penulisan refleksi

4
Pemilihan Tindakan/ Fokus Review/Analisis Bisikan Hati - Kesedaran baru Tindakan Susulan Pelaksanaan kajian di sekolah Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan projek amali bersama murid. Pada mulanya saya sangat merasa kekok mengajar mereka. Saya mengalami masalah semasa sesi pengajaran yang pertama apabila masa yang diperuntukkan untuk menanda dan memindahkan pola yang sepatutnya mengambil masa 10 minit menjadi sehingga 20 minit Saya sangat risau dan mula kelam kabut untuk mengejar masa. Saya menyangkakan yang kemahiran menanda dan memindah pola adalah mudah rupa-rupanya tidak terhadap tahap murid-murid itu. Kesedaran Baru : Mungkin saya sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan guru Kemahiran Hidup mereka untuk mengetahui tahap kemahiran mereka dalam kemahiran ini. Saya sepatutnya mengubah suai rancangan pengajaran harian saya mengikut tahap kemahiran murid – murid tersebut. Saya akan berbincang dengan guru Kemahiran Hidup di sekolah rendah untuk mengetahui proses pengajaran mereka sebelum merancang sesuatu pengajaran yang seterusnya.

Upload: zuwaidah-ahmad-suhaimi

Post on 25-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RBT

TRANSCRIPT

Pemilihan Tindakan/ FokusReview/AnalisisBisikan Hati Kesedaran baruTindakan Susulan

Pelaksanaan kajian di sekolah Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan projek amali bersama murid. Pada mulanya saya sangat merasa kekok mengajar mereka.Saya mengalami masalah semasa sesi pengajaran yang pertama apabila masa yang diperuntukkan untuk menanda dan memindahkan pola yang sepatutnya mengambil masa 10 minit menjadi sehingga 20 minit kerana ketidakbiasaan murid-murid menghasilkan pola.

Saya sangat risau dan mula kelam kabut untuk mengejar masa. Saya menyangkakan yang kemahiran menanda dan memindah pola adalah mudah rupa-rupanya tidak terhadap tahap murid-murid itu.

Kesedaran Baru :Mungkin saya sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan guru Kemahiran Hidup mereka untuk mengetahui tahap kemahiran mereka dalam kemahiran ini. Saya sepatutnya mengubah suai rancangan pengajaran harian saya mengikut tahap kemahiran murid murid tersebut.Saya akan berbincang dengan guru Kemahiran Hidup di sekolah rendah untuk mengetahui proses pengajaran mereka sebelum merancang sesuatu pengajaran yang seterusnya.

PENULISAN REFLEKSI A. KAJIAN KES

PENULISAN REFLEKSI B. PENULISAN AKADEMIKPemilihan Tindakan/ FokusReview/AnalisisBisikan Hati Kesedaran baruTindakan Susulan

Kekurangan sumber rujukanDalam menghasilkan penulisan esei ini, saya mengalami kesukaran untuk mencari sumber rujukan. Rujukan yang ada lebih kepada latihan berasaskan keterampilan yang menekankan tentang pelatih industri.Saya kemudiaannya mula keliru dengan konsep keterampilan dan kompetensi.Ada rujukan pula yang terlalu kompleks pada tahap pembacaan saya.

Saya mula merasa kecewa apabila mencari sumber rujukan ini. Kekurangan buku di perpustakaan juga menambah kekusutan saya. Kesedaran Baru:Saya mungkin perlu mencari sumber rujukan di perpustakaan luar dan mencari personalia yang mahir dalam pendekatan ini seperti pensyarah di institut.

Saya akan mencari sumber rujukan yang lebih banyak di perpustakaan luar dan juga personalia yang mahir di dalam pendekatan ini.

PENULISAN REFLEKSI C. MEREKABENTUK BBMPemilihan Tindakan/ FokusReview/AnalisisBisikan Hati Kesedaran baruTindakan Susulan

Kurang mahir menggunakan perisian yang canggihDalam menghasilkan video BBM ini, saya dan kumpulan saya tidaklah berapa mahir dalam menggunakan video editor yang canggih. Kami hanya mampu menggunakan Windows Movie Maker sahaja. Terdapat beberapa perisian video editor yang lain yang boleh saya gunakan namun ianya tidak compatible dengan komputer riba saya dan rakan saya.

Saya mula merasa rendah diri kerana hanya dapat menggunakan video editor yang biasa saja.

Kesedaran Baru:Saya dan rakan saya sebelum ini pernah menghadiri kursus Beyond Proforma Claymotion, di mana kami belajar mengedit video menggunakan clay. Kami kemudiannya sama-sama memerah idea untuk menggunakan konsep claymation ini ke dalam video kami.Saya akan memastikan bahawa selepas ini saya mempelajari langkah-langkah mengedit video dengan menggunakan perisian yang lebih hebat dan berusaha mencari idea yang lebih bernas dalam penghasilan video BBM ini supaya murid suka akan video ini.