penulisan esei pke

6
Penulisan Esei Pada 28 September hingga 2 Oktober 2015 yang lalu, satu program Pengalaman Berasaskan Sekolah telah dijalankan dan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2. Sepanjang saya berada di sana, telah banyak pemerhatian yang saya dapat bagi membuat laporan audit keselamatan yang telah disediakan. Tambahan lagi, banyak juga input-input yang saya peroleh sepanjang melakukan pemerhatian tersebut. Sewaktu melakukan pemerhatian, susun atur bangunan di sekolah tersebut amat teratur dan pembinaan juga kemas. Namun begitu, terdapat kawasan yang agak tersorok dari pandangan orang ramai iaitu pada belah Taman Sains sekolah. Kawasan tersebut begitu jarang untuk dikunjungi oleh murid sekolah kerana kawasannya terlalu tersoro dan sunyi. Tambahan lagi, warga sekolah tersebut sering terserempak dengan haiwan berbiza seperti ular, biawak kerana kawasannya penuh semak samun dan terbiar. Namun begitu, tiada kawasan yang boleh diceroboh oleh orang luar kerana di kawasan belakang sekolah tersebut hanyalah semak samun yang kadang kala dihuni oleh haiwan- haiwan berbisa. Lorong tikus juga tidak dijumpai di kawasan sekolah tersebut kerana seluruh kawasan sekolah dikelilingi dengan tembok dan kawasan semak samun. Di sekolah tersebut terdapat sebuah tadika, tadika tersebut terletak diantara kawasan tempat letak kereta guru dan padang sekolah. Kawasan tadika juga tidak tersorok dan tidak terlindung dari pandangan awam dan pengawal. Hal ini demikian kerana, murid- murid tadika haruslah diberi perhatian kerana tidak mahu berlakunya sebarang masalah seperti culik dan sebagainya. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk masuk ke dalam tadika tersebut kerana guru besar sering tidak ada di kawasan sekolah untuk membawa saya melawat kawasan tadika tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya dari luar

Upload: nisha-salehuddin

Post on 20-Feb-2016

238 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

essay

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Esei PKE

Penulisan Esei

Pada 28 September hingga 2 Oktober 2015 yang lalu, satu program Pengalaman

Berasaskan Sekolah telah dijalankan dan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taman

Keramat 2. Sepanjang saya berada di sana, telah banyak pemerhatian yang saya dapat

bagi membuat laporan audit keselamatan yang telah disediakan. Tambahan lagi, banyak

juga input-input yang saya peroleh sepanjang melakukan pemerhatian tersebut.

Sewaktu melakukan pemerhatian, susun atur bangunan di sekolah tersebut amat

teratur dan pembinaan juga kemas. Namun begitu, terdapat kawasan yang agak tersorok

dari pandangan orang ramai iaitu pada belah Taman Sains sekolah. Kawasan tersebut

begitu jarang untuk dikunjungi oleh murid sekolah kerana kawasannya terlalu tersoro dan

sunyi. Tambahan lagi, warga sekolah tersebut sering terserempak dengan haiwan berbiza

seperti ular, biawak kerana kawasannya penuh semak samun dan terbiar. Namun begitu,

tiada kawasan yang boleh diceroboh oleh orang luar kerana di kawasan belakang sekolah

tersebut hanyalah semak samun yang kadang kala dihuni oleh haiwan-haiwan berbisa.

Lorong tikus juga tidak dijumpai di kawasan sekolah tersebut kerana seluruh kawasan

sekolah dikelilingi dengan tembok dan kawasan semak samun.

Di sekolah tersebut terdapat sebuah tadika, tadika tersebut terletak diantara

kawasan tempat letak kereta guru dan padang sekolah. Kawasan tadika juga tidak tersorok

dan tidak terlindung dari pandangan awam dan pengawal. Hal ini demikian kerana, murid-

murid tadika haruslah diberi perhatian kerana tidak mahu berlakunya sebarang masalah

seperti culik dan sebagainya. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk masuk ke dalam

tadika tersebut kerana guru besar sering tidak ada di kawasan sekolah untuk membawa

saya melawat kawasan tadika tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya dari luar bangunan,

tadika tersebut terletak pada lokasi yang strategic dan mempunyai ruang pengudaraan dan

pencahayaan yang mencukupi. Kelihatan taman permainan juga dijaga dengan elok dan

tidak rosak. Ternyata sekolah tersebut menjaga keselamatan dan kecantikan tadika tersebut

dengan baik.

