penulisan jurnalm3

Upload: farhana-rashid

Post on 08-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jur3

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNALFASA 2 / 2015MINGGU : 3 PRAKTIKUMTARIKH : 09 OGOS 2015 HINGGA 13 OGOS 2015TAJUK : MASALAH HILANG TUMPUAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMASALAHPada minggu ketiga, saya mengendalikan sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya dapati bahawa terdapat segelintir murid-murid daripada kelas 1 Nilam kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, bermain, berbual dengan rakan sebelah dan membuat hal sendiri. Terdapat seorang murid yang sering bergerak ke sana dan ke sini menganggu rakan yang lain melaksanakan tugas yang diberikan oleh saya. Hal sedemikian berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan bilik darjah dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dan murid.Ini boleh dikatakan masalah hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian serta menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang efektif dengan murid-murid sekaligus mempengaruhi minat dan perhatian mereka terhadap proses pdp.ANALISIS MASALAHMasalah hilang tumpuan ini timbul apabila proses pengajaran dan pembelajaran serta komunikasi yang berkesan sering terganggu akibat daripada beberapa gangguan yang berlaku di dalam bilik darjah contonhya, bising, perhubungan murid dan guru yang tidak mesra, suasana kelas yang kurang kondusif dan sebagainya. Maslah bising di dalam bilik darjah akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pdp serta menyampaikan sesuatu konsep pengajaran dengan jelas kepada murid yang lain. Selain itu, kurangnya minat belajar dalam diri murid juga mendorong kepada interaksi antara guru dan murid kurang berkesan dan mendorong kepada hilangnya tumpuan semasa sesi pdp.Menurut Mok Soon SangKekurangan minat belajar boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah mempengaruhi proses interaksi antara guru dan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autikratik dimana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka menjadikan interaksi antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.CADANGANSebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik dan contoh pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak kepimpinan demokratik.Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpin guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung iaitu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Guru yang mengamalkan ke pimpinan demokratik akan meninggalkan kesan positif ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran komunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2003) iaitu Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif serta nadanya penuh dengan perasaan yang menrik perhatian orang yang berkomunikasi.Di samping itu juga, saya akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan bosan dengan pdp yang disediakan. Bahan bantu mengajar (BBM) juga akan saya pelbagaikan demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat dari pdp yang dijalankan.TEMPOH MASA Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Dari 4 Mei hingga 7 Mei 2015.TINDAKAN SUSULANSaya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan pdp dengan lebih efektif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirtpatrick (1998) menyatakan:]Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar.Di samping itu, saya akan cuba menggunakan peneguhan positif seperti pujian atau token dan peneguhan negatif seperti dendaan berdiri di hadapan kelas dalam usaha mengawal tingkah laku murid murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.Tambahan pula, saya akan selitkan unsur ICT dalam pengajaran saya seperti menayangkan video pada awal fsa persediaan atau slaid Microsoft Power Point dalam fasa imaginasi supaya murid lebih tertumpu dengan pengajaran saya. Murid-murid juga akan lebih bersedia dan duduk diam di tempat masing-masing untuk meneruskan pembelajaran seterusnya.KESIMPULANSebagai kesimpulan saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana pdp yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses pdp berkesan.RUJUKANMok Soon Sang (2003) Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn, Bhd, Subangjaya.

Disediakan oleh Disemak oleh:_______________________________________FARHANA BINTI RASHIDGuru/Pensyarah PembimbingGuru Pelatih IPGKSM