penulisan refeksi

8
PENULISAN REFEKSI Anda dikehendaki memilih satu tempat yang berada di luar kawasan sekolah anda seperti taman rekreasi, zoo, pusat konservasi, taman laut atau lain-lain tempat yang sesuai untuk menjalankan kajian lapangan bagi murid-murid anda. Huraikan bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran di persekitaran yang anda pilih tersebut dapat meningkatkan pembelajaran sains di sekolah rendah.. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui

Upload: kaknorazlina

Post on 18-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

PENULISAN REFEKSI

Anda dikehendaki memilih satu tempat yang berada di luar kawasan sekolah anda seperti taman rekreasi, zoo, pusat konservasi, taman laut atau lain-lain tempat yang sesuai untuk menjalankan kajian lapangan bagi murid-murid anda. Huraikan bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran di persekitaran yang anda pilih tersebut dapat meningkatkan pembelajaran sains di sekolah rendah..

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran mastery.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang dapat ,membantu murid meningkatkan pembelajaran sains di sekolah. Di antaranya ialah eksperimen, perbincangan, kajian lapangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah dan banyak lagi.

Pada pendapat saya kaedah kajian lapangan adalah satu kaedah yang dapat mencapai objektif pembelajaran jika melibat penerokaan alam sekitar. Kaedah kajian lapangan adalah salah satu strategi pengajaran sains. Kaedah ini amat memberi kesan kepada pengajaran sains terutamanya yang melibat penerokaan alam sekitar. Kajian lapangan ialah satu kaedah inkuiri sains yang sesuai dengan pengajaran topik-topik persekitaran dalam sains Sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru dengan lebih jelas .kajian ini akan membolehkan seseorang murid akan lebih memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin , contohnya bagi Tema : Menyiasat alam kehidupan tahun 5 iaitu Siratan Makanan saya telah membawa murid ke Zoo Johor Bahru bagi melihat sendiri hubungan diantara hidupan yang saling berhubung di antara satu sama lain yang akan membentuk siratan makanan. Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dengan menggunakan kaedah kajian lapangan, saya perlulah mempertimbangkan kawasan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ini. Sebelum itu saya perlulah menimbangkan beberapa perkara seperti berikut :a. peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi di kawasan kajian lapangan,b. waktu/masa pembukaan,c. bilangan dan julat umur pelawat yang dibenarkan d. bolehkah sampel diambil dan gambar ditangkap?Setelah menimbangkan perkara perkara di atas , saya telah memilih Zoo di kawasan Johor Baharu. Langkah seterusnya saya perlulah membuat ppermohonan kepada pihak berkuasa lokasi kajian lapangan secara bertulis. Sebaik sahaja mendapat jawapan positif daripada pihak tersebut, failkan pengesahan tempahan. Seterusnya, saya perlu mendapat kelulusan dari pihak JPN, guru besar dan ibu bapa. Failkan semua surat jawapan dari pihak-pihak tersebut setelah mendapat kelulusan.Seterusnya saya perlulah menentukan bilangan pelajar.melantik pembantu, pengawas dan pemandu kajian luar.Kemudian saya juga perlu mmenetapkan masa/waktu/hari kajian lapangan. serta menyediakan peta dan jalan/laluan perjalanan semasa kajian luar. Menyediakan arahan, peraturan dan tugas untuk semua pelajar. Perkara yang amat penting ialah mmengorganisasikan pelajar ke dalam kumpulan besar dan pasukan kecil. Supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna.Sebelum menjalankan kajian luar guru hendaklah terlebih dahulu membuat tinjauan awal ke kawasan yang hendak dikaji. Tujuannya untuk melihat kesesuaian kawasan kajian dengan objektif kajian yang hendak dijalankan dan menentukan faktor keselamatan, jarak, dan kos perjalanan. Setelah selesai menetapkan hari, kaedah yang akan digunakan untuk menjalankan kajian ini, saya hendaklah menerangkan langkah langkah bagaimana memperolehi maklumat. . murid akan diberikan kepada kumpulan yang kecil. Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 5 orang. Terdapat 8 kumpulan dengan jumlah murid seramai 40 orang.Kumpulan ini akan ditetapkan tempat penyiasatan seperti kawasan kolam , kawasan kuda , kawasan burung dan juga kawasan lapang yang terdapat di kawasan zoo. Kemudian murid akan diminta menganalisis kawasan yang telah ditetapkan dengan menghubungkaitkan tajuk siratan makanan. Murid akan mengumpul data di dalam borang yang telah disediakan. Hasil dapatan kajian ini akan disimpan di dalam folio berserta gambar. Setelah kajian di lapangan selesai dilakukan oleh murid , perkara-perkara berikut perlu dilakukan seperti menyusun dapatan (data & maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan daripada sesuatu tajuk Kemudian murid hendaklah memproseskan maklumat yang diperoleh sama ada secara mentafsir, menganalisis dan membuat hunug kait antara dapatan maklumat yang diperoleh . Kemudian murid hendaklah memppersembahkan maklumat dan data yang diperoleh dalam bentuk jadual, graf, carta dan rajah bagi item-item yang relevan dan sesuai. Guru hendaklah bersama dengan murid membincangkan dapatan / hasil kajian seperti menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah. Dan akhir sekali guru hendaklah merumuskan dan persembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kajian yang telah dilakukan. Guru mengulas hasil pembentangan murid tadi. Semua laporan kajian luar bagi setiap kumpulan dibukukan dan disimpan di pusat sumber untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajarBerikut beberapa gambar yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan di zoo Johor Baharu sebagai tempat untuk menjalankan kajian lapangan:

Ekosistem di kolam

Penerangan oleh guru

Pada kesimpulan strategi pengajaran yang dipilih kajian lapangan ini akan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran sains yang banyak melibatkan hands on dan mind on. Murid akan berpeluang mengkaji penggunaan pengetahuan sains dalam keadaan yang sebenar dan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid. Murid juga berpeluang mengkaji tumbuhan dan haiwan dalam keadaan semula jadi serta mengaitkan tajuk yang diajar oleh murid. Selain itu juga kaedah kajian lapangan ini akan membolehkan murid menyedari tentang hubungan di antara sains dengan masyarakat serta meningkatkan minat pelajar terhadap sains . Di samping itu juga akan dapat memupuk serta menyemai sikap cinta alam sekitar .