarkan petikan pengajaran atau nilai murni yang boleh di ambil ialah, kita mesti bertanggungjawab terhadap keluarga. Kita juga perlu sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Kita perlu rajin berusaha dan kuat semangat untuk berjaya walaupun serba kekurangan.Selain itu janganlah bersikap mementingkan diri sendiri. Kita perlu bersikap baik hati dan ringan tulang kerana tolong menolong adalah satu amalan yang baik. Kita mestilah tahu menghargai budi baik orang dan tidak lupa membalas jasa .Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.

  • Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

  • Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja.Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor ikan kelisa;Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa

  • Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa;Tidakku lupa jasamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa.

    Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga;Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia.

  • 1.kasih sayang2.bertanggungjawab3.membalas jasa4.berterima kasih5.bersyukur6.sanggup berkorban

  • Sebagai anak kita hendaklah menghargai dan membalas jasa ibu dan bapa.Mereka telah membesar dan mendidik kita hingga dewasa. Ibu bapa juga telah menjaga dan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, kita mesti sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa. Mereka telah sanggup berkorban harta dan nyawa demi anak-anak. Sebagai anak kita hendaklah menghormati dan berterima kasih kepada ibu dan bapa. Kita mesti bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan dapat hidup bahagia.

  • Ceritakan kebaikan Aku dalam sajak di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.AkuMenolong manusia,Pakaian menjadi bersih,Makanan boleh dimasak,Badan sihat, hilang dahaga.

  • Kehadiran aku dinanti,Aku pembawa rahmat,Bagi petani aku dipuja,Tanah yang kering menjadi subur dan lembab.

  • Bumi yang luas menghijau dengan pepohon,Sungai yang cetek dipenuhi air,Hidupan air menjadi gembira,Sumber rezeki kepada manusia

  • Kebaikan aku dalam sajak diatas ialah Aku amat berguna dan dapat menolong manusia seperti memcuci, memasak menyihatkan badan dan menghilangkan dahaga. Selain itu kehadiran aku sentiasa dinantikan kerana Aku pembawa rahmat kepada petani. Aku menyubur dan melembabkan tanah. Selain itu Aku juga menghijaukan bumi dengan pepohon, sungai yang cetek dipenuhi air dan hidupan air juga gembira dengan kehadiran aku. Aku adalah sumber rezeki kepada manusia.

  • ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

    BAHAGIAN ACEMERLANG, ayat gramatis, menepati stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas, ejaan dan tanda baca yang betul.Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

  • ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

    BAHAGIAN BCEMERLANG-persembahan jelas, menarik, pengolahan idea sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.BAIK-persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat gramatis sesuai dengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.MEMUASKAN-persembahan ringkas, menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad. Banyat kesalahan tanda baca dan ejaanPENCAPAIAN TAHAP MINIMUMPersembahan tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat,tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

  • ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

    BAHAGIAN CCEMERLANG-Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul penggunaan ejaaan dan tanda baca.BAIK-ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata yang sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.MEMUASKAN ulasan tepat ayat mudah dan ringkas. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Terdapat kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.PENCAPAIAN TAHAP MINIMUMUlasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan dan tanda beca.