Seterusnya, padang bola kawasan sekolah tersebut dikongsi dengan dua buah

sekolah yang lain, SK(1) Taman Keramat dan SMK Taman Keramat. Kawasan padang

sekolah terletak di hadapan kawasan sekolah dan tidak tersorok dari pandangan orang

ramai. Guru bijak dalam mengendalikan murid apabila berada di atas padang. Hal ini

demkian kerana, apabila berkongsi padang, murid-murid sekolah lain akan cuba mengacau

murid-murid di sekolah ini. Tetapi tiada masalah yang sering berlaku kerana sekolah itu

sudah mula berkongsi padang sejak tahun 90’an lagi. Bagi tempat berkumpul sekiranya

berlaku kecemasan adalah di Tapak Perhimpunan sekolah. Kawasan ini juga terbuka dan

Page 2: Penulisan Esei PKE

mudah untuk murid berkumpul sekiranya berlaku sebarang masalah seperti kecerderaan

dan sebagainya. Ternyata sekolah ini mempunyai kawasan yang amat luas dan strategik

untuk dijadikan tempat berkumpul.

Namun begitu, bagi dewan sekolah ini pula kawasannya terlalu kecil. Hal ini

demikian kerana, murid di sekolah tersebut tidak terlalu ramai. Dewan sekolah juga agak

tersorok dari pandangan orang ramai. Hal ini demikian kerana, sekolah tersebut

mengadakan UPSR di dewan sekolah. Oleh kerana tidak mahu diganggu oleh pelajar-

pelajar yang lain, dewan peperiksaan tersebut berada di kawasan yang agak tersorok

sedikit. Segala peralatan di dewan sekoleh tersebut diselenggara dan tersusun rapi. Namun

begitu, pengcahayaannya terlalu gelap akan tetapi ruang pengudaraannya agak baik.

Dewan sekolah tersebut sangat sejuk dan sunyi apabila tiba waktu hujan. Seterusnya

adalah kantin sekolah, kantin sekolah tersebut diselenggara. Kesemua kerusi dan meja

disusun dengan teratur dan kemas. Kawasan kantin sekolah juga amat luas dan murid

berasa amat selesa. Tong sampah, tempat cuci tangan dan tempat meletak pinggan serta

cawan yang kotor juga ditempatkan di kawasan yang mudah dilihat dan sentiasa bersih.

Namun begitu, pengcahayaan di kawasan kantin sekolah tersebut juga amat baik dan tidak

terlalu gelap. Ianya juga tidak tersorok dan berhampirang dengan pintu pagar sekolah.

Namun begitu, tempat makan guru pula tidak begitu selesa kerana pengcahayaannya terlalu

gelap. Pengudaraan dan kipas juga sering ditutup kerana ingin menjimat tenaga elektrik

menyebabkan sesetengah guru berasa tidak begitu selesa di kawasan makan guru tersebut.

Namun begitu, tempat makan guru sentiasa bersih dan makanannya juga sentiasa ditutup

agar tidak dihurung oleh lalat. Bersebelahan dengan kantin sekolah pula adalah kedai buku

sekolah, segala peralatan di kedai buku tersebut diselenggara dengan baik. Selain itu juga

pengcahayaannya juga amat baik dan lokasi kedai buku juga tidak tersorok. Namun begitu,

kawasannya amat sempit dan hanya dibenarkan 2 hingga 5 orang sahaja untuk berada di

kawasan kedai buku tersebut.

Seterusnya adalah kawasan surau sekolah. Kawasan surau sekolah tersebut amat

besar dan luas untuk kegunaan warga sekolah. Ianya juga terletak bersebelahan dengan

tadika dan tidak tersorok dari pandangan orang ramai. Saya tidak berkesempatan untuk

masuk ke kawasan surau untuk pemerhatian lanjut. Namun berdasarkan pemerhatian dari

luar, saya mendapati bahawa kawasan surau dijaga dengan amat baik dan kemas sekali.

Ruang pengcahayaan dan pengudaraan juga amat baik kerana sekolah tersebut

menggunakan air cond di dalam surau tersebut. Murid-murid juga sering menggunakan

surau tersebut apabila waktu PnP berlaku. Hal ini demikian kerana, kawasan yang lebih

selesa dan luas untuk murid. Sepertimana yang kita tahu, tandas sekolah sering menjadi

masalah di setiap kawasan sekolah. Seperti di sekolah ini juga, tandas sekolah tidak dijaga

Page 3: Penulisan Esei PKE

dengan begitu baik. Apabila saya melawat tandas pelajar perempuan dan lelaki. Saya

mendapati bau yang amat busuk dan kotor. Kawasan tandas juga tidak diselenggara

dengan baik apabila terdapat banyak tandas yang tersumbat dan tiada kepala paip air.

Lantai tandas sekolah juga amat kotor. Hal ini demikian kerana, murid-murid tersebut tidak

menjaga tandas dengan begitu baik mengakibatkan tandas-tandas tersebut kotor dan tidak

selesa untuk digunakan. Namun begitu, berbeza pula dengan tandas guru yang bersih dan

sentiasa dijaga dengan rapi.

Saya meneruskan lagi pemerhatian saya untuk melawat makmal komputer, makmal

sains dan bengkel kemahiran hidup. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati

bahawa setiap makmal mempunyai stor untuk menyimpan bahan-bahan yang merbahaya.

Bagi makmal komputer, komputer-komputer yang disediakan juga tersusun dan berlabel.

