penulisan rancangan pengajaran harian

12
Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tarikh : 10 Mac 2016 Tahun : 1 Aktif Bilangan murid : 25/25 Masa : 8.30 - 9.30 pagi Tema : Keluarga Tajuk : Keluarga Huda Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran : 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat. Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. mendengar dan menyebut lima bunyi vokal dengan betul dan tepat; dan 2. mendengar dan menyebut empat suku kata terbuka dengan betul dan tepat. Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sejarah, Muzik dan Pendidikan Agama Islam.

Upload: nizna-abdul-jamil

Post on 10-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

SDP

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Tarikh : 10 Mac 2016

Tahun : 1 Aktif

Bilangan murid : 25/25

Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Tema : Keluarga

Tajuk : Keluarga Huda

Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu

abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran : 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku

kata terbuka dengan betul dan tepat.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. mendengar dan menyebut lima bunyi vokal dengan betul dan

tepat; dan

2. mendengar dan menyebut empat suku kata terbuka dengan

betul dan tepat.

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sejarah, Muzik dan Pendidikan Agama Islam.

Nilai : Kasih sayang

: Kerjasama

: Kerajinan

EMK : Kemahiran berfikir – penyoalan, menghubungkait

Page 2: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

: Pembelajaran Kontekstual - mengaitkan pembelajaran

dengan pengalaman individu murid.

Pendekatan : Induktif

Strategi : Kepelbagaian teknik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah pun memanggil ahli keluarga dengan panggilan

ibu, emak, ayah, bapa, abang dan adik.

Sistem Bahasa : Suku kata

Huruf vokal

Bahan Bantu Mengajar : ( i ) Kad perkataan bergambar

( ii ) Lembaran kerja

( iii ) Carta suku kata

( iv ) Botol beracun

Alat Bantu Mengajar : ( i ) Video

( ii ) LCD

( iii ) Komputer riba

Page 3: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set

Induksi

( 5 minit)

1. Video lagu “Sayang keluarga”

2. Lirik lagu “ Sayang keluarga”.

Saya sayang pada ibu bapa,

Abang adik kakak juga,

Datuk nenek tidaklah ku lupa,

Hati gembira bersama.

1. Guru menayangkan

video lagu “ Sayang

Keluarga”.

2. Murid diminta untuk

bangun dan

menyanyikan lagu

berdasarkan lirik yang

telah dipaparkan.

3. Murid dibimbing oleh

guru.

4. Guru mengaitkan

aktiviti dengan tajuk

pembelajaran hari ini.

1. ABM

- Video lagu

“Sayang

keluarga”

2. KB

-Menghubungkait

3. Pembelajaran

kontekstual

- Menghubungkait

dengan

pengalaman

dalam kehidupan

4. EMK

- TMK

5. Nilai

- Kasih sayang

Page 4: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Langkah 1

(15 minit)

1. Contoh kad perkataan

bergambar:

1. Guru menunjukkan

kad perkataan

bergambar

menggunakan

persembahan MS

Powerpoint.

2. Guru membimbing

murid menyebut

perkataan pada kad

perkataan bergambar.

3. Murid dikehendaki

mengecam huruf vokal

pada kad perkataan

bergambar tersebut.

4. Murid akan menyebut

semula perkataan pada

kad perkataan

bergambar sambil

menepuk tangan sekali

jika huruf vokal a, dua

kali untuk e, tiga kali

untuk i, empat kali untuk

o dan lima kali untuk u.

5. Guru memberikan

1. BBM

- MS Powerpoint

-Lembaran kerja

2. Strategi

-Kepelbagaian

teknik

3. EMK

-TMK

4. Ilmu

- Sejarah

5. Nilai

- Kasih-sayang

ibu

ayah

opah

aki

Page 5: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

2. Lembaran kerja

lembaran kerja.

6. Murid dikehendaki

memadankan perkataan

dengan gambar pada

lembaran kerja yang

diberikan oleh guru.

