penulisan jurnalm7

6
PENULISAN JURNAL FASA 2/2014 MINGGU : 7 PRAKTIKUM TARIKH : 06 SEPTEMBER 2015 HINGGA 10 SEPTEMBER 2015 TAJUK : PENGUASAAN 3M KURANG DALAM KALANGAN MURID MASALAH Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasi akan datang. Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh segelintir murid-murid SKTD (Tahun 4P). Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampir seratus peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah mereka masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan murid-murid ini yang masih tidak tahu menulis, membaca dan terutamanya mengira. Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu membaca, menulis dan mengira), murid-murid tersebut menjadi tidak berminat untuk belajar dan sering merasa bosan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi

Upload: farhana-rashid

Post on 09-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jur7

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN JURNALM7

PENULISAN JURNAL

FASA 2/2014

MINGGU : 7 PRAKTIKUM

TARIKH : 06 SEPTEMBER 2015 HINGGA 10 SEPTEMBER 2015

TAJUK : PENGUASAAN 3M KURANG DALAM KALANGAN MURID

MASALAH

Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya

setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya

murid-murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan

masalah-masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu

bahawa pada merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh

tauladan terbaik kepada generasi akan datang.

Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang

enteng oleh segelintir murid-murid SKTD (Tahun 4P). Sikap sambil lewa terhadap

pelajaran menjadi perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah

hampir seratus peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah mereka masih berada

di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan

murid-murid ini yang masih tidak tahu menulis, membaca dan terutamanya mengira.

Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu

membaca, menulis dan mengira), murid-murid tersebut menjadi tidak berminat untuk

belajar dan sering merasa bosan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi perhatian dan

memerlukan tindakan segera. Ini kerana kemahiran membaca, menulis dan mengira

adalah kamahiran asas yang mesti dikuasai oleh semua murid. Sekiranya masalah

ini tidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah adalah suatu yang sia-sia. Lebih

malang lagi seandainya akibat dari masalah ini murid-murid tidak mendapat peluang

untuk memajukan diri pada masa akan datang.

Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu

ditangani segera. Murid-murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya

Page 2: PENULISAN JURNALM7

ditempatkan di kelas khas bagi proses pemulihan dan pengayaan. Murid-murid harus

diajar mengikut kebolehan mereka, supaya mereka dapat menguasai kemahiran

asas dalam belajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini,

diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti

murid-murid lain. guru kaunseling, guru pemulihan dan semua guru-guru harus

mengembling tenaga untuk memastikan murid-murid ini mendapat sesuatu yang

berguna sepanjang persekolahan mereka.

ANALISIS MASALAH

Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran; membaca,

menulis dan mengira adalah masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah

baik di sekolah pinggir bandar apatah lagi di sekolah pedalaman. Maka, kelas

pemulihan diwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah

ini. Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:

”Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu

murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...”

Beliau turut menjelaskan bahawa:

”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan

menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat

kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai

murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi

membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-

satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”

Selain dari itu, murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan

bimbingan berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus

satu demi satu masalah bagi mendapatkan perhatian.

”Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar,

tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika

belajar. Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini

Page 3: PENULISAN JURNALM7

memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil

atau individu”. (Mook Soon Sang, 2003)

CADANGAN

Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid

ini harus diberi perhatian segera. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya

adalah tindakan guru bimbingan dan kaunseling serta kolaborasi bersama guru

pemulihan dalam menganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan keperluan

murid-murid tersebut.

Sebagai guru, saya rasa ada baiknya murid-murid yang manghadapi masalah

ini dirujuk dan dihantar ke sesi kaunseling. Di sini, mereka dapat meluahkan apa

yang terbuku di hati, juga dapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar

mereka. Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkan

personaliti mereka yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, guru bimbingan dapat

meneroka masalah sebenar murid tersebut dan dapat membuat analisa masalah

tersebut. Guru juga boleh melaksanakan program-program yang boleh menyuntik

semangat dan motivasi seperti Program Bina Insan, Program Jati Diri, Program

Kerjaya dan sebagainya. Program- program ini dapat menyedarkan murid-murid

tentang kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yang cemerlang. Selain itu,

melalui cara ini, insyaAllah murid akan sedar akan kelemahan mereka dan cuba

mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah

yang melibatkan kemahiran asas belajar; membaca, menulis dan mengira.

Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihan dan masalah

ini dapat diatasi dengan berkesan. Bersama guru pemulihan, murid-murid yang

berdepan dengan masalah tidak dapat menguasai tiga kemahiran asas ini akan

menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas. Aktiviti-aktiviti yang bakal

dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru, besar

kemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid

akan merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.

Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan dan melaksanakan

tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang

Page 4: PENULISAN JURNALM7

dijalankan, guru pemulihan dapat mengenal pasti masalah masalah 3M

(membaca,menulis dan mengira) melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi,

profil, ujian kertas dan pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan

juga dapat menyenaraikan masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat

mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.

Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga

dan menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini. Sekiranya semua pihak

bersatu, insyaAllah masalah murid yang keciciran akan segera dapat diatasi.

TEMPOH MASA

Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap

murid-murid yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini dengan secepat

mungkin. Tempoh masa dari 13 september hingga 17 September 2015.

TINDAKAN SUSULAN

Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan

diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-

murid juga harus dibantu agar menyedari kelemahan diri dan sanggup berusaha

untuk mempertingkatkan prestasi diri. Saya juga akan memberi lebih bimbingan

kepada murid yang lemah dalam 3M ini sama ada semasa sesi PdP mahupun di luar

bilik darjah.

Page 5: PENULISAN JURNALM7

KESIMPULAN

Masalah 3M ini adalah isu besar dan semakin meningkat dewasa ini di mana

ia memerlukan perhatian dan pertimbangan untuk diatasi segera. Murid-murid adalah

generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan

datang. Mereka juga yang akan menerajui tampuk pimpinan Negara suatu hari nanti.

Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik) harus dipantau

dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang bukan sahaja kental

bersaing malah mempunyai kepakaran yang tidak kurang hebatnya berbanding

negara-negara di luar sana.

Disediakan oleh Disemak oleh:

___________________ ____________________

FARHANA BINTI RASHID Guru/Pensyarah Pembimbing

Guru Pelatih

IPGKSM