Murid-murid juga disediakan buku log agar setiap kali mereka menggunakan komputer,

mereka akan mencatat nama-nama mereka. Hal ini demikian kerana, memudahkan urusan

mencari murid atau guru yang menggunakan komputer tersebut sekiranya didapati rosak

atau sebagainya. Bagi makmal sains dan bengkel. Terdapat tingkap yang berjeriji kerana

mudah untuk udara masuk dan keluar demi keselamatan guru dan murid. Pengcahayaan

juga amat baik. Kawasan makmal juga tidak tersorok dari pandangan orang ramai. Bagi

kawasan bilik guru dan pejabat pula, kawasan tersebut tidak tersorok kerana ianya berada di

tengah-tengah kawasan sekolah. Tambahan lagi, sering menjadi laluan utama bagi murid

dan guru untuk pergi ke kantin sekolah. Hal ini memudahkan murid untuk berurusan dengan

guru dan kawasan pejabat juga hanya bersebelahan dengan bilik guru. Kawasan pejabat

sekolah diselenggara dengan baik dan segala fail-fail dan peralatan tersusun dengan rapi.

Walaubagaimanapun, keadaan di bilik guru agak semak dan panas kerana tiada ruang

udara yang baik. Pencahayaan juga kurang kerana bertujuan untuk menjimatkan kos

elektrik. Tempat letak kenderaan bagi guru dan pelajar juga berada pada kawasan yang

terbuka dan tidak tersorok. Hal ini bagi mengelak masalah kecurian basikal yang berlaku di

sekolah tersebut. Tempat letak kenderaan berada di hadapan tadika dan tempat letak

basikal pula berada di sebelah surau. Kawasan ini juga amat mudah berdekatan dengan

pondok pengawal demi keselamatan harta benda sekolah. Akhir sekali adalah akses dan

laluan pejalan kaki serta kenderaan. Sekolah ini mempunyai dua pintu pagar utama.

Pertama sekali di hadapan surau dan kedua di hujung padang sekolah. Laluan pintu pagar

pertama tidak berbumbung dan amat sukar untuk murid atau ibu bapa sekiranya hujan

kerana sepanjangn laluan tersebut adalah padang sekolah. Namun begitu, bagi pintu gate

yang kedua pula mempunyai bumbung dan bersebelahan dengan pondok pengawal.

Kenderaan tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah demi menjaga keselamatan

murid yang sering berjalan kaki untuk ke kawasan sekolah.

Page 4: Penulisan Esei PKE

Berdasarkan pemerhatian saya, warga sekolah ini amat mengambil berat tentang

keselamatan murid-murid apabila pergi dan pulang dari sekolah. Hal ini demikian kerana,

pengawal sering menjaga di pintu hadapan sekolah untuk memastikan ibu bapa meletakkan

kenderaan pada tempat yang disediakan dan murid-murid sentiasa diperhati apabila waktu

pulang dari sekolah. Papan-papan kenyataan seperti Jangan merokok dan sebagainya turut

dipaparkan. Tambahan lagi, tangga sekolah juga tidak terlalu tinggi hingga menyukarkan

murid-murid untuk naik dan turun dari tangga. Kawasan sekolah juga sentiasa bersih dan

kemas untuk mengelakkan masalah berlaku seperti demam denggi dan sebagainya. ‘Firi

Egstinguisher juga diletakkan di kawasan yang sesuai seperti makmal komputer, bilik guru

dan sebagainya. Ternyata kawasan sekolah ini amat menitikberatkan keselamatan warga

sekolah untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun begitu, terdapat banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan demi

keselamatan murid-murid. Sebagai contoh, kawasan dewan sekolah tersebut tidak perlu

berada di kawasan yang tersorok. Pihak sekolah mengubahsuai tapak perhimpunan sekolah

dengan membina bumbung yang tinggi agar menjadi dewan terbuka. Hal ini boleh

menambahkan lagi keselesaan kepada guru dan murid kerana kawasan akan lebih luas dan

lebih selesa. Tambahan lagi, harus disediakan pendingin hawa di dalam bilik guru. Agar

guru lebih selesa untuk berada di dalam bilik guru dan pencahayaan tidak terlalu gelap.

Almari juga boleh disediakan untuk guru-guru meletakkan segala fail dan kerja-kerja agar

tidak menjadi serabut diatas meja guru mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga boleh

membina laluan pejalan kaki yang menghubungkan pintu pagar utama dan sekolah di tepi

padang sekolah. Hal ini untuk memudahkan murid-murid dan ibu bapa untuk

menggunakannya pada waktu hujan dan tidak basah. Akhir sekali, demi keselamatan warga

sekolah. Taman Sains sekolah haruslah dijaga bagi memastikan haiwan-haiwan berbisa

tidak masuk ke kawasan sekolah dan mencederakan pihak sekolah. Oleh itu, langkah-

langkah pencegahan dan penambahbaikan ini perlu diambil berat demi keselamatan dan

keselesaan bersama.