penulisan jurnalm6

3
PENULISAN JURNAL FASA 2/2015 MINGGU : 6 PRAKTIKUM TARIKH : 30 OGOS 2015 HINGGA 3 SEPTEMBER 2015 TAJUK : MASALAH MURID TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM KUMPULAN PERMASALAHAN Masalah yang saya hadapi minggu ini ialah murid tidak mahu memberi kerjasama dengan ahli kumpulan semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan. Terdapat beberapa orang murid lebih cenderung untuk mendiamkan diri atau melakukan aktiviti berkumpulan secara berseorangan. Di samping itu, murid-murid juga tidak setuju dengan pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru secara rawak. ANALISIS Masalah ini timbul kerana murid sering memilih rakan mengikut rakan kesukaan mereka. Kebiasaannya, murid-murid yang pandai hanya akan berkawan dengan murid pandai dan murid-murid yang kurang pandai akan berkawan dengan murid yang kurang pandai. Ini berpunca daripada sikap murid-murid yang merasakan bahawa diri mereka pandai dan bangga dengan kebolehan masing-masing. Justeru, murid-murid pandai tidak mahu diletakkan dalam satu kumpulan dengan murid kurang pandai dan berasingan dengan rakan baik mereka. Di samping itu, murid-murid kurang pandai juga merasa rendah diri apabila diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan murid pandai. Justeru, mereka akan mengalami masalah komunikasi dan menyebabkan pergaduhan. Tambahan pula, apabila wujud tingkah laku ejek-mengejek, murid-murid dalam sesuatu kumpulan akan bergaduh dan menyebabkan saya sukar untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia mengambil masa agak lama untuk memujuk murid melaksanakan tugasan terutamanya apabila melibatkan murid-murid yang menangis kerana diejek oleh rakan. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu sesuatu aktiviti dijalankan dengan baik, malah masa yang diperuntukkan juga tidak

Upload: farhana-rashid

Post on 09-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jur6

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN JURNALM6

PENULISAN JURNAL

FASA 2/2015

MINGGU : 6 PRAKTIKUM

TARIKH : 30 OGOS 2015 HINGGA 3 SEPTEMBER 2015

TAJUK : MASALAH MURID TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM KUMPULAN

PERMASALAHAN

Masalah yang saya hadapi minggu ini ialah murid tidak mahu memberi

kerjasama dengan ahli kumpulan semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan.

Terdapat beberapa orang murid lebih cenderung untuk mendiamkan diri atau

melakukan aktiviti berkumpulan secara berseorangan. Di samping itu, murid-murid

juga tidak setuju dengan pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru

secara rawak.

ANALISIS

Masalah ini timbul kerana murid sering memilih rakan mengikut rakan

kesukaan mereka. Kebiasaannya, murid-murid yang pandai hanya akan berkawan

dengan murid pandai dan murid-murid yang kurang pandai akan berkawan dengan

murid yang kurang pandai. Ini berpunca daripada sikap murid-murid yang merasakan

bahawa diri mereka pandai dan bangga dengan kebolehan masing-masing. Justeru,

murid-murid pandai tidak mahu diletakkan dalam satu kumpulan dengan murid

kurang pandai dan berasingan dengan rakan baik mereka.

Di samping itu, murid-murid kurang pandai juga merasa rendah diri apabila

diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan murid pandai. Justeru, mereka akan

mengalami masalah komunikasi dan menyebabkan pergaduhan. Tambahan pula,

apabila wujud tingkah laku ejek-mengejek, murid-murid dalam sesuatu kumpulan

akan bergaduh dan menyebabkan saya sukar untuk meneruskan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Ia mengambil masa agak lama untuk memujuk murid

melaksanakan tugasan terutamanya apabila melibatkan murid-murid yang menangis

kerana diejek oleh rakan. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu sesuatu aktiviti

Page 2: PENULISAN JURNALM6

dijalankan dengan baik, malah masa yang diperuntukkan juga tidak mencukupi untuk

guru mengajar mengikut rancangan pengajaran harian yang telah dirancang.

CADANGAN

Bagi mengelakkan masalah kerjasama murid dalam kumpulan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat sedikit perancangan untuk

membantu mengurangkan masalah tersebut. Antara perancangan yang akan saya

lakukan adalah :

1. Membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang, di mana setiap

kumpulan mempunyai ahli yang terdiri daripada murid pandai dan murid

lemah.

2. Menggalakkan murid pandai untuk membantu murid lemah agar jurang yang

ada dapat dirapatkan.

3. Menerapkan nilai kerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan

sikap kerjasama antara ahli kumpulan.

4. Menyediakan hadiah untuk kumpulan pemenang dengan menitikberatkan

kerjasama antara ahli kumpulan supaya murid lebih bersemangat.

5. Memberikan kata-kata perangsang supaya murid-murid lemah tidak merasa

rendah diri semasa berada di dalam kumpulan masing-masing.

TEMPOH PENYELESAIAN

6 September 2015 hingga 10 September 2015 ( 1 minggu )

Page 3: PENULISAN JURNALM6

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya akan sentiasa cuba untuk memerhati dan mengawasi

tingkah laku murid-murid semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan. Di samping itu,

saya juga akan lebih bertegas dalam memberikan arahan dan membuat sebarang

tindakan. Ini kerana, murid-murid perlu mengetahui bahawa sikap mereka seperti

tersebut perlu diubah dan diperbaiki dengan bimbingan guru.

Disediakan oleh Disemak oleh:

___________________ ____________________

FARHANA BINTI RASHID Guru/Pensyarah Pembimbing

Guru Pelatih

IPGKSM