penulisan jurnalm2

6
PENULISAN JURNAL FASA 2 / 2015 MINGGU : 2 PRAKTIKUM TARIKH : 02 OGOS 2015 HINGGA 06 OGOS 2015 TAJUK : KEBERSIHAN DIRI MURID MASALAH Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid yang agak membimbangkan. Antara masalah yang paling ketara adalah hal berkaitan kebersihan diri yang merangkumi kebersihan pakaian dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang eteng akan hal kebersihan ini. Mereka kurang mengambil berat tentang hal penjagaan diri. Di kalangan murid ada yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari yakni Ahad hingga Khamis dan tidak menyerika pakaian dan sebagainya. Sehubungan itu, pada pendangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka haruslah berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada dikalangan mereka yang mempunyai masalah bau stokin yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekeliling mereka. Maslah kebersihan bukan sekadar berlaku pada murid tahap 1, malah ianya berlaku kepada murid di Tahap 2.. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid

Upload: farhana-rashid

Post on 09-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jur2

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN JURNALM2

PENULISAN JURNAL

FASA 2 / 2015

MINGGU : 2 PRAKTIKUM

TARIKH : 02 OGOS 2015 HINGGA 06 OGOS 2015

TAJUK : KEBERSIHAN DIRI MURID

MASALAH

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid yang agak

membimbangkan. Antara masalah yang paling ketara adalah hal berkaitan kebersihan

diri yang merangkumi kebersihan pakaian dan diri sendiri. Kebanyakan murid

memandang eteng akan hal kebersihan ini. Mereka kurang mengambil berat tentang

hal penjagaan diri. Di kalangan murid ada yang memakai pakaian sekolah yang tidak

berbasuh selama 5 hari yakni Ahad hingga Khamis dan tidak menyerika pakaian dan

sebagainya.

Sehubungan itu, pada pendangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada

seorang murid sekolah. Mereka haruslah berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia

amat mendukacitakan apabila ada dikalangan mereka yang mempunyai masalah bau

stokin yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekeliling mereka.

Maslah kebersihan bukan sekadar berlaku pada murid tahap 1, malah ianya berlaku

kepada murid di Tahap 2..

Oleh itu, sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa

membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam

keadaan bersih dan selesa. Setelah itu,baru mereka boleh belajar dalam keadaan

tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan menganggu guru-guru

dan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan

perlu diselesaikan secepat mungkin.

Page 2: PENULISAN JURNALM2

ANALISIS MASALAH

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititik beratkan oleh

setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Hal ini kerana, di sinilah mereka

sepaptutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya

murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, merka sememangnya boleh dianggap

melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid

berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat

penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:

“Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan

sikap bertanggungjawab. Masyarakt perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari

lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-

undang serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan

dalam ajaran agama islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai

sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan

terhadap penjagaan kebersihan”.

Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan

penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab

kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kbersihan diri sendiri.

Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

CADANGAN

Usaha membendung masalah ini iaitu tidak menjaga kebersihan diri patut

dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan

bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-

guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti “Personaliti Indah”. “Diri Bersih dan

Sihat” serta lain-lain lagi. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung

akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan

demi menjaga kesihatan mereka.

Page 3: PENULISAN JURNALM2

Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri-pentingnya kebersihan,

guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamnya yang dikenalpasti

mempunyai maslah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (p&p) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan

memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut

kepada diri sendiri, juga persepsi masyarakat terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ibu bapa di rumah adalah antara individu yang paling

bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka

individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini

sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memantau dan memberi perhatian

kepada anak-anak merka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-

murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk

kebaikan mereka.

TEMPOH MASA

Saya akan mengambil masa langkah dengan membuat pemerhatian terhadap

murid yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin

tempoh masa dari 27 April hingga 30 April 2015.

TINDAKAN SUSULAN

Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab

untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan

secara berterusan (seminggu sekali di selitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru

disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap

murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan

sememangnya mempengaruhi keselesann mereka ketika belajar. Selai itu, kebersihan

diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-

guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Page 4: PENULISAN JURNALM2

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Disediakan oleh Disemak oleh:

___________________ ____________________

FARHANA BINTI RASHID Guru/Pensyarah Pembimbing

Guru Pelatih

IPGKSM