Langkah 2

(10 minit)

1. Huruf vokal

- a,e,i,o,u

2. Carta suku kata.

3. Contoh dua suku kata yang

dibina:

- bapa

1. Murid diminta

menonton huruf-huruf

vokal sambil guru

menyebutnya.

2. Murid dipilih secara

rawak dan diminta

mendengar dan

menyebut huruf vokal.

3. Guru mengaitkan

huruf vokal dengan huruf

konsonan berdasarkan

carta suku kata.

4. Murid yang telah dapat

1. BBM

- MS Powerpoint

2. Sistem bahasa

- Suku kata

3. Strategi

-Kepelbagaian

teknik

4. Nilai

-Kerajinan

-Kerjasama

Page 6: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

- baju

- dadu

menggabungkan dua

suku kata akan

menggangkat tangan.

5. Murid tersebut

melakukan gaya yang

sesuai berdasarkan

perkataan yang dibina.

6. Rakan-rakan sekelas

perlu meneka perkataan

tersebut berdasarkan

gaya tersebut.

5. Kemahiran

berfikir

-Menghubung kait

Langkah 3

(15 minit)

Contoh: Gulungan kertas

perkataan dalam botol

Contoh perkataan dalam botol

beracun:

1) Perkataan yang mengandungi

1. Guru menulis

perkataan yang

mengandungi suku kata

terbuka mengenai

keluarga dalam

beberapa gulungan

kertas.

2. Guru meletakkan

gulungan kertas dalam

botol beracun.

3. Guru memainkan lagu

“Sayang Keluarga”

sambil botol beracun

diedarkan dari seorang

1. Strategi

-Kepelbagaian

teknik

2. Nilai

- Kerjasama

3. Bahan bantu

mengajar

- Gulungan kertas

perkataan dalam

botol

Page 7: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

suku kata terbuka.

- Bapa baca buku.

- Topi bapa warna biru.

- Ibu ada meja.

- Baju ibu baru.

- Aki pergi ke kedai.

- Abang ada bola.

- Adik ada kuku.

- Opah jaga cucu.

murid kepada murid yang

lain.

3. Murid yang

memegang botol

beracun sebaik sahaja

lagu dimatikan akan

mengambil satu

gulungan kertas dalam

botol dan membacanya

dengan kuat dan diikuti

oleh murid yang lain.

Langkah 4

(10 minit)

Pengayaan

1. Perkataan mengandungi huruf

vokal.

- abah

- umi

- anak

- atuk

2. Perkataan mengandungi suku

1. Murid diberi perkataan

dengan lebih banyak

untuk disebut.

1. Nilai

-Kasih-sayang

2. Pembelajaran

kontekstual

-Berkait dengan

pengalaman

murid

Page 8: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

kata terbuka.

- mama

- Baba

- Abu

- sepupu

- bapa saudara

Pemulihan

1. Kad perkataan bergambar

1. Murid dikehendaki

menyebut perkataan

pada kad perkataan

bergambar dengan

bimbingan guru.

1. Nilai

-Kasih-sayang

2. Pendekatan

-Induktif

ibu

ayah

Page 9: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Penutup

(5 minit)

Penutup kognitif

1. Peranan anak terhadap ibu

bapa

i) Memberikan kasih sayang

kepada ibu bapa.

ii) Selalu menziarahi ibu bapa.

iii) Mendoakan kesejahteraan ibu

bapa.

Penutup sosial

Lirik lagu “Sayang Keluarga”.

Saya sayang pada ibu bapa,

Abang adik kakak juga,

Datuk nenek tidaklah ku lupa,

1. Guru mengingatkan

murid tentang peranan

anak terhadap ibu bapa.

1. Murid menyanyikan

semula lagu “Sayang

Keluarga”.

1. Kemahiran

berfikir

-Berfikir kritis

2. Ilmu

- Pendidikan

Agama Islam

1. Ilmu

- Muzik

2. Nilai

- Kasih sayang

aki

opah

Page 10: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Hati gembira bersama.