penulisan jurnalm4

4
PENULISAN JURNAL FASA 2 / 2015 MINGGU : 4 PRAKTIKUM TARIKH : 16 OGOS 2015 HINGGA 20 OGOS 2015 TAJUK : MASALAH PENGURUSAN MASA MASALAH Sepanjang sebulan menjalani praktikum, saya mengalami masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rangcangkan. Terdapat aktiviti pada fasa apresiasi yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana masa tidak cukup. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif lebih-lebih lagi yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). ANALISIS MASALAH Masalah ini timbul kerana aktiviti menghasilkan karya oleh murid ada kalanya melebihi masa yang telah dirancang. Didapati murid-murid mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan karya mereka. Mereka kurang mahir dalam menyelesaikan tugasan dan gerak kerja mereka perlahan dan lambat lalu mendorong saya untuk menerangkan kepada mereka sekali lagi satu persatu langkah penghasilan karya tersebut. Oleh yang demikian, berlaku

Upload: farhana-rashid

Post on 09-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jur4

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN JURNALM4

PENULISAN JURNAL

FASA 2 / 2015

MINGGU : 4 PRAKTIKUM

TARIKH : 16 OGOS 2015 HINGGA 20 OGOS 2015

TAJUK : MASALAH PENGURUSAN MASA

MASALAH

Sepanjang sebulan menjalani praktikum, saya mengalami masalah

pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rangcangkan. Terdapat

aktiviti pada fasa apresiasi yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna kerana masa tidak cukup. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk

mencapai objektif lebih-lebih lagi yang akhir dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran (pdp).

ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul kerana aktiviti menghasilkan karya oleh murid ada kalanya

melebihi masa yang telah dirancang. Didapati murid-murid mengambil masa yang

agak lama untuk menyiapkan karya mereka. Mereka kurang mahir dalam

menyelesaikan tugasan dan gerak kerja mereka perlahan dan lambat lalu

mendorong saya untuk menerangkan kepada mereka sekali lagi satu persatu

langkah penghasilan karya tersebut. Oleh yang demikian, berlaku masalah masa

yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah di rancangkan.

CADANGAN

Page 2: PENULISAN JURNALM4

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah:

1. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan

masa dengan lebih tersusun.

2. Saya akan menyediakan plan A dan B pada waktu-waktu tertentu terutamanya

selepas waktu rehat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dengan lancar dengan masa yang telah dirancang.

3. Bagi memastikan aktiviti berkumpulan dan menyiapkan karya tidak melebihi

masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid tentang

masa yang ada mengikut rancangan masa yang ditetapkan.

4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-

rakan yang lain.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini untuk praktikum fasa 3.

TINDAKAN SUSULAN

Perkara ini adalah normal bagi setiap guru yang menjalani praktikum lebih-

lebih lagi bagi praktikum fasa pertama iaitu menghadapi masalah pengurusan masa.

Namun begitu, masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Masa

ini sudah amat sebati dengan diri manusia kerana itulah masa amat berharga kepada

kita semua. Tindakan yang perlu saya ambil untuk menangani masalah ini ialah

menyediakan aktiviti yang mudah dan menarik namun melibatkan murid secara aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran selain mengawal masa seiring dengan aktiviti

yang sedang dijalankan.

KESIMPULAN

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, dapat saya atasi

dengan mudah sekiranya saya dapat membahagikan masa dengan baik. Saya

Page 3: PENULISAN JURNALM4

percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui

motivasi instrinsik dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru.

Disediakan oleh Disemak oleh:

___________________ ____________________

FARHANA BINTI RASHID Guru/Pensyarah Pembimbing

Guru Pelatih

IPGKSM